Friday, December 10, 2010

Benarkah Imam Syafiey tukar fatwa untuk kesesuaian orang ramai

Benarkah Imam Syafiey tukar fatwa untuk kesesuaian orang ramai

Terdapat dua perkara utama disini :

1) Perubahan fatwa
2) Sebab perubahan fatwa

Adapun perubahan fatwa maka benar, Imam Syafiey rahimahullah telah mengubah banyak fatwanya. Pada mulanya beliau menetap di Iraq dan mengajar disana. Fatwa2nya di Iraq direkodkan oleh murid2nya. Bahkan beliau sendiri telah menulis beberapa buah kitab disana. Kemudian beliau telah berpindah keMesir, dan dalam perjalanannya beliau telah ke Mekah. Di Mekah beliau telah bertemu dengan ulama2nya dan perawi2 hadith hingga kemudian beliau menarik balik banyak fatwa2nya yang dikenali sekarang sebagai Mazhab Baru ( المذهب الجديد ) . Ketika itu tidak dikenal hal ini sebagai mazhab Iraq atau mazhab Mesir.

Tentang sebab perubahan fatwa, terdapat dakwaan disana sini lebih2 lagi dikalangan mereka2 yang terpengaruh dengan manhaj memudahkan agama ( منهج التيسير ) bahawa Imam Syafiey telah mengubah fatwa kerana menyesuaikan hukum dan fatwanya dengan keadaan orang2 diMesir. Maka fatwa2 di Iraq sesuai dengan orang2 diIraq, fatwa2 di Mesir kerana sesuai dengan orang2 di Mesir. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut tahqeeq inilah yang diperolehi :

1) Imam Syafi'ey telah memerintahkan agar tidak diriwayatkan lagi kitab2nya di Iraq. Beliau berkata menurut riwayat Imam Zarkasy :
((   ليس في حلٍّ من روى عني القديم ))
"Tidak aku halalkan orang yang ( masih ) meriwayatkan  mazhab lama dariku ". [ al-Bahrul Muhit  : 4/584 ].

Jika sebab perubahan fatwa adalah perubahan tempat, mengapa disuruh padam fatwa2 lama.? Biarkan sahaja fatwa2 Iraq khusus untuk di Iraq.

2) Murid2 Imam Syafiey di Iraq tidak mengeluarkan fatwa Imam mereka dengan fatwa2 Iraq, tetapi dengan fatwa2 baru di Mesir.

3) Tidak seorangpun dikalangan ulama2 mahzab Syafiey yang menjadikan sebab perubahan fatwa kerana berbeza tempat.  Mereka seperti Imam Nawawy tentu lebih mengetahui tentang mazhab mereka. Jika ada ulama Syafieyah yang memilih pendapat Imam Syafiey yang lama, mereka tidak menisbahkannya kepada Imam mereka, tetapi kerana pada mereka ia lebih kuat dalilnya.

4) Ulama2 besar mazhab Syafiey telah berkata secara jelas bahawa tidak boleh mentaqlid Imam Syafiey pada mazhab qadeemnya walaupun seorang itu dari Iraq.

5) Kitab induk yang dikarang Imam Syafiey diMesir adalah kitab 'al-Umm'. Tetapi semua ulama mazhab beliau membolehkan pengikut mazhab Syafiey diseluruh dunia menggunakannya. Berkata Imam Nawawy rhm 
: (( ليس للمفتي ولا للعامي المنتسب إلى مذهب الشافعي رحمه الله في مسألةِ القولين أو الوجهين أن يعمل بما شاء منهما بغير نظر بل عليه في القولين العمل بآخرهما ))

" Tidak boleh bagi seorang mufti atau awam yang bermazhab Syafiey rahimahullah beramal dengan mana2 yang dia kehendaki jika terdapat dua pendapat atau wajah dengan tanpa nazhor, bahkan wajib dia beramal dengan qaul yang terakhir "  [ Majmu' : 1/68 ]

Beliau tidak membeza2kan samada dia orang Iraq atau bukan.

Sebenarnya tujuan dakwaan ini adalah me'liberal'kan agama, boleh sahaja diubah hukum Allah dan RasulNya walaupun bertolak belakang dengan dalil yang jelas, yang penting maslahat, keadaan telah berubah, tempat berubah, hukum fiqh tidak boleh jumud, mesti hidup dan dinamik. Jangan hanya tumpukan kepada fiqh textual, lihat 'instrument' fiqh yang lain, agama ini mudah, yang susah dinafikan dari syariat, lihat Imam Syafiey ...

