Thursday, November 11, 2010

Nabi SAW tidak pernah solat Duha tapi aku buat

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah

عن عائشة قالت : ما سبّحَ رسول الله صلى الله عليه وسلم سبحة الضحى قط وإني لأسبحها وإن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ليدع العمل وهو يحب أن يعمل به خشية أن يعمل به الناس فيفرض عليهم 

Berkata Aisyah r.a : (( Rasulullah SAW tidak pernah solat Duha, tetapi aku melakukannya. Adalah Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu amalan sedang dia suka mengamalkannya  kerana khawatir ia akan diamalkan oleh orang ramai lalu difardukan atas mereka. ))

[ Abu Daud : 1293 disohihkan Albany ]
Dalam lafaz Bukhary dan Muslim : 
(( ...   ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي سبحة الضحى قط  ))
 
(( Aku tidak pernah melihat  Rasulullah SAW solat Duha ... )) [ Bukhary : Kitab Tahjjud  :1177 , Muslim : Solat Musafirin 718 ]

Didalam hadith Aisyah r.a diatas, beliau telah menafikan bahawa Rasulullah SAW pernah solat Duha, tetapi beliau sendiri mengerjakannya. Sebabnya amalan solat Duha adalah amalan yang disunatkan tetapi Nabi SAW biasa meninggalkan amalan yang sunnat kerana beberapa keuzuran antaranya tidak mahu ia difardukan.

Kita tentu maklum tentang hadith2 yang sohih tentang kelebihan solat Duha seperti hadith Abu Hurairah r.a :
((  أوصاني خليلي بثلاث : صيام ثلاثة أيام من كل شهر، وركعتي الضحى، وأن أوتر قبل أن أنام ))

(( Kekasihku telah mewasiatkan 3 perkara kepadaku : Puasa tiga hari setiap bulan, dua raka'at Duha, dan agar aku witir sebelum aku tidur. )) [ Muttafaq a'laih ].

Dalam lafaz al-Bukhary (1178) : (( ...aku tidak meninggalkannya sehingga aku meninggal dunia ))

Dari Abu Zar r.a dari Rasulullah bahawa beliau bersabda :
يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة، فكل تسبيحة صدقة، وكل تحميدة صدقة، و كل تهيلة صدقة, وكل تكبيرة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة، ونهى عن المنكر صدقة. ويجزئ من ذلك ركعتان يركعهما من الضحى

(( Pada tiap-tiap pagi lazim atas setiap ruas seorang dari kamu sedekah; tiap-tiap tasbih satu sedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha . )) [ Muttafaq a'laihi ]

Maka sekali lagi terdapat sunnah qauliyyah yang umum, menerangkan fadilat amalan ini disamping penafian fi'il Nabi SAW. 

Aisyah r.a tidak memahami bahawa semata2 satu amalan yang ditinggalkan Nabi SAW bermakna hukum amalan tersebut adalah tidak sunnah atau makruh atau bid'ah. Kita yakin bahawa beliau yang termasuk fuqaha sahabat, tidak akan sengaja menyalahi sunnah Rasulullah SAW.

Sekadar ini maksud tulisan ini iaitu faidah yang boleh diambil dari kata2 Aisyah r.a " tapi aku melakukannya " dan takwilan beliau kenapa Nabi SAW tidak mengamalkannya. Ia bukan sekadar solat Duha, tetapi beliau menjadikannya umum kepada amalan2 lain yang telah sabit sunnahnya dengan sabda beliau tetapi tidak baginda amalkan. Dan kita tahu bahawa takwilan ini bukan dari kocek Aisyah r.a hasya lillah, ia telah datang dari mulut Rasulullah SAW sendiri dalam hadith solat tarawih yang masyhur. Ini zaman wahyu, adapun sekarang tidak mungkin ada apa2 perubahan dalam syariat.

Terlanjur kita masih didalam hari2 zulhijjah, solat Duha juga satu lagi amalan sunnat yang boleh diamalkan untuk menambah pahala. Yang benarnya solat Duha juga telah diamalkan sekali sekala oleh Rasulullah SAW sebagaimana terdapat dalam hadith2 yang sohih. Disini bukan tempat pembahasannya. As-Syaukani rhm telah memberitakan bahawa Imam al-Hakim telah menulis sebuah risalah yg khusus tentang solat Duha, beliau telah meriwayatkan solat Duha dari lebih kurang 20 orang sahabat Nabi SAW. Tidak seharusnya ada khilaf lagi tentang masalah ini.

Semoga Allah menjadikan kita mereka2 yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaik darinya.

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه ألائك الذين هداهم الله و ألائك هم أولو الألباب



9 comments:

  1. َوَعَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا- قَالَتْ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي اَلضُّحَى أَرْبَعًا, وَيَزِيدُ مَا شَاءَ اَللَّهُ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

    Hadits No. 416
    'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasanya sholat Dluha empat rakaat dan menambah seperti yang dikehendaki Allah. Riwayat Muslim.

    َوَلَهُ عَنْهَا: ( أَنَّهَا سُئِلَتْ: هَلْ كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي اَلضُّحَى? قَالَتْ: لَا, إِلَّا أَنْ يَجِيءَ مِنْ مَغِيبِهِ )

    Hadits No. 417
    Menurut riwayat Muslim dari 'Aisyah: Bahwa 'Aisyah pernah ditanya: Apakah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasa menunaikan sholat Dluha? Ia menjawab: Tidak, kecuali bila beliau pulang dari bepergian.

    َوَلَهُ عَنْهَا: ( مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي سُبْحَةَ اَلضُّحَى قَطُّ, وَإِنِّي لَأُسَبِّحُهَا )

    Hadits No. 418
    Menurut riwayat Muslim dari 'Aisyah: Aku tidak melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dengan tetap melakukan sholat Dluha, tetapi sungguh aku melakukannya dengan tetap.

    َوَعَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا- قَالَتْ: ( دَخَلَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بَيْتِي, فَصَلَّى اَلضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ ) رَوَاهُ اِبْنُ حِبَّانَ فِي "صَحِيحِهِ"

    Hadits No. 421
    'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam masuk ke rumahku, kemudian beliau sholat Dluha delapan rakaat. Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya.

    ReplyDelete
  2. Boleh diketahui tujuan komentar diatas? Mahu ditanya kedudukannya atau fiqhnya atau sebagai faidah tambahan atau apa?

    ReplyDelete
  3. Saya ingin mengetahui kedudukan/fiqhnya/penjelasan hadis-hadis yang saya kemukakan dari Bulughul Maram. Saya juga ingin tahu jumlah rakaat yang dilakukan oleh Nabi saw. Yang dikatakan paling sahih adalah lapan, seperti yang baginda lakukan di rumah Ummu Hani. Apakah maksud sebenar Aisyah mengatakan bahawa Nabi tidak melakukan solat dhuha? Saya juga pernah mendengar tentang khilafnya ulama tentang adanya solat dhuha ini.

    ReplyDelete
  4. Masya Allah, ini perlu kepada mabhas tersendiri ttg Solat Duha. Artikel ana fokusnya kepada penafian sahabat dlm hal ini Aisyah r.a sesuatu perbuatan Nabi SAW DAN keterangan beliau mengapa Nabi SAW biasa meninggalkan sesuatu ibadah sunnah.

    Ana sengaja tidak menukilkan riwayat2 Aisyah r.a lain bahawa Nabi SAW ada solat Duha, yg juga dlm sohih Muslim dan lainnya.

    Sebenarnya ana ingin buktikan bahawa tidak benar qaedah bahawa jika Nabi SAW tak buat ertinya ia tidak sunnah walaupun ada perintah atau galakan.

    Kemudian pula terkadang satu penafian dilawan dengan satu penetapan ( ithbat ) dari sahabat lain, terkadang dari sahabat yg sama.

    Tidak mungkin diambil hukum dari penafian dlm hal ini. Kita mesti berpegang kepada dalil2 ithbat.

    Dalam masalah solat Duha, dalil2 sohih menerangkan :
    1) Fadilat solat Duha
    2) Perintah galakan agar solat Duha
    3) Nabi SAW sendiri solat Duha

    Tiada dalil yg jelas menghadkan bilangan rakaat Duha, oleh itu sekurang2nya ia 2 rakaat dan tiada had banyaknya. Dan ini pendapat sebahgian salaf, tak ingat ana sekarang siapa.

    Ana berpegang kepada pendapat ini kerana sekadar perbuatan Nabi SAW solat dgn bilangan rakaat tertentu bukan dalil pengkhusus.

    Adapun maksud sebenar Aisyah r.a Nabi tidak solat Duha diterangkan oleh Nawawy dan lain2 bahawa samada ketika itu beliau lupa, atau beliau tidak pernah solat dirumah tapi dimasjid bila pulang safar dan jawaban2 lain.

    Ibnul Qayyim rhm ada menyebutkan khilaf ttg apakah solat duha ini benar2 sunat atau tidak dlm Zadul Ma'ad. Tetapi yg benar ia adalah sunnah tidak syak lagi, sebagaimana kata masyaikh Ibn Baz, Uthaimeen, Albany dan lain2 semoga ada kesempatan menulis ttg hal ini insya Allah.

    ReplyDelete
  5. salam saya nak tanye ustaz..
    1)kalau saya buat solat duha tapi saya tidak hafal die pnye doa2,,boleh tidak saya guna doa sendiri dan dalm bahasa melayu...

    2)sekiranya saya bace doa solat duha dalam bahasa melayu bukan bahasa arab adekah doa2 sy dimakbulkan?

    sekian terima kasih...
    hamba yang kurang ilmu

    ReplyDelete
  6. W/salam.

    Tiada doa khusus yg warid dari Nabi utk solat Duha. Doa terbaik adalah yg diambil dari al-Quran dan Hadith.

    Doa terbaik adalah ketika sujud dlm solat, kata Nabi ia adalah keadaan hamba paling dekat dgn Tuhannya, Nabi suruh perbanyak doa ketika sujud.

    Jika tidak tahu berbahasa Arab, bacakan makna doanya dlm B Melayu tapi dalam hati. Kalau diluar solat bebas berdoa dlm bahasa apa juga.

    Doa terbaik adalah minta kebaikan didunia dan akhirat, serta mohon dijauhkan dari neraka. Jika tidak tahu doa lain, ulang2kannya dgn penuh harapan dari Allah yg Maha Agung lagi Pemurah. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. .
    Saya nk tanya pasal satu hadis yg pernah sy baca dlm buku .bunyi lebih kurang mcm ni..
    "Di akhirat nnti org yg selalu mengerjakn solat sunat dhuha akan dpt masuk syurga melalui pintu dhuha".
    adakah benar hadis ini atau bidaah ??

    Mohon penjelasan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Tiada pula saya tahu adanya pintu Duha, hadith2 yang sohih tentang keutamaan solat Duha cukup banyak, Rasulullah mengerjakannya, mengajak kita lakukan, menerangkan ganjaran yang besar bagi siapa yang menjerjakannya. Carilah kitab2 yang memuatkan sekali sumber hadith2 didalamnya, ia lebih bernilai.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete