Wednesday, June 9, 2010

Warisan Nikah Sivil

Soalan

1) Puluhan tahun yang lalu seorang wanita muslimah telah berkahwinn dengan
seorang lelaki yang bukan Islam. (kahwin civil)

2) Setelah dikurniakan 4 orang anak dari hasil perkahwinan tersebut, si suami
meninggal tetap dalam agamanya.

3) Setelah kematian suami, kesemuaa anak-anak masuk Islam dan membesar sebagai
muslim

4) Baru-baru ini salah seorang dari 4 beradik tersebut meninggal.

5) Adakah si Ibu dan 3 beradik tersebut berhak mendapatkan harta warisannya?

Harap dapat berikan pandangan kerana anak-anak ini katanya adalah anak luar
nikah
justru itu mereka tidak waris mewarisi.

Wasslam

Jawab :
Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Mengikut maklumat yg sampai pada kita, kisah ini jika berlaku di S'pura, zahirnya jelas wanita itu sengaja melanggar larangan Allah, sebab kita ada mahkamah syariah., yg tidak akan menikahkannya dgn lelaki kafir.


(( wa laa tumsikuu bi'isamil kawaafir ))
Jangan kamu berpegang dengan ikatan ( nikah ) orang2 kafir.

(( wa la tunkihul musyrikin hatta yu'minuu, wa laabdun mu'minun khairun min musyrikin wa lau a'jaabakum, ulaaika yadu'una ilan naar... ))
Jangan nikahkan ( anak perempuan kamu ) kepada lelaki musyrik sehinggalah mereka beriman, hamba sahaya yg beriman lebih baik dari musyrik walaupun dia menkagumi kamu. Mereka mengajak kamu kepada neraka ...

Maka hukum nikahnya tiada syubhat, ia nikah batil, pernikahan ini diharamkan secara nas dan ijma'. Ia adalah zina, anak2nya adalah anak2 zina.Mengikut jumhur dan raajih, anak2 ini hanya dinasabkan kepada ibu yg melahirkan mereka.

Maka pewarisan anak2 hanya melalui ibu.

Ibu dapat 1/6 secara fardh dari anak zinanya yg meninggal dunia.( ada ikhwah )

Dalil : (( Fain kana lahu ikhwatun faliummihi as-sudus ))Jik ( simati) ada adik beradik, maka ibunya dapat 1/6.

Adik beradik lain dapat pusaka sebagai ikhwah lil umm. Bukan asyiqa'(seibu sebapa). Sebabnya nasab sebelah bapa terputus kerana zina.

Mengikut bacaan ana setakat ini ulama menganggap adik-beradik zina tetap adik beradik tapi seibu sahaja. Kiyas dgn adik beradik kembar hasil zina. Ini mazhab aimmah arba'ah. Tapi ada qaul kedua dari mazhab Maliki dan riwayat dari Imam Ahmad, mereka dapat bahagian seibu sebapa. Hujjah mereka adalaha : secara biology mereka memangpun asyiqaa'. Tapi ini marjuh. Sebab Nabi SAW ilhaaqkan anak mulaa'nah kepada ibunya sahaja ( Bukhary ).

Kata2 mereka yg ana faham, " yatawaarathuna min jihatil umm faqat ".

Oleh itu adik-beradik yg tiga hanya dapat 1/3 secara fardh sama rata, walaupun ada lelaki dan perempuan. Kalau ikut pendapat disahkan nikah ibu bapa mereka, bukan zina, ertinya mereka adik beradik seibu sebapa, maka macam biasa, saudara lelaki dpt double dari perempuan. Ini perbezaan natijah yg ketara.

Dalil :

(( Fa in kanu akthara min dzalika fahum syurakaau fi at-thuluth. ))
Jika mereka lebih dari yg demikian ( dua ) maka mereka kongsi 1/3 seorang.

Demikian kata Imam Nawawy dlm ar-Raudah juz 5 ttg kembar zina.
Ada beberapa masail ttg detail pembahagian faraidh anak2 zina, iaitu tentang ta'seeb, kalau anak zina hanya seorang, lalu meninggal dunia, apakah ibu ambil 1/3 secara fardh, atau dapat semua?  Kalau ana jadi consultant ana mesti tahqeeq masalah ini.


Ana diberitahu bahawa orang Islam di S'pura tidak dibenarkan kahwin sivil. Ia hanya utk agama lain.

Org Islam perlu declare sebagai non-muslim atau Qadiani utk nikah secara sivil.

Ana tak tahu pula maksud " declare ", adakah setakat sign borang atau angkat sumpah?

ahlaahuma murr. ( Yang paling manis juga pahit )

Murtadkah orang itu?

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment