Sunday, September 19, 2010

Hibah Ruqba ( Bahagian 1 )

Sekali lagi kita di S'pura membaca kes pertikaian harta pusaka diakhbar.


Semalam nuzriah, hari ini hibah ruqba. Adakah kaitan antara keduanya, adakah ia pelanduk dua serupa?

Jika nuzriah, faham kita, ia sebuah nazar bersyarat, syaratnya adalah mati. Harta ini, rumah HDB ini, CPF ini milik fulan 3 hari sebelum aku mati biasa, atau 3 jam sebelum aku mati terkejut.

Kita telah faham ini adalah satu " futile attempt " dari sudut syara', untuk pusing mengelak Faraid, lebih2 lagi jika harta yg dinazarkan adalah joint ownership dalam mahkahamah sivil.

Alangkah malunya apabila mahkamah walaupun secara hormat, melekehkan syarat yang tidak masuk aqal ini. Siapa tahu bilakah 3 hari atau 3 jam sebelum seseorang mati kecuali setelah dia mati ! Syarat yang majhul ! Maka ia masuk dibawah harta pusaka tidak ragu lagi. 

Sabda Nabi SAW : 
كل شرط ليس في كتاب الله فهو باطل وإن كان مائة شرط) متفق عليه].

 (( Setiap syarat yang tiada didalam kitab Allah maka ia batil, walau seratus syarat sekalipun )).

Apa pula hibah ruqba? 

Ia adalah kata2 seseorang : " harta ini diberikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu, harta itu kembali kepada saya dan jika saya mati dahulu, harta itu untuk kamu".

هذه الدار لك رقبى (الرقبى: أن يقول: « إن مت أنا قبلك فهو لك، وإن مت أنت قبلي فهو لي » سميت بذلك، لأن كلاً منهما يترقب، وينتظر موت الآخر قبل موته.

Dinamakan ruqba dari kalimat " taraqqub ", iaitu setiap seorang dari keduanya menanti2 kematian temannya

Sekali lagi satu pemberian harta yang bersyarat dengan kematian. 

Mereka tahu bahawa Syariat Islam telah menetapkan bahawa setelah kematian seseorang hartanya bukan miliknya lagi, Syariat telah menetapkan didalam al-Quran dan as-Sunnah siapakah mereka yang berhak dan bahagian mereka dari harta simati.

Ia dinamakan mawarith atau harta pusaka. Ia wajib difaraidkan sebagaimana yang termaktub didalam Kitab Allah, setelah melunaskan hutang simati, kos penyelengaraan jenazahnya serta wasiatnya yang tidak boleh melebihi 1/3 harta bakinya. Wasiat pula tidak boleh diberikan kepada waris. 

Ini termasuk hukum2 muhkamat, tsawabit didalam agama Islam.

Hibah pulah ertinya hadiah, ada ulama bezakan bahawa hadiah bila kita memberi untuk memuliakan seseorang, mengeratkan kasih sayang, dimana hadiah itu dipindahkan dari satu tempat kepada orang yang diberikan, dari situ datangnya kalimat " al-hadyu " korban kerana dipindahkan dan diserahkan ketanah haram. Adapun hibah setakat beri sahaja, sedekah pula kepada yang memerlukan mengharapkan pahala hanya dari Allah.

Kesemuanya adalah pemberian ketika hidup dengan tanpa ganti.

Bila kita katakan pemberian, istilah fiqhnya adalah " tamleek ", kita pindahkan hak milik kita kepada orang dihibahkan. Maka ada dua perkara berlaku dalam aqad hibah :

1) Gugur hak milik kita atas harta itu
2) Tetap hak milik orang yang dihibahkan 

Bila kita katakan ia bukan hak milik kita lagi, saya rasa kita faham apa konsekuennya dalam hukum, begitu juga apabila ia adalah milik orang yg dihibahkan, ertinya pemilik baru berhak melakukan apa sahaja atas harta tersebut seperti menjualnya, menghadiahkannya kepada orang lain, sedekahkan dsbg.

Dan hukum ini serta merta selepas sempurnanya aqad hibah, sama seperti aqad jual beli nikah kahwin, selepas ijab-kabul serta merta dia berhak atas harta/isterinya.

Hak milik ini tetap berlaku tanpa tempoh masa, harta yang kita beli dengan aqad yang sah milik kita tidak terhad kepada separuh nyawa kita atau nyawa orang lain, isteri kita dengan aqad yang sah tidak terhad kepada beberapa bulan. Ia milik kita secara " abadi " selagi kita kita tidak pindahkan hak miliknya kepada orang lain atau dipindahkan iaitu setelah kita mati menjadi hak waris kita.

Sekarang lihat sekali lagi hibah ruqba konteks S'pura, rumah HDB yg dihibahkan, milik siapa selepas ditulis kontrak depan lawyer dan distamp dengan kos yg menguntungkan ( silawyer )? Begitu juga harta lain, CPFnya,.. ia masih milik sipemberi.

Bilakah ia berpindah hak milik? Selepas mati. Lihat persamaannya dengan wasiat dan bezanya dengan hadiah? Sebab itu syarat didalam hibah ruqba ini dibatalkan oleh Nabi SAW. Akan disebutkan hadith2 Nabi SAW tentang bab ini dan ulasan ulama tentangnya secara khusus insya Allah. Kita akan dapati tiada perbezaan  antara nuzriah dan hibah ruqba dari sudut natijahnya, hanya yg pertama tiada hadith langusung, bahkan tidak wujud dalam kitab2 fiqh muktabar, hibah ruqba pula ada hadithnya, sebab itu yg kedua ini sedang  sibuk dipromosikan. Akan kita lihat apa sebenarnya hadith2 tersebut dan fahaman ulama tentangnya.

Bersambung insya Allah

3 comments:

  1. Salam ustaz.

    Mungkinkah perbezaan ini krn mereka berpendapat bahawa isu harta pusaka (seperti zakat) adalah bab muamalah yg tk perlu ketat seperti bab ibadah, maka ia lebih luas drpd sekadar mengikut dalil-dalil wahyu?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr wb ya habibi
    Didlm kitab Mughni ana rasa ada juga cakap pasal ini, tak salah ada 3 pendapat, 1) Yang menolak hibah al Umra dan hibah al-ruqba dgn mengambil dalil hadis Nabi saw لا تعمروا و لا ترقبوا ; dan 2) yg membenarkan kedua2 jenis hibah ini dgn dalil : العمرى جائز لأهلها و الرقبى جائز لأهلها dan 3)hibah umra ok tapi hiba ruqba ditolak pasal sejenis hibah ta'liq yakni amr ghair muhaqqaq. Ana rasa ada juga pendapat lain iaitu kedua2 hibah ini sah tetapi syaratnya terbatal kerana syaratnya melanggar muqtadha al 'aqd dan juga dari hadis Nabi saw أمسكوا عليكم أمالكم لا تعمرواها فإن من أعمر شيأ فإنه لمن أعمره
    Tapi ana kurang pasti mana yang lebih rajih , perlu rujuk kembali kepada ahl2 fiqh dan yang mahir dlm jurusan syariah islamiyah. Mungkin antum boleh jelaskan dgn lebih detail dan mudahkan penerangannya dan jelaskan mana lebih rajih. Ana ada jumpa juga pembincangan syarah hadis yg membenarkan umra dan ruqba oleh Syeikh Muhsin al_abbad tapi tak sempat dengar syarahnya. http://www.islamway.com/?iw_s=Lesson&iw_a=view&lesson_id=54099&scholar_id=461&series_id=2936

    Jazakallahu khairan ya habibi
    abuhanzolah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Bab muamalah juga satu ibadah kepada Allah, disitu ada hukum2 takilify seperti bab ibadah. Bezanya asal ibadah at-tauqeef tapi asal muamalah harus/al-ibahah.

    Seseorang yg ingin nazar apa juga harus asalnya, tapi mesti mengikut syarat2 yg ditetapkan syara', nak hibah apa juga harus, asalkan mengikut syarat2 yg ditetapkan.

    Ertinya ia tidak perlu tunggu dalil khas dibolehkan muamalat ini atau tidak. Yg dicari adalah dalil yg melarang.

    Dalil melarang ini tidak semestinya nas yg spesifik, ia termasuk qaidah2 umum dan melihat maqasidnya.

    Jika nuzriah tidak menyalahi syarat nazar tentu kita akan benarkannya, jika hibah ruqba dan umra tidak menyalahi syarat hibah tentu kita benarkan. Kita longgarkan selonggar2nya, HDB, CPF, simpanan bank dan apa jua lagi.

    Maka ini bukan masalah ketat atau longgar, ia masalah mengikut hukum syara'. Dimana ada hukum syara' disitulah maslahat, bukan dimana ada 'maslahat' disitu hukum syara'.

    Ana baru pulang safar dan perlu safar lagi esok, ana akan sambung post ini insya Allah bila kelapangan.

    ReplyDelete