Wednesday, February 24, 2010

Tiada dua solat jemaah dalam satu masjid?

Soalan:

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya gembira adanya ruangan ini. Saya ada satu soalan saya harap akan dapat jawaban yang memuaskan hendaknya. Seorang teman saya yang belajar ugama didaerah Bt Batok mengatakan bahawa tiada dua solat jamaah dalam satu masjid. Maksudnya dalam solat fardhu yang lima kali sahari itu, apabila Imam yang dilantik dimasjid telah selesai melakukan maka orang lain yang datang kemudiannya tidak boleh melakukan solat berjemaah lagi, sebaliknya cukup dengan masing2 solat sendirian saja. Hujjah yang diberikan oleh ustaz yang beliau belajar itu semuanya berdarkan dalil2 dari hadith2 Rasulullah SAW yang dibawa oleh empat imam besar yang kita tahu. Dan terdapat juga dalil dari Al-Quran surah at-Taubah 9:107. Beliau mengatakan adalah satu bid'ah, dan bida'h adalah satu kesalahan yang besar. Saya harap dapat tuan memberikan jawaban yang bernas semoga jawaban dari tuan dapat memberi manfaat kepada saya sekeluarga dan muslimin muslimat yang lain.

Jawaban

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Sebenarnya dalam masalah ini ada tiga keadaan :

Pertama Pengulangan jemaah itu amat kerap berlaku dimasjid itu. Selepas jemaah pertama jemaah kedua, ini adalah makruh tanpa ragu2 lagi, jika kita tidak katakan ia adalah haram hukumnya, kerana ia adalah satu bid'ah yang tidak dikenali pada zaman Nabi SAW dan para sahabatnya.

Ini juga penyebab kemalasan, orang ramai akan berkata dimasjid ada jemaah kedua, kita tunggu sahaja hingga mula jemaah kedua, lalu mereka akan lambat2kan datang kemasjid untuk solat bersama imam ratib pertama.

Kedua Masjid itu adalah masjid dipasar, atau masjid diperjalanan seperti diMalaysia dimana orang akan singgah untuk solat lalu keluar. Dalam keadaan ini tidak dimakruhkan berulang jemaah.

Ketiga Perkara ini hanya berlaku sekali sekala, iaitu imam ratiblah yang akan mengimami solat tetapi kadang kala dua tiga orang atau lebih terlambat kerana sesuatu uzur lalu solat jemaah kedua.


Dalam keadaan inilah terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama.

Pendapat yang benar dalam masalah ini insya Allah, boleh diulang jemaah dan tiada makruhnya kerana dalil2 ini :

1) Hadith Nabi SAW dari Ubai bin Ka'ab r.anhu. : " Solat seorang lelaki dengan seorang lelaki lebih baik dari solatnya seorang diri. Solatnya bersama dua orang lebih baik dari solatnya dari seorang. Yang lebih banyak lebih disukai oleh Allah." [ Abu Daud Nasaie, Sohih Targhib ]

Hadith ini umum untuk jemaah pertama dan kedua.

2) Nabi SAW duduk pada suatu hari, lalu seorang lelaki masuk selepas solat jemaah ditunaikan lalu Nabi SAW bertanya : " Siapakah yang ingin bersedakah kepada lelaki ini dan solat bersamanya?" Lalu bangun seorang sahabat lalu solat bersama lelaki itu. [ Tirmidzy, Irwaa' 2/316 ]

Berkata Imam Tirmidzy rhm : " Pendapat yang mengatakan tidak makruh diulangi solat jemaah adalah pendapat lebih dari seorang sahabat dan tabie'n, mereka mengatakan tidak mengapa mengulangi solat jemaah dimasjid yang telah disolatkan jemaah. ini juga adalah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq. Berkata yang lain : Hendaklah mereka solat sendirian. Mereka memakruhkannya kerana takut timbul perpecahan atau ahlu Bid'ah akan mengambil jalan itu agar melambat2kan solat kemudian solat berjamaah dibelakang imam yang bersamaan mazhab dan bid'ah mereka. Pendapat pertama adalah yang benar ..." Beliau ( Imam Tirmidzy ) kemudian mendatangkan dalil2 diatas.

Rujukan Syarh Zadul Mustaqni' Syaikh Uthaimeen rhm.

Allahu A'lam.

7 comments:

  1. Ustaz, apa yang harus saya buat jika saya sedang solat tahiyatul masjid lalu datang seorang berdiri dekat sebelah saya, membuat saya sebagai imam untuk dia solat fardhu?

    ReplyDelete
  2. Tiada apa2 perkara tambahan yang perlu dibuat. Teruskan sahaja solat. Bagi anda niat anda, bagi dia niat dia. (( Wa innama likulli imriin ma nawa )) Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. Maksud ustaz teruskan sahaja solat sendiri atau berjemaah? Kalau berjemaah ada dalilnya tak ustaz?

    ReplyDelete
  4. Anda masuk masjid untuk solat tahiyatul masjid, adakah ia berjemaah atau sendirian? Tidak perlu pedulikan orang yg ikut dibelakang. Teruskan solat anda. Takkanlah anda nak batalkan solat semata2 tidak mahu benarkan orang ikut?

    Tentang dalil berjemaah sila baca post diatas.

    ReplyDelete
  5. Ustaz...jika sedang bermusafir mengikut satu rombongan dengan menaiki bas..kemudian tiba di satu masjid yang sedang menunaikan solat zohor berjemaah..bolehkah ketika itu ahli rombongan membuat jemaah baru untuk untuk solat jamak qasar berjemaah sedangkan ada imam yang sedang melaksanakan solat zohor menjadikan ada 2 imam dalam satu masjid..ataupun menunggu sehingga selesai imam solat zohor tersebut baru melakukan solat jamak qasar..atau ada kaedah lain seperti mengikut imam dan melakukan jamak sahaja ...mohon penjelasan ya ustaz..

    ReplyDelete
  6. Jika solat jemaah sedang berjalan dimasjid, hendaklah dihormati jemaah tersebut, diikutnya hingga selesai, secara tamam zohornya 4 rakaat. Kemudian para musafir bangun dan iqamah utk solat asar secara jama' qasar belakang imam musafir.

    Dlm keadaan ini kita hanya dapat qasar satu solat sahaja kerana uzur mengikut imam mukim. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  7. Ambil sahaja fatwa uthaimeen, taksub dan taqlid sahaja padanya. Senang. Al Quran, Sunnah, Ulamak muktabar lain tolak tepi apabila berlawanan dengan Uthaimenn.. Maksum..

    ReplyDelete