Sunday, March 14, 2010

Perbezaan antara Haddathana dan Akhbarana

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah

Bagi sesiapa yang biasa membaca kitab-kitab hadith yang bersanad seperti Sohih Muslim, tentu akan bertemu dengan kalimat2 ini : حَدَّثَنا atau أَخْبَرَنا.

Tentu ada yang tertanya2 : Apakah perbezaan antara lafaz2 ini ?
Berkata Imam Tirmidzy rhm dalam kitab " I'lal "nya :
... berkata Abdullah bin Wahb : " Apa yang aku kata :  حَدَّثَنا maka ia adalah apa yang aku dengar ( dari guruku ) bersama orang ramai.

Dan apa yang aku kata   حَدَّثَني adalah apa yang aku dengar sendirian.

Dan apa yang aku kata أَخْبَرَنا adalah apa yang dibaca dihadapan seorang alim dan aku ada bersama menyaksikannya.

Apa yang aku kata أَخْبَرَنِي adalah apa yang aku ( sendirian ) baca kepada seorang alim. "

***********

Walaubagaimanapun pembezaan ini tidaklah wajib dikalangan ulama hadith tetapi amat digalakkan :

Berkata Imam Nawawy rhm : " Dan ini adalah istilah yang diketahui dikalangan mereka, dan ia adalah mustahab pada mereka, jika ia meninggalkannya dan menggantikan dengan lafaz  antara lafaz2 ini, riwayat pendengarannya masih tetap sah, tetapi ia meninggalkan yang lebih utama, wallahu a'lam. " ( Syarh Muslim : Kitabul Iman : hadith Jibril)

Imam Muslim rhm antara ulama hadith yang amat memerhatikan perkara ini, beliau akan membeza2kan antara lafaz2 riwayat ini dalam sanad2nya.

Begitu juga ulama2 lain, dimana lafaz2 ini merupakan cara -cara periwayatan ( Tahammul ) yang amat terperinci. Ini tidak lain melainkan satu bukti sakeng amanah dan professionalnya ulama2 hadith kita. Semoga Allah jua membalas jasa mereka.

Dan ini juga menunjukkan bahawa kaedah membaca dihadapan guru atau " tasmi' " adalah kaedah diterima pakai oleh ulama2 kita dari dahulu lagi, dan bahawa kedudukannya adalah seperti mendengar dari mulut guru itu sendiri. Namun tentulah mendengar langsung dari mulut guru yg diistilahkan sebagai " talaqqi " lebih tinggi derajat periwayatannya.

Satu faedah lagi, para guru tidak seharusnya jemu dan jenuh menyampaikan apa2 riwayat yang mereka hafal atau tulis, hendaklah mereka menyampaikan kepada orang ramai secara langsung atau mereka sanggup dengar bacaan kitab2 mereka dari para pelajar secara berkumpulan mahupun secara individu.

Begitulah kemudian pelajar2 itu menyampaikan kepada orang lain dan seterusnya, sehingga tersebar luas ilmu dan petunjuk kepada orang ramai.

Wallahu wahdahu waliyyu Taufiq

..

No comments:

Post a Comment