Friday, February 26, 2010

Wahai Khatib, tolong pendekkan khutbah dan solat!

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah

Menurut jadwal waktu solat dari bulan Februari hingga awal April, waktu solat zohor paling lewat. Sampai jam 1.20pm. Terdapat suara2 yang mengeluh, lambat pulang ke pejabat atau sekolah. Timbul juga saranan2 agar khatib pendekkan khutbah, baca surah2 pendek sahaja dll.

Ada sampai mengsyorkan SOP untuk menangani masalah ini :


Untuk Bilal
===========
1) Tidak terlalu melenggokkan dan memanjangkan kedua-dua azan dan iqamah.

2) Tidak perlu peringatan sebelum khutbah Jumaat tentang perbualan ketika khatib berada di atas mimbar.

3) Menyingkatkan kadar selawat antara dua khutbah dengan sekadar bacaan surah Al-Ikhlas

4) Beri masa tidak lebih dari 4 minit antara dua azan bagi mengerjakan solat sunat qabliyah.

Untuk Khatib
============
1) Khutbah pertama tidak melebihi 7 minit. Jika dirasakan teks khutbah Muis panjang, pendekkan.

2) Jangan tambah teks Muis dengan teks sendiri.

3) Khutbah kedua hanya dalam Bahasa Arab dan tidak perlu ada tambahan Bahasa Melayu. Jika khutbah pertama dalam Bahasa Inggeris, maka bahagian Bahasa Melayu khutbah kedua diringkaskan kepada 5-6 baris sahaja.

4) Jika ada persiapan teks Khutbah Kedua Muis, dan jika dirasakan panjang, pendekkan. Gunakan tips di atas.

5) Doa tidak perlu panjang.

6) Doa untuk khulafa' rasyidin dijama'kan untuk keempat-empat mereka tanpa sebut manaqib setiap seorang.

7) Surah-surah dalam solat dihadkan kepada Ad-Dhuha ke bawah.

Semoga dengan demikian, solat Jumaat dapat diselesaikan pada jam 1.45 ptg.

Apakata kita sarankan perkara2 ini?

1) Ditiadakan langsung azan pertama. Jadi tidak perlu SOP 4 minit utk solat qabliyyah.

2) Dan ana tambah lagi, ditiadakan langsung bacaan selawat untuk serah tongkat kepada khatib.

Khatib terus masuk naik minbar tanpa setapak2 naik tangga, terus beri salam dan duduk. Bilal terus azan tanpa meleret.

Selesai azan, beri peluang baca doa azan sahaja, Khatib terus khutbah, tanpa peringatan hadith Abi Hurairah.

Ini aja dah dapat discount at least 10 minit.

Dari As-Saaib bib Yazid r.anhu :

 إن الأذان يوم الجمعة كان أوله حين يجلس الإمام يوم الجمعة على المنبر في عهد رسول الله –صلى الله عليه وسلم- وأبي بكر وعمر –رضي الله عنهما-، فلما كان في خلافة عثمان –رضي الله عنه-وكثر الناس (وتباعدت المنازل) أمر عثمان يوم الجمعة بالأذان الثالث ، فأذّن به على الزوراء ، فثبت الأمر على ذلك
.رواه البخاري وغيره
Maksudnya : Sesungguhnya azan pertama pada hari Jumaat setelah Imam duduk diatas minbar pada zaman Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar, Pada zaman Uthman, setelah ramai manusia dan rumah2 telah berjauhan (dari masjid Nabi ) beliau memerintahkan agar diazan ketiga pada hari Jumaat, maka diazankan dipasar2 maka perkara itu tetap seperti itu. " ( Riwayat Bukhary dan lain2 )
Tiga azan yang dimaksudkan disitu adalah azan asli pada zaman Nabi, Abu Bakar dan Umar ketika khatib duduk diminbar. Yang kedua adalah iqamah selepas khutbah sebelum solat. Iqamah biasa disebut sebagai azan oleh Nabi SAW. Yang ketiga adalah tambahan Uthman r.anhu sebelum azan petama agar orang ramai bersedia untuk kemasjid Nabi, kerana dizaman itu solat jumaat hanya dimasjid Nabi di Madinah.
Oleh kerana azan kita diS'pura tidak kedengaran diluar masjid, maka tiada faedah kita mengikut azan Uthman r.anhu. Apalagi jika azan itu dikumandang selepas azan Jumaat, sedangkan azan Uthman r.anhu sebelum masuk waktu.

Jika tidak mecukupi juga bolehlah khatib CEPATkan sedikit baca khutbah dan surah. Tak perlu dipendekkan lagi.


Pendekkan surah

Sunnah Nabi SAW adalah membaca surah yang pendek dalam solat Jumaat.

Dari Nu'man bin Basyir, " Adalah Rasulullah membaca dalam solat dua hariraya dan jumaat dengan ' Sabbihisma Rabbika al-A'la '  dan ' Hal Ataaka Haditsul Ghasyiyah " [Muslim 878 ]

Dari Ibnu Abbas r.anhuma pula : " Sesesungguhnya Nabi SAW biasa membaca dalam solat Jumaat dengan surah Al-Jumuah dan Al-Munafiqun. " [ Muslim : 879 ]
Jika kita lihat surah gabungan surah Al-a'la dan al-Ghasyiah adalah yang terpendek. Dan ini semua lebih pendek dari surah2 yang Nabi SAW pernah baca dalam solat2 lain. Nabi pernah baca Al-A'raf dan At-Thur dalam solat maghrib! Mudah2an akan ada tulisan tentang bacaan2 Rasulullah SAW dalam solat dlm artikel2 akan datang.

Tiada banyak beza antara surah al-A'la dengan surah ad-Duha.

Sunnah ini lebih muakkadah dari semua yang disebut tadi. ikut qaedah darurat, hendaklah dikadarkan kepada kadar keperluannya sahaja, " tuqaddaru biqadariha" , dan inilah fiqh awlawiyaat, didahulukan yang lebih penting dahulu.

Bahkan dgn saranan diatas, solat jumaat kita sedikitpun tidak akan kurang afdhal disisi fuqaha yang ana tahu. Bahkan disi sebahagian ia lebih afdhal dari seperti biasa.

Maksud solat Jumaat bukan setakat cukup syarat khutbah dan solatnya. Khutbah amat penting. Jemaah jangan dibeban dgn banyak maklumat sebelum dan selepas khutbah dgn iklan2 agar dapat fokus pada yang wajib, Solat tentu paling penting. Doanya juga amat penting. Amat mustajab. Ada kata dalam solat, ada kata diakhir khutbah, ada kata diantara dua khutbah.

Jika nak drastic lagi, ambil mazhab Hanbali, solat sebelum zohor. Merekapun ada hadithnya dalam sohih Bukhari dan Muslim. Imam Nawawi berkata bahawa Imam Malik rhm membenarkan khutbah sebelum zohor, tetapi solat mestilah pada waktu zohor.

Kita bukan tak biasa pakai mazhab lain bila perlu, bila lagi nak tunjukkan fiqh taisir pada masyarakat?

Kemudian pula, terfikir juga kenapa kita nak lakukan langkah2 ini?

Adakah :

1) Kesian orang nak balik ofis dan sekolah?

2) Tak mahu mereka menyumpah dalam hati?

Tiadake jalan alternatif untuk atasi masalah itu?

Jika yang marah Principal sekolah dan Majikan non-muslim, tiadakah boleh ditangani dengan penerangan tentang ritual solat jumaat kita? Bahawa ia bukan fixed time. Mungkin selama ini mereka tak tahu.Tentu mereka akan faham keperluan umat Islam utk menjadi good citizen obeying muslim.

Yang bermasalah boleh dirujuk kepada pihak masjid atau terus kepada MUIS. MUIS pun berpengalaman menangani isu penerangan seperti ini. Seperti keperluan berjanggut dan solat jumaat dalam NS.

Atau mungkin boleh ada ittifaq dgn majikan, keluar lunch lambat supaya dapat balik lambat sikit. Pasti mereka boleh tolerate.

Setakat ini yg terlintas. Semoga dapat difikir2kan.

9 comments:

  1. assalaamualaikum ustaz,

    yang benar solat ba'diyyah jumaat berapa raka'at? ada kat 2 ada kata 4 dan kalau empat, boleh tak dgn 2 salam? dan sebaik2nya dilakukan di masjid atau di rumah. boleh tak dilakukan di pejabat? jazakallah.

    ReplyDelete
  2. Afdhalnya adalah 4 rakaat. Terdapat hadith yg maksudnya : siapa dari kamu yang ingin solat ( selepas Jumuat ) hendaklah solat 4 rakaat.


    Syaikh Albany beramal dgn umum hadith ini, tidak bezakan antara dirumah atau dimasjid, tetap 4 rakaat yg afdhal.

    Sebaiknya ia dilakukan dirumah, sebagaimana umum hadith : " Sebaik2 solat adalah di rumah kecuali solat fardhu. "

    Tetapi jika takut disibukkan, maka solatlah dimasjid, atau dipejabat jika mudah.

    Asal semua solat sunnat adalah 2 rakaat salam, 2 rakaat salam.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. Salam Ustaz,jika kita berkerja di luar negara dan tiada Masjid berdekatan dgn tempat tugas,pada hari Juma'at, kita solat Zohor sahaja atau pun Solat Juma'at. Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. wa a'laikumussalam. Jika sudah bermukim, wajib keluar ke masjid utk solat Jumaat. Walau jauh, selagi tidak sampai jarak safar.

    Zaman Nabi dan khulafa, solat Jumaat utk seluruh penduduk madinah hanya di masjid Nabi SAW. Zaman tiada kereta.

    Sampai zaman Imam Ahmad hanya satu masjid di Baghdad. Solat Jumaat sendirian atau bersama kumpulan tempat kerja adalah bid'ah dan tertolak.

    Masjid bukan syarat sah solat Jumaat, mengikut pendapat rajih, tetapi wajib solat Jumaat dimana org2 muslim lain solat bersama imam mereka. Jika dimasjid, masjidlah, jika ditanah lapang, kita juga bersama mereka.

    Syaikh Muhammad bin Ibrahim bekas mufti Saudi berfatwa tahanan penjara tidak wajib solat Jumaat.
    -----
    Siapa yg terlepas solat Jumaat wajib solat Zohor.

    ReplyDelete
  5. A'kum... Bagaimana nak dapat bacaan sebelum khatib naik keatas mimbar utk membaca khutbah iaitu : "Innaullahuwamalaikatahusollunalannabi.....

    dan apabila membaca doa antara dua khutbah perlukah dimulakan doa pembukaan (eelawat keatas nabi) spt doa biasa...

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam, afwan kurang jelas soalan pertamanya. Tiada bacaan tertentu sebelum khatib naik mimbar. Lepas azan Nabi terus khutbah. Makmum wajib dengar.

    Membaca tahmid,selawat adalah termasuk adab doa, tetapi tidak menjadi satu syarat berdoa. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  7. A'kum Ustaz adakah hadiths shahih yang menyokong solat sunat qabliyah jumaat? Kalau pada zaman Nabi, dikumandangkan azan sekali, saya rasa amat mustahil untuk para sahabat mengerjakan solat qabliyah jumaat ketika nabi berdiri di atas mimbar.
    Kalau saya bekerja di jurong island, bolehkah saya dan rakan rakan mengerjakan solat jumaat dengan dipimpin seorang imam?
    (Pernah juga saya diberitakan bahawa ust fathris bakaram melakukan solat jumaat di madrasah irsyad untuk murid murid)
    Apakah dalil untuk kita solat zohor 4 rakaat kalau tidak bisa melakukan solat jumaat. Atau adakah kita hanya perlu solat 2 rakaat jumaat walaupun kita tidak bisa ke masjid. Kerana ada ustaz sunnah di singapura mengatakan tiada dalil yang isteri nabi & isteri para sahabat yang solat zohor 4 rakaat pada hari jumaat

    ReplyDelete
  8. 1) Tiada hadith untuk solat qabliyah Jumaat. Yg ada hanyalah solat sunat mutlak sejak masuk masjid hingga Khatib naik mimbar

    2) Solat Jumaat bukan solat jamaah biasa, mesti dilakukan dengan jamaah umum muslimun, zaman Nabi dan khulafa, masjid2 lain ditutup utk solat Jumaat diMasjid Nabawi. Jika antum tak mampu kemasjid, lakukanlah solat Zuhur.

    3) Dalil siapa yg tidak solat Jumaat wajib solat Zuhur adalah Ijma'. Hanya Ibn Hazm rhm yg wajibkan solat Jumaat atas semua. Beliau telah didahului Ijma' ratusan tahun sebelumnya. Dalil beliau adalah umum ayat perintah Jumaat. Sedangkan telah ijma' wanita tidak wajib keluar kemasjid. Maka mereka diperintahkan kepada hukum asal, bila masuk waktu zohor, solat zohor.

    Jika isteri2 sahabat solat Jumaat dirumah2 sendiri2, siapa imam dan khatibnya? Mana dalilnya?

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  9. Assalaualaikum ustaz,

    Apakah hukumnya bagi lelaki meninggalkan solah jumaat? In this case kerana kerja Dan betul kerana terpaksa.. selalunya orang atasan membenarkan solah jumaat.

    ReplyDelete