Saturday, July 10, 2010

Self Radicalization - Huraian Tidak Radikal

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,


Beberapa saranan telah dikemukakan dilembaran akhbar sebagai langkah huraian kepada satu lagi gejala yang boleh mengancam keselamatan negara. Sekali lagi yang terlibat adalah saudara2 Islam kita maka agama Islam sekali lagi dibawah suluhan ramai.

Huraian apapun jangan sampai huraian itu sendiri bersifat radikal yang tidak diredai Syariat.

Jangan sampai kita :

1) Mengubah tafsir tsawabit dlm agama kita
2) Menyekat jalan2 dakwah
3) Tenggelam dlm isu2 semasa ( security ) sambil mengenepikan isu2 aqidah dan ibadah dll
4) Menghadkan pembelajaran agama diluar negeri kepada golongan tertentu sahaja, contohnya hanya pelajar madrasah sepenuh masa atau kepada mereka yang belajar dgn asatizah tertentu
5) Mengharamkan institut2 ilmu luar negara dengan kurang usul periksa
6) Menuduh satu2 kumpulan atau individu sebagai ada " unsur radikal " kerana tidak sehaluan dgn kita

Kita ada tindakan RO dan detention utk mereka yg didapati " radical ", apakah tindakan keatas kumpulan yang telah difatwakan sesat?

Wassalam