Friday, February 26, 2010

Wahai Khatib, tolong pendekkan khutbah dan solat!

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah

Menurut jadwal waktu solat dari bulan Februari hingga awal April, waktu solat zohor paling lewat. Sampai jam 1.20pm. Terdapat suara2 yang mengeluh, lambat pulang ke pejabat atau sekolah. Timbul juga saranan2 agar khatib pendekkan khutbah, baca surah2 pendek sahaja dll.

Ada sampai mengsyorkan SOP untuk menangani masalah ini :


Untuk Bilal
===========
1) Tidak terlalu melenggokkan dan memanjangkan kedua-dua azan dan iqamah.

2) Tidak perlu peringatan sebelum khutbah Jumaat tentang perbualan ketika khatib berada di atas mimbar.

3) Menyingkatkan kadar selawat antara dua khutbah dengan sekadar bacaan surah Al-Ikhlas

4) Beri masa tidak lebih dari 4 minit antara dua azan bagi mengerjakan solat sunat qabliyah.

Untuk Khatib
============
1) Khutbah pertama tidak melebihi 7 minit. Jika dirasakan teks khutbah Muis panjang, pendekkan.

2) Jangan tambah teks Muis dengan teks sendiri.

3) Khutbah kedua hanya dalam Bahasa Arab dan tidak perlu ada tambahan Bahasa Melayu. Jika khutbah pertama dalam Bahasa Inggeris, maka bahagian Bahasa Melayu khutbah kedua diringkaskan kepada 5-6 baris sahaja.

4) Jika ada persiapan teks Khutbah Kedua Muis, dan jika dirasakan panjang, pendekkan. Gunakan tips di atas.

5) Doa tidak perlu panjang.

6) Doa untuk khulafa' rasyidin dijama'kan untuk keempat-empat mereka tanpa sebut manaqib setiap seorang.

7) Surah-surah dalam solat dihadkan kepada Ad-Dhuha ke bawah.

Semoga dengan demikian, solat Jumaat dapat diselesaikan pada jam 1.45 ptg.

Apakata kita sarankan perkara2 ini?

1) Ditiadakan langsung azan pertama. Jadi tidak perlu SOP 4 minit utk solat qabliyyah.

2) Dan ana tambah lagi, ditiadakan langsung bacaan selawat untuk serah tongkat kepada khatib.

Khatib terus masuk naik minbar tanpa setapak2 naik tangga, terus beri salam dan duduk. Bilal terus azan tanpa meleret.

Selesai azan, beri peluang baca doa azan sahaja, Khatib terus khutbah, tanpa peringatan hadith Abi Hurairah.

Ini aja dah dapat discount at least 10 minit.

Dari As-Saaib bib Yazid r.anhu :

 إن الأذان يوم الجمعة كان أوله حين يجلس الإمام يوم الجمعة على المنبر في عهد رسول الله –صلى الله عليه وسلم- وأبي بكر وعمر –رضي الله عنهما-، فلما كان في خلافة عثمان –رضي الله عنه-وكثر الناس (وتباعدت المنازل) أمر عثمان يوم الجمعة بالأذان الثالث ، فأذّن به على الزوراء ، فثبت الأمر على ذلك
.رواه البخاري وغيره
Maksudnya : Sesungguhnya azan pertama pada hari Jumaat setelah Imam duduk diatas minbar pada zaman Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar, Pada zaman Uthman, setelah ramai manusia dan rumah2 telah berjauhan (dari masjid Nabi ) beliau memerintahkan agar diazan ketiga pada hari Jumaat, maka diazankan dipasar2 maka perkara itu tetap seperti itu. " ( Riwayat Bukhary dan lain2 )
Tiga azan yang dimaksudkan disitu adalah azan asli pada zaman Nabi, Abu Bakar dan Umar ketika khatib duduk diminbar. Yang kedua adalah iqamah selepas khutbah sebelum solat. Iqamah biasa disebut sebagai azan oleh Nabi SAW. Yang ketiga adalah tambahan Uthman r.anhu sebelum azan petama agar orang ramai bersedia untuk kemasjid Nabi, kerana dizaman itu solat jumaat hanya dimasjid Nabi di Madinah.
Oleh kerana azan kita diS'pura tidak kedengaran diluar masjid, maka tiada faedah kita mengikut azan Uthman r.anhu. Apalagi jika azan itu dikumandang selepas azan Jumaat, sedangkan azan Uthman r.anhu sebelum masuk waktu.

