Monday, March 1, 2010

Sunnah Tarkiyyah - Bahas Ringkas

Sat Mar 31, 2001 11:57 am


Assalamualaikum wrbth,

Pembaca yang dikasihi sekalian,

Di sini saya ingin berkongsi sama sebuah bahas kecil tetapi agak penting untuk kita lebih memahami dan menilai masalah yang sedang dimuzakarahkan ini insya Allah ...

SUNNAH TARKIYYAH سنة تركية

Maksud dari sunnah tarkiyyah adalah : apa yang ditinggalkan Nabi saw dari sesuatu amalan .

Berkata Ibnu Najjar al- Hanbaly: 

إذا نقل عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه ترك كذا, كان أيضاً من السنة الفعلية 
 " Apabila dinukilkan dari Nabi SAW bahawa baginda telah meninggalkan sesuatu, ia juga adalah satu sunnah fi'liyyah " ( Syarh Kaukabil Munir 2/165).

Dan sunnah tarkiyyah dikenali dengan satu dari dua jalan seperti yg disebutkan Imam Ibnul Qayyim ( I'laam al-Muwaqqie'n:2/389) :

1.    Tasreeh ( kata2 jelas ) dari seorang sahabat bahawa Rasululullah " telah meninggalkan itu dan ini dan tidak melakukannya ",

Contohnya :     
صلى العيد بلا أذان و لا إقامة

(( Baginda telah solat e'id dengan tanpa azan dan iqamah )) [ Abu Daud 1147 asluhu fiisohihain ]

2.    Tiada nuqilan dari para sahabat yang mana  jika Baginda ada melakukannya tentu mereka atau kebanyakan mereka atau seorang dari mereka akan bersungguh2 dan terpanggil untuk menuqilkannya, maka apabila tidak ada seorangpun dari mereka yg menuqilkannya, dan tidak seorangpun dari mereka yang menceritakan kepada sebuah majlis, maka diketahuilah bahawa perkara itu tidak terjadi.

Rasul saw tidak meninggalkan sesuatu perkara melainkan dalam satu dari 3 keadaaan :

Hal Pertama :    Rasul meninggalkannya kerana tidak wujud sebab pendorongnya : عدم وجود المقتضي

Contoh :   Peninggalan Rasulullah saw dari memerangi orang2 yg enggan mengeluarkan zakat. Nabi tidak lakukan sebab tidak ada sebab pendorongnya ketika itu. Dan peninggalan ini bukan sunnah.

Hal Kedua    :    Rasulullah saw meninggalkannya dengan wujud muqthady,  tetapi terdapat disitu ' مانع', halangan yang menghalang beliau dari melakukannya. Dan peninggalan ini juga tidak menjadi sunnah.

Contoh :    Peninggalan Rasulullah SAW solat qiyam Ramadhan secara jamaah setelah mengamalkannya beberapa malam, kerana takut di wajibkan atas ummatnya. "... خشيت أن يفرض عليكم " ( Bukhary ). 

Aku khawatir solat ( terawih ) ini akan diwajibkan atas kelian. "

Hal Ketiga    :    Rasulullah saw meninggalkan perbuatan itu sedangkan kedua2 syarat diatas - ada sebab pendorong dan tiada apa2 halangan. Dan peninggalan ini dengan hal sedemikian adalah sunnah.

Contoh :    Peninggalan Rasulullah saw dari diazankan untuk solat Tarawih dan meninggalkan solat dua rakaat sesudah sai di Marwah sebagaimana baginda lakukan sesudah tawaf. Dan yg kedua ini dianggap bid'ah qabihah dan diingkari oleh seluruh ulama Syafie'y. Juga seperti mandi untuk setiap solat, dll dan contoh dlm hal ini banyak.

Dengan itu kita dapati bahawa peninggalan ( ترك ) Rasulullah saw akan sesuatu perkara adalah HUJJAH, maka wajib ditinggalkan apa yang baginda tidak buat dengan 2 syarat.

1.                   Sebab muqthadi untuk melakukan perbuatan itu wujud pada zaman Rasulullah saw.

2.                   Tiada halangan   

Maka jika cukup dua syarat ini, adalah sunnah hukumnya kita meninggalkannya ( sunnah tarkiyyah ) kerana berhasil ilmu pada kita bahawa Rasulullah saw tidak meninggalkannya melainkan supaya dijadikan sunnah untuk ummatnya.

Dari sini ulama telah mengeluarkan qaedah penting, setiap perkara yang Rasulullah saw boleh mengamalkannya dan sebab2nya wujud pada ketika itu tetapi ditinggalkan, maka melakukannya adalah bid’ah, kerana telah melanggar sunnah tarkiyyah.

Kemudian mereka melanjutkan qaedah ini lagi, iaitu dengan merangkumi apa2 yang ditinggalkan oleh para sahabat danTabien, ( salafus soleh ) dengan dua syarat yang sama tadi.

Contohnya :       Solat Raghaib yg dilakukan pada bulan Rejab atau Nisfu Syaaban.

APAKAH ADA ULAMA YG MENYOKONG DAN MENGGUNAKAN QAEDAH INI ? :

1.    Imam al-Izz ibn Abdus Salam rahimahullah seorang ulama mazhab Syafiey telah beri’timad atas qaedah ini dalam mengingkari dan menerangkan bid'ahnya solat Raghaib, solat yang dilakukan pada malam nisfu Sya'ban..

Berkata rahimahullah : “  Dan antara yg menunjukkan bidaahnya solat ini: para ulama yg merupakan a’laamud Din dan aimmah Muslimin dari golongan sahabat dan tabien dan Tabie’ tabien dan selain mereka yg telah mentadweenkan kitab2 dalam syariah berserta dengan ghairah mereka yang kuat untuk mengajar manusia faraidh dan sunan, tidak dinuqil dari mereka bahawa mereka ada menyebut solat ini, dan tidak pula mereka menuliskan dalam kitab mereka, tidak pula dalam majlis2 mereka.

Dan adat amat memustahilkan sunnat seperti ini ghaib dari mereka2 itu, yg merupakan a’laam diin ini dan qudwah para mukminin, sedangkan mereka menjadi rujukan bagi setiap hukum ahkam daripada faraidh dan sunan, halal dan haram. “
 ( At-Targheeb a’n Solatil raghaib al-Maudhuah m/s 9 dan al-Baith a’la Inkaril Bida’ wal Hawadith m/s 47).

2.    Berkata Ibnus Sama'any Syafiey: "  إذا ترك رسول الله صلى الله عليه و سلم شيئاً وجب متابعته فيه ..

Apabila Rasul SAW meninggalkan sesuatu, hendaklah diikutinya dalam peninggalan itu... " 

dinaqal oleh Syaukany dlm kitab beliau Irsyad Fuhul, kemudian saya dapati di Qawathi' Adillah 2/190 kitab karangan Ibnu Sam'any sendiri .

3.    Berkata Imam Subky apabila ditanya tentang sebahagian perkara2 yang diada2kan: " Al-hamdulillah... ini sebuah bid'ah, tidak seorangpun yg mensyakkannya, tidak ragu2 lagi, dan cukuplah ia tidak dikenali pada zaman Nabi SAW, tidak pada zaman sahabatnya, dan tidak dari seorang pun ulama salaf " ( Fatawa Subky : 2/549 )


ASAL BAGI QAEDAH INI:

Adapun bagi qaedah pertama tentang sunnah tarkiyyah :

1.    Firman Allah Azza wa Jalla : 

{ لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله و اليوم الأخر و ذكر الله كثيراً} [ Ahzab ]

" Sesungguhnya terdapat pada Rasulullah contoh yang baik bagi siapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat dan mengingatii Allah dengan banyak "

2.    Ijma bahawa : " Tidak ada sesuatu perkara kebaikan ( qurbah ) melainkan Rasulullah saw telah menunjukkan ummatnya, dan tidak ada sesuatu perkara kejahatan melainkan Rasul saw telah mewaspadakan ummatnya. "

1.    Hadith makan dhob, maka para sahabat meninggalkan dari memakannya apabila melihat Nabi saw meninggalkannya, sehinggalah baginda menerangkan mereka bahawa ia halal tetapi baginda kurang menyenanginya. Para ulama seperti Samaa'ny dan Ibnu Najjar telah beristidlal dgn hadith ini. Hadith ini dikeluarkan oleh Syaikhain, tetapi berbeza lafaznya.

Adapun sunnah tarkiyyah dalam konteks salafus soleh :

1.    Berkata Huzaifah ranhu : 

كل عبادة لم يتعبدها أصحاب رسول الله فلا تتعبدوا بها, فإن الأول لم يدع للآخر مقالاً, فاتقوا الله يا معشر القراء, خذوا طريق من كان قبلكم
Setiap ibadat yang tidak dilakukan oleh sahabat2 Rasulillah SAW maka jangan kamu lakukannya, kerana sesungguhnya generasi awal tidak meninggalkan ruang untuk generasi kemudian, maka bertaqwalah kamu kepada Allah wahai pembaca2 Al-Quran, ambillah jalan orang2 sebelum kamu "  ( al-Amru bittiba'/ Suyuthy dan dikeluarkan Bukhary sepertinya 7282 )

2.    Berkata Imam Malik : 
لن يصلح آخر هذه الأمة إلا ما أصلح أولها 

"Tidak ada yang dapat memperbaiki akhir ummat ini melainkan yang telah memperbaik ummat pertamanyai  " ( Iqthida Siratul Mustaqeem : 2/718 )

3.    Berkata Saeed bin Jubair seorang Tabi'en yang alim : 

ما لم يعرفه البدريون فليس من الدين
" Sesuatu yang tidak dikenali oleh ahli badr maka ia bukan dari agama. " ( Jami'u Bayanil ilm : 1/771 )

4.    Umum kata2 Imam Syafiey yg dinukilkan kelmarin tentang hujjiyah ijma' sahabah dan qaul sahaby juga athar Ibnu Masud  & Abu Musa Al-Asya'ry ranhuma bersama Ashabul halqah. ( Sunan Darimy : muqaddimah )

5.    Ia adalah sebuah ijma' amaly, dan ijma' amaly kedudukannya seperti nas ijma', seolah2 ada khabar ijma', dan ia lebih kuat dari ijma' sukuty wallahu a'lam.

Berkata Imam Syathiby :

لأن ترك العمل به من النبي صلى الله عليه و سلم في جميع أموره و ترك السلف الصالح له على توالي أزمنتهم قد تقدم أنه نص في الترك, و إجماع من كل من ترك, لأن عمل الإجماع كنصه  

" Kerana peninggalan Nabi SAW dari beramal dengannya pada seluruh keadaannya dan peninggalan salaf us solih sepanjang zaman mereka adalah nas bahawa ia ditinggalkan, dan satu ijma' dari setiap mereka yang tidak melakukannya, kerana amalan yang disepakati adalah dalil nas kepada ijma' itu sendiri." ( I'tisham : 1/365 ).

KESIMPULAN

Qaedah ini adalah sebuah qaedah yg ddisepakati (muttafaq a'laiha ) dikalangan ulama dan digunakan oleh mereka dlm menilai amalan2 yang tiada contohnya dari salafus soleh. Dan ia tidak khusus bagi sebahagan puak tidak kepada yg lain, bukan khusus bagi sebuah daerah, bukan khusus bagi sebahagian madrasah atau pengajian sahaja, bahkan antara pelopor dan pemangkunya merupakan ulama maqasid dan qawaed, yg amat mengetahui tentang masalih dan mafasid tasyri'. Ada antara mereka, seperti dapat dilihat dari rangkaian ulama tadi, merupakan ulama2 mazhab Syafiey sendiri. Sehingga kini saya belum bertemu dgn ulama2 yg bercanggah dgnnya dari kalangan mutaqaddimin yg muktabar.

Maka mereka bersepakat bahawa sunnah adakalanya fi'liyyah, jika diamalkan menjadi sunnah, adakalanya tarkiyyah, jika ditinggalkan juga menjadi sunnah. Dan perlu diambil perhatian bahawa fi'il yang diamalkan hanya menjadi sunnah jika diamalkan kerana Rasulullah SAW mengamalkannya berserta niat mengikut baginda dalam amalan itu, demikian juga sebuah tark yg ditinggalkan hanya menjadi sunnah jika ia ditinggalkan oleh Rasulullah saw berserta niat mengikut baginda, inilah mutabaah tammah. Dan niat mutabaahlah yg menentukan berhasilnya pahala atau tidak, seperti perkara2 yg haram dgn nas ( minum arak contohnya ), tidak mendapat pahala jika ditinggalkan secara muawafaqah sahaja tanpa qasd tark. ( rujuk ahkam takleefy ).

Dari itu tidak ada khilaf bahawa jika kita tidak melakukan sesuatu tanpa uzur contohnya tidak solat rakatain selepas Sai' kerana iqtida dgn Nabi saw, kita telah mendapat pahala dan tark kita dikira sunnah, dan kita dikira telah beriqtida dgn Rasulullah dengan sempurna. Dan ini secara yakin, adapun amalan kita yg baru belum tahu lagi, dan qaedah mengatakan : " al-yakin laa yuzalu bissyak ", dan sabda Rasulullah saw : " Tinggalkan apa2 yang meragukan kamu kepada apa yg tidak meragukan ."

Sekian dahulu bahas kecil yg tidak seberapa ini, setelah mengulang kaji maudhu'nya rupanya ia ada lebih dari ini yg tidak kurang pentingnya, seperti syubhat dan jawaban terhadap qaedah sunnah tarkiyyah ini dll, yg mungkin dihuraikan akhirnya dalam munaqasyah kelak insya Allah.

Namun yang diharapkan adalah ia menjadi tazkirah bagi yang mengetahui, dan panduan bagi yg masih mencari. Amat diharapkan komen yg membina dari para asatizah sekelian terhadapnya dari segi pengambilan hujjah2nya demi muzakarah yg diharapkan membuahkan natijah yg membina.

Wal hamdulillahi rabbil a'lameen.

No comments:

Post a Comment