Friday, March 5, 2010

Lafaz-lafaz Umum- Pembahasan Usul fiqh

Assalamualaikum wrbth,

Bismillah, wassholatu wassalamu a'la Rasulillah

Amma Ba'du

Di sini akan saya sampaikan sebuah lagi bahas ringkas mudah2an dapat mengangkat sedikit hijab yg menyeliputi masalah yg sedang dimuzakarahkan ini...

SIGHAH UMUM

Sebelum kita masuk kedalam mabhas ini, ada baiknya kita muzakarah sedikit apa yg kita pelajari dahulu tentang ta’reef Umum dalam istilah ulama usul :

Berkata Imam ibnu Najjar syarih kitab Kaukabul Munir : “ lafzun daalun a’la jamie’ ajzaai mahiyati madlulihi ( 3/101)

Ia dita’reef oleh Imam Sama’any Syafiey ( 426-489H ) dgn kata2nya : “ i’lam annal kalaamal a’am huwa : kalamun mustagriqun lijamie’ ma yasluhu lahu .  ( Qawathie Adillah fii Usulil Fiqh : 1/282 )

Dari sekali imbas ta’reef2 ini termasuk asmaa a’dad, seperti miah, alf dan seterusnya, dari itu ada ulama menambahkan qayd selepasnya dgn jumlah “ bilaa hasr “.

Maka takreef  yg mukhtar adalah : “ kalamun mustagriqun lijamie’ afraadihi bilaa hasr  ( Al-Usul min i’lmil Usul : m/s29 oleh Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ).

Maka terkeluar dgn “ kalamun mustagriqun lijamie’ afraadihi “ :

1.                   maa laa yatanawalu illa wahidan kal a’lam seperti Muhammad,

2.                   juga  nakirah fii siyaqil itsbat seperti firman Taa’la : { Fatahriiru raqabatan } kerana ia tidak syumul kepada setiap afradnya, tetapi hanya kepada satu dgn tanpa ta’yeen.

Dan terkeluar dgn “ bilaa hasr :

Seperti yg disebutkan tadi, kata2 bilangan ( Asmaaul A’dad ) : seperti seratus, seribu ... kerana apabila dikatakan seribu : masuk dalamnya semua perkara  tetapi berhenti kepada had tertentu iaitu seribu.

Adapun u’mum mestilah syumul kepada setiap afradnya dengan tanpa had.

Setelah selesai dari fasl ini, para ulama berselisihan apakah Umum itu ada sighahnya tersendiri. Dan masalah ini terdapat beberapa pendapat yg terpentingnya :

1.                   Umum itu ada sighahnya

2.                   tidak ada atau tawaqquf sehingga datang dalil yg menunujukkannya a’m

Tanpa memanjangkan pembahasan, yg rajih adalah yg pertama sebagaimana yg dipilih oleh jumhur ulama. Mereka ini termasuk aimmah arbaah, Zohiriyyah dan a’mmatul mutakallimin dan mereka ini dinamakan “ Arbaabul Umum “.

Dan saya yakin tidak ada khilaf dalam masalah ini diantara kita para asatizah insya Allah.

Sebagai review yg cepat, Arbaabul umum berhujjah akan adanya sighah untuk u’mum dgn :

1.                   Kata2 seorang : “ Laa tadhrib ahadan

2.                   kullu man qaala kadza, faqul lahu kadza .” dan kedua ini secara qathiey

3.                   Apa yg dikeluarkan Bukhary & Muslim : “ ...qaluu : falhumur ya Rasulallah ? Qaala : maa unzila a’layya fiiha syaiun illa hadzihil ayah al-Jamiah al-fadzzah : { Faman ya’mal mithqaala dzarratin khairan yarah, wa man ya’mal mithqaala dzarratin syarran yarah } ”

4.                   { wa naada nuuhun rabbahu faqaala rabbi inna ibni min ahly wa inna wa’dakal haqq ... } Dan Allah telah mengiqrarkan beliau akannya dan menerangkan mani’nya  iaitu : { Innahu laysa min ahlika innahu a’malun ghairu solih }

5.                   Istidlal sahabat dan aimmah akan had semua pencuri dan penzina dgn firman Allah : { was Sariqu was Sariqatu faqtha’uu ayidahuma } dan { waz Zaniyatu waz zany fajliduu kulla wahidin minhuma ... } ( Risalah m/s 67 )

6.                   Nabi Ibrahim a.s apabila mendengar malaikat berkata : { Innaa muhlikuu ahli hadzihil qaryah ... } faham darinya adalah umum lalu takut akan kebinasaan Nabi Lut a.s : { qaala inna fiiha Luutan } [ Ankabut : 31-32 ] Maka Ibrahim a.s tidak tenang hatinya hinggalah Malaikat berkata : { Nahnu a’lamu biman fiiha, lanunajjiyannahu wa ahlahu ... }

7.                   Dan lain2 lagi yang digunakan oleh mereka yg merupakan dalail mu’tamadah dan barahin zohirah.( Syarh Kaukabul Munir dan al-Qawathie )


APAKAH SIGHAH UMUM ?

Sekarang tibalah kita kemaksud bahas ini, iaitu apakah sighah yg dikatakan ulama ianya adalah sighah umum.

1.                   Ism syart “ man “, “ aynama ” { Man a’mila solihan falinafsih wa man asaa fa’alaiha } { Faaynama tuwallu fatsamma wajhu Allah }. { Ma yaftahillahu linnasi min rahmatin fala mumsika laha ... }

2.                   Ism istifham : { Fa man ya’tiikum bi maain ma’in } { maadza ajabtumul mursaleen } { faayna tazhabuun }

3.                  asma mausulah : { Ma indallahi khairun lil abrar } { waladzina jaahaduu fiina lanahdiyannahum subulana } { inna fii dzalika laibratan liman yakhsya }

4.                   Ayna, anna, haitsu lilmakan : { wahuwa ma’akum aynama kuntum }

5.                   Nakirah

fii siyaqin Nafi : { Wa ma min ilahin illa Allah }
aw nahy : { wa laa tusyrikuu bihi Syaian }
aw syart : { In tubduu syaian aw tukhfuuhu fainnallah kana bikulli syain aleema }
aw istifham inkary : { Man ilahun ghairu Allah ya’tikum bidhiyaa }

6.                   al-Mua’rraf bilidhafah mufradan kana am majmua’n : { Fadzkuruu ni’mata Allah a’laikum } { wadzkuruu aalaa’a Allahi }

7.                   al-mua’rraf bi ‘al ‘ alistighraqiyyah mufradan kana am majmua’n : { wa khuliqal insaanu dhaifa } { wa idza balaghal atfaalu minkumul huluma }

8.                   Maa dalla a’lal umum bi maadatihi : kulllu, ayyu, jamiie, kaffah, qaatibah, ammah : { kullu nafsin zaiqatul maut } (( kullun naasi yaghdu, fabaiu’ nafsahu famu’tiquha aw muubiquha )) ( Muslim : 223 ) (( Ayyuma imratin nakahat nafsaha … ))

9.                   dan lain2 lagi.

LAFAZ KULLU

Hampir semua ulama usul memasukkan “ kullu “ dalam senarai sigah umum, seperti al-Ghazaly di Mustasfaa, Sama’any dlm Qawathie Adillah, Ibnu Najjar dlm Syarh Kaukabul Munir, al-Amidy dlm Ihkamnya, Sarkhasy dlm Usulnya, al-Bajy al-Maliky dlm Ihkamul Usulnya dll.

Ada diantara mereka mengatakan lafaz “ kullu “ adalah sighah umum yg terkuat. Berkata Ibnu Najjar rhm : “ wa min siyagihi aydhan “ kullun “ wa hiya aqwa siyagihi.

Kemudian beliau meneruskan dlm menjelaskan makna2 kullu apabila di idhofahkan :

  1. “ wa minha idza udhiifat ila nakirah fahiya lisyumuli afradihi, nahwa qaulihi Ta’ala : { Kullu nafsin dzaaiqatul maut }
  2.  wa minha idzaa udhifaat lima’rifah, wa hiya jamun aw ma fii ma’naahu, fahiya listighraaqi afraadihi aydhaan, nahw : “ KULLUR RIJAL “ wa “ KULLUN NISAA “ ...
  3. wa minha : idza udhiifat lima’rifatin mufrad, fahiya listighraaqi ajzaaihi aydhan, nahw : “ KULLUL JARIYAH HASANUN “, aw “ KULLU ZAIDIN JAMEELUN “

idza ulima dzalika, famadatuhu taqtadhy istighraq wa syumuul, kal Ikleel, li ihatatihi bir ra’s, wal kalaalah li ihaatatiha bilwaalid wal walad, falihadza kanat asraha siyaghil u’mum lisyumulihal aaqil wa ghairihi, almuzakkar wal muannats, almufrad wal mutsanna wal jama’, wa sawaaun baqiyat a’la idhofatiha kama matssalna, aw hudzifal mudhof ilaihi, nahwa qaulihi Ta’ala : { kullun aamana billah }.

Qalal Qadhy A’bdul Wahhab : ‘ Laysa fii kalaamil arab kalimatan aa’mm minha tufiidul umum, mubtadatan wa taabiatan litakiidil A’m, nahwa : ‘ Ja al qaumu kulluhum ‘ “

HUKUM UMUM

Wajib beramal dengan umum yg berlafaz a’m sehinggalah tsabit takhsisnya, kerana beramal dgn nusus Kitab dan Sunnah wajib menurut dalalahnya sehingga ada dalil yg qaim menunjukkan sebaliknya. Maka dari sini perlulah kita mengetahui apakah dia  yg disebutkan ulama sebagai mukhassis.

Secara kesimpulannya, dalil2 yg mengkhususkan lafaz umum adalah :

1.                   al-Hiss ( panca indera ) seperti : “ tudammiru kulla syaiin biamri rabbiha “ maka ia adalah umum bagi semua benda tetapi dikhaskan oleh hiss, maka hisslah yg mengeluarkan langit, bumi gunung2ganang dll.
2.                   aqal { Allahu khaliqu kulli Syai } Ia adalah umum secara asal tetapi aqal mengeluarkan al-Khaliq azza wa jalla sendiri dari umumnya juga sifat2Nya, termasuklah Kalam Allah, iaitu al-Quran.
3.                   Ijma'
4.                   Dalil lain dari kitab dan sunnah dan qiyas.

Adapun jika tidak ada qarinah atau dalil yg mu’tabar, ia tetap dlm keadaan umumnya dan percubaan mentakweelkannya ditolak. Seperti : { Wa huwa bikulli syain aleem } maka golongan Mu’tazilah mengatakan ia bukan umum kerana ilmu itu mesti ada mahalnya ( ma’luumnya ) maka sebelum sesuatu itu wujud Allah tidak mengetahuinya, Ta’ala Allah a’mma yaquluuna U’luwwan Kabeera.

KESIMPULAN

Umum ada sighahnya dalam bahasa Arab dan sekaligus dlm syara’, maka setiap lafaz/sighah yang diletakkan untuk wadh’ umum dari segi lughah kekal demikian secara asal, maka boleh kita katakan bahawa semua sighah ini bermakna umum pada asalnya, dan tidak boleh ditakweel dengan takhsees melainkan dengan dalil atau qarinah. Jika benar tsabit dalil itu barulah ditinggalkan makna umum dan yg ini diistilahkan sebagai a’mul makhsus. Dan inilah sepatutntya bukan seperti yg disangkakan oleh sebahgian org bahawa asal lafaz2 ini adalah a’m atau a’mul makhsus melainkan ada dalil yg menunjukkan ia adalah a’m mutlaq, dan ini adalah iktiqad yg terbalik yg wajib ditasheehkan.

Sekian

wa akhiru da'waana anil hamdulillahi rabbil alameen 

 Wassalamualaikum...

No comments:

Post a Comment