Saturday, July 10, 2010

Self Radicalization - Huraian Tidak Radikal

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,


Beberapa saranan telah dikemukakan dilembaran akhbar sebagai langkah huraian kepada satu lagi gejala yang boleh mengancam keselamatan negara. Sekali lagi yang terlibat adalah saudara2 Islam kita maka agama Islam sekali lagi dibawah suluhan ramai.

Huraian apapun jangan sampai huraian itu sendiri bersifat radikal yang tidak diredai Syariat.

Jangan sampai kita :

1) Mengubah tafsir tsawabit dlm agama kita
2) Menyekat jalan2 dakwah
3) Tenggelam dlm isu2 semasa ( security ) sambil mengenepikan isu2 aqidah dan ibadah dll
4) Menghadkan pembelajaran agama diluar negeri kepada golongan tertentu sahaja, contohnya hanya pelajar madrasah sepenuh masa atau kepada mereka yang belajar dgn asatizah tertentu
5) Mengharamkan institut2 ilmu luar negara dengan kurang usul periksa
6) Menuduh satu2 kumpulan atau individu sebagai ada " unsur radikal " kerana tidak sehaluan dgn kita

Kita ada tindakan RO dan detention utk mereka yg didapati " radical ", apakah tindakan keatas kumpulan yang telah difatwakan sesat?

Wassalam

2 comments:

  1. assalamualaikum ust,

    baru2 ini di dlm Berita Harian,tersiar beberapa pojok yg mengatakan tentang terrorism.Yang buat saya prihatin ialah yg menulis pojok itu dari apa yg saya tahu bukanlah yg berlatar belakangkan agama (musician),tetapi mereka berani mempersoalkan cara bagaimana Islam itu harus disampaikan kpd masyarakat. Malah yg lebih mengerikan ialah pabila mereka berani menyarankan agar sesetengah kitab rujukan karangan Ulama2 besar seperti Ibn Taimiyyah, Muhd Abdul Wahab disenarai-hitamkan oleh pihak berwajib agar tidak menyelinap masuk ke tempat2 pengajian.Ada di antara penulis2 itu malah dgn mudah men'qoute' ayat2 dr al-Quran bagi menguatkan tulisan mrk.terdapat juga yg mgambil kata2 nabi Isa a.s (bible).Jika tulisan2 sebegini kerap tersiar di akhbar, dikhuatiri akan memberi kesan yg besar terhadap pembaca yg masih mencari kebenaran dalam beragama. Apa pandangan Ust. mengenai tulisan2 sebegini?

    ReplyDelete
  2. و عليكم السلام Jika yg mencari kebenaran hanya di BH, dia belum betul2 mencari. Secara fitrahnya seseorang mencari kebenaran dgn berdoa kpd Allah, paling asas ilmu seseorang yg masih sejahtera imannya akan mencari dari wahyu Allah, al-Quran dan Hadith sohih dgn fahaman sahabat dan salafussoleh.

    Nama ibn Taimiyah dan tulisan2nya telah diberikan barakah oleh Allah. Perlu diingat beliau menulis kebanyakkan kitabnya didlm penjara. Tetapi tulisannya lebih masyhur dan diterima dari ramai ulama zaman beliau.

    Menghalang Islam yg tulen tidak akan berjaya dgn mengharamkan kitab a atau b, musuh Islam perlu mengharamkan al-Quran dan Hadith secara total, dan ini tidak akan berlaku sebelum hari kiamat.

    Akan sentiasa ada toifah mansurah yg menegakkan kebenaran sampai hari kiamat.

    yuriduna liyutfiu nurallahi biafwahihim wallahu mutimmu nurihi walau karihal kafirun

    ReplyDelete