Thursday, March 4, 2010

Muzakarah Doa awal-akhir tahun

Assalamualaikum wr bth,
Berikut adalah sedutan muzakarah (Thu Mar 29, 2001 11:39 pm ) berkenaan hukum doa awal-akhir tahun yang biasa diamalkan dimasjid2 di S'pura.

Akan ana usahakan untuk menterjemahkan istilah2 bahasa arab yg terdapat dalamnya bila ada masa insya Allah. Tumpuan sekarang adalah untuk mengumpulkan fawaid.

Text warna biru adalah kata2 ana.


Yang benar dari Allah dan yang silap dari diri saya sendiri dan saya berlindung kepada Allah dari keburukan diri saya dan amalan saya yang buruk.
" 2. Mengikut ilmu ana yang amat cetek dan terhad ini, ia tidak pernah
dilakukan oleh Rasulullah dan mana-mana sahabat, juga tabiin. Maka doa ini adalah satu ijtihad orang-orang khalaf yang, kalau kita husnu zhan, adalah orang-orang yang soleh."

Alhamdulillah, pertama sekali yang kita telah sepakati adalah amalan ini adalah amalan baru, ia tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat, juga tabien, walaupun sekali. Ia adalah ijtihad dan amalan khalaf yang merupakan orang2 soleh insya Allah. Dan setelah taqreer saya yang lepas, amalan atau ijtihad orang2 solihin selain para sahabat bukan hujjah. Tidak boleh menjadikan sesuatu perkara mandub atau wajib atau makruh dstr, dan ini juga telah disepakati, walillahil hamd.
Mengikut konsep ijtihad fi solahil 'amal yang tidak
bertentangan dengan syara', jika ijtihadnya betul maka ia mendapat dua
pahala. Jika salah maka satu pahala."

Disinilah perkara penting yang perlu ditahqeeq. Kata2 diatas sebelum dibahaskan ada baiknya dicari sumbernya. Harap diberikan maraji'nya. Sejauh yang saya pelajari dalam usul fiqeh, majal ijtihad itu adalah pada hukum ahkam dari adillah syari'yyah. Para mujtahid melihat lafaz2 kitabullah atau sunnah lalu ijtihad dalam mengistinbatkan hukumnya yang berbentuk takleefy, dan kadang2 hukum wadhienya. Jika tidak ada nas barulah mereka menggunakan qiyas dengan pelbagai bentuknya... saya rasa maratib adillah ini maklum bagi kita. 
Selalu juga mereka menggunakan Qawaed fiqhiyyah untuk membantu mereka jika ada, walaupun qawaed itu tidak bebas dari apa yang dibuktikan dahulu oleh adillah syariah yg lain. Ada pula qawaed yang muttafaq a'laiha ada yang tidak, ada juga yang merupakan qawaed yang dikeluarkan dari jalan Istiqra', iaitu istiqra' furu' fiqhiyyah bukan dari adillah kitab atau sunnah. Contohnya qaedah "At Tabie' tabie." Ini bukan qaedah dari adillah tetapi qaedah istiqraiyyah. Dan qawaid istiqraiyyah juga kadangkala hujjah, dan kadang2 tidak, kadang2 muttafaq a'laiha adakalanya tidak.
Dan ijtihad yang taam adalah yang melihat kepada maqasid syariyyah, masalih dan mafasid yang mana di'itibarkan oleh syari'. Adapun yang tidak ada sebutan dari Syari', iaitu Syari' tidak ada sebut i'tibar masalihnya atau tidak ia dinamakan masalih mursalah, dan ini juga sebuah dalil mukhtalaf fihi. Ini sebagai muraja'ah ringkas sahaja, supaya kita istihdhar kembali apa yang kita pelajari dahulu, supaya kita jelas akan sandaran kita dalam masail ilmiyyah. Dan jika setiap kali beristidlal dengan dalil lalu kita letakkannya dibawah bab2 ini akan lebih mudah pembahasannya, akan menjadi lebih lancar. Kita akan mengelakkan dari perkara2 yang tidak kita ingini, wajha sawaab akan lebih jelas dihadapan kita, insya Allah Ta'ala.
Dan sejauh yang saya tahu, disinilah terletaknya pahala yang dijanjikan bagi mujtahid, dua pahala bagi yang betul, satu bagi yang silap dengan izin Allah. Adapun jika ada fahaman lain bahawa ia bermakna ijtihad fii solahil a'maal lalu ada ijtihad yang betul ada yang salah, wallahu a'lam, betulkan saya.
" 3. Berdoa pada waktu-waktu khusus adalah satu ijtihad, seperti berdoanya
Nabi Musa selepas sampai di kawasan Madyan (surah Qosas) ..."

Jika anda katakan berdoa pada waktu2 khusus YANG DIKHUSUSKAN OLEH SYARA' adalah lebih tepat, tidak ada khilaf antara ulama, juga antara kita insya Allah bahawa inilah yang dinamakan satu ijtihad dalam berdoa, tetapi ijtihad yang 100 peratus betul. Dan ia sah dari semua lapisan ummah, solih atau tidak, mujtahid atau ammi dari generasi manapun. Namun kita tetap i'tiqadkan generasi awallah telah mendahului kita dalam ijtihad ini, dan telah melaksanakannya dengan sesempurnanya, dan tidak meninggalkan satupun darinya. Merekalah asSabiqun fil khairat.
Adapun doa Nabi Musa itu, jika kita lihat ia termasuk dibawah satu pembahasan usul fiqeh " Hal Syaru'n man qablana syaru'n lana ? " Dan ini adalah satu dalil mukhtalaf fihi. Dan kita tahu kita tidak boleh beristidlal dalam mautin niza' untuk mahallu niza'. Ini membawa kepada daur. Ini pertama, keduanya, bagaimana boleh kita ta'adykan mahalnya iaitu apabila sampai ke kawasan Madyan kepada mahal lain yang KHUSUS, sedangkan ia asalnya bersifat khusus ? 
Jika kita lihat, apakah sunnah apabila kita tawajjuh kejurusan Madyan ( tawajjah tilqa madyana ) untuk berdoa : " asaa rabbi an yahdiyani sawaas sabeel " Kemudian setelah kita memberi minuman kepada orang ramai ( dua  wanita? ) dan berteduh dibawah pokok kita disunnatkan berdoa : " Rabbi inii lima anzalta ilayya min khairin faqeer "

Selepas kita tahqeeqkan perkara diatas ini, barulah boleh kita bahaskan apakah boleh setiap kali kita bertawajjuh ke Makkah contohnya kita berdoa seperti doa Nabi Musa as.tadi.  Atau kita khaskan kota lain dengan doa ini dan kita anggapnya sunnah, jika tidak kita namakannya sunnah Nabi Musa as alal aqall. Atau setiap kali kita berteduh dibawah pokok di Mekah contohnya selepas memberi orang-ramai minum air zam2 kita doa " Rabbi inni lima ... " Contoh sekadar untuk taudheeh, harap beri perhatian.
Sekali lagi saya ingatkan mahall niza'nya, pada kaifiyah, zaman, sebab yang khusus, bukan yang umum. 
Kembali kepada masalah " Syaru'n man qablana syar'un lana ?" kalau tidak silap saya yang rajeeh adalah "laysa syara'n lana." Dan inilah pendapat jumhur, termasuk Imam Syafie'y yang berbeza dengan Hanafiy.
Sebab itu terdapat dikitab " Tahkreej al-furuu' alal usul " oleh az-Zanjany as-Syafiey, beliau ada menyebutkan bahawa dari takhreej asal tadi, seorang apabila bernazar untuk menyembelih anaknya, yana'qid nazarnya pada mazhab Hanafy " tamasukkan biqadhiyyah al-Khaleel as." Adapun menurut jumhur tidak, "iz laa asla lahu fii syari'na." ( ms 416 ).
Maka hendaklah kita beristidlal dengan syara' kita, Al-Kitab dan as-Sunnah.
"...Atau sekurang-kurangnya ia tidak
haram jika kita bersama-sama mereka yang berdoa, seperti yang telah
difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 28: "Dan sabarkanlah diri
kamu dengan mereka yang memohon (berdoa) Tuhan mereka pada waktu pagi dan
petang kerana mengharapkan WajahNya...." Tidakkah berdoa awal akhir tahun
berlaku pada waktu petang? Tidakkah khitab dalam ayat diatas untuk jama'?
Dengan erti kata lain, perkumpulan manusia? "

 Sebelum kita katakan haram atau tidak, baik juga kita periksa sihhatu istidlal dengan ayat ini. Baik juga kita lihat i'raab " ma'a alladzina yadu'na rabbahum ... ". Apakah maudhi' i'rabnya ? Saya rasa yang zohir ia adalah dalam maudhi' sifat atau na'at bagi kaum itu ( mahzuf ). Dan sifat ini adalah mulazim bagi mausufnya, dimanapun mereka berada,  iaitu sifat mereka terus menerus berdoa siang dan petang dengan ikhlas. 
Bermakna dhomir jama' tidak mengertikan kaifiah doa mereka, jika kita katakan demikian kita wajib juga katakan disemua maudhi' al-Quran, contohnya : " wa yu'tuunaz zakah ", tidak ada pula kita dengar mengeluarkan zakat atau sadaqah secara jamai', bahkan setiap orang dengan haul dan nisabnya sendiri. Ia hanya menunjukkan sifat mereka mengeluarkan zakat. Tahdeed kaifiah harus diambil dari dalil lain.
Adapun kalimah' doa ' dalam al-Quran datang dengan berbagai makna antaranya :

1.    Doa ( ma'ruf )
2.    Da'wah, menyeru, " da'awtu qaumi laylan wa naharan " [ Nuh ] , dan ini agak jauh sedikit.
3:    Ibadah
" wa annal masajida lillah falaa tadu' ma'a Allahi ahada " [ jin ], " wa lamma qaama a'bdullah yad'uhu ... " kata al-Qurthuby : " ay ya'buduhu " , Juga berdalilkan apa yang disebutkan kelmarin tentang doa  dengan " Innal aladzinas takbaru a'n ibadaty "[ Ghafir ] yang ramai mufasirin menafsirkan dengan ibadah yang juga merangkumi doa. Dan ini banyak sekali dalam al-Quran.
Dan zhohir ayat tersebut menunjukkan makna ini. Kerana yang ma'hud dari mereka adalah solat berjemaah pada Ghadati wal Asyyi, di masjid. Dan ini jelas masyru'. Walaubagaimanapun ada juga riwayat yang mengatakan ia adalah zikir, takbeer, tahleel, tahmid dll.
Cuma yang penting mengtakhseeskan maknanya dengan doa dengan raf' aydi yang ingin difahamkan tidak ada mukhasisnya, dan idza tataraqa a'lad daleel ihtimal saqata bihi istidlal.
Dari itu perlulah kepada daleel2 lain dan dibincangkan seterusnya dengan akademik.
Sekian dahulu, mungkin disambung akan datang insya Allah.
Wallahu a'lam

3 comments:

  1. Bagaimana pula berhujjah dgn kaedah العادة محكمة atau مارآه المسلمون حسنا فهو عندالله حسنا?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...=)

    ReplyDelete
  3. Semua qaedah ada syarat2nya. Kaedah A'adah muhakkamah juga begitu:

    antaranya :

    1) Adat itu tidak menyalahi syariat

    Syariat tidak membenarkan ihdath ( mengada2kan ) dlm agama, oleh itu mengkhususkan doa utk awal-akhir tahun adalah satu adat yg bersalahan dgn syariat.

    ((Apa yg dilihat baik oleh org2 islam adalah baik )) bukan hadith marfu'.

    Maknanya adalah muslimun dari kalangan sahabat khususnya atau semua orang Islam, iaitu ijma'. Kita ada dalil lain bahawa apabila sesuatu amalan itu diperselisihkan ulama seperti amalan ini ia tidak semestinya baik disisi Allah. Maka wajib dikembalikan kepada dalil apakah Allah dan Rasulnya mensyariatkan amalan yg dianggap baik ini?

    ReplyDelete