Sunday, June 13, 2010

Pewarisan Muslim dari Kafir - Bahagian 1

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Hadith Usamah r.a : Nabi SAW telah bersabda :
لا يَرِثُ الكافرُ المُسلمَ و لا المسلِمُ الكافرَ ( متفق عليه


1. Apakah yang difahamkan dengan huruf " La" di sini. Adakah bagi tahrim atau tanzeeh ?

Dalam bab mawarith, ia bukan bab ihtimal wajib-sunnat atau haram-makruh. Bila syara' kata (( falahu kadza.. nahnu ma'syaral anbiya' la nuurath)), ia adalah bab istihqaq. Sebab itu ulama kata harta pusaka diterima secara ijbaari ( Ibn Utsaimeen Syrh Zad). Tiada pilihan, Allah telah tamleekkan.. Selepas itu kalau seseorang taknakpun, yang rasminya ia mesti direkod dulu dlm ( hak-milik ) milkiyyah  sebagai mirath, lepas itu dipindahkan dari hak milik kepada siapa yg diinginkan dengan aqad lain samada secara hibah, atau sadaqah dsbg.

Oleh kerana penyerahan HAQ ini mesti dilaksanakan oleh mukallaf, khitab taklify dlm bab mawarith ini adalah kepada mahkamah atau administrator, wajib atas mereka membahagikan warisan itu seperti yang diperintah. Yg berhak diberikan, yg tidak berhak tidak diberikan. Ia bukan harta sipelaksana hingga dia ada pilihan pada siapa nak diberi.

Jika hakim atau administrator sengaja tidak melaksanakan pembahagian itu dia berdosa. Jika dia tetap berikan kepada yg tidak berhak atau lebih/kurang dari haknya, harta itu tetap bukan milik orang yg tidak berhak. Jika dia ambil juga, dia makan harta haram, kerana bukan miliknya. Ana harap setakat yg ini kita tiada niza'.

Adakah ihtimal makruh warid disini? Pada ana wallahu a'lam ia tidak warid langsung. Kalau betul boleh makruh Abu Bakar r.a senang2 aja beri kepada Fatimah apabila dituntut. Tidak perlu beliau berdalil dgn hadith "نحن الأنبياء لا نورَثُ .. ". "Kami para nabi tidak diwarisi". ( Bukhary ) Tidak perlu " gaduh2 ".

Tatbeeq Pewarisan Kafir menurut hadith Usamah

Apabila pewarisan simati (kafir ) diserahkan ( ihtikam ) kepada hukum kita orang Islam, samada secara mahkamah atau individu, kita bahagikan harta sikafir kepada warisnya yg kafir sahaja persis bahagian faraidh 'as if '  mereka Islam.

Jika pembahagian itu diserahkan kepada mahkamah mereka, civil court, dan inilah yg waqi', lalu mereka berikan kepada kita secara wasiat, ana tak lihat apa2 halangan untuk mengambilnya. Wasiat bukan warisan dari perpektif( jihah) kita yg menerima. Hadith Usamah hanya sentuh bab warisan.  Imam Nawawy berkata dalam arRaudah boleh wasiat kepada semua ahli dzimmah. Yang dilarang adalah wasiat kepada waris. (( لا وَصِيّةَ لوارث )) [sohih: Tirmdzy, Nasaiey, Ibn Majah ]" Tidak ada wasiat untuk ahli waris".

Ummul Muminin Safiyyah r.a telah mewasiatkan kepada saudaranya Yahudi.

Kalau simuslim diwasiatkan lebih dari 1/3? Ini mahallun nazhor. Perlu lihat kitab dan tanya ulama.

Kalau mahkamah sivil berikan kepada anak yg muslim sebab tiada wasiat, ( sila llihat hukum sivil diS'pore atau Eropah bila tiada will ) apakah boleh diterima? Kita tahu hukum sivil akan berikan kepada registered next of kin tak kira berbeza agama, anak illegitmate dsbg. Mereka ada "faraidh" mereka sendiri.

Ini isykal, dari perpesktif kita ia adalah tamleek secara warisan, dan hadith Usamah menafikan istihqaq kita. Mengikut nas hendaklah dikembalikan kepada mustahiqnya, berdalilkan qiyas dgn masalah sihakim atau administrator yg curang. Atau sekurang2nya minta dihalalkan.

Bila diamati waqi', keprihatinan ini tidak valid. Bahawa kononnya orang kafir Amerika atau sedunia akan tuduh Islam tidak adil kerana menghalang warisan muslim dari kafir.

Sebenarnya hamba Allah tidak seharusnya pedulikan kata fulan dan fulan apalagi kuffar ketika melaksanakan perintah Allah? Kerajaan S'pura sikit tak peduli bila sebat budak Amerika yg vandalism. Bahkan ia menjadi i'zzah kepada the little red dot.

------------ --------- --------

Bab mawarith tidak ada kemasukan aqal menentukan fulan bagus kita bagi, fulan dibenci kita bagi.  Yg ada hanyalah tasleem kepada faridah min Allah. Fungsi Rasul SAW disini adalah (( لِتبَيِّن للناس ما نُزِّلَ إليهم)) Menerangkan kepada manusia apa2 yg diturunkan ( al-Quran ) kepada mereka.  Beliau mentafsirkan mujmal ayat mawarith dlm al-Quran.

Dari sudut qaidah usul pula, kita telah akur dan faham bahawa ulama telah ijma' mengharamkan kafir dari mewarisi muslim, maka ia bererti  bahawa mereka ijma' bahawa makna " la " dalam larangan pertama adalah li"itahreem". Sepatutnya " la " dlm larangan kedua begitu juga.

Kalau Nabi SAW ingin terangkan maksud "la" yg berbeza2 dlm sabdanya, satu "la" untuk tahreem, satu lagi utk " tanzeeh " tetapi tidak ucapkan lafaz yg lebih jelas, ia dikira ilbaas ( pengeliruan ), sehingga membuat jumhur ummah salah faham, seperti yang ingin didakwakan. Ini mumtani'.

Pada penelitian ana, berhujjah dgn takhsees ( walaupun lemah ) lebih kuat dari berhujjah dgn ta'weel "la yarithu " kepada makruh. Ana tidak percaya ada ulama salaf yg berhujjah dgn maslak ini sebelum ini.


Masalah : Tafsir (takhsees) jenis kafir dalam hadith Usamah.

Haqiqatan, pada ana ia takalluf, khususnya nabi SAW telah letakkan lafaz "al-kafir" bertentangan dgn lafaz "al-muslim". Ia tidak mengandungi kecuali makna intipati kufr mutlaq, tanpa i'tibar sifat2 (awsaf )lain. Apa lagi adanya alif lam al-istighraq atau al-jins. Muwalah dan nusrah tidak terdapat pada perbezaan agama. Berkata al-Hafiz : I'llahnya adalah sikafir telah memutuskan antara dirinya dan Allah Ta'ala dan antara dia dan auliya'Nya iaitu org2 beriman. Dan telah tidak wujud wilayah dan munasarah antara mereka,dan inilah qaedah mawarith. Allah telah menafikan dakwaan Nuh a.s bahawa anaknya adalah dari ahli keluarganya :
((إنه ليس من أهلك إنه عمل غير صالح ))
yakni kekafiran anaknya memutuskan hubunga wala'.

Dan sebagaimana diatas, ulama telah ijma' tidak membezakan jenis kafir yg tidak boleh mewarisi Muslim dlm bahagian pertama hadith Usamah. Jika boleh takhsees disini maka sepatutnya boleh takhsees disana, jika tidak ia satu tanaqudh.

Mafhum mukhalafah hadith Usamah pula kafir berhak mewarisi dari kafir.

Tetapi ulama telah khilaf ttg warisan antara kafir zimmi dan harbi. Begitu juga antara Yahudi dan Nasrani dan perbezaan agama kafir lain. Apakah masih ada muwalah dan munasarah antara mereka? tapi ini keluar dari mahallun niza'. Sebenarnya ini menunjukkan amalan ulama dengan qaedah muwalah dan nusrah ini. Melainkan kita ada aqidah lain ttg wala wal bara'.

Qiyas

Didalam at-Tamheed Ibnu Abdil Bar dan al-I'lam Ibnul Mulaqqin ada menyebutkan bahawa golongan mukhalif juga berdalilkan qiyas yg murakkab dgn " isyarat " ((Islam ya'lu wa la yu'la alaihi)) Islam itu tinggi tiada yang melebihinya.

Mereka menjadikan hukum dibolehkan Muslim nikah Kitabiyah tetapi haram Kitabi menikahi Muslimah sebagai asal, dan menjadikan i'llahnya adalah " Islam ya'luu .. ".

Lalu mereka qiyaskan kepada fara' warisan ini = Muslim boleh waris kafir, tapi kafir tidak boleh waris muslim.

Berkata Ibnu Mulaqqin, dimanakah al-illah al-ja'miah?

Ana katakan seolah2 mereka berhujjah : Jika kita boleh nikah kitabiyah, maka kita juga boleh warisi ahlul kitab.

Jika demikian, qiyas ini seharusnya muttarid, pengkhususan hanya terhad pada ahlul kitab, bukan Majusi atau musyrikeen yg tak boleh dinikahi, samada mereka ahlu dzimmah atau bukan.

Sebenarnya sebab dibenarkan nikah kitabiyah bukan kerana muwaalah, ia hanya nau' istikhdam. Isteri adalah " tawanan " suami. Maka tidak layak muslimah jadi isteri ( tawanan) siKafir. Disana ada hikmah lain, ini bukan tempat pembahasannya.

Maka seorang kafir non-harbi mcm Abu Talibpun  tak boleh jadi wali nikah anak perempuannya muslimah. Begitu juga dlm masalah hadanah dll. Walaupun Abu Talib tercatat sebagai org yg banyak munasarahnya dan cintanya kepada Rasulullah SAW. Tetapi ia tidak diterima kerana ia hanya kerana hamiyyah nasab dan kekerabatan bukan kerana Allah.( Dari Ibn Taimiyah ).

Jika kita lihat non-muslim di negera aqaliyyat, mereka sebenarnya tiada wala' dan nusrah kepada orang Islam, wala haqiqi mereka hanya kepada negara dan agama mereka. Ia lebih kepada masalahat duniawi semata. Ana rasa tidak perlu ana kupas hal ini

(( يأيها اذين آمنوا لا تتخذوا اليهود و النصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ))
"Wahai orang2 beriman, jangan jadikan yahudi dan Nasrani sebagai auliya', sebahagian mereka adalah auliya kepada sebahagian yang lain"

Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment