Thursday, September 2, 2010

Taddabur al-Quran : Ruang Dialog dan Mesyuarat

Apabila telah jelas lagi terang kebenaran, tiada ruang lagi untuk menolaknya secara ilmiyyah mahupun am'aliyyah. Ini sebuah qaedah syar'ieyyah sekaligus aqliyyah fitriyyah. Ia terdapat didalam al-Quran dan ditunjukkan didalam banyak tempat.

Yang demikian itu adalah termasuk satu perkara yang maklum bahawa ruang berhujjah dan tempat meluahkan rasa kemusykilan dan tawaqquf serta waktu bermusyawarah adalah apabila terdapat kesamaran atau kemungkinan2 pada sesuatu perkara. Berbincang, berdialog bermesyuarat adalah antara jalan2 mencari penjelasan dan keterangan tentang sesuatu isu, maka bila sesuatu itu tidak memungkinkan melainkan satu makna yang jelas, dan telah terang maslahatnya pada perkara tertentu, jadilah perbincangan dan dialog sekadar satu perbuatan sia-sia. Orang yang mengeluarkan pendapat dan menolaknya tidak dipertimbangkan, dia seperti seorang degil yang menginkari sesuatu yang dapat dilihat dan dirasa oleh panca indera.

Firman Allah Ta'ala :

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ 

(( Tidak ada paksaan dalam agama, telah jelas petunjuk dari kesesatan )) [Al-Baqarah : 256 ]

Yakni, apabila telah jelas ini dari itu tiada lagi ruang untuk paksaan, kerana paksaan hanya didalam perkara yang mungkin maslahatnya tersembunyi, tidak begitu jelas. Adapun apabila telah jelas bahawa semua maslahat, semua kebahagian dunia akhirat bergantung kepada agama ini, apa guna padanya lagi paksaan?

Dan satu lagi ayat seumpama ini adalah firman Allah Ta'ala :


وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ
(( Dan katakanlah kebenaran itu dari Tuhan kamu, maka siapa yang ingin beriman maka silakanlah, siapa yang ingin kufur, maka silakan..)) [ Al-Kahf : 29]

Ertinya kebenaran yang telah tegak bukti2 dan keterangan2 yang jelas akan kebenarannya maka silalah siapa yang ingin beriman dan silalah siapa yang ingin kufur.

Begitu juga firman Allah :


لِيَهْلِكَ مَنْ هَلَكَ عَنْ بَيِّنَةٍ وَيَحْيَى مَنْ حَيَّ عَنْ بَيِّنَةٍ


(( Supaya binasa orang yang binasa atas keterangan, dan hidup siapa yang hidup atas keterangan )) [ Al-Anfaal : 42 ]

Adapun firman Allah Ta'ala :

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

(( Dan bermesyuaratlah dengan mereka didalam urusan )) [ Ali-Imran : 159 ]

maksudnya dalam urusan yang perlu kepada mesyuarat dan bertukar pandangan, dicari dimanakah terdapat maslahatnya, adapun urusan yang telah terang arah maslahatnya dan telah jelas dalil kewajibannya Allah Ta'ala telah berfirman :

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

((Apabila engkau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah )) [ Ali-Imran : 159 ]

Allah telah menyingkap makna ini dengan sejelas2nya didalam firmanNya :

يُجَادِلُونَكَ فِي الْحَقِّ بَعْدَمَا تَبَيَّنَ
(( Mereka telah berjidal denganmu tentang kebenaran setelah ia benar2 jelas )) [ Al-Anfaal : 6 ]

Maka setiap orang yang berjidal tentang kebenaran selepas jelas ilmunya atau jalan ilmunya maka dia telah melakukan kesalahan menurut syar'a dan akal, firman Allah Ta'ala :

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تَأْكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ
(( Mengapa kamu tidak makan sembelihan yang disebut nama Allah atasnya sedangkan Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan atas kamu ...)) [ Al-An'aam : 119 ]

Maka Allah didalam al-Quran telah mencela mereka kerana tidak beriltizam memakan makanan yang telah disembelih dengan nama Allah dan menerangkan sebab celaan ini. Iaitu Allah telah menerangkan kepada hamba2Nya apa yang diharamkan atas mereka, maka apa yang tidak disebutkan pengharamannya maka ia jelas halal tiada ruang disitu untuk bertawaqquf.

Begitu pula apabila Allah Ta'ala menyebukan ayat2 yang menunjukkan akan kewajiban beriman, ia telah mencemuh dan mencela yang bertawaqquf dari beriman setelah datang bayan dan keterangan, maka Allah berfirman :

فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآَنُ لَا يَسْجُدُونَ

(( Mengapa mereka tidak lagi beriman, apabila dibacakan kepada mereka al-Quran mereka tidak sujud )) [ Al-Insyiqaaq : 20,21 ]

Apabila diternagkan keagungan al-Quran, bahawa ia adalah setinggi2 perkataan, dan bahawa ia sejelas2 keterangan dan sebenar2 perkataan lagi paling bermanfaat, Allah berfirman :
فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآَيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ

(( Maka dengan perkataan apa lagi selepas Allah dan ayat2Nya mereka akan beriman )) [ Al-Jaathiyah : 6 ]

Bila disebutkan nikmat2Nya yang zahir dan batin, Allah berfirman:

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

(( Dengan nikmat2 Tuhan kamu yang mana lagi yang kamu akan dustakan )) [ Ar-Rahmaan : 16 ]

Dan firmanNya lagi :

فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ

(( Sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? )) [ Yunus : 32 ]

Demikianlah, dalam ayat2 yang tidak sedikit Allah memerintahkan agar berdialog dengan orang2 yang mendustakan, agar didebat mereka dengan cara yang terbaik, hingga sampai bersama mereka keadaan dimana kebenaran itu telah jelas secara sempurnanya, dan telah disisihkan segala syubhat, berpindahlah dari fasa berdialog dan berdebat kepada fasa ancaman akan hukuman dan siksaan yang pedih didunia dan akhirat. Ayat2 berkaitan makna yang agung ini banyak sekali.

Wallahu a'lam

5 comments:

  1. assalamualaikum ustz,

    alhamdulillah dengan keterangan ini, cuma sekiranya masa anda mengizinkan, teringinkah anda untuk menulis sedikit tentang sambutan Eid yang bersamaan dengan hari Jumaat (keringanan utk tidak melakukan solat Jumaat...dsbg)

    jazakAllahu khair

    ReplyDelete
  2. Wa'laikumussalam,

    Masalah gugur solat Jumaat bagi mereka yg telah solat E'id termasuk masalah ijtihadiyah yang panjang pembahasannya.

    Para ulama dari zaman salaf telah mengeluarkan fatwa mereka. Masing2 telah menguatkan pendapat mereka dengan mengemukakan dalil2 dan hujjah masing2.

    Pada ana hanya ada 3 pendapat mu'tabar kerana disokong oleh dalil.

    1) Jumaa't gugur secara melainkan atas imam dan segolongan ahli Jumaat. ( Hanbali )

    2) Jumaat gugur secara mutlaq ( Ibnuz Zubair r.a ) Ini pendapat yang paling musykil.

    3) Jumaat gugur atas mereka yang tinggal berjauhan ( sangat ) dari masjid sehingga menyusahkan mereka ( Jumhur )

    Ada 2 perkara yang perlu ditahqiq seperti mana2 masalah,

    1) kesahihan dalil2nya
    2) sihhatu al-istidlal dgn dalil2 itu

    Selagi tidak dikumpulkan semua riwayat2 berkaitan masalah ini, diperiksa sanadnya, kemudian dilakukan langkah2 1) al-jam'u bayna adillah jika boleh 2) atau tarjeeh

    tidak berani ana nak berkata2 dalam agama Allah tanpa ilmu.

    Siapa yg tenang dgn fatwa dan hujjah sebahgian ulama maka amalkanlah, jangan sampai ia menjadi satu lagi sebab perpecahan antara kita.

    Apapun, perlu kita tanya apakah Nabi SAW dan sahabat2nya solat Eid dan Jumaat? Jawabnya tidak syak lagi jika kita ambil umum kewajiban Jumaat atau zahir hadith Nabi SAW, inna mujammiu'n, jika kita andaikan hadithnya sohih.

    Sebab itu yang ana ingat tiada ulama kata salah atau bid'ah solat Jumaat jika tidak menyusahkan lebih dari biasa, bahkan afdalnya adalah lakukan apa yang Nabi SAW pilih untuk dirinya sendiri, iaitu solat Jumaat, lengkap dengan khutbahnya.

    Nabi SAW juga tidak pernah melarang sahabat2 solat jumaat, sehingga seolah2 kita mesti tinggalkan solat Jumaat hari itu.

    Inilah yang ana sempat, dan ini yang ana pegang sekarang, ana akan tetap solat Jumaat.
    Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu.

    Allahumma ihidina lima akhtulifa fihi minal haqqi biiznik..

    Allahu a'lam wa waffaqa Allahu al-jami'e

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.... dan jazakAllahu khair atas penjelasan anta.

    ReplyDelete
  4. What is tawaqquf? Afwan... Still learning. Heh

    ReplyDelete
  5. Tawaqquf : non decisive. The opposite of tarjih. A mujtahid stays tawaqquf if the ruling is still not clear to him.

    ReplyDelete