Friday, June 25, 2010

Hikayat Kubah Hijau di Masjid Nabawi

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,
Ikhwati al-aizza'

Kisah orang cuba curi jasad Rasulillah SAW ana dah dengar dan baca ketika diMadinah 13 tahun lalu. Kalau tidak silap ada di Bidayah wan Nihayah oleh Ibnu Katsir.

Tapi takde pula mereka disambar petir dan didibuat makam tempat mereka mati.

Kisah yg dibawa ini hanya ana terbaca diinternet baru2 in. Sejarah Madinah dan Mekah telah mendapat perhatian ramai pengkaji, bahkan terdapat rasail ilmiyyah yg ditulis. Dr Abd Baseet M'sia( Universiti Madinah ) mengambil masa beberapa tahun karang kitab dlm bab ini. Tapi mungkin beliau pun Wahabi sekongkol sembunyikan hikayat ini.

Masyaikh haram nabawi seperti Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad umurnya dah lebih 80tahun, tak pernah ana dengar riwayatkan dongeng ini. Masyaikh Madinah yg hidup lebih  90 tahun lepas seperti Syaikh Ameen Syinqity rhm yg  karang kitab ttg Manasik dan masjid Nabi juga tidak sebut dlm kitab2 mereka.. Ana percaya belum ada pelajar Madinah yang pernah dengar kisah ini dari mana2 Ahli Madinah. Boleh tanya muwallad di Mekah Madinah, kalau kisah ini dongeng sekalipun pasti ada diriwayatkan ahli Madinah zaman ke zaman.

Beberapa persoalan dlm kisah :

1) Ada orang nak robohkan kubah, kita anggaplah waktu orang tak nampak, pelan2, sembunyi2 ( kalau ada, masjid Nabi 24 jam ada orang),  tapi pakai tukul besi (manual )  Inikah dinamakan "demolition"?

2) Apa sebab orangtu nak pecahkan kubah?
a) Dia orang gila ( orang gila tidak berdosa )
b) Benci nabi
c) Dia siuman dan anggap kubah itu haram " bina' a'lal qubur " (Yg dicop Wahab?i ) Sabda Nabi SAW أن لا تدع تمثالا إلا طمسته ، ولا قبرا مشرفا إلا سويته
(( Jangan ditinggalkan patung melainkan engkau robohkan, tidak pula kubur yang tinggi melainkan engkau ratakan. ))  ( Muslim )

3) Kenapa orang-ramai tidak dapat turunkan mayatnya?  Very dramatic, but not exactly scientific.

4) Ulama zaman itu berdalilkan mimpi bahawa tidak perlu ikut syariat Nabi SAW mandikan, solat jenazah dan kebumikan di Baqi'e, tapi kafankan diatas, solatkan diatas?.

5) Tanaqudh dongeng ini, tujuannya konon untuk kutuk orang yg tidak agungkan kubah itu, tetapi akhirnya diagungkan orang tersebut tanpa disedari. Dibuat kubah atas jasad beliau, diATAS kubur Nabi SAW, cat warna hijau lagi ! Jadilah orang itu wali lebih besar: Rasulullah , Abu Bakar dan Umar kubur Baqi'e dibawah, dia diatas. Orang nampak kuburnya sebelum kubur Rasulullah SAW.

6) Kononnya cerita ini untuk pelajaran orang-ramai, tapi lepas 90 tahun baru orang dengar cerita ini.

7) Tapi apakah pelajarannya? Adakah

a)  satu ibadah melihat kubah hijau dan agungkannya?
b) Siapa yang cuba menegakkan sunnah memecahkan kubah akan diangkat derajatnya walaupun tidak berjaya?
c) Membina kubah atas kubur adalah sunnah dan perlu dilakukan?
d) Disyariatkan kubur dalam/atas masjid ?
e) Kelebihan Masjid Nabi adalah disebabkan kubur Nabi SAW dan kubah hijau diatasnya ?
f) Mimpi ( wali ) boleh memansukhkan syariat Nabi SAW, bahkan bukan mesti mimpi jumpa Nabi SAW, cukup dengar suara dalam mimpi. anggap aje ia suara Nabi SAW ?
g) Kubah hijau sebuah keramat, dipelihara Allah
h) Kubah hijau lebih agung dari ka'bah dan hajar aswad, kaa'bah pernah dirobohkan, pintunya pernah dicabut, hajar aswad pernah dirampas oleh Qaramitah selama 20 tahun
i) Setiap orang yang disambar petir adalah orang yang diazab oleh Allah kerana satu dosa besar

Asatizah dimadrasah boleh cuba sampaikan kisah ini pada pelajar kita, cuba tanya pendapat mereka, bagus untuk discussion.

