Sunday, May 16, 2010

Meneliti pendapat yang melarang mengikut imam qunut

Didalam tulisan ini pula, ana akan cuba membawa pendapat dan hujjah2 mereka yang melarang mengikut angkat tangan dan mengaminkan doa imam yang qunut Subuh.

DR Muhammad Ya'qub Thalib Ubaidi menjelaskan alasan masing-masing pendapat di atas dengan menyatakan:

" Abu Hanifah menjelaskan alasan makmun tidak mengikuti imam, yaitu bahwa qunut subuh itu adalah hukum mansukh (yang telah dihapuskan), sebagaimana takbir ke lima pada shalat jenazah. Walaupun Abu Yusuf berpendapat makmum mengikuti imam sebagaimana pendapat Imam Ahmad, tetapi pendapat yang dipilih pada madzhab Hanafiyah adalah makmum berdiri diam saja. 

Dan Imam Ahmad menjelaskan alasan makmum mengikuti imam, yaitu agar makmum tidak menyelisihi imamnya, dan karena para sahabat, tabiin, dan orang-orang setelah mereka terus menerus bermakmum kepada sebagian yang lain, padahal ada perselisihan di antara mereka dalam masalah furu(cabang).

[Foot Note Kitab Al-Ifshah Libni Hubairah 1/324].

Pendapat yang rajih -wallahu alam- adalah pendapat Hanafiyah, yaitu makmum tidak mengikuti imam, karena qunut tersebut tidak disyariatkan di dalam shalat.

Hal itu sebagaimana ketika para sahabat mengikuti perbuatan Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam dalam melepaskan sandal ketika shalat, yang  kemudian beliau menanyakan hal itu kepada para sahabatnya. Sebagaimana riwayat
di bawah ini.

Artinya : Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata: Tatkala Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam sedang shalat dengan para sahabat beliau, tiba-tiba beliau melepaskan kedua sandal beliau lalu meletakkan kedua sandal tersebut pada sebelah kiri beliau. Ketika para sahabat melihat hal itu, mereka melepaskan sandal mereka.

Setelah Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam menyelesaikan shalatnya, beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu melepaskan sandal kamu?. Mereka menjawab: (( Kami melihat anda melepaskan kedua sandal anda, maka kamipun melepaskan sandal kami. Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
Sesungguhnya Jibril Alaihi Shallallahu wa sallam mendatangiku dan  memberitahukan kepadaku bahwa pada kedua sandal (ku) itu ada kotoran)) 

[Hadits  Riwayat Abu Dawud, Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Abi Dawud No. 650]
[Disalin dari Majalah As-Sunnah 01/Th VI/1423H/hal.4-5]

JAWABAN

Dari nukilan ini, kita dapati pendapat yang berkata tidak diikuti imam ketika berqunut, iaitu hanya berdiri sahaja tetapi tidak mengangkat tangan dan tidak mengaminkan doa qunut imam, dalil mereka adalah :

1) Qunut Subuh yang bukan Nazilah tidak lagi disyariatkan, ia telah mansukh, inilah pendapat Hanafi maka perbuatan ( angkat tangan  ) dan percakapan ( amin ) yang tidak disyariatkan membatalkan solat.

2) Ia diqiyaskan dengan perbuatan luar solat yang tidak boleh diikuti imamnya, seperti perbuatan menanggalkan selipar ketika solat didalam hadith tersebut.

Kata2 mereka ini wallahu a'lam tertolak kerana qunut subuh dianggap imam sebagai sunnah, menurut mazhab imam. Yang menjadi hukum adalah mazhab imam, bukan mazhab makmum, sebab Nabi SAW telah memerintahkan makmum mengikut imam dalam semua gerak geri imam. Solat duduk bagi yang mampu berdiri   juga tidak disyariatkan, tetapi lihat bagaimana Nabi SAW tetap memerintahkan makmum mengikut imamnya? 


Dari sudut perbuatan dan percakapan tambahan dalam solat pula, maka benar bahawa menambahkannya dalam solat dengan sengaja membatalkan solat, tetapi nizaa' kita adalah dalam keadaan terpaksa, kita ada larangan lain agar jangan melakukan sesuatu yang menyelisihi imam. (( فلا تختلفوا عليه )).

Bila seseorang imam solat duduk, makmum dibelakang pula solat berdiri, maka ini adalah ikhtilaf, dia solat begini, kamu solat begitu.

Qaedah bercakap dan bergerak tanpa sebab dalam solat membatalkan solat adalah umum makhsus,  tetapi perintah ikut imam dan larangan menyelisihi imam berbentuk umum yang tidak dikhususkan.
Ulama telah menyebutkan qaedah bahawa apabila bercanggah antara umum  ghairu makhsus dan umum makhsus, maka yang dijadikan amalan adalah umum yang tidak dikhususkan. Umum makhsus lemah.

Contohnya adalah dalam masalah solat tahiyyatul masjid pada waktu larangan, oleh kerana perintah solat tahiyyat lebih umum, " setiap kali masuk masjid ... " larangan solat pada waktu2 tertentu walaupun berbentuk umum, semua solat, tetapi  ia telah masuk pengkhususan seperti contoh, solat " qadha ", yakni solat wajib yang tertinggal, begitu juga solat sunat subuh lepas subuh. Menurut jumhur ulama, solat yang mempunyai sebab lain seperti solat jenazah, solat kusuf, solat sunnat towaf dll dikhususkan dari larangan.

Kembali kepada masalah qunut pula, kita dapati dalam furu'  masail ikut imam, menguatkan umum hadith (( Imam dijadikan ikutan ... )). Kita dapati bahawa  makmum dibolehkan agar :

1) Tidak baca Fatehah jika masbuq kerana mengikut imam ruku'

2) Tidak baca tasyahhud awal kerana mengikut imam yang terlupa

3) Ikut sujud sahwi imam yang tidak duduk tasyahhud awal , sedangkan ia adalah perbuatan dan perkataan tambahan dan tidak disyariatkan untuk makmum. Sedangkan yang lupa imam, bukan makmum.

4) Mengikut imam yang muqim solat tamam ( tidak qasar ) sedangkan makmum yang musafir disunnahkan solat qasar, ada pendapat mewajibkan qasar.

5) Duduk dan baca tasyahhud awal begitu juga mengikut imam duduk dan baca tasyyahud akhir bukan pada tempatnya ,  jika makmum masbuq.  Ini tentu sekali tidak disyariatkan atau bid'ah jika disengajakan. Tetapi diwajibkan ikut imam juga.

6) Imam lupa dalam solat, terkurang rakaat lalu sambung selepas salam dan sujud sahwi, makmum tetap ikut imam, sedangkan dalam keadaan biasa dan sengaja ia membatalkan solat kerana tidak disyariatkan.

Adapun jawaban tentang hadith tanggal selipar, ia mungkin menjadi dalil untuk kami, bukan untuk mereka, ini menunjukkan bahawa para sahabat faham bahawa asal kewajiban makmum adalah mengikut imam dalam SEMUA perbuatan imam.

Nabi SAW tidak melarang sikap mereka mengikut imam, tetapi Nabi SAW mengkhususkan bahawa perbuatan imam yang bukan sebahagian dari haiah solat, seperti tanggal kasut, menggaru hidung, menguap, batuk dan berdehem yang dilakukan imam bukan kerana ia adalah sunnah solat, tidak perlu diikuti.

Maka hadith ini dalil bahawa wajib ikut imam dalam semua perbuatan imam kecuali yang dilakukan bukan kerana sebahagian dari solat.

Maka hujjah mengqiyaskan angkat tangan dan mengaminkan doa imam kepada tanggal selipar, menggaru badan dan perkataan tambahan adalah lemah, ia diistilahkan sebagai " al-qiyas ma'al faariq " atau qiyas yang tidak sama, ada perbezaannya. Perbuatan qunut lain, ia memang diniatkan sebagai sebahagian dari solat, tanggal selipar pula lain, maka tak boleh diqiyaskan. Disisi imam, qunut adalah sebahagian haiah solat atau sunnah, tetapi tanggal selipar, menggaru dsb bukan.

Maka qiyas yang benar adalah menqiyaskan qunut kepada perbuatan2 imam seperti bangun kerakaat yang ketiga tanpa tasyyahud awal, memberi salam sebelum selesai solat, kemudian ikut lagi sambung solat dan sujud sahwi, semua ini dilakukan secara salah oleh imam tetapi beliau ada keuzuran, beliau i'tikad bahawa ia betul kerana lupa, begitu juga qunut subuh terus menerus, beliau salah tetapi ada uzur, beliau i'tikad bahawa ia betul kerana sunnah.

Maka makmum juga salah apabila melakukannya, tetapi makmum juga mempunyai keuzuran, cuma uzurnya bukan uzur  imam, uzur makmum adalah menjunjung perintah mengikut imam.

KISAH MENARIK

Pada satu hari berkata Syaikh Albany rhm kepada para jemaah selepas azan apabila beliau sakit:

http://download.media.islamway.com/lessons/nasser/143-al-hodaa_wa_al-noor/223.mp3

(( Aku akan solat duduk, maka hendaklah kamu solat duduk ... kemudian beliau membaca hadith " Dijadikan imam agar diikuti ... apabila dia solat duduk maka hendaklah kamu solat duduk juga ".. dan ini peringatan dan peringatan itu bermanfaat buat orang2 beriman ))

Kemudian selepas iqamah beliau berkata : (( Mungkin ada kamu yang bertanya : bagaimana cara duduk kami ? Maka aku katakan : Hendaklah kamu duduk mengikut mana yang mudah bagi kamu, samada dengan duduk seperti dalam tasyyahud atau duduk *** ( tidak jelas )yang kamu mudah dengannya. .

Jangan kamu ikut aku jika aku melunjurkan kaki aku keqiblat apabila aku terasa sakit, jangan kamu ( و إياكم ) jadi seperti kaum Muadz bin Jabal r.a dimana apabila beliau sakit solat duduk beliau telah melunjurkan kakinya keqiblat lalu beliau dapati makmum juga duduk begitu. Muadz r.a lalu menegur mereka. Mereka berkata : Kami lihat engkau duduk maka kamipun duduk begitu. Beliau berkata : Aku duduk begitu kerana sakit. ."  ))

Berkata Syaikh lagi: (( Perhatian: sabda Nabi SAW : "Dijadikan imam untuk diikuti", ialah pada amalan yang ada kaitan dgn solat, adapun melunjurkan kaki, ia bukan, yakni ibadat solat, hanysanya yang diikuti adalah pada yang memang amalan solat, selain dari itu tidak diikuti...))


قد يرد سؤال إن اضطررتم للقعود معي فكيف يكون قعودكم معي؟


يكون القعود على ما يتيسر لأحدكم إما أن يقعد كما يقعد في التشهد وإما أن يقعد [...] يستريح بها وإياكم أن تفعلوا كما فعل قوم معاذ لمعاذ حينما أمهم ذات يوم فصلى بهم جالساً ومدَّ رجله إلى القبلة أو رجليه وهذا الذي أفعله حينما أضطر الصلاة قاعداً فما شعر إلا والجماعة من خلفه كلهم مدّوا أرجلهم إلى القبلة بعد الصلاة قال لهم: (لماذا فعلتم هكذا) قالوا: (رأيناك فعلت فعلنا) قال: (أما فعلت هذا لمرض) فيه تنبيه أن قوله عليه الصلاة والسلام: (إنما جعل الإمام ليؤتم به) إنما هي في الأعمال التي هي من شأن الصلاة أما مدّ الرجل هكذا فليست من يعني عبادات الصلاة وإنما يُتَّبَع الإمام فيما كان من أعمال الصلاة ولا يُتَّبَع في أشياء أخرى.


هذه أيضاً ذكرى والذكرى تنفع المؤمنين.

Ini menunjukkan bahawa faham Syaikh Albany rhm, seperti faham Mua'dz, r.a perbuatan yang imam yang terpaksa, seperti  sakit dan sebagainya atau dilakukan bukan kerana sebahagian haiah solat tidak dituntut agar diikuti.

Maka didalam posting kelmarin telah dinukilkan, jelas beliau mewajibkan mengikut imam yang qunut, bersedekap selepas ruku', tidak duduk jalsah istirahah, tidak angkat tangan bila intiqal, pendek kata semua perbuatan imam, semata2 mengikut umum hadith ikut imam itu. Walaupun semuanya beliau anggap tidak rajih, bahkan beliau anggap sebahagiannya sebagai bid'ah dholalah. Terutama sekali masalah qunut subuh secara berterusan yang sedang kita bahaskan ini.

Inilah yang diamalkan para sahabat bersama Uthman r.a.

Dan amalan ini adalah lebih kuat dari pendapat mazhab Hanafi.

Sekian, semoga bahas ringkas ini merupakan amalan yang memberatkan timbangan hasanaat kami disisi Allah kelak.

Wallahu a'lam

2 comments:

  1. Dalam hadith yg disuruh ialah mengikuti sunnah kerana nas yg jelas "Solah lah kamu sepertimana kamu melihat aku solah". Jika imam salah, kerja makmum ialah menegur imam, bukan ikut imam.

    Kalau alasan boleh saja ikut sesiapa yg jadi imam, maka pengikut sunnah akan jadi pak turut ahli bidaah sampai mati.

    Sedangkan terus menerus qunut subuh adalah bidaah, hukumnya haram melakukan bidaah. Jadi qunut subuh bkn dari solah subuh dan wajib pengikut sunnah tidak mengikut imam dalam hal itu.

    Yang disuruh mengikut imam ialah perkara yg betul dengan sunnah bukannya ikut yang tidak betul. Harap dapat memahami.

    Dalam hal syeikh al bani solah ketika sakit, bkn perbuatan al bani yg patut dijadikan rujukan oleh pengikut sunnah, tetapi perbuatan Rasul saw ketika sakit yg patut dijadikan pedoman, harap itu yg di tonjolkan supaya pengikut sunnah tidak terpesong dari landasan sunnah dan taklid kepada perbuatan ulamak seperti ahli bidaah.

    Semoga Allah menambah hidayah kpd kita semua.

    ReplyDelete
  2. @al-akh Hafizul Helmi, kita bersama2 pendapat tidak sunnah berterusan berqunut subuh. Kita hanya berbeza tentang mengikut imam subuh yg berpendapat sebaliknya.

    Ana telah sampaikan apa yang ana ada, nukilan pendapat ulama dan masyaikh berserta hujjah2nya. Ana harap kita berlapang dada mendengar perbezaan pendapat.

    Antum juga dipersilakan melakukan yg sama. Bawakan nukilan2 ulama dan terangkan kenapa ialah satu2nya pendapat yg rajih.

    Sekurang2nya sekarang antum tahu jika antum solat disebelah Imam Ahmad, Ibn Taimiyah, Syaikh Ibn Baz, Uthaimeen, Albany dll mereka tidak teragak2 angkat tangan dan aminkan qunut imam.

    Ana cuma berharap antum dapat menghormati pendapat dan fatwa mereka ini dan mungkin satu hari faham usul hujjah mereka. Tiada paksaan disini. Ulama2 kita ini telah khilaf dalam banyak masalah, tetapi mereka sepakat dlm masalah ini. Kita tentu tidak suka mereka telah sesat dalam ijtihad mereka sebagaimana kita tidak suka antum telah silap dalam ijthad antum.

    Tetapi jika tidak boleh tidak hanya satu golongan yg betul kita harapkan ia adalah masyaikh kita ini.

    Samada mereka betul dan antum yg silap atau sebaliknya.. Wallahu a'lam

    ReplyDelete