Thursday, March 11, 2010

Imam Syafiey Pencinta Sunnah - Bacaan solat Jumaat

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Ikhwati al-kiram, keilmuan Al-imam As-Syafiey rhm memang tidak diragukan lagi. Disana sini disebut2 akan keilmuan beliau, dalam seminar dan ceramah.
Ramai lagi yang berbangga bermazhabkan Syafiey seorang alim dari  generasi salafus soleh yang hampir tiada tolok bandingnya.

Kita yakin bahawa antara bukti kita mencintai beliau adalah kita sebar-luaskan ilmu beliau dan mengamalkannya, yang akan menyambung terus pahalanya sebagaimana dalam hadith yang masyhur " Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : ... dan ilmu yang dimanfaatkan. "



Berikut adalah sedutan dari ilmu beliau yang luas dan contoh cinta dan pengagungan beliau akan sunnah Rasulullah SAW.

Al-Muhadzzab ( As-Syiraazy )

(( ... Adalah sunnah membaca dalam rakaat pertama setelah Fatehah " al-Jumu'ah " dan dalam rakaat kedua " al-Munafiqun ", berdalilkan riwayat Abdullah bin Raafi' dia berkata : Marwan telah menjadikan Abu Hurairah penguasa Madinah, maka beliau solat mengimami orang ramai solat Jumaat, maka beliau membaca surah " al-Jumu'ah dan al-Munafiqun " maka aku berkata : " Wahai Abu Hurairah engkau membaca dua surah. Aku telah mendengar Ali r.anhu membacanya. Dia berkata : Aku telah mendengar kekasihku  ( hibby ) Abul Qaasim SAW membacanya. " ... ))

Syarah
( an-Nawawy )

Berkata Ar-Rabie' rhm perawi kitab2 Imam Syafiey yang baru : " Aku telah bertanya As-Syafiey tentang bacaan dalam solat Jumaat, maka dia memilih Surah al-Jumu'ah dan al-Munafiqun. Jika imam membaca " Sabbih " dan " Hal Ataaka " maka ia hasan. "

Berkata Imam Syafiey rhm : " Jika imam membaca dalam rakaat pertama " Al-Munafiqun "  hendaklah dia baca dalam rakaat kedua " Al-Jumu'ah ".

Berkata An-Nawawy : " berkata Al-Mutawally dan lain2 : " Jangan diulang surah " Al-Munafiqun ".

___________

Jika dia membaca dalam rakaat pertama selain " al-Jumu'ah dan al-Munafiqun ", berkata Ashab kami, : " Hendaklah dia baca dalam rakaat kedua, kedua2 surah , al-Jumuah DAN al-Munafiqun.

Berbeza jika dia tidak baca jahar dalam rakaat pertama dan kedua solat Isya', maka dia tidak menjaharkannya dalam 2 rakaat yang terakhir. Kerana adalah sunnah memperlahankannya, maka tidak boleh mengganti sunnah yang yang terlepas melainkan dengan meniadakan sunnah yang disyariatkan sekarang.

Adapun disini ( bacaan solat Jumaat ), maka masih boleh dikumpulkan kedua surah tersebut dengan tanpa mencacatkan ( ikhlaal ) sunnah.

Jika dikatakan  : Tidakkah ini akan mengakibatkan rakaat kedua menjadi lebih panjang dari rakaat pertama, dan bukankah ini pula khilafus sunnah?

Jawabnya : yang demikian itu adalah adab, yang tidak dapat menandingi fadhilat kedua surah ini. Wallahu a'lam.  "

Naqlan min al-Majmu'  lin-Nawawy (4/450) bit tasarruf.

2 comments:

  1. Salam ustaz,
    Saya ingin bertanya, adakah dalil syara' bagi org yg tertinggal solat Jumaat dikehendaki mengerjakan solat jumaat juga bukan solat zuhur? Terimakasih

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam, Saya memang pernah berniat menulis ttg soalan ini. Lihat posting.

    http://www.fawaaid.sg/2011/10/solat-zohor-jika-tertinggal-solat.html

    ReplyDelete