Wednesday, June 9, 2010

Warisan Nikah Sivil - Bah ke2

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah

Ini adalah jawaban terhadap i'itradh antum terhadap masalah warisan muslim dari kafir.

Quote :

Jika pasangan yang berkahwin sivil ini berlaku di Amerika. Adakah natijah yang kita ambil sama dengan yang berlaku di Singapura? Bukan sahaja masalah pewarisan ibu, adakah anak mempunyai hak dalam mewarisi harta bapanya? ( Bapa seorang jutawan ).
Dan di antara 4 orang anak tadi, seorang sahaja yang masuk Islam. Adakah kita kata bahawa yang Islam ini tidak berhak mewarisi harta dan yang lain berhak? Adakah Islam akan dianggap sebagai penghalang kepada anak dari memperolehi kekayaan bapanya? Dan jika kisah ini tersebar dalam media massa di Amerika, apa agaknya pandangan masyarakat bukan Islam terhadap sistem keadilan pewarisan Islam? Terngiang-ngiang masalah ini dalam fikiran saya. 
Soalannya: Adakah Islam yang menghalang pewarisan tadi atau salah tafsir ulama Islam tentang isu pewarisan?

Jawab :

Islam melarang pewarisan muslim dari bapa kafir, dan ulama tidak salah tafsir. Nasnya adalah hadith Usamah ibn Zaid r.nhuma bahawa Nabi saw apabila ditanya : Adakah engkau akan menginap esok dirumahmu di Mekah ? Jawab beliau : " Apakah A'qeel telah meninggalkan kami rumah ? Muslim tidak mewarisi kafir, dan kafir tidak mewarisi muslim " ( Muttafaqun a'laihi )

Imam Bukhari menambah dlm tarjamahnya : (( Jika dia masuk islam sebelum dibahagikan pusaka pun tiada warisan baginya.))

Ini menunjukkan Imam Bukhary faham keumuman hadith ini.

Ringkas masail hadith  :

1) Orang kafir tidak mewarisi muslim ini ijma' yg sohih.
2) Orang muslim juga tidak mewarisi kafir, Ibn Tamiyah berkata ia adalah ittifaq ulama dlm Fatawanya. Tolib dan Aqeel mewarisi Abu Tolib kerana masih musyrik ketika bapa beliau mati. Adapun Ja'far dan Ali tidak, kerana telah Islam. Ini menerangkan fiqh al-Bukhary dlm tarjamahnya, rahimahullah rahmatan waasiah..
 
Ulama juga mengatakan ada khilaf dari segelintir sahabat, iaitu Muadz dan Mua'wiyah, dari kalangan tabien pula, Ibn Musayyab dan Masruq dan berberap orang lagi.

Dalil jumhur adalah hadith ini. kata Nawawy ia adalah hadith sohih soreeh.

Dalil mereka pula adalah hadith mu'alllaq dlm Bukhary : (( al-Islam ya'lu wa la yu'la a'laihi )).

Tetapi dalil ini lemah kerana tidak berkaitan dgn masalah warisan seperti hadith Usamah. Ia hanya menerangkan umum keutamaan Islam atas agama2 lain. Hadith Usamah pula nas dalam mahallun nizaa'.

Berkata Imam Nawawy : " ... bagaimana dapat ditinggalkan nas hadith  " la yaritsul muslim al-kaafir " dgn hadith ( islam ya'lu..),  kemungkinan golongan ini tidak sampai kepada mereka hadith ini."  ( syarh muslim)

Ibnu Mulaqqin (al-I'lam Fi Fawaid Ahkam) menyebutkan hadith lain yg mereka gunakan " al-Islam yazid wa la yanqus ". Ia hadith lemah, terdapat rawi majhul. Ia juga tiada kaitan dgn warisan.

Ulama menyebutkan bahawa hikmah  warisan adalah al-muwaalah dan an-nusrah, syara' telah memansukhkan semuanya kecuali kerana nasab (qarabah), nikah dan wala' ( bab hamba ).

Bagi tolibul ilm, inilah af-fiqh fid deen, sesuai dgn qawaid usuliyyah dan fiqhiyyah, sesuai dgn maqasid syar'iyyah, bila datang nas tinggalkan " arayta " diplanet Mars.

Binasanya umat sebelum kita adalah banyaknya masail mereka dan ikhtilaf mereka terhadap Nabi mereka.

((wa  man ahsanu minallahi hukman liqaumin yuqinun))

Maka ana katakan : apakah kita akan tinggalkan hadith Nabi kerana kata2 orang2 kafir Amerika?
Allahu a'lam
3027 - قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَا يَرِث الْمُسْلِم الْكَافِر وَلَا يَرِث الْكَافِر الْمُسْلِم )
وَفِي بَعْض النُّسَخ ( وَلَا الْكَافِر الْمُسْلِم ) بِحَذْفِ لَفْظَة : يَرِث ، أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ الْكَافِر لَا يَرِث الْمُسْلِم ، وَأَمَّا الْمُسْلِم فَلَا يَرِث الْكَافِر أَيْضًا عِنْد جَمَاهِير الْعُلَمَاء مِنْ الصَّحَابَة وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدهمْ ، وَذَهَبَتْ طَائِفَة إِلَى تَوْرِيث الْمُسْلِم مِنْ الْكَافِر ، وَهُوَ مَذْهَب مُعَاذ بْن جَبَل وَمُعَاوِيَة وَسَعِيد بْن الْمُسَيِّب وَمَسْرُوق وَغَيْرهمْ . وَرُوِيَ أَيْضًا عَنْ أَبِي الدَّرْدَاء وَالشَّعْبِيّ وَالزُّهْرِيّ وَالنَّخَعِيِّ نَحْوه عَلَى خِلَاف بَيْنهمْ فِي ذَلِكَ ، وَالصَّحِيح عَنْ هَؤُلَاءِ كَقَوْلِ الْجُمْهُور . وَاحْتَجُّوا بِحَدِيثِ " الْإِسْلَام يَعْلُو وَلَا يُعْلَى عَلَيْهِ " . وَحُجَّة الْجُمْهُور هَذَا الْحَدِيث الصَّحِيح الصَّرِيح ، وَلَا حُجَّة فِي حَدِيث " الْإِسْلَام يَعْلُو وَلَا يُعْلَى عَلَيْهِ " لِأَنَّ الْمُرَاد بِهِ فَضْل الْإِسْلَام عَلَى غَيْره ، وَلَمْ يَتَعَرَّض فِيهِ لِمِيرَاثٍ ، فَكَيْفَ يُتْرَك بِهِ نَصُّ حَدِيث ( لَا يَرِث الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ ) وَلَعَلَّ هَذِهِ الطَّائِفَة لَمْ يَبْلُغهَا هَذَا الْحَدِيث

No comments:

Post a Comment