Sunday, March 21, 2010

Bait Diwan Imam Syafiey Yang Hilang !

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Dibawah adalah sedutan dengan sedikit ringkasan dari thesis Dr Mujahid Mustafa Bahjat yang diterbitkan oleh Darul Qalam pada tahun 1420H/ 1999M. Beliau adalah seorang pensyarah di UIAM, Universiti Islam Malaysia.

Sumber2 besar syair Imam Syaifiey (yang telah ditahqeeq )

Diwan Syafiey ertinya adalah kumpulan syair2 Imam Syafiey. Tetapi ia tidak dikumpulkan dan disusun oleh Imam Syafiey dan bukan beliau sendiri menamakannya demikian. Tidak seperti kitab2 beliau lain  seperti Ar-Risalah dan al-Umm. Ia merupakan syair2nya yang diriwayatkan disini-sana, biasanya setiap nas hanya berjumlah segugus bait syair yang kecil. 

Ia hanya mula dikumpul pada abad ke 4 Hijrah. Kebanyakannya dikumpulkan pada abad ke 5, 7 dan 8 H. Ada juga sumbernya yang penulisnya tidak dikenal ( Majhul ).


Usaha-usaha zaman kontemporari pengumpulan syair2 Syafiey

1)Qadhi Zuhdy Yakun di Beirut 1961M, tanpa menyebut sumber rujukannya.
2)Ustaz Abdul Aziz Sayyid Al-Ahl di Mesir 1966M. Beliau memuatkan sumber2 syair tersebut tetapi sayangnya kebanyakan sumber beliau adalah mutakhir dan berwarna sufi
3)Muhammad A'fifi Za'bi diBeirut 1971M. Beliau tidak benar2 menyebutkan sumber2 syairnya melainkan sedikit dari sumber yang terhad.

Masing2 pengumpul mengambil faidah dari yang sebelum mereka sahaja tidak ada banyak perbezaan dalam nas2 yang dikumpul.

Maka demikianlah kita tidak menemui keluaran ilmiyyah yang dipercayai untuk syair Imam Syafiey, tidak wujud sebuah diwan beliau yang telah ditahqeeq secara akademik. Maka kerana itu kami berusaha mengumpulkan syair2 Imam Syafiey dan mentahqeeqnya dengan bersandarkan sumber2 mansukrip dan sumber2 yang telah dicetak yang mengandungi nas2 syair beliau.

Beliau berkata :

Amalanku berkaitan Diwan ( As-Syafiey )

1- Dalam memastikan kesahihannya, aku tidak bersandarkan kepada kumpulan-kumpulan syair Syafiey oleh golongan mutakhireen atau muhaddithin walaupun aku mengambil faidah darinya
2- Aku hanya memastikan kesahihannya dengan merujuk kitab2 

i.Tobaqaat
ii.Manaaqib
iii.Tarikh
iv.Hauliyaat
v.Adab
vi.Pilihan syair dan adab
Dan aku jadikan syair2 beliau dua bahagian

1) Bahagian Pertama : Syair2 yang paling benar yang dinisbahkan kepada beliau dari sumber2 yang tidak ada ruang untuk meraguinya. Ia berjumlah 305 nas dalam lebih 400 bait syair.

2) Bahagian Kedua : Syair2 yang TIDAK benar penisbatannya kepada Imam Syafiey yang dinisbahkan kepada beliau atau selain beliau. Ia berjumlah 103 nas dalam lebih 350 bait syair. Ini merupakan sepertiga kandungan diwan ini.

Dan ia berbeza2 derajat kesahihannya dari sudut nisbahnya kepada Imam Syafiey didalam sumber2 mutakhir dan ia berbagai2 jenis :

i.Syair2 yang menurut dalil yang rajih adalah dinisbahkan kepada beliau bila dinilai menurut bahasa dan isi kandungannya
ii.Syair2 yang dinisbahkan kepada beliau dan juga kepada selain beliau yang tidak dapat ditarjihkan milik siapa sebenarnya
iii.Syair2 yang dinisbahkan kepada beliau dan juga selain beliau yang rajihnya bukan milik beliau
iv.Syair2 yang dinisbahkan kepada beliau yang tidak mungkin adalah milik beliau bila dinilai dari sudut bahasa dan isinya.
v.Syair2 yang dinisbahkan kepada beliau yang menyerupai milik beliau.

Pencemaran dan kemazhaban dalam syair beliau

Syair2 zaman Abbasy tidak terselamat dari pencemaran dan kemazhaban disebabkan keadaan yang mendorong demikian, begitu juga syair2 Imam Syaifiey.

Sebab2

1)Kemiripan makna-makna syair Imam Syaifiey dengan karangan penyair2 zaman Abbasy seperti Abul Aswad ad- Dualy, juga dengan penyair2 lain sehingga tercampuk aduk dan dinisbahkan kepada syair2 penyair zaman lain, termasuk generasi sahabat yang bukan penyair seperti Abu Bakar, Umar, Ali dan Muawiyah r.anhum.

2)Kecenderungan kepuakan dan hawa nafsu serta kemazhaban.

Contoh2

i.Terdapat sekumpulan syair beliau yang diriwayatkan hanya dari golongan Alawiyin, yang ketika tahqeeq diragukan nisbahnya kepada beliau, bahkan ada sengaja menambah2 sebahagian bait syair yang asalnya sahih nisbahnya berkaitan dengan cinta Ahlul Bait, sehingga keluar dari apa yang dikehendaki Imam Syafiey.

ii.Disana pula terdapat syair2 yang hanya terdapat didalam sumber2 Tasawwuf yang mutakhir yang ditambah kepada apa yang asalnya sahih nisbahnya kepada beliau. Maka mereka telah memasukkan dalam syairnya kalimat2 dan istilah2 sufi yangn mutakhir yang berjauhan dari ruh golongan zuhud dan a'bid yang hidup dalam abad kedua ( zaman Imam Syafiey ).

iii.Terdapat juga kumpulan ketiga dari syair2nya yang menyerupai syair2nya berkaitan dengan kata2 hikmah, perumpamaan2 dan akhlaq2 mulia yang hanya diriwayatkan sebahagian kitab2 manaqib, akhlaq, nasihat dan petunjuk, yang perlu diambil sikap waspada dan berhati2 terhadapnya.

iv.Disana juga terdapat syair2 beliau yang bercampur aduk dengan syair2 mereka2 yang bermazhab beliau dari kalangan mutakhireen.

Usaha pengumpulan syair2 Imam Syafiey

Usaha pengumpulan syair2 Imam Syafiey pada zaman mutakhir lebih besar berbanding pada zaman awal. Ini kerana Imam Syafiey lebih terkenal sebagai seorang ahli Fiqh berbanding sebagai seorang Penyair.Terdapat dua usaha pengumpulan syair2 beliau pada zaman ini :

pertama : manuskrip berjudul “ Natijah al-Afkar fima Yu'za ilal Imam Syaifiey min al-Asy'ar” oleh Ahmad ibn Ahmad Al-A'jmy. ( 1029h/1608M ).

kedua : kitab berjudul “ Al-Jauhar- An-Nafis fi Asya'ri al-Imam Muhammad ibn Idris “ oleh Muhammad Mustafa yang dicetak pada tahun 1321H/ 1900M.

Walaupun kedua usaha tersebut merupakan kumpulan syair Syaifiey yang terbesar ia tidak memberi banyak faidah dalam penelitian nisbah syair2nya kepada Imam Syaifiey kerana :

i.Pengumpul2nya amat mutakhir zaman mereka dari Imam Syafiey
ii.Tidak bersambung riwayatnya
iii.Tidak bersandarkan kepada Diwan Syafiey yang asli atau
iv.Tidak mengisyaratkan kepada sumber mana syair2 itu diambil

Tetapi ia berfaidah kerana bersendirian meriwayatkan sebahagian nas2 syair. Maka kita tahu bahawa ia datang hanya dari mereka.

BAIT YANG HILANG DARI DIWAN IMAM SYAFI’I !
Dimanakah syair2 Sufi ini menurut tahqeeq?

Syair yang digembar gemburkan golongan sufi iaitu

فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

Berusahalah engkau menjadi seorang yang faqih dan juga sufi, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.*
Sesungguhnya aku demi hak Allah menasihatkan, maka yang itu sikeras yang tidak merasa ketakwaan dalam hatinya *
Dan yang ini sijahil bagaimana sijahil menjadi baik

Nas syair ini menurut pentahqeeq, Dr Mujahid Mustafa Bahjat, pensyarah UIA Malaysia, berada didalam bahagian kedua, iaitu syair2 yang hanya diriwayatkan pengarang kitab“ Al-Jauhar- An-Nafis fi Asya'ri al-Imam Muhammad ibn Idris “ oleh Muhammad Mustafa yang diterbitkanpada tahun 1321H/ 1900M.

Ertinya ia tidak terdapat didalam mana2 sumber yang banyak tadi, dan disebutkan tanpa sanad yang bersambung yang boleh dipercayai. Ia juga tidak mungkin milik Imam Syafiey kerana berbau sufi dengan istilah yang asing pada zaman beliau, kerana mengikut fakta sejarah tasawwuf hanya bermula nampak zohir pada zaman Imam Ahmad, iaitu selepas wafat Imam Syafiey.

Dalam pendahuluan cetakan kedua, beliau berkata bahawa beliau telah sengaja menggugurkannya dari asal kitab disebabkan hal2 diatas. Tetapi beliau tetap menyenaraikannya didalam annex syair2 yang tidak tsabit.

No comments:

Post a Comment