Monday, November 15, 2010

Puasa Arafah Mengikut Imam

Bismillah was solaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Dibawah adalah komentar ana berkaitan artikel Ustaz Abul Jauza' hafidzahullah Ta'aala berkaitan Puasa Arafah dan Hari Raya Adha mengikut Mekah.Komentar ana berwarna biru. Semoga bermanfaat dengan izin Allah.

FIQ036: Bilakah Puasa Arafah?

Labels: , ,
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ، وَ السَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ

“Puasa pada hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan (dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan tahun yang akan datang”.( HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah)

- An-Nawawiy rahimahullah berkata : “Sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘Puasa pada hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan (dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan tahun yang akan datang’ ; maknanya adalah menghapuskan dosa-dosa bagi orang yang berpuasa pada hari itu selama dua tahun. Mereka (para ulama) berkata : Maksudnya adalah menghapus dosa-dosa kecil” [Syarh Shahih Muslim, 8/50-51].


Puasa ‘Arafah Menurut Negeri Masing-Masing atau Menurut Saudi (tempat dilaksanakannya wukuf di Arafah) ?

Permasalahan ini menjadi khilaf (perbezaan pendapat) di kalangan ulama.

Jika yang dimaksudkan adalah khilaf dikalangan ulama kontemporari (mutakhireen ) maka benar. Tetapi jika dimaksudkan adalah khilaf dari ulama salaf (mutaqadimin) , maka ia perlu bukti. Siapakah Imam yang membeza2kan antara Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dalam masalah ini?


Sebagian ulama memahami bahwa ibadah ini (dan juga ‘Iedul-Adlha)[1] tergantung pada sebab terlihatnya bulan Dzulhijjah, sebagaimana hal yang sama untuk permulaan Ramadlan dan Syawal. Sementara itu ulama lain berpendapat bahwa ibadah ini mengikuti ibadah haji di tanah Haram yang merupakan bentuk solidaritas (kesatuan) pada para hujjaj (mereka yang melaksanakan ibadah haji). Dan dalam hal ini, kami (penulis artikel ini) mengikuti tarjih ulama pada pendapat kedua.


Kesatuan umat kepada para hujjaj memang perkara yang mulia. Kita doakan mereka agar dimudahkan urusan mereka, mendapat haji mabrur. Bahkan syariat telah memberi kita peluang merebut pahala dalam hari2 dzil Hijjah, ia merupakan hari2 yg mulia, amalan solih padanya paling dicintai Allah. Bahkan ada ibadah yg menyerupai ibadah orang2 haji.  Ini semua kami setuju. Tetapi untuk mengatakan bahawa ini cukup dijadikan alasan wajib mengikut ibadah haji ditanah Haram hanya dakwaan, ia memerlukan dalil jelas.


Wajib atau tidak adalah hukum syara' yang perlu kepada perintah atau perbuatan Nabi SAW yang menunjukkan ia diperintahkan kepada ummat, ia tidak boleh ditetapkan dengan falsafah2.

Syara' telah menetapkan anak bulan sebagai penentu musim haji, ((  الحج أشهر معلومات )) Tidak boleh memasang ihram sebelum bulan haji, sebagaimana tidak boleh haji selepas bulan2 haji. 

Dan bulan2 haji ditetapkan dengan rukyah hilal.
((  يسألونك عن أهلة قل هي مواقيت للناس و الحج )) (( Mereka bertanya kamu tentang anak2 bulan, katakanlah ia adalah tanda2 waktu untuk manusia dan untuk haji.))

Namun haji memiliki dua miqat, satu miqat zaman, satu lagi miqat tempat. Selain dari wajib pada hari2 tertentu, ia mesti juga ditempat2 tertentu, iaitu ditanah Haram diMekah. Adapun orang yang tidak buat haji tiada dalil bahawa mereka juga terikat dengan miqat2 ini. Oleh itu lebih2 lagi tiada dalil mereka terikat dengan perbuatan jemaah haji.


Selama ratusan tahun dalam sejarah, bahkan lebih seribu tahun, kita tidak bertemu seorang Imam mengatakan Ramadan dan Syawal bahkan bulan2 lain ikut rukyah dan ketentuan penguasa masing2, tetapi bila masuk  Dzul Hijjah orang Islam seluruh dunia tidak perlu mencari2 rukyah. Tunggu sahaja khabar rukyah dari Mekah.itu

 Hal itu didasari oleh beberapa alasan berikut :

1. Telah berlalu penjelasan bahwasannya puasa ‘Arafah disunnahkan hanya bagi mereka yang tidak melaksanakan wuquf di ‘Arafah. Ini mengandung pengertian bahwa puasa ‘Arafah ini terkait dengan pelaksanaan ibadah haji/wuquf. Jika para hujjaj telah wuquf, maka pada waktu itulah disyari’atkannya melaksanakan puasa ‘Arafah bagi mereka yang tidak melaksanakan haji.

Jika puasa Arafah hanya untuk mereka yang tidak wuquf di Arafah, bukankah ia tiada kaitannya dengan orang yang wuquf? Lain jika puasa Arafah itu adalah ibadah untuk orang yang wuquf, bila mereka wuquf mereka puasa, Ini dalil yang boleh diterbalikkan atas penulis.

2. Dalam nash-nash tidak pernah disebutkan puasa di hari kesembilan, namun hanya disebutkan puasa ‘Arafah. Berbeda halnya dengan puasa ‘Aasyuura yang disebutkan tanggalnya secara spesifik.

Walaupun ia tidak disebutkan secara nas, sekadar penamaan bukan dalil ia bukan hari kesembilan. Bagaimana tidak sedang ijma' telah mengatakan bahawa hari Tarwiyah jatuh pada tanggal 8 Zulhijjah, Arafah jatuh pada tanggal 9 dZulhijjah, dan hari Eidul Adha pada tanggal 10, hari Tasyriq pada 3 hari selepasnya. Oleh kerana maklumnya tanggal hari Arafah dari zaman jahiliyyah, maka Syariat tidak perlu datang menerangkannya. Sedangkan maksud hadith2 ini adalah menerangkan sesuatu yang belum diketahui ummat, iaitu fadilat puasa pada hari tersebut. Dalam Bahasa Arab tidak semestinya idofah ( sandaran ) hari itu pada tempatnya, ia juga boleh diidofahkan kepada masanya. Ia bukan bermaksud berpuasa diArafah, tetapi pada harinya Arafah. Ini kerana puasa tidak disyaratkan ditempat tertentu. Yang ada hubungan dengan hukum puasa adalah harinya bukan tempatnya. Berkata al-Khirasy dalam syarah al-Khaleel kitab mazhab Maliki : ولم يرد بعرفة موضع الوقوف بل أراد به زمنه وهو اليوم التاسع من ذي الحجة 


(( Tidak dimaksudkan dengan Arafah, wukufnya, tetapi beliau maksudkan zamannya, iaitu hari kesembilan Zil Hijjah ))

 3. Telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

فطركم يوم تفطرون وأضحاكم يوم تضحون وعرفة يوم تعرفون

“Berbuka kalian adalah di hari kalian berbuka, penyembelihan kalian adalah di hari kalian menyembelih, dan ‘Arafah kalian adalah di hari kalian melakukan wuquf di ‘Arafah” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaafi’iy dalam Al-Umm 1/230 dan Al-Baihaqiy 5/176; shahih dari ‘Athaa’ secara mursal. Lihat Shahiihul-Jaami’ no. 4224].

Makna "penyembelihan kalian adalah hari kalian menyembelih dan ‘Arafah kalian adalah di hari kalian melakukan wuquf di ‘Arafah" adalah mengikuti dan menyesuaiakan pelaksanakaan hari menyembelih dan pelaksanaan wuquf orang-orang yang melaksanakan haji di Makkah.

Mengandaikan kesahihan hadith diatas : Seharusnya makna "hari kamu Arafah " seperti makna " hari kamu puasa Ramadhan " seperti makna " hari kamu Eidul Fitri  " juga semakna " hari kamu menyembelih ". Ia disebutkan dlm satu nafas hadith. Jika makna hari kamu puasa Ramadhan ertinya bersama orang ramai dinegara kamu, bersama jemaah kamu yang ditentukan oleh Imam negara kamu, mengapakah dikhususkan Arafah kepada penduduk Mekah. Begitu juga untuk ibadah2 lain didalam hadith? Ini adalah tafreeq ( membeza2kan ) dengan tanpa dalil. Jika penulis ingin mentafsirkan " kamu " dengan ahli Mekah semua ibadah bersamanya mesti ditafsirkan begitu. Mungkin kerana penulis menterjemahkan kalimat (( تعرّفون )) dengan wukuf di Arafah. Ini benar jika kamu jemaah haji diArafah. Tetapi untuk orang luar Mekah, apakah mereka tiada Arafah mereka? Maka ta'reef mereka adalah pada hari 9 Zulhijjah. Ta'reef  orang yang tidak haji adalah hari yang mereka kira sebagai hari Arafah mereka. Inilah tafsiran hadith ini yang disyarahkan ulama seperti dibawah nanti.

 An-Nawawiy rahimahullah berkata :

قَال أَصْحَابُنَا: وَليْسَ يَوْمُ الفِطْرِ أَوَّل شَوَّالٍ مُطْلقًا وَإِنَّمَا هُوَ اليَوْمُ الذِي يُفْطِرُ فِيهِ النَّاسُ بِدَليل الحَدِيثِ السَّابِقِ، وَكَذَلكَ يَوْمَ النَّحْرِ، وَكَذَا يَوْمَ عَرَفَةَ هُوَ اليَوْمُ الذِي يَظْهَرُ للنَّاسِ أَنَّهُ يَوْمَ عَرَفَةَ، سَوَاءٌ كَانَ التَّاسِعَ أَوْ العَاشِرَ قَال الشَّافِعِيُّ فِي الأُمِّ عَقِبَ هَذَا الحَدِيثِ: فَبِهَذَا نَأْخُذُ

“Telah berkata shahabat-shahabat kami (fuqahaa’ Syafi’iyyah) : Tidaklah hari berbuka (‘Iedul-Fithri) itu (mempunyai pengertian) hari pertama bulan Syawal secara muthlaq. Ia adalah hari dimana orang-orang berbuka padanya dengan dalil hadits sebelumnya (yaitu : ‘Berbuka kalian di hari kalian berbuka’). Begitu pula dengan hari penyembelihan (Yaumun-Nahr/’Iedul-Adlhaa). Begitu pula dengan hari ‘Arafah, ia adalah hari yang nampak bagi orang-orang bahwasannya hari itu adalah hari ‘Arafah. Sama saja apakah itu hari kesembilan atau hari kesepuluh. Asy-Syaafi’iy berkata dalam Al-Umm saat berkomentar tentang hadits ini : Maka dengan inilah kami berpendapat…..” [Al-Majmu’’, 5/26].
Nukilan diatas benar tetapi bukan pada mahallun niza'nya. Tidak benar mengatakan bahawa mazhab Syafiey mengatakan ibadah2 ini mengikut ahli Mekah. Tiada disitu mengatakan bahawa wajib ikut Mekah, jelas bahawa maksud mereka adalah sebagaimana kami sebutkan diatas, hendaklah ibadah2 ini diisytiharkan oleh Imam dan diakui orang ramai. Dimanakah disebutkan ikut Mekah disini? 

Kami merujuk nukilan ini dan kami dapati Imam Nawawy sedang membahaskan tentang hukum mereka yang mendapat khabar rukyah Syawal lewat, apakah ikut rukyah atau ikut hari Raya orang ramai yang hakikatnya telah salah?


Kita dapati ulama syafiey menyuruh mengikut ketentuan negeri mereka. Walaupun asalnya ikut rukyah, tetapi bila tersalah, yg dikira adalah yg zahir. Ini maksud mereka, iaitu bukan semestinya ikut tanggal 1 Ramadan, 1 Syawal dan seterusnya. Berkata Imam Syafiey selepas itu : " Kerana yang dibebankan atas manusia  adalah yang zahir, tidak zahir eidul Fitri melainkan hari yang mereka Eidul Fitri. " Kami harap kesilapan ini tidak disengajakan penulis. Dan sekali lagi nukilan ini boleh diterbalikkan keatas penulis.Hari Arafah yang zahir di S'pura bukan hari Arafah yang zahir Mekah.

Hari yang nampak sebagai hari ‘Arafah adalah hari ketika orang-orang yang melaksanakan ibdah haji wuquf di ‘Arafah.

Tidak mungkin pemahaman ini terlintas dibenak Imam Nawawy dan ulama2 mazhab Syafiey atau mana2 individu ketika itu, Apakah orang diSyam, Andalus " nampak " hari orang diMekah wuquf?

4. Husain bin Al-Harts Al-Jadaliy pernah berkata :

أن أمير مكة خطب ثم قال : عهد إلينا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن ننسك للرؤية فإن لم نره وشهد شاهدا عدل نسكنا بشهادتهما ....

“Bahwasannya amir kota Makkah pernah berkhutbah, lalu berkata : ‘Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah berpesan kepada kami agar kami (mulai) menyembelih berdasarkan ru’yah. Jika kami tidak melihatnya, namun dua orang saksi ‘adil menyaksikan (hilal telah tampak), maka kami mulai menyembelih berdasarkan persaksian mereka berdua….” [Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 2338; shahih].

Atsar di atas menunjukkan ru’yah hilal yang dianggap/dipakai untuk melaksanakan ibadah penyembelihan (dan semua hal yang terkait dengan haji) adalah ru’yah hilal penduduk Makkah, bukan yang lain.

Dengan demikian, maka hadits tersebut menunjukkan bahwa pada masa itu Amir Mekkah-lah yang menetapkan pelaksanaan manasik haji, mulai dari wuquf di ‘Arafah, Thawaf Ifadlah, bermalam di Muzdalifah, melempar Jumrah, dan seterusnya. Atau dengan kata lain, penguasa yang menguasai kota Mekkah saat ini berhak menentukan wukuf di Arafah (9 Dzulhijjah), pelaksanaan penyembelihan hewan kurban (10 Dzulhijjah), dan rangkaian manasik haji lainnya.

Hal itu berarti negeri-negeri Islam lainnya harus mengikuti penetapan hari wukuf di Arafah, yaumun nahar (hari penyembelihan hewan kurban pada tanggal 10 Dzulhijjah) berdasarkan keputusan Amir Mekkah, atau penguasa yang saat ini mengelola kota Makkah.

Hadith tersebut juga dalil bahawa :
1) Orang Mekah juga mengikut rukyah, bahkan jika orang Mekah tidak lihat anak bulan, mereka mesti terima rukyah 2 saksi yg adil dari luar Mekah. Ini yang difahami dari kata2 " jika kami tidak melihatnya ", iaitu penduduk Mekah.


2) Semua ibadat yg disebutkan datas adalah manasik haji yang dikerjakan diMekah, kerana ruang kekuasaan Amir Mekah diMekah, orang luar Mekah mesti ikut kententuan Mekah jika mereka masuk Mekah. Tiada didalam hadith mengatakan bahawa jika mereka dinegeri masing2 mereka belakangkan amir mereka lalu mengikut keputusan Amir Mekah. Satu lagi dalil yang boleh diterbalikkan atas penulis.

Wallaahu a’lam.

Sumber: "Puasa 'Arafah" oleh Abu Al-Jauzaa' (19 November 2009)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[1] Syaikhul-Islaam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata :


أن الذبح بالمشاعر أصل، وبقية الأمصار تبع لمكة، ولهذا كان عيد النحر العيد الأكبر، ويوم النحر يوم الحج الأكبر.....‏


“Sesungguhnya menyembelih di masyaair adalah pokok, dan penyembelihan di tempat lain adalah mengikuti Makkah. Oleh karena itu hari raya penyembelihan (‘Iedul-Adlhaa) adalah hari raya yang besar. Hari penyembelihan adalah hari haji akbar…..” [Majmuu’ Al-Fataawaa, 24/227].

Merujuk kepada awal kata2 Ibnu Taimiyah rhm ini , kita dapati bahawa beliau sedang membahaskan ayat al-Quran dalam surah al-Haj : (( .. supaya mereka menyaksikan manfaat mereka dan mereka berzikir menyebut nama Allah dihari2 yang diketahui atas haiwan ternakan ( al-An'am ) yang diberikan sebagai rezeki untuk mereka .. ))


Masalahnya kata Ibnu Taimiyah adalah : Mengapakah dikhususkan zikrullah ditanah haram pada hari2 haji dalam ayat ini? Bukankah adanya zikrullah itu diseluruh dunia?


Beliau berkata : " Ia dapat dijawab dengan dua jawaban :

Pertama: seperti yang dinukil penulis diatas bahawa asal adalah sembelihan di tanah haram. 
Kedua :  zikrullah dikhususkan ditanah haram kerana disitu ada dua jenis sembelihan; korban dan Hadyu ( sembelihan manasik ), adapun ditempat lain hanya zikrullahnya untuk korban sahaja.


Asal dan mengikut disini tidak bermakna yang ia berlaku dari sudut masa dan tempat. Bukan makna selepas orang haji sembelih baru orang luar boleh sembelih. Ia bermakna hukum dan syiar yang utama dan asal adalah untuk ibadah haji diMekah. Ini adalah maksud pertama pensyariatan penyembelihan, kerana ia adalah syiar haji. Kemudian disyariatkan juga untuk seluruh dunia turut serta dalam ibadah yang mulia ini. ((  تبع ))  dalam konteks ini bukan bererti ikut daripada sudut masa, tetapi dari sudut ikut serta dalam Dalilnya, jika tiada orang buat haji, tidak bermakna orang diluar tidak disyariatkan sembelih korban. Harap ambil perhatian bahawa ayat diatas berkaitan dengan Nabi Ibrahim a.s.

Haji hanya disyariatkan pada tahun 8 Hijrah dimana Rasulullah SAW memerintahkan Abu Bakar memimpin rombongan Haji Islam pertama. Kemudian pada tahun berikutnya baru Rasulullah SAW mengerjakan haji. Tetapi bilakah disyariatkan sembelih korban?

Kita tentu maklum bahawa Rasulullah SAW telah mula mensyariatkan dua hari raya Islam tibanya baginda di Madinah iaitu 1 Hijrah. Jika orang2 seluruh dunia wajib mengikut ibadah haji dlm berkorban, siapakah yang buat haji dari 1 hingga 8 Hijrah?

Sebenarnya penulis tidak seharusnya memasukkan Ibnu Taimiyah rhm seolah2 berpendapat seperti beliau. Telah jelas didalam fatwa2 Ibnu Taimiyah rhm berpendapat hendaklah puasa Arafah mengikut imam dinegeri sendiri. [ Majmu' Fatawa : 25/ 203 ]

عن أهل مدينة رأى بعضهم هلال ذي الحجة، ولم يثبت عند حاكم المدينة: فهل لهم أن يصوموا اليوم الذي في الظاهر التاسع. وان كان في 
الباطن العاشر؟
Beliau telah ditanya tentang ahli sebuah kota dimana sebahagian mereka telah melihat anak bulan Zulhijjah, tetapi tidak disabitkan oleh Hakim kota tersebut. Apakah mereka boleh puasa pada hari yang nampak dikalangan orang ramai adalah yang kesembilan ( Arafah ) sedangkan sebenarnya ia hari kesepuluh?

فأجاب: نعم. يصومون التاسع في الظاهر المعروف عند الجماعة، وان كان في نفس الأمر يكون عاشراً، ولو قدر ثبوت تلك الرؤية. فإن في السنن عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وعلى آله وسلم - إنه قال: "صومكم يوم تصومون وفطركم يوم تفطرون واضحاكم يوم تضحون" [أخرجه أبو داود وابن ماجه والترمذي وصححه

Beliau menjawab : Ya, mereka puasa hari sembilan yang zahir yang diketahui orang ramai, walaupun sebenarnya ia hari sepuluh, walaupun diandaikan sabit rukyah, kerana didalam Sunan dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW beliau bersabda : (( Hari puasa kamu hari kamu ( beramai2 ) berpuasa, hari Eidul Fitri kamu hari kamu ( beramai2 ) Eidul Fitri, dan hari Eidul Adha kamu adalah hari kamu Eidul Adha. ))[ Abu Daud , ibnu Majah, Tirmidzy dan dia mensahihkannya ]


Ibnu Rajab Al-Hanbaliy rahimahullah berkata :


ويكون تعجيل صلاة الأضحى بمقدار وصول الناس من المزدلفة إلى منى ورميهم وذبحهم -نص عليه أحمد في رواية حنبل- ؛ ليكون أهل الأمصار تبعاً للحاج في ذَلِكَ ؛ فإن رمي الحاج الجمرة بمنزلة صلاة العيد لأهل الأمصار


“Dan pelaksanaan shalat ‘Iedul-Adlhaa disesuaikan dengan sampainya orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) dari Muzdalifah menuju Mina, melempar jumrah mereka, dan penyembelihan mereka – hal ini dinyatakan oleh Ahmad dalam riwayat Hanbal - . Dan orang-orang yang ada di tempat lain, hendaknya mengikuti orang-orang yang berhaji dalam hal tersebut. Sesungguhnya waktu pelemparan jumrah oleh orang-orang yang melaksanakan haji di Muzdalifah, maka waktu itu adalah waktu pelaksanaan shalat ‘Ied bagi orang-orang yang ada di tempat lain” [Fathul-Baariy].
Nukilan dari Imam Ahmad ini sekali lagi bukan dalam mahallun niza'. Kita membicarakan puasa Arafah, nukilan diatas berkaitan waktu solat Eidul Adha. Masalah yang dibahaskan oleh Ibnu Rejab adalah berkaitan hukum mencepatkan ( تعجيل ) solat Adha. Ini setelah mereka sepakat bahawa sunnahnya adalah dilambatkan solat Eidul Fitri dan dicepatkan Eidul Adha. Tetapi berapa cepat ? Didalam al-Mugny Ibn Qudamah, beliau menukilkan bahawa ia kadar orang ramai sempat lakukan korban. Beliau berkata , ini mazhab Imam Syafiey dan aku tidak tahu ada khilaf dalam masalah ini. [Mughny : 4/267 ]

Apa yang disebutkan dari Imam Ahmad adalah ijtihad dan istihsan beliau sebagai usaha menetapkan kadar " cepat " itu. Ia bukan berdasarkan dalil sunnah. Beliau tidak pula menjadikannya satu syarat, bahawa mesti dengan kadar waktu tersebut, sehingga boleh penulis jadikan dalil bahawa ibadah di E'idul Adha dan sebelumnya Puasa Arafah tidak boleh dilakukan sebelum orang Haji. Demikianlah kata2 ulama "  تبع للحاج " mengikut orang Haji iaitu kadar anggaran waktunya. Tidak mungkin orang diMadinah contohnya dapat mengetahui bilakah  jemaah haji mula melontar jamrah! Jangan kata mereka yang berlainan negeri, dalam satu negeri besar sahaja kita tidak tahu apakah Imam negara kita telah solat dan sembelih atau tidak!

Sesuatu yang menarik yang perlu dijawab oleh mereka yang pro mengikut Mekah, telah kami terangkan bahawa mereka tiada Imam salaf sebagai ikutan dan tiada pula dalil yang jelas. Bahkan terdapat dalil yang jelas bahawa Rasulullah SAW sendiri tidak mengikut rukyah Mekah.

Kita hanya perlu satu dalil yang sohih bahawa Rasulullah SAW pernah mencari2 maklumat bilakah jemaah Haji wukuf di Arafah, bilakah mereka solat Hari Raya dan sembelih korban. dan ini amat mampu mereka lakukan, 8 hari adalah masa yg cukup untuk perjalanan dari Mekah ke Madinah. Jika tiada dalil dan tidak akan ada, ia menunjukkan bahawa tidak diwajibkan mengikut Mekah. Ini adalah yakin, adapun selain itu masih samar2, sekalipun diandaikan ini masalah khilaf, pendapat yang rajih jelas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*Tambahan: Adapun fatwa Shaikh al 'Utsaimin rahimahullah di dalam "Majmu’ Fatawa wa Rosa-il Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin", di mana beliau mentarjiehkan pendapat pertama - "Sebagaimana manusia bersepakat bahwa terbitnya fajar serta tenggelamnya matahari itu mengikuti daerahnya
masing-masing, demikian pula penetapan bulan itu sebagaimana penetapan waktu harian (yaitu mengikuti daerahnya masing-masing)", perlu difahami bahawa fatwa tersebut mensyaratkan daerah tersebut menetapkan tarikh dengan ru'yah al-hilal, maka kurang sesuai di-applikasikannya untuk konteks Singapura.

Apapun yang dtarjihkan disini hanya boleh diamalkan jika ia tidak mengakibatkan keburukan yang lebih besar. Sebab itu Masyaikh kita telah mengingatkan bahawa hendaklah setiap orang mengikut keputusan negeri masing2. Secara theory memang masing2 boleh tarjih, tetapi hatta seorang alim mesti mengikut keputusan hakim. Ulama telah ijma' bahawa urusan ibadah2 jama'ey ini diserahkan kepada penguasa, mereka sepakat bahawa hukum Hakim mengangkat khilaf.


Persoalan Hakim tidak mengikut sunnah, bahkkan ikut hawa nafsu tidak boleh dijadikan alasan bersalahan dengan mereka. Mereka mengatakan tambahan rakaat di Mina adalah menyalahi sunnah tetapi mereka mengikut imam, mereka mengatakan qunut subuh berterusan bida'h tetapi mereka ikut, bahkan Ibnu Taimiyah telah secara spesifik menyebutkan :
. فإن قيل قد يكون الإمام الذي فوض إليه إثبات الهلال مقصراً، لرده شهادة العدولً إما لتقصيره في البحث عن عدالتهم. وإما رد شهادتهم لعداوة بينه وبينهم، أو غير ذلك من الأسباب، التي ليست بشرعية، أو لاعتماده على قول المنجم الذي زعم انه لا يرى.
(( Maka jika dikatakan mungkin imam yang diserahkan urusan menetapkan rukyah telah berlaku cuai, kerana dia menolak saksi yang dipercayai; samada dia lengah memastikan a'dalah mereka, atau dia menolak kesaksian mereka kerana ada permusuhan antara Hakim dan saksi2, atau kerana sebab2 lain yang tidak syari'ey, atau kerana dia berpegang dengan kata2 ahli falak yang mendakwa anak bulan tidak dapat dilihat...))

Siapa yang membaca nukilan Ibn Taimiyah diatas tidak dapat menafikan kefahaman beliau tentang pentingnya mengikut Imam kerana memelihara maksud syariat bersatu bersama pemimpin. Inilah manhaj ahlu sunnah wal jamaah. Bagaimanakah kita mengajak bersoldaritas bersama hujjaj tetapi berlawanan dengan imam dan jamaah muslimin dinegara sendiri!

Beliau telah mendatangkan dalil salafiahnya
: وقد ثبت في الصحيح إن النبي - صلى الله عليه وعلى آله وسلم - قال في الأئمة: "يصلون لكم، فإن أصابوا فلكم ولهم، وإن أخطأوا فلكم وعليهم". فخطؤه وتفريطه عليه، لا على المسلمين الذين لم يفرطوا، ولم يخطئوا.
Telah sabit didalam hadith sohih  bahawa Nabi SAW telah bersabda tentang imam2 : " Mereka solat untuk kamu, jika mereka betul maka bagi kamu dan bagi mereka (pahalanya), jika mereka salah, bagi kamu (pahalanya) dan atas mereka kesalahan mereka." Maka kesalahan dan kecuaian mereka atas mereka, bukan atas orang2 Islam yang tidak cuai dan tidak salah. [ Majmu' Fatawi : 25/206]

Ini adalah nas fatwa yang benar2 bertepatan dengan mahallun niza' kita ini.

Lihat pula kata2 Syaikh Albany rhm : 

" ... ونرى أن من الواجب على الحكومات الإسلامية أن يوحدوا يوم صيامهم و يوم فطرهم ، كما يوحدون يوم حجهم ، و لريثما يتفقون على ذلك ، فلا نرى لشعوبهم أن يتفرقوا بينهم ، فبعضهم يصوم مع دولته ، و بعضهم مع الدولة الأخرى ، و ذلك من باب درء المفسدة الكبرى بالمفسدة الصغرى كما هو مقرر في علم الأصول.. " اهـ 

(( Kami berpendapat bahawa wajib bagi pemerintah2 Islam menyatukan hari puasa dan hari Eidul Fitri sebagaimana mereka menyatukan hari haji mereka, selagimana mereka belum bersepakat atas yang demikian, kami tidak membolehkan rakyat berpecah belah diantara mereka, maka ada yang puasa bersama negaranya, ada pula yang bersama negara lain, dan yang demikian dari sudut menolak keburukan yang lebih besar dengan melakukan keburukan yang lebih kecil, sebagaimana yang ditetapi dalam ilmu usul. )) [ Silsilah Sohihah : hadith no2624 – 6/254 ]

Mahkamah Tertinggi Saudi telah menetapkan tarikh wuquf di 'Arafah pada hari Isnin, 15 November. Maka, mengikut pendapat kedua yang telah ditarjiehkan di atas, umat Islam Singapura digalakkan untuk berpuasa 'Arafah pada hari Isnin.


Telah kita katakan , mentarjih satu hal, mengamalkan tarjih kita satu hal lain. Ini bukan ibadah individu, amalan kita tidak boleh bersalahan dengan usul ahlus sunnah yang lain. Ini adalah satu tarjih yang tidak mengendahkan hukum Hakim. Jika ini dibolehkan dalam masalah  ini, tidak mustahil akan keluar pendapat yang membolehkan puasa Ramadan dan solat hari raya sendirian, korban sendirian. Hujjahnya sama sahaja, majlis agama Islam tidak ikut sunnah, buat bid'ah, tidak boleh taat dalam maksiat...

Hendaklah kita bersabar dalam mentaati penguasa, kita terus-menerus menasihati mereka, Rasulullah SAW telah bersabda, : (( Kamu akan mendapati pada mereka ketidak adilan, maka bersabarlah hingga kamu bertemu aku ditelagaku )).

.
Wallaahu a’lam.

8 comments:

  1. Assalamu'alaykum Ustaz,

    fyi..
    http://abul-jauzaa.blogspot.com/2010/11/fatwa-lajnah-daaimah-asy-syaikh-al.html

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم و رحمة الله
    Ana pun ada komen pasal hal ini di http://www.islamiq.sg/2010/11/puasa-arafah.html

    wallahualam

    ReplyDelete
  3. Ustadz Abul Jauza -hafizhohulloh- telah menanggapi tulisan antum di sini:
    http://abul-jauzaa.blogspot.com/2009/11/puasa-arafah.html?showComment=1290075362847#c8189612262412230537

    ReplyDelete
  4. Syukran al-Akh Abu Ismail. Saya sudah membaca keseluruhannya jawaban beliau.

    Sekarang pembaca boleh menilai hujjah masing2.

    kata2 beliau secara keseluruhan tidak terkeluar dari hujjah2 asli beliau. Oleh itu jawaban ana terhadap beliau juga tidak terkeluar dari yg ada dalam tulisan ana.

    Jika ada kemusykilan tertentu ttg hujjah2 ini yang rasanya tidak terjumpa didalam tulisan ana silakan diminta penjelasan.

    Diakhir2 jawaban Ustaz Abul Jauza' ada menambah dalil tentang mubahah ( bermegah2an Allah ) dihari Arafah utk ahli wukuf. Hadith ini juga telah dijawab oleh ulama bahawa ia khusus untuk mereka yg wukuf di Arafah sebagaimana yg tidak tersembunyi. Fadilat ini bukan umum utk umat dilapisan dunia yg lain.

    Fadilat puasa Arafah yg dlm hadith hanya berkaitan dihapuskan dosa 2 tahun.

    Tidak harus dipaksakan sebagai nas yg menyuruh seluruh dunia meninggalkan rukyah mereka dan mengikut Mekah.

    Beliau telah menukilkan dari Syaikh Ar'aur dan al-Asyqar bahawa telah tedapat ijma'.Ana telah mengetahui nukilan ini sebelum menulis. Hujjah ini adalah yg terkuat jika dapat dibuktikan mustanadnya.

    Sedangkan ana haya minta nas dari satu orang Imam dari kalangan salaf yg membeza2kan Ramadan-Syawal dan Zulhijjah dlm menentukan awal bulannya.

    Satu lagi tambahan dari Ustaz Abul Jauza' yg dijadikan dalil bahawa salaf telah ijma' mengikut Mekah adalah riwayat Ibrahim an-Nakhaiey ttg hari yg disyak sebagai hari Nahar.

    Jawaban :

    Ini boleh dijadikan dalil bahawa dari zaman salaf mereka diIraq tidak mengikut Mekah. Masakan ada syak jika demikian?

    Tetapi ana tidak akan menggunakan hujjah ini.

    Apakah dalil Ustaz Abul Jauza' bahawa makna mereka " khawatir ia adalah hari Nahr " disebabkan ia adalah hari wukuf diArafah?

    Mengapa bukan kerana pada awal zul Hijjah terjadi mendung " ghaim " sehingga mereka mencukupkan zul Qa'edah dgn a'dad 30 hari, persis seperti masalah hari " syak " Ramadahan. Khilaf disini seperti khilaf disana.

    Yg menguatkan kemungkinan ini adalah kata2 Ibnu Taimiyah rhm bila ditanya ttg masalah hari syak Arafah.

    ..فلو غم هلال ذي الحجة أو شهد برؤيته من لا تقبل شهادته ، إما لانفراده بالرؤية أو لكونه ممن لا يجوز قبوله ونحو ذلك ، واستمر الحال على إكمال ذي القعدة فصوم يوم التاسع الذي هو يوم عرفة من هذا الشهر المشكوك فيه جائز بلا نزاع ، قلت ولكن روى ابن أبي شيبة في كتابه عن النخعي في صوم يوم عرفة في الحضر إذا كان فيه اختلاف فلا يصومن ، وعنه قال كانوا لا يرون بصوم يوم عرفة بأسا إلا أن يتخوفوا أن يكون يوم الذبح . وروي عن مسروق وغيره من التابعين مثل ذلك وكلام هؤلاء قد يقال : إنه محمول على كراهة التنزيه دون التحريم ، والله أعلم " اهـ

    Maaf ana tidak terjemahkan utk pembaca. Sekurang2nya ana mendatangkan fahaman seorang Alim ttg riwayat Ibrahim Nakhaiey ini.

    Tetapi satu perkara yg penting adalah kata2 Ibn Taimyah : " Puasa hari keSembilan yg disyak ia adalah Arafah dibolehkan tanpa niz'a. " Sekali lagi dalil ini boleh diterbalikkan atas penulis.

    Maka isu pemutus masalah ini adalah

    1) wujudnya khilaf mu'tabar dari salaf
    2) dalil perintah atau perbuatan Nabi SAW atau sahabat yg menunjukkan wajib tidak ikut rukyah dan pemerintah masing2 tetapi mengikut Mekah

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum
    1. apakah klaim ijma baru bisa diterima kalau kita mengetahui mustanadnya?
    2. Nukilan ijma yang disampaikan syaikh ar'ur dan al Asyqar bisa dijumpai di mana, ustadz?
    Jazakumullahu khoiron

    ReplyDelete
  6. Wa a'laikumussalam Ustaz Aris,

    1. Apa juga klaim mesti dibuktikan, dalilnya hadith masyhur " al-bayyinah a'lal muddai'ey ". Bukti wajib diberikan oleh pendakwa. Agama kita ini bersanad, jika benar ulama telah ijma' pasti ada sanadnya. Jika tidak siapa sahaja dapat berkata apa yang dia ingin katakan. Setiap ijma' juga biasanya diketahui mustanadnya atau sandaran yg dijadikan dalil, samada ayat Quran atau hadith atau qaedah atau qiyas atau tafsir sahabat, atau ulama lughah dll bergantung dgn masalahnya.

    2. Ia ada dalam fatwa mereka, ada di website2 berbahasa Arab. Ana tak tahu masih simpan lagi linknya. Utk mengetahui detail nasnya perlu anta bertanya dengan Ustaz Abul Jauza' sebab beliau yg berhujjah dgnnya.

    Ketika ana baca2 kelmarin seingat ana fatwa itu tidak menyebutkan siapa Imam penukil Ijma', apakah beliau Ibnul Mundzir, atau Ibnu Abdil Bar, Nawawy, Ibnu Qudamah, Ibn Hajar dll yg merupakan mazhann zikril ijma'. Tidak juga disebutkan jenis ijma'nya.

    Ijma' inikan ada bermacam2, Ijma' sahabat, ijma' mansus, ijma' sukuty, ijma' amaly...

    Utk menjatuhkan dakwaan ijma' cukup utk buktikan adanya khilaf. Berapa banyak masalah yg didakwa ijma' ternyata ia masalah khilafiyah sebagaimana tahqeeq Ibn Taimiyah terhadap kitab ijma' karangan Ibn Hazm.

    Kadang2 dijatuhkan dakwaan ijma' dgn membuktikan bahawa masalah yg disebutkan itu bukan pada mahallun niza'. Sebagaimana dakwaan ijma' disyariatkan menyambut maulid Nabi SAW kerana adanya ijma' wajib mencintai Nabi SAW.

    Berat sangkaan ana bahawa ijma' yg disebutkan berkaitan dgn kewajiban mengikut rukyah ahli Mekah utk manasik haji diMekah lalu diqiyaskan kepada orang diluar Mekah. Ini dua masalah yg berbeza.

    Kadang2 dijatuhkan dakwaan ijma' kerana orang yg menukilkan ijma' itu mutasahil(terlalu ringan) dlm nukilan, atau orang yg bukan muktabar keilmuannya sebagai penukil ijma'. Syaikh Syatry seorang bekas kibar ulama ada sebuah kitab khusus berkaitan masalah ini.

    Ala kulli hal, jika tsabit ijma' ini, tentu dari awal mereka akan gunakan, tidak perlu takalluf dgn dalil2 lain yg samar2, sebab tidak mungkin kita boleh menyalahi ijma'.

    Afwan kerana menambah sedikit ttg ijma' sebagai faidah utk pembaca umum.

    ReplyDelete
  7. اسلام عليكم استاذ....هنا توجد مشكيلة.....لماذا فرضةالحج في شهر ذي الحجةومتى شريعة ع

    ReplyDelete
  8. لا يتمكن المسلمون أن يحجوا إلا بعد فتح مكة, عام 8 من الهجرة. و الحج موجود في شريعة إبراهيم عليه و على نبينا السلام
    اختلف العلماء في السنة التي فرض فيها الحج ، فقيل في سنة خمس ، وقيل في سنة ست ، وقيل في سنة تسع ، وقيل في سنة عشر ، وأقربها إلى الصواب القولان الأخيران ، وهو أنه فرض في سنة تسع أو سنة عشر .

    ( والدليل قوله تعالى : ( ولله على الناس حجُّ البيت من استطاع إليه سبيلا ) ففي هذه الآية وجوب الحج وقد نزلت عام الوفود أواخر سنة تسع ، فيكون الحج فرض أواخر سنة تسع . انظر زاد المعاد 3/595 )

    والله أعلم .

    ReplyDelete