A'la kulli hal berkata Imam Abdullah ibnul Mubarak rhm :
لو الإسناد لقال من شاء ما شاء... البينة على المدعي
Kalau bukan kerana sanad, siapapun akan berkata apa yang ingin dikatakan... (( Orang yang mendakwa mesti mendatangkan bukti )).

Siapa nak istbatkan kita tak boleh nak buat apa, cara nak sebarkan abatil wal maud'uat ni banyak, kadang sengaja, kadang tidak sengaja.  قد يكذب الثقة و لم يتعمد.

------------ --------
(( علامة أهل السنة تعظيم المساجد ، وعلامة أهل البدعة تعظيم المشاهد))
Tanda ahlu Sunnah adalah mengagungkan masjid, sedangkan tanda ahlul bid'ah mengagungkan kuburan.

 
Wallahu 'alam.

The green dome in Madeenah: its history and the ruling on its construction and on leaving it as it is. 
http://www.islam-qa.com/en/ref/110061
------------------------------------


Ada sesiapa yang dapat mentsabitkan atau menafikan cerita ini?



> Subject: FW: MIRACLE in MASJID-E-NABAWI
> Date: Fri, 30 Apr 2010 12:21:01 +0800
>

> As Received
>
> PLEASE RECITE THE DAROOD E PAK
>
> This was a miracle happened around 90 years ago narrated by Sheikh
> Al-Zubaidi.
>
> A person tried to demolish the Dome of Prophet Mohammad (PBUH)- Masjid
> Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) .However, when some one climbed over the Dome
> to start the demolition, a sudden Lightning struck him and the climber
> died at the spot and no one was able to remove his body from the top of
> the dome!!!
>
> It was also said that a pious man from Madina heard a voice in his dream
> that no one can take out the dead body from the Dome and that he should
> be buried their as a warning and a lesson for those who may think of
> attempting to demolish it in future!!!
>
> Finally, they decided to bury the man right there on the dome and to
> cover his body with a green box so it won't be visible to people.
>

Sunday, June 13, 2010

Pewarisan Muslim dari Kafir - Bahagian 1

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Hadith Usamah r.a : Nabi SAW telah bersabda :
لا يَرِثُ الكافرُ المُسلمَ و لا المسلِمُ الكافرَ ( متفق عليه


1. Apakah yang difahamkan dengan huruf " La" di sini. Adakah bagi tahrim atau tanzeeh ?

Dalam bab mawarith, ia bukan bab ihtimal wajib-sunnat atau haram-makruh. Bila syara' kata (( falahu kadza.. nahnu ma'syaral anbiya' la nuurath)), ia adalah bab istihqaq. Sebab itu ulama kata harta pusaka diterima secara ijbaari ( Ibn Utsaimeen Syrh Zad). Tiada pilihan, Allah telah tamleekkan.. Selepas itu kalau seseorang taknakpun, yang rasminya ia mesti direkod dulu dlm ( hak-milik ) milkiyyah  sebagai mirath, lepas itu dipindahkan dari hak milik kepada siapa yg diinginkan dengan aqad lain samada secara hibah, atau sadaqah dsbg.

Oleh kerana penyerahan HAQ ini mesti dilaksanakan oleh mukallaf, khitab taklify dlm bab mawarith ini adalah kepada mahkamah atau administrator, wajib atas mereka membahagikan warisan itu seperti yang diperintah. Yg berhak diberikan, yg tidak berhak tidak diberikan. Ia bukan harta sipelaksana hingga dia ada pilihan pada siapa nak diberi.

Jika hakim atau administrator sengaja tidak melaksanakan pembahagian itu dia berdosa. Jika dia tetap berikan kepada yg tidak berhak atau lebih/kurang dari haknya, harta itu tetap bukan milik orang yg tidak berhak. Jika dia ambil juga, dia makan harta haram, kerana bukan miliknya. Ana harap setakat yg ini kita tiada niza'.

Adakah ihtimal makruh warid disini? Pada ana wallahu a'lam ia tidak warid langsung. Kalau betul boleh makruh Abu Bakar r.a senang2 aja beri kepada Fatimah apabila dituntut. Tidak perlu beliau berdalil dgn hadith "نحن الأنبياء لا نورَثُ .. ". "Kami para nabi tidak diwarisi". ( Bukhary ) Tidak perlu " gaduh2 ".

Tatbeeq Pewarisan Kafir menurut hadith Usamah

Apabila pewarisan simati (kafir ) diserahkan ( ihtikam ) kepada hukum kita orang Islam, samada secara mahkamah atau individu, kita bahagikan harta sikafir kepada warisnya yg kafir sahaja persis bahagian faraidh 'as if '  mereka Islam.

Jika pembahagian itu diserahkan kepada mahkamah mereka, civil court, dan inilah yg waqi', lalu mereka berikan kepada kita secara wasiat, ana tak lihat apa2 halangan untuk mengambilnya. Wasiat bukan warisan dari perpektif( jihah) kita yg menerima. Hadith Usamah hanya sentuh bab warisan.  Imam Nawawy berkata dalam arRaudah boleh wasiat kepada semua ahli dzimmah. Yang dilarang adalah wasiat kepada waris. (( لا وَصِيّةَ لوارث )) [sohih: Tirmdzy, Nasaiey, Ibn Majah ]" Tidak ada wasiat untuk ahli waris".

Ummul Muminin Safiyyah r.a telah mewasiatkan kepada saudaranya Yahudi.

Kalau simuslim diwasiatkan lebih dari 1/3? Ini mahallun nazhor. Perlu lihat kitab dan tanya ulama.

Kalau mahkamah sivil berikan kepada anak yg muslim sebab tiada wasiat, ( sila llihat hukum sivil diS'pore atau Eropah bila tiada will ) apakah boleh diterima? Kita tahu hukum sivil akan berikan kepada registered next of kin tak kira berbeza agama, anak illegitmate dsbg. Mereka ada "faraidh" mereka sendiri.

Ini isykal, dari perpesktif kita ia adalah tamleek secara warisan, dan hadith Usamah menafikan istihqaq kita. Mengikut nas hendaklah dikembalikan kepada mustahiqnya, berdalilkan qiyas dgn masalah sihakim atau administrator yg curang. Atau sekurang2nya minta dihalalkan.

Bila diamati waqi', keprihatinan ini tidak valid. Bahawa kononnya orang kafir Amerika atau sedunia akan tuduh Islam tidak adil kerana menghalang warisan muslim dari kafir.

Sebenarnya hamba Allah tidak seharusnya pedulikan kata fulan dan fulan apalagi kuffar ketika melaksanakan perintah Allah? Kerajaan S'pura sikit tak peduli bila sebat budak Amerika yg vandalism. Bahkan ia menjadi i'zzah kepada the little red dot.

------------ --------- --------

Bab mawarith tidak ada kemasukan aqal menentukan fulan bagus kita bagi, fulan dibenci kita bagi.  Yg ada hanyalah tasleem kepada faridah min Allah. Fungsi Rasul SAW disini adalah (( لِتبَيِّن للناس ما نُزِّلَ إليهم)) Menerangkan kepada manusia apa2 yg diturunkan ( al-Quran ) kepada mereka.  Beliau mentafsirkan mujmal ayat mawarith dlm al-Quran.

Dari sudut qaidah usul pula, kita telah akur dan faham bahawa ulama telah ijma' mengharamkan kafir dari mewarisi muslim, maka ia bererti  bahawa mereka ijma' bahawa makna " la " dalam larangan pertama adalah li"itahreem". Sepatutnya " la " dlm larangan kedua begitu juga.

Kalau Nabi SAW ingin terangkan maksud "la" yg berbeza2 dlm sabdanya, satu "la" untuk tahreem, satu lagi utk " tanzeeh " tetapi tidak ucapkan lafaz yg lebih jelas, ia dikira ilbaas ( pengeliruan ), sehingga membuat jumhur ummah salah faham, seperti yang ingin didakwakan. Ini mumtani'.

Pada penelitian ana, berhujjah dgn takhsees ( walaupun lemah ) lebih kuat dari berhujjah dgn ta'weel "la yarithu " kepada makruh. Ana tidak percaya ada ulama salaf yg berhujjah dgn maslak ini sebelum ini.


Masalah : Tafsir (takhsees) jenis kafir dalam hadith Usamah.

Haqiqatan, pada ana ia takalluf, khususnya nabi SAW telah letakkan lafaz "al-kafir" bertentangan dgn lafaz "al-muslim". Ia tidak mengandungi kecuali makna intipati kufr mutlaq, tanpa i'tibar sifat2 (awsaf )lain. Apa lagi adanya alif lam al-istighraq atau al-jins. Muwalah dan nusrah tidak terdapat pada perbezaan agama. Berkata al-Hafiz : I'llahnya adalah sikafir telah memutuskan antara dirinya dan Allah Ta'ala dan antara dia dan auliya'Nya iaitu org2 beriman. Dan telah tidak wujud wilayah dan munasarah antara mereka,dan inilah qaedah mawarith. Allah telah menafikan dakwaan Nuh a.s bahawa anaknya adalah dari ahli keluarganya :
((إنه ليس من أهلك إنه عمل غير صالح ))
yakni kekafiran anaknya memutuskan hubunga wala'.

Dan sebagaimana diatas, ulama telah ijma' tidak membezakan jenis kafir yg tidak boleh mewarisi Muslim dlm bahagian pertama hadith Usamah. Jika boleh takhsees disini maka sepatutnya boleh takhsees disana, jika tidak ia satu tanaqudh.

Mafhum mukhalafah hadith Usamah pula kafir berhak mewarisi dari kafir.

Tetapi ulama telah khilaf ttg warisan antara kafir zimmi dan harbi. Begitu juga antara Yahudi dan Nasrani dan perbezaan agama kafir lain. Apakah masih ada muwalah dan munasarah antara mereka? tapi ini keluar dari mahallun niza'. Sebenarnya ini menunjukkan amalan ulama dengan qaedah muwalah dan nusrah ini. Melainkan kita ada aqidah lain ttg wala wal bara'.

Qiyas

Didalam at-Tamheed Ibnu Abdil Bar dan al-I'lam Ibnul Mulaqqin ada menyebutkan bahawa golongan mukhalif juga berdalilkan qiyas yg murakkab dgn " isyarat " ((Islam ya'lu wa la yu'la alaihi)) Islam itu tinggi tiada yang melebihinya.

Mereka menjadikan hukum dibolehkan Muslim nikah Kitabiyah tetapi haram Kitabi menikahi Muslimah sebagai asal, dan menjadikan i'llahnya adalah " Islam ya'luu .. ".

Lalu mereka qiyaskan kepada fara' warisan ini = Muslim boleh waris kafir, tapi kafir tidak boleh waris muslim.

Berkata Ibnu Mulaqqin, dimanakah al-illah al-ja'miah?

Ana katakan seolah2 mereka berhujjah : Jika kita boleh nikah kitabiyah, maka kita juga boleh warisi ahlul kitab.

Jika demikian, qiyas ini seharusnya muttarid, pengkhususan hanya terhad pada ahlul kitab, bukan Majusi atau musyrikeen yg tak boleh dinikahi, samada mereka ahlu dzimmah atau bukan.

Sebenarnya sebab dibenarkan nikah kitabiyah bukan kerana muwaalah, ia hanya nau' istikhdam. Isteri adalah " tawanan " suami. Maka tidak layak muslimah jadi isteri ( tawanan) siKafir. Disana ada hikmah lain, ini bukan tempat pembahasannya.

Maka seorang kafir non-harbi mcm Abu Talibpun  tak boleh jadi wali nikah anak perempuannya muslimah. Begitu juga dlm masalah hadanah dll. Walaupun Abu Talib tercatat sebagai org yg banyak munasarahnya dan cintanya kepada Rasulullah SAW. Tetapi ia tidak diterima kerana ia hanya kerana hamiyyah nasab dan kekerabatan bukan kerana Allah.( Dari Ibn Taimiyah ).

Jika kita lihat non-muslim di negera aqaliyyat, mereka sebenarnya tiada wala' dan nusrah kepada orang Islam, wala haqiqi mereka hanya kepada negara dan agama mereka. Ia lebih kepada masalahat duniawi semata. Ana rasa tidak perlu ana kupas hal ini

(( يأيها اذين آمنوا لا تتخذوا اليهود و النصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ))
"Wahai orang2 beriman, jangan jadikan yahudi dan Nasrani sebagai auliya', sebahagian mereka adalah auliya kepada sebahagian yang lain"

Allahu a'lam

Wednesday, June 9, 2010

Warisan Nikah Sivil - Bah ke2

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah

Ini adalah jawaban terhadap i'itradh antum terhadap masalah warisan muslim dari kafir.

Quote :

Jika pasangan yang berkahwin sivil ini berlaku di Amerika. Adakah natijah yang kita ambil sama dengan yang berlaku di Singapura? Bukan sahaja masalah pewarisan ibu, adakah anak mempunyai hak dalam mewarisi harta bapanya? ( Bapa seorang jutawan ).
Dan di antara 4 orang anak tadi, seorang sahaja yang masuk Islam. Adakah kita kata bahawa yang Islam ini tidak berhak mewarisi harta dan yang lain berhak? Adakah Islam akan dianggap sebagai penghalang kepada anak dari memperolehi kekayaan bapanya? Dan jika kisah ini tersebar dalam media massa di Amerika, apa agaknya pandangan masyarakat bukan Islam terhadap sistem keadilan pewarisan Islam? Terngiang-ngiang masalah ini dalam fikiran saya. 
Soalannya: Adakah Islam yang menghalang pewarisan tadi atau salah tafsir ulama Islam tentang isu pewarisan?

Jawab :

Islam melarang pewarisan muslim dari bapa kafir, dan ulama tidak salah tafsir. Nasnya adalah hadith Usamah ibn Zaid r.nhuma bahawa Nabi saw apabila ditanya : Adakah engkau akan menginap esok dirumahmu di Mekah ? Jawab beliau : " Apakah A'qeel telah meninggalkan kami rumah ? Muslim tidak mewarisi kafir, dan kafir tidak mewarisi muslim " ( Muttafaqun a'laihi )

Imam Bukhari menambah dlm tarjamahnya : (( Jika dia masuk islam sebelum dibahagikan pusaka pun tiada warisan baginya.))

Ini menunjukkan Imam Bukhary faham keumuman hadith ini.

Ringkas masail hadith  :

1) Orang kafir tidak mewarisi muslim ini ijma' yg sohih.
2) Orang muslim juga tidak mewarisi kafir, Ibn Tamiyah berkata ia adalah ittifaq ulama dlm Fatawanya. Tolib dan Aqeel mewarisi Abu Tolib kerana masih musyrik ketika bapa beliau mati. Adapun Ja'far dan Ali tidak, kerana telah Islam. Ini menerangkan fiqh al-Bukhary dlm tarjamahnya, rahimahullah rahmatan waasiah..
 
Ulama juga mengatakan ada khilaf dari segelintir sahabat, iaitu Muadz dan Mua'wiyah, dari kalangan tabien pula, Ibn Musayyab dan Masruq dan berberap orang lagi.

Dalil jumhur adalah hadith ini. kata Nawawy ia adalah hadith sohih soreeh.

Dalil mereka pula adalah hadith mu'alllaq dlm Bukhary : (( al-Islam ya'lu wa la yu'la a'laihi )).

Tetapi dalil ini lemah kerana tidak berkaitan dgn masalah warisan seperti hadith Usamah. Ia hanya menerangkan umum keutamaan Islam atas agama2 lain. Hadith Usamah pula nas dalam mahallun nizaa'.

Berkata Imam Nawawy : " ... bagaimana dapat ditinggalkan nas hadith  " la yaritsul muslim al-kaafir " dgn hadith ( islam ya'lu..),  kemungkinan golongan ini tidak sampai kepada mereka hadith ini."  ( syarh muslim)

Ibnu Mulaqqin (al-I'lam Fi Fawaid Ahkam) menyebutkan hadith lain yg mereka gunakan " al-Islam yazid wa la yanqus ". Ia hadith lemah, terdapat rawi majhul. Ia juga tiada kaitan dgn warisan.

Ulama menyebutkan bahawa hikmah  warisan adalah al-muwaalah dan an-nusrah, syara' telah memansukhkan semuanya kecuali kerana nasab (qarabah), nikah dan wala' ( bab hamba ).

Bagi tolibul ilm, inilah af-fiqh fid deen, sesuai dgn qawaid usuliyyah dan fiqhiyyah, sesuai dgn maqasid syar'iyyah, bila datang nas tinggalkan " arayta " diplanet Mars.

Binasanya umat sebelum kita adalah banyaknya masail mereka dan ikhtilaf mereka terhadap Nabi mereka.

((wa  man ahsanu minallahi hukman liqaumin yuqinun))

Maka ana katakan : apakah kita akan tinggalkan hadith Nabi kerana kata2 orang2 kafir Amerika?
Allahu a'lam
3027 - قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَا يَرِث الْمُسْلِم الْكَافِر وَلَا يَرِث الْكَافِر الْمُسْلِم )
وَفِي بَعْض النُّسَخ ( وَلَا الْكَافِر الْمُسْلِم ) بِحَذْفِ لَفْظَة : يَرِث ، أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ الْكَافِر لَا يَرِث الْمُسْلِم ، وَأَمَّا الْمُسْلِم فَلَا يَرِث الْكَافِر أَيْضًا عِنْد جَمَاهِير الْعُلَمَاء مِنْ الصَّحَابَة وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدهمْ ، وَذَهَبَتْ طَائِفَة إِلَى تَوْرِيث الْمُسْلِم مِنْ الْكَافِر ، وَهُوَ مَذْهَب مُعَاذ بْن جَبَل وَمُعَاوِيَة وَسَعِيد بْن الْمُسَيِّب وَمَسْرُوق وَغَيْرهمْ . وَرُوِيَ أَيْضًا عَنْ أَبِي الدَّرْدَاء وَالشَّعْبِيّ وَالزُّهْرِيّ وَالنَّخَعِيِّ نَحْوه عَلَى خِلَاف بَيْنهمْ فِي ذَلِكَ ، وَالصَّحِيح عَنْ هَؤُلَاءِ كَقَوْلِ الْجُمْهُور . وَاحْتَجُّوا بِحَدِيثِ " الْإِسْلَام يَعْلُو وَلَا يُعْلَى عَلَيْهِ " . وَحُجَّة الْجُمْهُور هَذَا الْحَدِيث الصَّحِيح الصَّرِيح ، وَلَا حُجَّة فِي حَدِيث " الْإِسْلَام يَعْلُو وَلَا يُعْلَى عَلَيْهِ " لِأَنَّ الْمُرَاد بِهِ فَضْل الْإِسْلَام عَلَى غَيْره ، وَلَمْ يَتَعَرَّض فِيهِ لِمِيرَاثٍ ، فَكَيْفَ يُتْرَك بِهِ نَصُّ حَدِيث ( لَا يَرِث الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ ) وَلَعَلَّ هَذِهِ الطَّائِفَة لَمْ يَبْلُغهَا هَذَا الْحَدِيث

Warisan Nikah Sivil

Soalan

1) Puluhan tahun yang lalu seorang wanita muslimah telah berkahwinn dengan
seorang lelaki yang bukan Islam. (kahwin civil)

2) Setelah dikurniakan 4 orang anak dari hasil perkahwinan tersebut, si suami
meninggal tetap dalam agamanya.

3) Setelah kematian suami, kesemuaa anak-anak masuk Islam dan membesar sebagai
muslim

4) Baru-baru ini salah seorang dari 4 beradik tersebut meninggal.