Jika tidak mecukupi juga bolehlah khatib CEPATkan sedikit baca khutbah dan surah. Tak perlu dipendekkan lagi.


Pendekkan surah

Sunnah Nabi SAW adalah membaca surah yang pendek dalam solat Jumaat.

Dari Nu'man bin Basyir, " Adalah Rasulullah membaca dalam solat dua hariraya dan jumaat dengan ' Sabbihisma Rabbika al-A'la '  dan ' Hal Ataaka Haditsul Ghasyiyah " [Muslim 878 ]

Dari Ibnu Abbas r.anhuma pula : " Sesesungguhnya Nabi SAW biasa membaca dalam solat Jumaat dengan surah Al-Jumuah dan Al-Munafiqun. " [ Muslim : 879 ]
Jika kita lihat surah gabungan surah Al-a'la dan al-Ghasyiah adalah yang terpendek. Dan ini semua lebih pendek dari surah2 yang Nabi SAW pernah baca dalam solat2 lain. Nabi pernah baca Al-A'raf dan At-Thur dalam solat maghrib! Mudah2an akan ada tulisan tentang bacaan2 Rasulullah SAW dalam solat dlm artikel2 akan datang.

Tiada banyak beza antara surah al-A'la dengan surah ad-Duha.

Sunnah ini lebih muakkadah dari semua yang disebut tadi. ikut qaedah darurat, hendaklah dikadarkan kepada kadar keperluannya sahaja, " tuqaddaru biqadariha" , dan inilah fiqh awlawiyaat, didahulukan yang lebih penting dahulu.

Bahkan dgn saranan diatas, solat jumaat kita sedikitpun tidak akan kurang afdhal disisi fuqaha yang ana tahu. Bahkan disi sebahagian ia lebih afdhal dari seperti biasa.

Maksud solat Jumaat bukan setakat cukup syarat khutbah dan solatnya. Khutbah amat penting. Jemaah jangan dibeban dgn banyak maklumat sebelum dan selepas khutbah dgn iklan2 agar dapat fokus pada yang wajib, Solat tentu paling penting. Doanya juga amat penting. Amat mustajab. Ada kata dalam solat, ada kata diakhir khutbah, ada kata diantara dua khutbah.

Jika nak drastic lagi, ambil mazhab Hanbali, solat sebelum zohor. Merekapun ada hadithnya dalam sohih Bukhari dan Muslim. Imam Nawawi berkata bahawa Imam Malik rhm membenarkan khutbah sebelum zohor, tetapi solat mestilah pada waktu zohor.

Kita bukan tak biasa pakai mazhab lain bila perlu, bila lagi nak tunjukkan fiqh taisir pada masyarakat?

Kemudian pula, terfikir juga kenapa kita nak lakukan langkah2 ini?

Adakah :

1) Kesian orang nak balik ofis dan sekolah?

2) Tak mahu mereka menyumpah dalam hati?

Tiadake jalan alternatif untuk atasi masalah itu?

Jika yang marah Principal sekolah dan Majikan non-muslim, tiadakah boleh ditangani dengan penerangan tentang ritual solat jumaat kita? Bahawa ia bukan fixed time. Mungkin selama ini mereka tak tahu.Tentu mereka akan faham keperluan umat Islam utk menjadi good citizen obeying muslim.

Yang bermasalah boleh dirujuk kepada pihak masjid atau terus kepada MUIS. MUIS pun berpengalaman menangani isu penerangan seperti ini. Seperti keperluan berjanggut dan solat jumaat dalam NS.

Atau mungkin boleh ada ittifaq dgn majikan, keluar lunch lambat supaya dapat balik lambat sikit. Pasti mereka boleh tolerate.

Setakat ini yg terlintas. Semoga dapat difikir2kan.

Thursday, February 25, 2010

Cara Praktis Menghafaz al-Quran

Penulis : Abdul Muhsin al-Qasim, Imam dan Khatib Masjid Nabawy Asy-Syarif

Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad . Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan al quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk di praktekan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa saja yang ingin menghafalnya. Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktekannya:
Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan surat an-nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:
1-    Bacalah ayat pertama 20 kali:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا {1}
2-    Bacalah ayat kedua 20 kali:
وَءَاتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلاَتَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا {2}
3-    Bacalah ayat ketiga 20 kali:
وَإِنْ خِفْتُمْ أّلاَّتُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانكِحُوا مَاطَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَآءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَامَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّتَعُولُوا {3}
4-    Bacalah ayat keempat 20 kali:
وَءَاتُوا النِّسَآءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَىْءٍ مِّنْهُ نَفَسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا {4}
5-    Kemudian membaca 4 ayat diatas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.
6-    Bacalah ayat kelima 20 kali:
وَلاَتُؤْتُوا السُّفَهَآءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَامًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفًا {5}
7-    Bacalah ayat keenam 20 kali:
وَابْتَلُوا الْيَتَامَى حَتَّى إِذَابَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ ءَانَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ وَلاَتَأْكُلُوهَآ إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَن يَكْبَرُوا وَمَن كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ وَمَن كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ فَأَشْهَدُوا عَلَيْهِمْ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا {6}
8-    Bacalah ayat ketujuh 20 kali:
لِّلرِّجَالِ نَصِيبُُ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبُُ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا {7}
9-    Bacalah ayat  kedelapan 20 kali:
وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُوْلُوا الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ فَارْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفًا {8}
10-           Kemudian membaca  ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.
11-           Bacalah ayat  ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
          Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari seperdelapan juz, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.
- BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?
Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, maka anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga hal ini supaya hafalan tersebut kokoh dan kuat dalam ingatan anda, kemudian anda memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.
- BAGIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA'AH) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?
Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, karena jika anda menghafal al quran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu hingga bisa menyelesaikan semua al quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal niscaya hal itu akan terasa berat sekali, karena secara tidak disadari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari nol, oleh karena itu cara yang paling baik dalam meghafal al quran adalah dengan mengumpulkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Anda bisa membagi seluruh mushaf menjadi tiga bagian, setiap 10 juz menjadi satu bagian, jika anda dalam sehari menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juz, jika anda telah menyelesaikan sepuluh juz maka berhentilah selama satu bulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak delapan halaman.
Setelah satu bulan anda mengulang hafalan, anda mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, dan mengulang setiap harinya 8 halaman sehingga anda bisa menyelesaikan 20 juz, jika anda telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 halaman, jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah enghafal kembali setiap harinya satu atau dua halaman tergantung kemampuan dan setiap harinya mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 lembar, hingga anda bisa menyelesaikan seluruh al-qur an.
          Jika anda telah menyelesaikan 30 juz, ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan setiap harinya setengah juz, kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya juga setiap harinya diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama, kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juz terakhir dengan cara yang hampir sama, yaitu setiapharinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.
- BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJAAH DIATAS?
Mulailah mengulang al-qur an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari, dengan demikian maka anda akan bisa mengkhatamkan al-Quran  setiap dua minggu sekali.
Dengan cara ini maka dalam jangka satu tahun insya Allah anda telah mutqin (kokoh) dalam menghafal al qur an, dan lakukanlah cara ini selama satu tahun.
- APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL QUR AN SELAMA SATU TAHUN?
Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama satu tahun,  jadikanlah al qur an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat, karena itulah yang dilakukan oleh Nabi r semasa hidupnya, beliau membagi al qur an menjadi tujuh bagian dan setiap harinya beliau mengulang setiap bagian tersebut, sehingga beliau mengkhatamkan al-quran setiap 7 hari sekali.
Aus bin Huzaifah rahimahullah; aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah bagiamana cara mereka membagi al qur an untuk dijadikan wirid harian? Mereka menjawab: "kami kelompokan menjadi 3 surat, 5 surat, 7 surat, 9 surat, 11 surat,  dan wirid mufashal dari surat qaaf hingga khatam ( al Qur an)". (HR. Ahmad).
Jadi mereka membagi wiridnya sebagai berikut:
-         Hari pertama: membaca surat "al fatihah" hingga akhir surat "an-nisa",
-         Hari kedua: dari surat "al maidah" hingga akhir surat "at-taubah",
-         Hari ketiga: dari surat "yunus" hingga akhir surat "an-nahl",
-         Hari keempat: dari surat "al isra" hingga akhir surat "al furqan",
-         Hari kelima: dari surat "asy syu'ara" hingga akhir surat "yaasin",
-         Hari keenam: dari surat "ash-shafat" hingga akhir surat "al hujurat",
-         Hari ketujuh: dari surat "qaaf" hingga akhir surat "an-naas".
Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: " Fami bisyauqin ( فمي بشوق ) ", dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surat yang dijadikan wirid Nabi pada setiap harinya maka:
-         huruf "fa" symbol dari surat "al fatihah", sebagai awal wirid beliau hari pertama,
-         huruf "mim" symbol dari surat "al maidah", sebagai awal wirid beliau hari kedua,
-         huruf "ya" symbol dari surat "yunus", sebagai wirid beliau hari ketiga,
-         huruf "ba" symbol dari surat "bani israil (nama lain dari surat al isra)", sebagai wirid beliau hari keempat,
-         huruf "syin" symbol dari surat "asy syu'ara", sebagai awal wirid beliau hari kelima,
-         huruf "wau" symbol dari surat "wa shafaat", sebagai awal wirid beliau hari keenam,
-         huruf "qaaf" symbol dari surat "qaaf", sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surat "an-nas".
Adapun pembagian hizib yang ada pada al-qur an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.
- BAGAIMANA CARA MEMBEDAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR AN?
Cara terbaik untuk membedakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan  cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbedaan antara keduanya, kemudian buatlah tanda yang bisa untuk membedakan antara keduanya, dan ketika anda melakukan murajaah hafalan perhatikan perbedaan tersebut dan ulangilah secara terus menerus sehingga anda bisa mengingatnya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).
- KAIDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:
1-    Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syekh yang bisa membenarkan bacaan anda jika salah.
2-    Hafalkanlah setiap hari sebanyak 2 halaman, 1 halaman setelah subuh dan 1 halaman setelah ashar atau maghrib, dengan cara ini insya Allah anda akan bisa menghafal al-qur an secara mutqin dalam kurun waktu satu tahun, akan tetapi jika anda memperbanyak kapasitas hafalan setiap harinya maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang dilupakan.
3-    Hafalkanlah mulai dari surat an-nas hingga surat al baqarah (membalik urutan al Qur an), karena hal itu lebih mudah.
4-    Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu baik dalam cetakan maupun bentuknya, hal itu agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.
5-     Setiap yang menghafalkan al-quran pada 2 tahun pertama biasanya akan mudah hilang apa yang telah ia hafalkan, masa ini disebut masa "tajmi'" (pengumpulan hafalan), maka jangan bersedih karena sulitnya mengulang atau banyak kelirunya dalam hafalan, ini merupakan masa cobaan bagi para penghafal al-qur an, dan ini adalah masa yang rentan dan bisa menjadi pintu syetan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan dari menghafal, maka jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, karena meghafal al-quran merupakan harta yang  sangat berharga dan tidak tidak diberikan kecuali kepada orag yang dikaruniai Allah swt, akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk menjadi hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya dan mengikuti sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabal 'alamin.
http://www.islamhouse.com/p/117583

Menggunakan wang judi untuk selain daripada makan

Soalan :

Ramai Muslimin dan Muslimah berkata perbuatan membeli judi 4D & Toto adalah haram tetapi duitnya boleh buat dibuat untuk membeli barang2 asalkan bukan untuk dimakan. Setahu saya berjudi adalah haram samada perbuatan atau duitnya. Harap terangkan pada saya kerana ramai yang bergelar Islam tetapi mengamalkan perbuatan ini dan saya hanya terpaksa berdiam diri. Terimakasih.

Jawaban :

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Bermain judi adalah haram, tidak ada muslim yang berbeza pendapat tentangnya. Allah SWT apabila mengharamkan judi tidak membeza2kan tujuannya. Allah mengatakan ia adalah perbuatan najis dan kotor, termasuk amalan syaitan.

Firman Allah Ta'ala :

فاجتنبوه لعلكم تفلحون
" Maka jauhilah ia moga2 kamu berjaya. " [ Al-Maidah : 90 ].

Kita diperintahkan menjauhinya secara total, apalagi bermain dan menggunakan keuntungannya.

Seorang muslim hendaklah berwaspada dari mentafsirkan ayat2 Al-Quran dengan tanpa ilmu. Ia mungkin lebih besar dosanya dari perbuatan haram itu sendiri, kerana ia satu pendustaan atas nama Allah Rabbul A'lamin. Menggunakan duit judi untuk membeli baju atau kereta atau bayar cukai semuanya termasuk dalam erti memakan harta.

Allahu a'lam

Wednesday, February 24, 2010

Tiada dua solat jemaah dalam satu masjid?

Soalan:

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya gembira adanya ruangan ini. Saya ada satu soalan saya harap akan dapat jawaban yang memuaskan hendaknya. Seorang teman saya yang belajar ugama didaerah Bt Batok mengatakan bahawa tiada dua solat jamaah dalam satu masjid. Maksudnya dalam solat fardhu yang lima kali sahari itu, apabila Imam yang dilantik dimasjid telah selesai melakukan maka orang lain yang datang kemudiannya tidak boleh melakukan solat berjemaah lagi, sebaliknya cukup dengan masing2 solat sendirian saja. Hujjah yang diberikan oleh ustaz yang beliau belajar itu semuanya berdarkan dalil2 dari hadith2 Rasulullah SAW yang dibawa oleh empat imam besar yang kita tahu. Dan terdapat juga dalil dari Al-Quran surah at-Taubah 9:107. Beliau mengatakan adalah satu bid'ah, dan bida'h adalah satu kesalahan yang besar. Saya harap dapat tuan memberikan jawaban yang bernas semoga jawaban dari tuan dapat memberi manfaat kepada saya sekeluarga dan muslimin muslimat yang lain.

Jawaban

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Sebenarnya dalam masalah ini ada tiga keadaan :

Pertama Pengulangan jemaah itu amat kerap berlaku dimasjid itu. Selepas jemaah pertama jemaah kedua, ini adalah makruh tanpa ragu2 lagi, jika kita tidak katakan ia adalah haram hukumnya, kerana ia adalah satu bid'ah yang tidak dikenali pada zaman Nabi SAW dan para sahabatnya.

Ini juga penyebab kemalasan, orang ramai akan berkata dimasjid ada jemaah kedua, kita tunggu sahaja hingga mula jemaah kedua, lalu mereka akan lambat2kan datang kemasjid untuk solat bersama imam ratib pertama.

Kedua Masjid itu adalah masjid dipasar, atau masjid diperjalanan seperti diMalaysia dimana orang akan singgah untuk solat lalu keluar. Dalam keadaan ini tidak dimakruhkan berulang jemaah.

Ketiga Perkara ini hanya berlaku sekali sekala, iaitu imam ratiblah yang akan mengimami solat tetapi kadang kala dua tiga orang atau lebih terlambat kerana sesuatu uzur lalu solat jemaah kedua.


Dalam keadaan inilah terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama.

Pendapat yang benar dalam masalah ini insya Allah, boleh diulang jemaah dan tiada makruhnya kerana dalil2 ini :

1) Hadith Nabi SAW dari Ubai bin Ka'ab r.anhu. : " Solat seorang lelaki dengan seorang lelaki lebih baik dari solatnya seorang diri. Solatnya bersama dua orang lebih baik dari solatnya dari seorang. Yang lebih banyak lebih disukai oleh Allah." [ Abu Daud Nasaie, Sohih Targhib ]

Hadith ini umum untuk jemaah pertama dan kedua.

2) Nabi SAW duduk pada suatu hari, lalu seorang lelaki masuk selepas solat jemaah ditunaikan lalu Nabi SAW bertanya : " Siapakah yang ingin bersedakah kepada lelaki ini dan solat bersamanya?" Lalu bangun seorang sahabat lalu solat bersama lelaki itu. [ Tirmidzy, Irwaa' 2/316 ]

Berkata Imam Tirmidzy rhm : " Pendapat yang mengatakan tidak makruh diulangi solat jemaah adalah pendapat lebih dari seorang sahabat dan tabie'n, mereka mengatakan tidak mengapa mengulangi solat jemaah dimasjid yang telah disolatkan jemaah. ini juga adalah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq. Berkata yang lain : Hendaklah mereka solat sendirian. Mereka memakruhkannya kerana takut timbul perpecahan atau ahlu Bid'ah akan mengambil jalan itu agar melambat2kan solat kemudian solat berjamaah dibelakang imam yang bersamaan mazhab dan bid'ah mereka. Pendapat pertama adalah yang benar ..." Beliau ( Imam Tirmidzy ) kemudian mendatangkan dalil2 diatas.

Rujukan Syarh Zadul Mustaqni' Syaikh Uthaimeen rhm.

Allahu A'lam.

Soalan : Bacaan Surah Dalam Solat

Soalan

Assalamualaikum wr wb Ustaz, 1) Dalam solat, bolehkah kita membaca beberapa ayat dalam surah tertentu seperti surah Al-Qalam ayat 1-7 pada rakaat pertama dan ayat 8-16 pada rakaat kedua tanpa menghabiskan keseluruhan surah? 2) atau membaca surah Al-Mullk ayat 1-5 pada rakaat pertama dan surah Al-Qalam ayat 1-7 pada rakaat kedua dan sebagainya?

Jawaban :

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Ia dibolehkan. Tidak ada dalil yang melarang. Lebih2 lagi jika hanya ayat2 itu sahaja yang kita hafal. Allah telah berfirman : ' Maka bacalah apa yang kamu mudah dari al-Quran. ( Muzammil )

Allahu A'lam

Soalan : Solat dengan memejamkan mata

Soalan :

Disini saya ingin bertanya apakah hukumnya solat dengan memejamkan mata. Saya selalu melakukannya kerana hanya dengan cara itu sajaj saya dapat khusuk dalam solat. Sila berikan pernerangan yang jelas pada saya.

Jawaban :

Bismillah was solaatu was salaamu a'la RAsulillah,

Sunnah Rasulullah SAW adalah melihat tempat sujud ketika solat. Ada beberapa hikmah disebalik sunnah ini. Antaranya adalah agar mata tidak liar kekanan dan kekiri, dan juga jika ada bahaya yang datang seperti lipan, ular dan sebagainya kita dapat mengambil tindakan. Begitu juga adalah sunnah menghalang orang yang lalu-lalang dihadapan seorang yang sedang solat.

Sunnah-sunnah ini tidak akan dapat kita laksanakan jika solat menutup mata. Sebanarnya sunnah dan ajaran Nabilah terbaik, cuma kita mesti mahu melatih diri mengamalkannya. Ada ulama memakruhkan menutup mata ketika solat, ada yang mengatakan bid'ah jika dia sengaja berterusan melakukan demikian dan menanggap ia adalah lebih baik dari sunnah Nabi SAW.

Apa yang kita rasa-rasa tidak boleh dijadikan dalil dalam sesuatu ibadah. Ini membuka pintu bahaya besar. Bagaimana jika ada yang mengatakan saya hendak solat tiarap sahaja atau solat tutp kepala dengan selimut kerana lebih khusuk? Nanti akan datang ada orang lain yang berkata dia tidak mahu solat berjemaah dimasjid kerana tidak khusyuk atau takut riya'.

Saya khawatir ini adalah bisik2an syaitan agar bersalahan dengan sunnah.

Allahu A'lam