Thursday, February 25, 2010

Menggunakan wang judi untuk selain daripada makan

Soalan :

Ramai Muslimin dan Muslimah berkata perbuatan membeli judi 4D & Toto adalah haram tetapi duitnya boleh buat dibuat untuk membeli barang2 asalkan bukan untuk dimakan. Setahu saya berjudi adalah haram samada perbuatan atau duitnya. Harap terangkan pada saya kerana ramai yang bergelar Islam tetapi mengamalkan perbuatan ini dan saya hanya terpaksa berdiam diri. Terimakasih.

Jawaban :

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Bermain judi adalah haram, tidak ada muslim yang berbeza pendapat tentangnya. Allah SWT apabila mengharamkan judi tidak membeza2kan tujuannya. Allah mengatakan ia adalah perbuatan najis dan kotor, termasuk amalan syaitan.

Firman Allah Ta'ala :

فاجتنبوه لعلكم تفلحون
" Maka jauhilah ia moga2 kamu berjaya. " [ Al-Maidah : 90 ].

Kita diperintahkan menjauhinya secara total, apalagi bermain dan menggunakan keuntungannya.

Seorang muslim hendaklah berwaspada dari mentafsirkan ayat2 Al-Quran dengan tanpa ilmu. Ia mungkin lebih besar dosanya dari perbuatan haram itu sendiri, kerana ia satu pendustaan atas nama Allah Rabbul A'lamin. Menggunakan duit judi untuk membeli baju atau kereta atau bayar cukai semuanya termasuk dalam erti memakan harta.

Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment