Monday, April 19, 2010

Sipemaaf yang jahil ?

Bismillah was solaatu was salamu a'la Rasulillah,

Sepanjang kehidupan kita, orang tua kita, masyarakat sekeliling kita sering mengingatkan kita agar sentiasa memaafkan orang lain, hendaklah kita penjadi insan yang pemaaf, insan yang penyabar.

Bahkan apabila kita enggan ' bertasamuh ' dengan orang yang menganiaya kita dan melampau batas, bila kita mula mengangkat tangan untuk berdoa doa orang yang dizalimi, orang ramai akan segera menuduh kita sebagai melampau, sebagai keras hati atau sekurang-kurangnya bukan seorang pemaaf, dan pelbagai celaan lain.

Apakah fiqh sebenar dalam masalah ini? Apakah sikap yang ideal berbanding dengan sikap yang praktikal dalam memaafkan orang yang zalim? Apakah kita dipaksa agar melakukan sesuatu yang diluar fitrah manusia, luar kemampuan hamba?

Ayat-ayat al-Quran 

Terdapat banyak ayat-ayat yang memuji mereka yang menahan kemarahan


{والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس}

(( Dan mereka yang menahan kemarahan dan yang memaafkan manusia.))

{وأن تعفو أقرب للتقوى}

(( Dan engkau memafkan itu lebih dekat kepada ketakwaan ))


{ولا تستوي الحسنة ولا السيئة ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك وبينه عداوة كأنه ولي حميم}

(( Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan, tolaklah ( kejahatan ) dengan yang lebih baik, maka seorang yang ada permusuhan antaramu dan dia akan menjadi seperti sahabat yang rapat. ))


Berkata Syaikh Muhammad ibn al-Uthaimeen rhm :
Allah Ta'ala telah berfirman :


( وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ)


(( Dan balasan kejahatan adalah kejahatan sepertinya, barangsiapa yang memaafkan dan mengislah maka pahalanya disisi Allah ))


FirmanNya (( Dan mengislah )): 

Ertinya mengislah dalam pemaafannya iaitu pemaafannya adalah satu pengislahan. Dan syarat ini muktabar dalam nas-nas yang menunjukkan atas keutamaan memaafkan, dan bahawanya kemaafan mesti merangkumi pengislahan. Adapun kemaafan tanpa islah maka ia adalah kelemahan bukan satu kepujian. Oleh kerana itu jika seorang penjenayah menzalimi seseorang, dan penjenayah itu seorang yang terkenal dengan kejahatan dan kezalimannya adakah kita katakan bahawa yang afdal adalah kamu memafkannya? Tidak, kerana memaafkannya bukan satu pengislahan, jika kamu memaafkannya dia akan terus-menerus dengan kejahatannya.


Namun tetapi, jika penjenayah itu adalah seorang yang terkenal dengan istiqamah, bukan terkenal dengan penganiayaan terhadap orang lain, tetapi ia adalah satu kesilapan yang timbul darinya maka disini kita katakan memaafkan lebih utama.

Antara contoh yang demikian itu adalah kemalangan jalanraya yang berlaku, terdapat seorang yang terkenal dengan kecuaiannya dan tidak memperdulikan peraturan lalulintas, tidak pula memperdulikan orang ramai lalu menyebabkan berlakunya kemalangan nyawa. Mereka mengasihaninya dan mengatakan : " Kami memafkannya dari pampasan diyat," apakah ini kebaikan?

Tidak ini bukan kebaikan, bahkan kebaikan adalah menuntut pampasan ganti -rugi dan dihukum dengan hak umum..."

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rhm : " Islah itu wajib dan memafkan itu sunnat, jika didalam kemaafan itu hilangnya pengislahan maknanya kita telah mendahulukan yang sunnat keatas yang wajib, dan ini tidak bersesuaian dalam syariat.


Lihatlah para ulama yang diberikan kefahaman dalam agama ini, seorang insan perlu mengetahui bila dia memaafkan dan bila dia balas, jika ia membalas maka bukan kerana dendam, kemaafannya bukan tanda kelemahan dan tidak upaya, keridhaan Allahlah yang dicari, pengislahanlah yang diharapkan.


Wallahu huwal Muwaffiq


7 comments:

  1. assalaamualaikum ustaz,

    adakah yg ust. maksudkan dengan memaafkan sipenganiaya dan dgn kemaafan itu ia dapat memperbaiki dirinya (penganiaya)..maka pemaafan sebegini lebih dekat kpd taqwa? bagaimana pula jika sudah dimaafkan berulang kali tetapi si penganiaya tetap istiqomqh dgn "sikap aniaya nya"?
    bukankah jika yg teraniaya ketika ia berdoa,pasti ada perasaan marah..mungkin termasuk dendam (refer ust. punya last paragraph)

    ReplyDelete
  2. Jelas bahawa memaafkan dgn islah, dgn harapan sizalim memperbaiki dirinya lebih baik dari membalas dan menuntut hak sendiri.

    Memaafkan ini ada dua keadaan sebenarnya, 1) Lemah memang tidak boleh balas

    2) Kuat, mampu balas
    Kita sedang membicarakan keadaan kedua dlm artikel ini.

    Orang yang lemah sahaja yang tiada peluang membalas, maka tiada pilihan dihadapannya kecuali memaafkan.

    Orang inilah yang disuruh bersabar, tetapi jika dia ingin membalas dengan berdoa doa org yg dizalimi, itu hak dia, tapi tak semestinya kerana melepaskan geram dan dendam. Ini masalah hati, dia seharusnya mengawalnya. Boleh saja dia niat agar Allah balas sizalim selayaknya agar insaf dan menghentikan kezalimannya kepadanya dan org lain.

    Contohnya orang yang mencabul wanita dan larikan diri.

    Memang Allah adalah sebaik2 tempat mengadu.

    Jika Allah kabulkan doanya, bukankah ia satu islah?
    Kata Syaikh Utsaimeen, ada beza antara org yg lemah marah dan orang kuat marah.

    Sebenarnya orang lemah bukan betul2 marah, dia sedih. Orang kuat yang betul2 boleh marah. Tetapi samada dia nak tahan marahnya atau tidak. Maka nabi SAW suruh dia " la taghdab ".

    Yg dimaksudkan dlm perenggan terakhir adalah tidak membalas semata2 kerana dendam, tidak ada niat utk islah, walaupun sebenarnya org yg zalim itu masih boleh dimaafkan, dia akan menyesal dan meninggalkan kezalimannya.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz, ana ingin bertanya ttg hukum memakai wangian yg mengandungi alcohol bsik dlm maupun luar solat. Minta jasa baik ustaz beri dalil syara' sekali jika boleh . Jazakallah khir.

    ReplyDelete
  4. Wangian yg beralkohol dihukum sebagai khamar oleh sebahagian ulama seperti Syaikh Ibn Baz jika lebih dari 5%, ia adalah nisbah yg memabukkan. Jika kurang tidak mengapa.

    Ulama lain berpendapat wangian beralkohol bukan khamar tidak secara bahasa atau adat. Mereka membolehkan memakainya.

    Ada pula ulama yg berpendapat jika ia khamar sekalipun ia tetap halal digunakan sebagai wangian, kerana yg diharamkan adalah meminumnya. Mereka berkata khamar tidak najis. Ini pendapat Syaikh Albany dan Syaikh Masyhur murid beliau.

    Syaikh Uthaimin pula mengatakan walaupun ia bukan khamar, terdapat perintah menjauhinya dlm Quran [فاجتنبوه ]

    Para pakar sains pula berkata alkohol dlm wangian bukan yg dlm khamar, yg dlm wangian jika diminum boleh membawa maut.

    Inilah pendapat yg benar, ia bukan khamar secara bahasa dan adat. Perhatikan mereka bersepakat halalnya ia jika kurang dari 5%, kerana tidak memabukkan maka bukan khamar.

    Wallahu a'lam

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  5. جزاك الله خير

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم يا أستاذ،
    saya ingin bertanya ttg pelaburan emas, adakah dibolehkan atau sebaliknya? dan apa ciri2 pelaburan yg halal menurut syara'. Mohon bawakan dalil jika ada?
    الف شكرا.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete