Sunday, May 16, 2010

Meneliti pendapat yang melarang mengikut imam qunut

Didalam tulisan ini pula, ana akan cuba membawa pendapat dan hujjah2 mereka yang melarang mengikut angkat tangan dan mengaminkan doa imam yang qunut Subuh.

DR Muhammad Ya'qub Thalib Ubaidi menjelaskan alasan masing-masing pendapat di atas dengan menyatakan:

" Abu Hanifah menjelaskan alasan makmun tidak mengikuti imam, yaitu bahwa qunut subuh itu adalah hukum mansukh (yang telah dihapuskan), sebagaimana takbir ke lima pada shalat jenazah. Walaupun Abu Yusuf berpendapat makmum mengikuti imam sebagaimana pendapat Imam Ahmad, tetapi pendapat yang dipilih pada madzhab Hanafiyah adalah makmum berdiri diam saja. 

Dan Imam Ahmad menjelaskan alasan makmum mengikuti imam, yaitu agar makmum tidak menyelisihi imamnya, dan karena para sahabat, tabiin, dan orang-orang setelah mereka terus menerus bermakmum kepada sebagian yang lain, padahal ada perselisihan di antara mereka dalam masalah furu(cabang).

[Foot Note Kitab Al-Ifshah Libni Hubairah 1/324].

Pendapat yang rajih -wallahu alam- adalah pendapat Hanafiyah, yaitu makmum tidak mengikuti imam, karena qunut tersebut tidak disyariatkan di dalam shalat.

Hal itu sebagaimana ketika para sahabat mengikuti perbuatan Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam dalam melepaskan sandal ketika shalat, yang  kemudian beliau menanyakan hal itu kepada para sahabatnya. Sebagaimana riwayat
di bawah ini.

Artinya : Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata: Tatkala Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam sedang shalat dengan para sahabat beliau, tiba-tiba beliau melepaskan kedua sandal beliau lalu meletakkan kedua sandal tersebut pada sebelah kiri beliau. Ketika para sahabat melihat hal itu, mereka melepaskan sandal mereka.

Setelah Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam menyelesaikan shalatnya, beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu melepaskan sandal kamu?. Mereka menjawab: (( Kami melihat anda melepaskan kedua sandal anda, maka kamipun melepaskan sandal kami. Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
Sesungguhnya Jibril Alaihi Shallallahu wa sallam mendatangiku dan  memberitahukan kepadaku bahwa pada kedua sandal (ku) itu ada kotoran)) 

[Hadits  Riwayat Abu Dawud, Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Abi Dawud No. 650]
[Disalin dari Majalah As-Sunnah 01/Th VI/1423H/hal.4-5]

JAWABAN

Dari nukilan ini, kita dapati pendapat yang berkata tidak diikuti imam ketika berqunut, iaitu hanya berdiri sahaja tetapi tidak mengangkat tangan dan tidak mengaminkan doa qunut imam, dalil mereka adalah :

1) Qunut Subuh yang bukan Nazilah tidak lagi disyariatkan, ia telah mansukh, inilah pendapat Hanafi maka perbuatan ( angkat tangan  ) dan percakapan ( amin ) yang tidak disyariatkan membatalkan solat.

2) Ia diqiyaskan dengan perbuatan luar solat yang tidak boleh diikuti imamnya, seperti perbuatan menanggalkan selipar ketika solat didalam hadith tersebut.

Kata2 mereka ini wallahu a'lam tertolak kerana qunut subuh dianggap imam sebagai sunnah, menurut mazhab imam. Yang menjadi hukum adalah mazhab imam, bukan mazhab makmum, sebab Nabi SAW telah memerintahkan makmum mengikut imam dalam semua gerak geri imam. Solat duduk bagi yang mampu berdiri   juga tidak disyariatkan, tetapi lihat bagaimana Nabi SAW tetap memerintahkan makmum mengikut imamnya? 


Dari sudut perbuatan dan percakapan tambahan dalam solat pula, maka benar bahawa menambahkannya dalam solat dengan sengaja membatalkan solat, tetapi nizaa' kita adalah dalam keadaan terpaksa, kita ada larangan lain agar jangan melakukan sesuatu yang menyelisihi imam. (( فلا تختلفوا عليه )).

Bila seseorang imam solat duduk, makmum dibelakang pula solat berdiri, maka ini adalah ikhtilaf, dia solat begini, kamu solat begitu.

Qaedah bercakap dan bergerak tanpa sebab dalam solat membatalkan solat adalah umum makhsus,  tetapi perintah ikut imam dan larangan menyelisihi imam berbentuk umum yang tidak dikhususkan.
Ulama telah menyebutkan qaedah bahawa apabila bercanggah antara umum  ghairu makhsus dan umum makhsus, maka yang dijadikan amalan adalah umum yang tidak dikhususkan. Umum makhsus lemah.

Contohnya adalah dalam masalah solat tahiyyatul masjid pada waktu larangan, oleh kerana perintah solat tahiyyat lebih umum, " setiap kali masuk masjid ... " larangan solat pada waktu2 tertentu walaupun berbentuk umum, semua solat, tetapi  ia telah masuk pengkhususan seperti contoh, solat " qadha ", yakni solat wajib yang tertinggal, begitu juga solat sunat subuh lepas subuh. Menurut jumhur ulama, solat yang mempunyai sebab lain seperti solat jenazah, solat kusuf, solat sunnat towaf dll dikhususkan dari larangan.

Kembali kepada masalah qunut pula, kita dapati dalam furu'  masail ikut imam, menguatkan umum hadith (( Imam dijadikan ikutan ... )). Kita dapati bahawa  makmum dibolehkan agar :

1) Tidak baca Fatehah jika masbuq kerana mengikut imam ruku'

2) Tidak baca tasyahhud awal kerana mengikut imam yang terlupa

3) Ikut sujud sahwi imam yang tidak duduk tasyahhud awal , sedangkan ia adalah perbuatan dan perkataan tambahan dan tidak disyariatkan untuk makmum. Sedangkan yang lupa imam, bukan makmum.

4) Mengikut imam yang muqim solat tamam ( tidak qasar ) sedangkan makmum yang musafir disunnahkan solat qasar, ada pendapat mewajibkan qasar.

5) Duduk dan baca tasyahhud awal begitu juga mengikut imam duduk dan baca tasyyahud akhir bukan pada tempatnya ,  jika makmum masbuq.  Ini tentu sekali tidak disyariatkan atau bid'ah jika disengajakan. Tetapi diwajibkan ikut imam juga.

6) Imam lupa dalam solat, terkurang rakaat lalu sambung selepas salam dan sujud sahwi, makmum tetap ikut imam, sedangkan dalam keadaan biasa dan sengaja ia membatalkan solat kerana tidak disyariatkan.

Adapun jawaban tentang hadith tanggal selipar, ia mungkin menjadi dalil untuk kami, bukan untuk mereka, ini menunjukkan bahawa para sahabat faham bahawa asal kewajiban makmum adalah mengikut imam dalam SEMUA perbuatan imam.

Nabi SAW tidak melarang sikap mereka mengikut imam, tetapi Nabi SAW mengkhususkan bahawa perbuatan imam yang bukan sebahagian dari haiah solat, seperti tanggal kasut, menggaru hidung, menguap, batuk dan berdehem yang dilakukan imam bukan kerana ia adalah sunnah solat, tidak perlu diikuti.

Maka hadith ini dalil bahawa wajib ikut imam dalam semua perbuatan imam kecuali yang dilakukan bukan kerana sebahagian dari solat.

Maka hujjah mengqiyaskan angkat tangan dan mengaminkan doa imam kepada tanggal selipar, menggaru badan dan perkataan tambahan adalah lemah, ia diistilahkan sebagai " al-qiyas ma'al faariq " atau qiyas yang tidak sama, ada perbezaannya. Perbuatan qunut lain, ia memang diniatkan sebagai sebahagian dari solat, tanggal selipar pula lain, maka tak boleh diqiyaskan. Disisi imam, qunut adalah sebahagian haiah solat atau sunnah, tetapi tanggal selipar, menggaru dsb bukan.

Maka qiyas yang benar adalah menqiyaskan qunut kepada perbuatan2 imam seperti bangun kerakaat yang ketiga tanpa tasyyahud awal, memberi salam sebelum selesai solat, kemudian ikut lagi sambung solat dan sujud sahwi, semua ini dilakukan secara salah oleh imam tetapi beliau ada keuzuran, beliau i'tikad bahawa ia betul kerana lupa, begitu juga qunut subuh terus menerus, beliau salah tetapi ada uzur, beliau i'tikad bahawa ia betul kerana sunnah.

Maka makmum juga salah apabila melakukannya, tetapi makmum juga mempunyai keuzuran, cuma uzurnya bukan uzur  imam, uzur makmum adalah menjunjung perintah mengikut imam.

KISAH MENARIK

Pada satu hari berkata Syaikh Albany rhm kepada para jemaah selepas azan apabila beliau sakit:

http://download.media.islamway.com/lessons/nasser/143-al-hodaa_wa_al-noor/223.mp3

(( Aku akan solat duduk, maka hendaklah kamu solat duduk ... kemudian beliau membaca hadith " Dijadikan imam agar diikuti ... apabila dia solat duduk maka hendaklah kamu solat duduk juga ".. dan ini peringatan dan peringatan itu bermanfaat buat orang2 beriman ))

Kemudian selepas iqamah beliau berkata : (( Mungkin ada kamu yang bertanya : bagaimana cara duduk kami ? Maka aku katakan : Hendaklah kamu duduk mengikut mana yang mudah bagi kamu, samada dengan duduk seperti dalam tasyyahud atau duduk *** ( tidak jelas )yang kamu mudah dengannya. .

Jangan kamu ikut aku jika aku melunjurkan kaki aku keqiblat apabila aku terasa sakit, jangan kamu ( و إياكم ) jadi seperti kaum Muadz bin Jabal r.a dimana apabila beliau sakit solat duduk beliau telah melunjurkan kakinya keqiblat lalu beliau dapati makmum juga duduk begitu. Muadz r.a lalu menegur mereka. Mereka berkata : Kami lihat engkau duduk maka kamipun duduk begitu. Beliau berkata : Aku duduk begitu kerana sakit. ."  ))

Berkata Syaikh lagi: (( Perhatian: sabda Nabi SAW : "Dijadikan imam untuk diikuti", ialah pada amalan yang ada kaitan dgn solat, adapun melunjurkan kaki, ia bukan, yakni ibadat solat, hanysanya yang diikuti adalah pada yang memang amalan solat, selain dari itu tidak diikuti...))


قد يرد سؤال إن اضطررتم للقعود معي فكيف يكون قعودكم معي؟


يكون القعود على ما يتيسر لأحدكم إما أن يقعد كما يقعد في التشهد وإما أن يقعد [...] يستريح بها وإياكم أن تفعلوا كما فعل قوم معاذ لمعاذ حينما أمهم ذات يوم فصلى بهم جالساً ومدَّ رجله إلى القبلة أو رجليه وهذا الذي أفعله حينما أضطر الصلاة قاعداً فما شعر إلا والجماعة من خلفه كلهم مدّوا أرجلهم إلى القبلة بعد الصلاة قال لهم: (لماذا فعلتم هكذا) قالوا: (رأيناك فعلت فعلنا) قال: (أما فعلت هذا لمرض) فيه تنبيه أن قوله عليه الصلاة والسلام: (إنما جعل الإمام ليؤتم به) إنما هي في الأعمال التي هي من شأن الصلاة أما مدّ الرجل هكذا فليست من يعني عبادات الصلاة وإنما يُتَّبَع الإمام فيما كان من أعمال الصلاة ولا يُتَّبَع في أشياء أخرى.


هذه أيضاً ذكرى والذكرى تنفع المؤمنين.

Ini menunjukkan bahawa faham Syaikh Albany rhm, seperti faham Mua'dz, r.a perbuatan yang imam yang terpaksa, seperti  sakit dan sebagainya atau dilakukan bukan kerana sebahagian haiah solat tidak dituntut agar diikuti.

Maka didalam posting kelmarin telah dinukilkan, jelas beliau mewajibkan mengikut imam yang qunut, bersedekap selepas ruku', tidak duduk jalsah istirahah, tidak angkat tangan bila intiqal, pendek kata semua perbuatan imam, semata2 mengikut umum hadith ikut imam itu. Walaupun semuanya beliau anggap tidak rajih, bahkan beliau anggap sebahagiannya sebagai bid'ah dholalah. Terutama sekali masalah qunut subuh secara berterusan yang sedang kita bahaskan ini.

Inilah yang diamalkan para sahabat bersama Uthman r.a.

Dan amalan ini adalah lebih kuat dari pendapat mazhab Hanafi.

Sekian, semoga bahas ringkas ini merupakan amalan yang memberatkan timbangan hasanaat kami disisi Allah kelak.

Wallahu a'lam

Tuesday, May 11, 2010

Mengangkat Tangan dan Mengaminkan Doa Imam qunut Subuh - Fatwa Ulama

Bismillah was solaaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Nukilan ini adalah untuk mereka yang berpendapat bahawa membaca doa qunut dalam solat Subuh secara berterusan bukan sunnah Nabi SAW. Sebagaimana pendapat sebahagian ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal dll rahimahumullah.

Permasalahannya disini bukan tentang membaca qunut Subuh itu sendiri, pembahasan ini masyhur dan mudah didapati dimana2 lelaman internet. Ia juga bukan berkaitan dengan hukum mengangkat tangan ketika membaca qunut, hampir tiada khilaf dikalangan masyaikh bahawa Nabi SAW telah mengangkat tangan ketika qunut, begitu juga Umar Ibnul Khattab r.anhu  dan diaminkan oleh para sahabat dibelakang.

Mahallun niza'nya adalah : Apakah makmum harus ikut mengangkat tangan dan mengaminkan doa qunut Imam setiap solat Subuh?

Tujuan posting ini adalah mengumpulkan fatwa para ulama yang dianggap imam-imam dan masyaikh mereka2 yang bermanhaj salafus soleh sebagai rujukan.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rhm


...Dan telah jelas dari apa yang kami sebutkan bahawa qunut itu ketika Nawazil, dan bahawa doanya dalam qunut bukan sesuatu yang khusus, dan tidak berdoa dengan apa yang terlintas dihatinya, bahkan hendaklah dia berdoa dengan doa yang masyru' yang sesuai dengan sebab qunut, sebagaimana dia berdoa ketika istisqa' ( minta hujan ) dia berdoa dengan yang sesuai dengan maksudnya, maka demikian juga jika berdoa minta pertolongan ( keatas musuh ) dia berdoa sesuai dengan maksudnya, seperti juga jika dia berdoa diluar solat untuk sebab itu, maka dia akan berdoa sesuai dengan maksudnya,. Inilah yang terdapat pada sunnah Rasulullah SAW dan sunnah Khulafa' ar-Rasyideen.

Barangsiapa yang berkata ia adalah sebahgian dari Ab'adh solat yang ditutupkan dengan sujud sahwi, maka dia telah mengasaskannya atas alasan bahawa ia adalah sunnat yang disnnatkan secara berterusan, seperti tasyyahud awal dan seumpamanya, dan telah jelas juga bahawa ia bukan demikian, ia bukan sunnah raatibah, tidak disujud (sahwi ) untuknya. Tetapi siapa yang mengi'tkiadkan demikian secara ta'weel maka baginya ta'weelnya, seperti semua masalah ijtihad.

Oleh yang demikian, seyogianya bagi makmum mengikut imamnya didalam perkara yang dibenarkan diijtihadkan, apabila dia qunut, maka qunutlah bersamanya, jika imam tidak qunut maka dia tidak qunut. Kerana Nabi SAW telah bersabda :

إننما جُعل الإمامُ لِيؤتَمَّ به 
 
(( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti.)) ( Bukhary : 662 )

Dan beliau bersabda :
فَلا تختلفوا على أئمتكم 

(( Jangan kamu bersalahan dengan imam2 kamu )). 

Dan telah tsabit dalam as-sahih bahawa beliau bersabda :

 يُصَلون لكُم فإن اصابوا فلكم و لهم، و إن أخطؤا فلكم و عليهم

(( Mereka solat untuk kamu ( mengimami ) jika mereka betul, maka bagi kamu ( pahala ) dan bagi mereka, jika mereka salah maka bagi kamu ( pahala ) dan atas mereka ( dosanya ).))

Tidakkah kau lihat jika imam membaca surah selepas Fatehah dua rakaat terakhir dan memanjangkan pula bacaannya lebih dari dua rakaat pertama, kamu tetap wajib mutabaah imam dalam hal demikian? 

Adapun mendahului imam maka tidak boleh. Jika imam qunut maka tidak boleh bagi makmum mendahuluinya, tidak boleh tidak mesti mengikutinya, oleh kerana itu apabila Ibnu Masu'd meningkari perbuatan Utsman r.a meyempurnakan solat 4 rakaat di Mina kemudian tetap solat 4 rakaat dibelakang beliau lalu ditanyakan kepada beliau : beliau menjawab : " الخلاف شر " ( Khilaf itu buruk.)

Demikian juga Anas bin Malik r.a bila ditanya tentang waktu melontar jamrah, beliau menjawabnya ( dengan sunnah ) kemudian beliau berkata : " Lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Imammu ." Wallahu a'lam. ( Majmu' Fatawa : jilid 23 )

Fatwa Lajnah Daaimah

.....Imam Malik rhm telah mensunnatkan qunut dirakaat terakhir solat Subuh sebelum ruku', Imam Syafiey pula berpendapat bahawa qunut itu sunnah selepas ruku', dan yang demikian itu adalah pendapat sekumpulan Salaf dan Khalaf. Ringkasnya, mengkhususkan qunut pada solat Subuh termasuk masail khilafiyyah ijtihadiyyah, barangsiapa solat dibelakang imam yang berqunut Subuh secara khusus samada sebelum atau selepas ruku', maka hendaklah mengikutinya, walaupun yang rajih adalah hanya berqunut didalam solat fardhu bila ada nazilah sahaja.

Abdullah bin Manee', Abdullah bin Ghudayyan, Abdur Razzaq Afeefy

Fatwa Syaikh Ibn Baz rhm

Soalan :

Jika aku tinggal bersama orang-orang yang tidak qunut, kemudian aku pindah tinggal bersama mereka yang berqunut, adakah aku qunut bersama mereka, atau bagaimana kamu nasihatkan aku?

Jawaban :

Jika mereka qunut, maka qunutlah bersama mereka, dan terangkanlah yang sunnah kepada mereka jika engkau mempunyai ilmu, ini disebabkan umum sabda Nabi SAW : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti, maka jangan kamu menyelisihinya. )), dan mereka mempunyai syubhat; kerana sebahgaian ahlul ilm berkata demikian, mereka berkata : ( sunnah ) terus menerus berqunut dalam solat Subuh. Maka jika mereka berqunut, maka qunutlah bersama mereka, dan ajarkan sunnah kepada mereka jika engkau mengetahui moga2 mereka mengambil faidah darimu.

Soalan :

Jadi qunut dalam solat Subuh tidak mewajibkan khilaf dikalangan muslimin?

Jawab :

Tidak seyogianya khilaf dikalangan muslimin, kerana terdapat syubhat dan disebutkan oleh sebahagian ulama, tetapi meninggalkannyalah afdhal , lebih selamat, lebih rajih; kerana kata Sa'ad bin Toriq al-Asyja'ey r.anhu, : (( Aku bertanya bapaku : Wahai bapaku! Engkau telah solat dibelakang Rasulullah SAW , Abu Bakar, Ustman dan Ali, apakah mereka qunut dalam solat Fajar?


Wahai anakku, ia muhdath ( diada2kan ).))

Maka ini menunjukkan bahawa bukan sunnah mereka berqunut secara berterusan dalam Solat Fajar, tetapi jika ada hajat, jika ada nazilah, musuh, maka mereka berqunut Nazilah dalam solat Subuh dan selainnya. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW.

http://www.binbaz.org.sa/mat/15922


Fatwa Syaikh Albany rhm 


Soalan

Imam doa qunut, bolehkah makmum mengangkat tangannya ?

Jawaban :

Mesti ( لا بد ) mengikut imam, samada dia betul atau salah, kerana Nabi SAW telah meng"umum"kan apabila baginda bersabda : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar dikuti )) kemudian terdapat beberapa furu' yang menguatkan umum ini. Tiada perlunya sekarang memperincikannya ..


http://www.alalbany.ws/alalbany/audio/325/325_05.rm

Didalam fatwa lain yang panjang, Syaikh Albany rhm telah berkata ( secara ringkasan ):

1) Jika aku solat belakang Syaikh Ibn Baz yg bersedekap lepas ruku' aku akan ikut bersedekap
2) Kalau aku ikut solat belakang Imam Abu Hanifah rhm sendiri atau imam yg mengikut beliau lalu ((sadl )) kan tangannya aku ikut sadl ( ketika intiqal dari rukun kerukun )
3) Kalau imam aku tidak duduk jalsah istirahah, aku pun tidak duduk
4) kalau imam aku bangun rakaat kelima kerana lupa, aku ingatkan, kalau dia terus jugak aku ikut walaupun aku yakin imam aku salah. Aku tak ikut pendapat Ibnu Taimiyah, yg kata jgn ikut imam dlm hal ini.

Hujjahnya ?

Beliau baca hadith :

1) Innama ju'ila al-imam liyu'tamma bihi... yg makruf. diakhirnya,((  jika imam solat duduk kamu duduk.))

Wajhu al-istidlal : kesalahan solat duduk bagi yg mampu berdiri digugurkan semata2 kerana ikut imam, maka haiah solat lain lebih2 lagi.

Ada pembaca yang mungkin tahu bahawa beliau berkata qunut subuh bid'ah, qabd cara Ibn Baz bid'ah, tapi inilah fatwa beliau , syadidu mutabaatil imam. Paling tolerant yg ana pernah jumpa. Mutaba'ah tammah!

Tetapi beliau ada mensyaratkan :-

1) Imam bukan sengaja qunut juga walaupun tahu qunut bukan sunnah, tetapi seorang mujtahid atau mengikut seorang mujtahid. Dalam perbuatan " haiah " solat lain hendaklah Imamnya betul2 mengikut mazhabnya, kalau imam bermazhab Syafiey tidak mengangkat tangan ketika intiqal beliau akan tetap angkat ikut sunnah, kerana imam bersalahan dengan mazhabnya sendiri.

2) Makmum tahu akan perbuatan2 imam. seperti angkat atau tidak angkat tangan, duduk atau tidak duduk istirahah, berdekap lepas ruku' atau tidak dsbg.

http://live1.islamweb.net/Lecturs/malalbane/31998.rm

Fatwa Syaikh Ibn al-Uthaimeen rhm 

...Kemudian penanya ini berkata : jika seorang insan menjadi makmum, apakah dia mengikut imam ini lalu mengangkat kedua tangannya dan mengaminkan bersamanya atau lepaskannya kesampingnya, maka jawabnya kami katakan bahkan hendaklah dia mengaminkan doa imam dan mengangkat kedua tangannya kerana mengikut imam dan takut bersalahan.

Sesunguhnya Imam Ahmad rhm yang berpendapat tidak disyariatkan qunut dalam solat Fajar telah me'nas'kan hendaklah seorang makmum mengikut imam yang qunut dalam solat Fajar dan mengaminkan doanya sedangkan beliau tidak berpendapat disyariatkan qunut dalam solat Fajar dalam pendapat masyhur darinya, tetapi beliau rahimahullah telah meringankan dalam mutaba'atul imam yang qunut dalam solat Fajar kerana takut khilaf yang akan mengakibatkan bersamanya khilafnya hati2.

Dan inilah yang datang dari para sahabat r.anhum  ..

**Kemudian beliau telah membawa atsar sahabat dan Uthman bin Affan, dimana mereka mengikut Ustman walaupun mereka menganggap solat cara Uthman itu munkar, menyalahi sunnah. Berkata Ibnu Masu'd r.a : al-khilaf syarr.

http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_3050.shtml

Fatwa Syaikh Abdul Muhsin Al-A'bbaad  

" Seseorang mengikuti imam didalam masalah-masalah khilafiyyah ( yang masih diperselisihkan oleh para ulama ) ... Dia harus mengikut imam , dan tidak boleh memisahkan diri atau meninggalkan solat belakang orang yang berqunut. Jika seseorang memandang bahawa amalan itu tidak sejalan (dengan sunnah) atau dia berpendapat bahawa perkara itu bid'ah sedangkan yang lain berpendapat bahawa itu adalah sunnah; dalam kondisi seperti itu dia tidak boleh meninggalkan solat dibelakang orang yang berbeda pendapat dengannya saat dia mengamalkan apa
yang dia ( imam )yakini. ."

14 Contoh Praktek Hikmah Dalam Berdakwah m/s 144


Fatwa Syaikh Rabee' Al-Madkhaly

Jika imam solat dan berunut, qunutlah bersamanya, bersalahannya imam dengan makmum walaupun makmum memandang solat imam tidak sah dlm mazhabnya tetapi ia sah menurut  mazhab imam ini, solatlah belakangnya, Rasulullah SAW telah memerintahkan agar solat dibelakangnya sabda beliau : ((Mereka solat untuk kamu, jika mereka betul maka bagi kamu dan bagi mereka jika mereka salah maka bagi kamu dan atas mereka.))

Adalah salaf yakni Khalifah ar-Rashid telah singgah diMadinah untuk menunaikan haji dan berbekam, beliau bertanya Imam Malik : " Aku telah berbekam boleh aku solat dengan tanpa berwudhu?" Jawab Malik : "Solatlah!." Maka beliau pun solat menjadi imam tanpa berwudhu kerana berbekam.

Dalam mazhab Hanafi berbekam membatalkan wudhu, maka ditanya kepada Abu Yusuf ( murid Imam Abu Hanifah ): " Bagaimana kau solat dibelakang Ar-Rasyid sedangkan beliau berbekam dan tidak berwudhu ?" Beliau menjawab : " Subhaanallah, beliau ameerul mu'minin !"

Ibnu Taimiyah mempunyai kata2 : (( Hendaklah engkau solat dibelakang imam walaupun jika engkau khilaf dengannya tentang sesuatu, engkau dapati yang dia laukan batil, solatnya tidak sah, tetapi dia ( imam ) memiliki usul, dalil, padanya solatnya sah, maka solat dibelakangnya walaupun padamu tidak sah. Melainkan engkau yakin dia tidak berwudhu, dia kata kepadamu ; aku tidak berwudhu, aku solat tanpa wudhu!
Maka solatnya batil pada mazhabnya dan mazhabmu. ))

http://www.kulalsalafiyeen.com/vb/showthread.php?t=1023


Fatwa Syaikh Masyhur Al-Salman

Soalan :

Diharapkan perincian tentang mutaba'atul imam

Jawaban :

Masalah mengikut imam adalah masalah yang terdapat perbezaan pendapat, ulama berbeza pendapat tentang makna sabda Nabi SAW : (( hanyasanya dijadikan imam untuk diikuti ))

Yang aku lihat rajih adalah, apabila imam menambah dalam solat, hendaklah makmum meningatkannya, jika imam teruskan juga, hendaklah mereka berdiri bersamanya dan mengikutnnya. Adapun bila imam menyalahi petunjuk Nabi SAW didalam haiah solat, maka kami lebih beruntung dengan sunnah Nabi dari imam ini, dan aku meminjam kata2nya kepada Ali r.anhu yang dikeluarkan An-Nasaiey didalam al-Mujtaba dengan sanad jayyid, kata beliau : (( Apakah kami meninggalkan sunnah Nabi kami kerana perbuatan seorang badwi yang kencing dikakinya? " Maka aku lebih beruntung dengan petunjuk Nabi SAW dari imam ini, dan yang penting adalah mengikut imam yang terbesar : Nabi SAW (( Solatlah seperti kamu melihat aku solat.))

Akan tetapi, jika imam menyalahi petunjuk Nabi SAW lalu menambah contohnya qunut Fajar, maka tidak boleh bagiku menyalahinya, dan aku qunut bersamanya, ini padaku adalah makna sabda Nabi SAW ; (( Mereka solat untuk kamu ... )). Dan inilah fahaman sahabat yang aku faham dalam masalah ini, maka Ibnu Masu'd apabila Uthman solat empat rakaat dalam safar, beliau telah bangun dan berkhutbah, (( Sesungguhnya aku telah solat belakang Nabi dua rakaat, belakang Abu Bakar dua rakaat, belakang Umar dua rakaat, disini aku solat empat rakaat, semoga yang aku dapat dari empat rakaat ini dua rakaat yang diterima, sesungguhnya khilaf itu buruk.)) ...

http://www.almenhaj.net/makal.php?linkid=397

Inilah yang sempat ana kumpulkan, yang diharapkan telah mencapai maksud insya Allah, dimana fatwa-fatwa ini diiringi dalil-dalil salafiyah . Jika ada tambahan atau  komen dipersilakan. Bagi para asatizah yang memberi fatwa, atau menjawab soalan perhatikanlah dahulu fatwa-fatwa ini. Ini bukan masalah khilafiyah biasa.  Didalamnya terdapat aplikasi qawaid manhaj yang penting. Pada amatan ana yang lemah, ini satu masalah yang perlu dirujuk kepada kibar ulama,  sebagaimana yang sering dinasihati oleh masyaikh kita.


Wallahu Waliyyu at-taufiq

Thursday, May 6, 2010

Dalil-Dalil Bahwa Khidr as. Sudah Meninggal


Antara perkara yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat Islam kita di S'pura adalah hikayat Khidr a.s yang kononnya masih hidup. Maka timbullah satu imaginasi bahawa disana terdapat sebuah figur yang amat misteri lagi hebat yang menjadi tunjak kepada sebahagian besar tariqat dalam ajaran mereka. Maka untuk membuktikan kesahihan tarikat mereka, asal usul keistimewaan zikir yang mereka ajarkan, maka tok guru atau wakil tarikat akan mendakwa bahawa ia disampaikan dari Rasulullah SAW melalui Khidr a.s.

Terdapat kepercayaan yang seolah2 tidak digugat bahawa Khidr a.s yang bertemu Nabi Musa a.s sebagaimana yg termuat didalam Surah al-Kahfi masih hidup hingga zaman Rasulullah SAW bahkan hingga sekarang dan bertemu dengan para wali Allah yang "beruntung" dan mengajarkan mereka zikir2 istemewa ini.

Mereka dengan bangga menunjukkan salinan ijazah sanad mereka yang lebih pendek dari sanad Imam Bukhari yang hidup 1200 tahun yang lalu, bagaimana? Didalamnya terdapat missing link, antara tok guru dan Rasulullah SAW, bahkan tiada perlu sahabat yg meriwayatkan... beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Sang Khidr a.s waliyullah yg penuh misteri, guru Nabi Musa a.s, pemilik rahsia ilmu Ladunni langsung dari Allah.

Maka ini adalah lebih dari persoalan benarkah atau tidak? Ia lebih dari sekadar sanad ijazahnya sohih atau tidak, apakah amalan zikir ini dibenarkan atau tidak? Ia adalah persoalan yang lebih besar, ia persoalan aqidah !
Artikel yang disunting dari sebuah lelaman berbahasa Indonesia ini akan memaparkan dalil2 yang menolak bahawa Khidr a.s masih hidup dalam keadaan " invisible " bersama kita sekarang.
Para ulama kita telah membahaskan masalah ini dari dahulu lagi, walaupun ada yang mempercayainya kita tidak boleh setakat berpegang kepada khilaf ulama, hendaklah kita berlapang dada melihat hujjah2 masing2...


Mereka yang meyakini bahwa Khidr as. sudah meninggal dunia mendasarkan keyakinannya kepada dalil-dalil berikut.
Seluruh hadis yang mengatakan bahwa Khidr as. masih hidup adalah tidak sah, berdasarkan kesepakatan ahl al naql. Tidak ada keterangan yang dapat dipercaya bahwa Khidr pernah berjumpa atau bersama orang dari para nabi dan selainnya kecuali Nabi Mûsâ  as. sebagaimana telah dijelaskan di dalam al Qur’ân surat  al Kahfi ayat 60 – 82. Riwayat-riwayat tentang hidupnya Khidr hanyalah disebut oleh sebagian periwayatnya dengan tanpa menyebutkan kelemahan riwayat tersebut. Adakalanya dikarenakan ketidakmengertian periwayat atau karena sudah jelas bagi ahli hadis. Begitulah penuturan Abû al Khaţţâb ibn Dihyah. Hal ini senada dengan perkataan Abû al Husain ibn al Mubârak ketika ia menelusuri riwayat-riwayat tentang Khidr hidup kekal atau tidak, bahwa hadis-hadis marfû‘ yang menjelaskan tentangnya semuanya adalah wâhiyah (lemah) dan sanad (riwayat) ahl al kitâb adalah gugur karena ketidak- šiqah-an mereka.

Abû al Khaţţâb juga menambahkan, pengakuan para ulama bahwa mereka pernah bertemu dengan Khidr adalah suatu keganjilan yang cukup serius. Apakah seseorang yang berakal dapat berjumpa dengan seseorang yang tak dikenal dan berkata kepadanya, “Saya Fulân” kemudian ia membenarkannya?[1]

Ulama yg mengatakan Khidr telah wafat

Di antara para ulama yang berpendapat ketidakkekalan Khidr as. adalah Imam  al Bukhârî, Ibrâhîm al Harbî, Abû Ja‘far ibn al Munâdî, Abû Ya‘lâ ibn al Farrâ’, Abû Ţâhir al ‘Abbadî, Abû Bakr ibn al ‘Arabî, Ţâ’ifah, dan lain-lain.[2] Mereka mendasarkan pendapatnya kepada hadis masyhur yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar dan Jâbir ibn ‘Abdullâh, bahwasanya Nabi saw. pernah bersabda di akhir hayatnya:

صَلَّى بِنَا الَّنِبيُّ صَلىَّ اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  اْلِعشَاءَ فِي آخِرِ حَيَاتِهِ فَلَمَّا سَلَّمَ قَامَ فَقَالَ أَرَأَيْتُكُمْ لَيْلَتُكُمْ هَذِهِ فَإِنَّ رَأْسَ   مِائَةِ سَنَةٍ  مِنْهَا لاَ يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلىَ ظَهْرِ اْلأَرْضِ أَحَدٌ  –اللفظ عن البخاري [3

 Rasulullah  shalat ‘Isyâ’ bersama kami di akhir hayatnya. Ketika beliau telah salam, beliau berdiri lalu bersabda, “Apakah kalian tahu malam kalian ini? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang masih hidup di muka bumi ini sampai seratus tahun ke depan”, (Lafaz hadis dari al Bukhârî).

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al Bukhârî, Imam Muslim, Imam al Tizmizi, Imam Abû Dâwud dan Imam Ahmad dalam masing-masing kitab hadisnya melalui jalur periwayatan yang sangat banyak dan bermuara kepada dua orang sahabat, yakni Ibn ‘Umar dan Jâbir ibn ‘Abdullâh, serta keduanya langsung mendengarnya dari Nabi Muhammad saw., yang artinya ini merupakan hadis marfû‘. Para ulama ahli hadis telah sepakat mengenai ke-şahîh-an hadis ini termasuk Imam  al Tirmîzî.[4]

Selain berpegang kepada hadis di atas, mereka yang meyakini bahwa Khidr sudah meninggal dunia, mendasarkan kepada firman Allah  dalam al Qur’ân surat  al Anbiyâ’ ayat 34:

وما جَعَلنا لِبَشَرٍ مِن قَبلِكَ الخُلدَ أفَإن مت فَهُمُ الخالِدُون

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?” (QS. Al Anbiyâ’: 34).
Dengan demikian, jelas Khidr as. sudah meninggal dan ini tidak dapat terbantahkan lagi. Dan kalaupun dia masih hidup dan benar-benar anak kandung Nabi Âdam as. dan Siti Hawâ, pasti ada seorang nabi yang ditemuinya selain Nabi Mûsâ  as., sedangkan tidak ada satu pun riwayat şahîh yang mengatakan bahwa ia pernah bertemu dengan nabi selain Mûsâ  as. Dan apabila ia hidup kekal pasti ia akan menemui masa Nabi Muhammad saw. serta wajib bertemu dengan beliau untuk berbai‘at dan menjadi umat Muhammad saw., karena hal demikian merupakan perjanjian antara Allah  dan para nabi yang diutus-Nya. Sebagaimana firman-Nya:

وإذ أخذ الله ميثاق النبيين لما آتيتكم من كتاب وحكمة ثم جاءكم رسول مصدق لما معكم لتؤمنن به ولتنصرنه قال أأقررتم وأخذتم على ذلكم إصري قالوا أقررنا قال فاشهدوا وأنا معكم من الشاهدين

Dan (ingatlah), ketika Allah  mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang Rasûl yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. Allah  berfirman: “Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami mengakui”. Allah  berfirman: “Kalau begitu saksikanlah (hai para Nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu”. (QS. Âli ‘Imrân: 81).

Ringkasnya, jikalau Khidr as. hidup kekal maka ia terikat dengan perjanjian tersebut dan harus menemui Muhammad saw. untuk beriman kepadanya dan ikut serta dalam setiap perjuangannya mensyiarkan agama Islam. Akan tetapi—lagi-lagi—tidak ada satu pun riwayat sah yang menunjukkan bahwa Khidr pernah bertemu dengan Rasulullah  saw. Terlebih, Rasulullah  pernah bersabda,

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ ثُمَّ أَنَّ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَتىَ النَّبِيَّ صَلىَّ الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ  بِكِتَابٍ أَصَابَهُ مِنْ بَعْضِ أَهْلِ الْكِتَبِ فَقَرَأَهُ الَّنبِيَّ  صَلىَّ الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَغَضِبَ فَقَالَ أُمَتِّهُوْكُوْنَ فِيْهَا يَا بْنَ الْخَطَّابِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ جِئْتُكُمْ بِهَا بَيْضَاءَ نَقِيَّةَ لاَ تَسْأَلُوْهُمْ عَنْ شَيْءٍ فَيُخْبِرُوْكُمْ بِحَقٍّ فَتُكَذِّبُوْا بِهِ أَوْ بِبَاطِلٍ فَتَصَدَّقُوْا بِهِ , وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ مُوْسَى صَلىَّ الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ  كَانَ حَيًّا مَا وَسِعَهُ  إِلاَّ أَنْ يَتَّبِعَنِي   –  رواه أحمد [5

Dari Jâbir ibn ‘Abdullâh, sesungguhnya ‘Umar ibn al Khaţţâb datang kepada Nabi  saw. dengan kitab yang diberikan kepadanya dari sebagian ahl al kitâb. lalu ‘Umar membacakannya di hadapan Nabi saw. maka beliau marah dan bersabda, “Apakah kamu ragu padanya, wahai Ibn al Khaţţâb? Demi yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sungguh aku telah datang kepada kalian dengan membawa ajaran yang putih-jernih, maka janganlah kalian bertanya kepada mereka (ahl kitâb) tentang sesuatu apapun, maka mereka memberitahukan kebenaran kepada kalian, lalu kalian mendustakannya, atau mereka memberitahukan kebatilan kepada kalian, lalu kalian membenarkannya. Demi yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, seandainya Mûsâ as. masih hidup, tidak ada keharusan kecuali ia harus mengikuti ajaranku”. (HR. Ahmad).

Hadis di atas, walaupun membicarakan Nabi Mûsâ  as. tetapi ia mengena kepada nabi-nabi lainnya, termasuk Khidr as. Apabila Khidr as. masih hidup maka ia harus bertemu dengan Rasulullah, mengaku beriman kepadanya, mengikuti şalat berjama‘ah dan berjihad bersamanya, sebagaimana Nabi ‘Îsâ as. mengakuinya dan şalat bersamanya sebagai ma’mûm ketika Rasulullah dalam perjalanan Isrâ’ dan Mi‘râj. Karenanya, Abû al Husain ibn al Munâdi mengatakan, banyak orang-orang yang keliru dan sesat dalam memahami hadis sehingga mengklaim bahwa Khidr as. itu hidup kekal sampai hari kiamat nanti.[6]
Untuk semakin memperkuat pendapat bahwa Khidr tidak hidup abadi, para ulama mengangkat hadis tentang perang Badar berikut:

حَدثَّنَا عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ ثُمَّ نَظَرَ نَبِيُّ اللهِ  صَلىَّ اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِلَى الْمُشْرِكِيْنَ وَهُمْ أَلْفٌ وَأَصْحَابُهُ ثَلاَثُمِائَةٍ وَبِضْعَةُ عَشْرِ رَجُلاً فَاسْتَقْبَلَ نَبِيُّ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  اْلِقبْلَةَ ثُمَّ مَدَّ يَدَيْهِ وَجَعَلَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ اَلَّلهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي الَّلهُمَّ آتِنِي مَا وَعَدْتَنِي الَّلهُمَّ إِنْ تُهْلِك  هَذِهِ الْعَصَابَةَ  مِنْ أَهْلِ اْلإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَد فيِ اْلأَرْضِ فَمَا زَالَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ مَادًّا يَدَيْهِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ حَتَّى سَقَطَ رِدَاؤُهُ مِنْ مَنْكَبَيْهِ فَآتاَهُ أَبُوْ بَكْرٍ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَأَلْقَاهُ عَلَى مَنْكَبَيْهِ ثُمَّ الْتَزَمَهُ مِنْ وَرَائِهِ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللهِ كَفَاكَ مُناشَدَتُكَ رَبُّكَ, إِنَّهُ سَيُنْجِزُ لَكَ مَا وَعَدَكَ فَأَنْزَلَ الله إِذْ تَسْتَغِيْثُوْنَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ مُرْدِفِيْنَ  – رواه الترمذي [7

Diriwayatkan oleh ‘Umar ibn al Khaţţâb, ia berkata, Nabi saw. melihat kaum Musyrikîn yang berjumlah 1000 orang sedangkan para sahabatnya hanya berjumlah 3 ratus belasan orang. Maka Nabi saw. menghadap kiblat kemudian mengangkat kedua tangannya dan berdoa kepada Tuhannya, “Ya Allah, penuhilah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, datangkanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, apabila Engkau membinasakan golongan ini dari umat Islam maka tidak akan ada yang menyembah Engkau di bumi ini”. Beliau cukup lama memanjatkan doa kepada Tuhannya seraya mengangkat kedua tangannya sehingga selendangnya terjatuh dari kedua pundaknya. Maka Abû Bakr menghampiri beliau dan mengambil selendangnya kemudian meletakkannya kembali di kedua pundak nabi lalu memeluknya dari belakang seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, cukuplah permohonanmu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia akan memenuhi apa yang Dia janjikan kepadamu. Kemudian Allah  menurunkan ayat (yang artinya) “(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. [QS. al Anfâl: 9]. (HR. Tirmîzî).
Melihat hadis di atas, apabila Khidr masih hidup tentu Rasulullah  saw. tidak akan berdoa seperti itu, karena saat itu Khidr tidak bersama pasukan Rasulullah . Jadi, seandainya pasukan Rasulullah  yang berjumlah 310 orang itu mati semua, tentu Rasûl tidak akan khawatir karena masih ada Khidr yang masih menyembah Allah dan menyebarkan ajaran Islam.[8]

Rasulullah  saw. juga pernah bersabda seusai menceritakan kisah pertemuan antara Mûsâ  as. dan Khidr as.:

يَرْحَمُ الله ُمُوْسَى لَوَدِدْنَا لَوْ صَبَرَ حَتىَّ يَقُصَّ عَلَيْنَا مِنْ أَمْرِهِمَا — رواه البخاري [9

Allah  merahmati Nabi Mûsâ , kita benar-benar menghendaki seandainya ia bisa bersabar sehingga dapat menceritakan kepada kita semua suatu perkara yang terjadi di antara mereka berdua”. (HR al Bukhârî).

Jadi, jikalau Khidr as. masih hidup sampai sekarang, tentu Rasulullah  tidak akan berandai-andai seperti itu, sebab ia akan berada bersama Nabi saw. dan menunjukkan berbagai macam keajaiban-keajaiban kepada beliau.[10]

Golongan yang meyakini bahwa Khidr tidak hidup kekal, selain dalil-dalil berupa ayat al Qur’ân dan hadis-hadis di atas, mereka juga mengajukan argumentasi-argumentasi berupa asumsi-asumsi dari akal pikiran mereka. Misalnya, Ibn al Jauzî berkata, “Seandainya Khidr masih hidup, padahal seperti kita ketahui beliau hidup pada zaman Nabi Mûsâ, bahkan menurut satu cerita sudah hidup pada zaman sebelumnya, tentunya tubuhnya pun sama besar dengan tubuh manusia yang hidup pada zaman mereka, yaitu besar dan tinggi orangnya”.[11]

Berkata Abû al Hasan ibn al Munâdi bahwa Ibrâhîm pernah ditanya tentang Khidr, maka beliau menjawab, “Dia sudah lama mati”. Orang yang mengatakan Khidr masih hidup dan gaib berarti mereka tidak benar. Tentang Khidr yang datang memberi ta‘ziyah kepada para sahabat dan keluarga Rasulullah  ketika beliau wafat, sedangkan orang yang berta‘ziyah tidak nampak dan hanya terdengar suaranya, mungkin saja yang datang itu jin. Begitu juga cerita orang yang mengaku dirinya bertemu Khidr, mungkin saja yang datang itu jin atau syaiţân. Dan mengenai hadis Anas ra. yang mengatakan Khidr masih hidup, para ulama ahli hadis sepakat menolak hadis tersebut. Seandainya ia masih hidup, pasi ia akan datang menjumpai Rasulullah  dan ikut hijrah bersamanya.[12]

[1] Mubârak al Barrâk, al Da‘îf wa al Maudû‘ min Akhbâr al Fitan wa al Malâhim wa Asyrâţ al Sâ‘ah, (Dâr al Salâm, tth.), hal. 108. Lihat juga Labib MZ, Kisah Perjalanan Hidup Nabi Khidhir; Benarkah Nabi Khidhir itu Masih Hidup Ataukah Sudah Mati?, (Surabaya: Bintang Usaha Jaya, 2003), hal. 94.
[2] Al ‘Asqalânî, Fath al Bâri, Juz 6, hal. 536.
[3]Abû ‘Abdullâh Muhammad ibn Ismâ‘îl al Bukhârî, Şahîh al Bukhârî, (Riyad: International Ideas Home for Publishing and Distribution, 1998),  hal. 55.
[4] Lebih jelas lihat BAB III pada sabda Nabi saw. menjelang akhir hayatnya.
[5] Abû ‘Abdullâh Ahmad ibn Hanbal, Musnad al Imâm al Hâfiz Abî ‘Abdullâh Ahmad ibn Hanbal, (Riyad: International Ideas Home for Publishing and Distribution, 1998), Juz 3, hal. 338. Hadis ini telah dijelaskan pada Bab III tentang sumpah Nabi saw.
[6] Muhammad Syams al Haq al ‘Azîm al Abadî Abû al Ţayyîb, ‘Aun al Ma‘bûd fî Syarh Sunan Abî Dâwud, (Beirut: Dâr al Kutub al ‘Ilmiyyah, 1415 H.), Juz 11, hal. 339.
[7] Muhammad ibn ‘Îsâ Abû ‘Îsâ al Tirmîzî, Sunan al Tirmîzî, (Beirut: Dâr Ihyâ’ al Turâš al ‘Arabî, tth.), Juz 5, hal. 269. Lihat penjelasan hadis ini pada Bab III tentang do‘a Nabi saw. ketika Perang Badar.
[8] Abû al ‘Alâ Muhammad ‘Abdurrahmân ibn ‘Abdurrahîm al Mubârakfûrî, Tuhfah al Ahwâzî bi Syarh Jâmi‘ al Tirmîzî, (Dâr al Fikr, tth.),  Juz 6, hal. 433.
[9] Teks hadis lengkap beserta penjelasannya lihat Bab III pada ucapan Nabi saw. di akhir cerita Mûsâ as. dan Khidr as.
[10] Al Mubârakfûrî, Tuhfah al Ahwâzî, Juz 6, hal. 433.
[11] Al ‘Asqalânî, Kisah Nabi Khidir, hal. 25.
[12] Al ‘Asqalânî, Kisah Nabi Khidir, hal. 28.