5) Adakah si Ibu dan 3 beradik tersebut berhak mendapatkan harta warisannya?

Harap dapat berikan pandangan kerana anak-anak ini katanya adalah anak luar
nikah
justru itu mereka tidak waris mewarisi.

Wasslam

Jawab :
Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Mengikut maklumat yg sampai pada kita, kisah ini jika berlaku di S'pura, zahirnya jelas wanita itu sengaja melanggar larangan Allah, sebab kita ada mahkamah syariah., yg tidak akan menikahkannya dgn lelaki kafir.


(( wa laa tumsikuu bi'isamil kawaafir ))
Jangan kamu berpegang dengan ikatan ( nikah ) orang2 kafir.

(( wa la tunkihul musyrikin hatta yu'minuu, wa laabdun mu'minun khairun min musyrikin wa lau a'jaabakum, ulaaika yadu'una ilan naar... ))
Jangan nikahkan ( anak perempuan kamu ) kepada lelaki musyrik sehinggalah mereka beriman, hamba sahaya yg beriman lebih baik dari musyrik walaupun dia menkagumi kamu. Mereka mengajak kamu kepada neraka ...

Maka hukum nikahnya tiada syubhat, ia nikah batil, pernikahan ini diharamkan secara nas dan ijma'. Ia adalah zina, anak2nya adalah anak2 zina.Mengikut jumhur dan raajih, anak2 ini hanya dinasabkan kepada ibu yg melahirkan mereka.

Maka pewarisan anak2 hanya melalui ibu.

Ibu dapat 1/6 secara fardh dari anak zinanya yg meninggal dunia.( ada ikhwah )

Dalil : (( Fain kana lahu ikhwatun faliummihi as-sudus ))Jik ( simati) ada adik beradik, maka ibunya dapat 1/6.

Adik beradik lain dapat pusaka sebagai ikhwah lil umm. Bukan asyiqa'(seibu sebapa). Sebabnya nasab sebelah bapa terputus kerana zina.

Mengikut bacaan ana setakat ini ulama menganggap adik-beradik zina tetap adik beradik tapi seibu sahaja. Kiyas dgn adik beradik kembar hasil zina. Ini mazhab aimmah arba'ah. Tapi ada qaul kedua dari mazhab Maliki dan riwayat dari Imam Ahmad, mereka dapat bahagian seibu sebapa. Hujjah mereka adalaha : secara biology mereka memangpun asyiqaa'. Tapi ini marjuh. Sebab Nabi SAW ilhaaqkan anak mulaa'nah kepada ibunya sahaja ( Bukhary ).

Kata2 mereka yg ana faham, " yatawaarathuna min jihatil umm faqat ".

Oleh itu adik-beradik yg tiga hanya dapat 1/3 secara fardh sama rata, walaupun ada lelaki dan perempuan. Kalau ikut pendapat disahkan nikah ibu bapa mereka, bukan zina, ertinya mereka adik beradik seibu sebapa, maka macam biasa, saudara lelaki dpt double dari perempuan. Ini perbezaan natijah yg ketara.

Dalil :

(( Fa in kanu akthara min dzalika fahum syurakaau fi at-thuluth. ))
Jika mereka lebih dari yg demikian ( dua ) maka mereka kongsi 1/3 seorang.

Demikian kata Imam Nawawy dlm ar-Raudah juz 5 ttg kembar zina.
Ada beberapa masail ttg detail pembahagian faraidh anak2 zina, iaitu tentang ta'seeb, kalau anak zina hanya seorang, lalu meninggal dunia, apakah ibu ambil 1/3 secara fardh, atau dapat semua?  Kalau ana jadi consultant ana mesti tahqeeq masalah ini.


Ana diberitahu bahawa orang Islam di S'pura tidak dibenarkan kahwin sivil. Ia hanya utk agama lain.

Org Islam perlu declare sebagai non-muslim atau Qadiani utk nikah secara sivil.

Ana tak tahu pula maksud " declare ", adakah setakat sign borang atau angkat sumpah?

ahlaahuma murr. ( Yang paling manis juga pahit )

Murtadkah orang itu?

Wallahu a'lam