Friday, March 26, 2010

Peguam Faraidh atau Nuzriah?

Assalamualaikum ikhwah fudhala',

Hari ini 26 mar 2010, akhbar Berita Harian menyorotkan kes mahkamah melibatkan tuntutan faraid.

" Mahkamah Rayuan menolak rayuan pengamanah harta peninggalan Allahyarham Obeidillah untuk mengisytihar separuh bahagian apartmen beliau diberi kepada estet arwah untuk dibahagikan kepada warisnya yang lain, seperti anak-anak saudara Allahyarham. "
 
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,161580,00.html

Satu perkembangan yang kita boleh ambil dari kes mahkamah ini:

Undang2 sivil ttg hartanah " overwrite " fatwa MUIS yg mewajibkan faraidh.

Sebelum ini ia juga telah "overwrite" fatwa MUIS yg membolehkan nuzriah.

Ana ada terfikir, mengapa peguam2 itu  tidak beritahu bahawa akad nuzriah, hibah apa jugak tidak diterima dimahkamah? Bukankah membazir lawyer fees? Mengapa masih promote ?

Quote :
" Lawyer Halijah Mohamad, a former chairman of the Law Society’s Muslim Law Practice Committee, said the current ruling by the Court of Appeal would show ‘the way forward’ for Muslims to make their wishes known regarding their estates.
She said: ‘Joint owners could make a nuzriah, or a vow, to expressly state the share that is to be given to the surviving tenant…They could make clear their intentions as to how they want to dispose of their property when they die, right from the moment they acquire it.’
 
Jika fatwa faraidh yang di ijma'kan ditolak mahkamah apalagi fatwa nuzriah yg amat dipersilisihkan ?

Bila ana perhatikan kata2 peguam yg ditemuramah akhbar, hampir semuanya kesatu arah : " memelihara " hak surviving owner agar dapat 100% rumah tersebut. Agar waris tidak dapat hak faraid!

Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Syariah di Persatuan Guaman, Encik Ahmad Nizam Abbas, berkata: 'Ini bermakna seorang pemilik bersama perlu mengambil langkah membuat nuzriah atau hibah ruqba jika mahu hak isterinya dilindungi setelah kematiannya atau waris yang lain tidak membuat tuntutan harta yang dimiliki secara bersama.'

Hanya seorang peguam yang ana kira faham kes ini :

Menurut peguam Mohammed Lutfi Hussin pula, selain menggunakan instrumen hibah ruqba dan nuzriah, seorang Muslim boleh juga memastikan harta yang dimiliki, umpamanya flat HDB, dimiliki secara pemilikan umum (tenancy in common). 'Ini bermakna, jika salah seorang pemilik meninggal dunia, sebahagian harta si mati akan dibahagi-bahagikan kepada warisnya dan isteri atau suaminya tidak secara automatik mendapat hak milik harta itu sepenuhnya,' ujar Encik Mohammed Lutfi.

Beliau menasihatkan agar dibeli flat itu cara tenancy in common. Dgn itu baru dikira hartanah sebagai harta pusaka. Dan ini kita tahu paling dekat dgn syariat.

Perlu diketahui bahawa kes ini bukan kes tuntut nuzriah. Ia kes tuntut faraid. Jika peguam2 itu  silap faham, ana harap kita tidak. Mahallun niza'nya adalah ttg hartanah/flat bukan hartawang.

Ini semua mengandaikan sihhatun naql dari mereka.

Jika analisa ana ini benar, kita sekarang seharusnnya tahu meletakkan peguam2 Islam kita dlm neraca pertimbangan.

Wallahu a'lam

http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,161580,00.html
http://thinkthink.wordpress.com/2010/03/25/general-law-will-prevail-over-fatwa/

http://www.amp.org.sg/amp07/data/Karyawan%20-%20Vol%2010%20Issue%201/focus.pdf

No comments:

Post a Comment