Jika ada orang yang tergoda dengan kata2 lunak dan ' intelek ' ini, sebenarnya mereka jahil bahawa fatwa2 Imam Syafiey di Mesir dibina atas Usul Fiqh yang lebih keras dari yang di Iraq. Di Iraq usul beliau lebih memudahkan, adapun usul di Mesir tidak mengambil kira Masalih Mursalah, U'rf adat kebiasaan, tetapi yang diambil adalah berpegang kepada zahir nas dan berhati2 ( الاحتياط ).
                                       
Mazhab Baru ( Mesir )

Mazhab lama ( Iraq ) 

Haram
Makruh menggunakan bekas emas dan perak
a)
Tidak boleh,mesti buka khuf dan basuh kaki
Boleh menyapu khuf yang berlubang jika masih boleh dipakai untuk berjalan atasnya
b)
Tidak dimaafkan,  solat tidak sah
Lupa baca Fatehah : gugur kewajiban, solat tetap sah
c)
Wajib
Tidak wajib basuh bekas jilatan anjing
d)
Tidak sah
Lupa tertib ketika berwudu : sah
e)
Batal
Tidur dalam solat : tidak batal wudhu
f)
Tidak boleh bernikah selama2nya sampailah datang berita kematian suaminya secara yakin
Wanita yang hilang suaminya tidak diketahui masih hidup atau tidak ( مفقود ) : Tunggu selama empat tahun kemudian beri'ddah iddah wafat ( tambah 4 bulan 10 hari )
g)



Maka apakah sebab perubahan fatwa Imam Syafiey ?
Jawabannya ada didalam kata2 murid beliau yang sendiri kemudian menjadi Imam Mujtahid, Imam Ahmad bin Hanbal rhm. Beliau ditanya tentang kitab yang di Iraq lebih disukai beliau atau kitab2 di Mesir? Beliau menjawab :
عليك بالكتب التي وضعها بمصر، فإنه وضع هذه الكتب بالعراق ولم يحكمها، ثم رجع إلى مصر فأحكم ذلك

" Hendaklah engkau dengan kitab2 yang ditulis di Mesir, kerana kitab2 yang di Iraq ini beliau tulis tetapi belum ditekuni, kemudian bila beliau kembali ke Mesir beliau telah menekuni dan memperkemaskannya. "
مناقب الإمام الشافعي للبيهقي 1/263

Jika sebabnya adalah meraikan orang Mesir tentu telah beliau sebutkan. Imam Ahmad adalah orang Iraq. Jadi sebabnya adalah penelitian usul ijtihad " ihkam " dan penekunan dalil bukan ikut selera tempat dan manusia.  Inilah yang layak bagi seorang Imam yang digelar sebagai ' Naasir as-Sunnah ', Pejuang memenangkan as-Sunnah.

Yang demikian juga tidak bermakna seorang faqih tidak boleh mengubah fatwanya kerana perubahan tempat dan masa, namun ini dalam masalah tertentu sahaja, dengan syarat2 tertentu , iaitu masalah2 yang berdasarkan u'rf, maslahat dan mengangkat kesusahan ( رفع الحرج ) . Adapun masalah2 yang berdasarkan dalil2 syariey yang sohih, ia tidak berubah dan kekal lagi sesuai untuk semua tempat dan masa.

Wallahu a'lam

Diambil tulisan ini dari Syaikh Alawy bin Abdil Qaadir as-Saqqaf.

Monday, December 6, 2010

Puasa Bulan Muharram

Didalam Sohih Muslim Kitab Saum Bab Kelebihan Bulan Muharram, (1163) Sunan Abu Daud Bab Puasa Muharram (2429), Jami' Tirmidzy Bab Apa yang diriwayatkan tentang Fadilat solat malam( 438)

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

(( Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadan adalah dibulan Allah, al-Muharram, dan sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat malam )) ( lafaz Muslim )

Didalam lafaz lain (( ...yang kamu panggil al-Muharram ))

Didalam hadith Nabi diatas boleh kita ambil beberapa fawaid:
 
1) Kelebihan bulan Muharram kerana Nabi SAW menamakannya " bulan Allah " iaitu sandaran memuliakan (  إضافة التشريف) seperti Rumah Allah, Hari2 Allah, Unta Allah dll.

2) Kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadan iaitu tiada puasa lebih afdhal darinya kerana ia adalah puasa fardu. Oleh itu hendaklah seseorang yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah menyempurnakan ibadah fardu dahulu barulah diikuti dengan ibadah2 sunat.

3) Puasa sunat berbeza2 derajatnya disisi Allah disebabkan hari2nya walaupun mungkin secara lahiriahnya sama iaitu menahan lapar dan dahaga serta perkara2 lain yang membatalkan puasa.

4) Allah azza wa jalla yang menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilih serta memuliakan sebahagian ciptaanNya atas yang lain. Ini bertepatan dengan firman Allah ((   و ربك يخلق ما يشاء و يختار))
(( Dan Tuhanmu mencipta apa yang Dia kehendaki dan memilih...))

5) Kemuliaan tempat dan hari adalah urusan Allah, tidak boleh menggunakan akal-akalan untuk mengatakan hari ini hari yang mulia, tempat ini tempat yang mulia melainkan dengan dalil. Apalagi mengkhususkan hari2  tertentu dengan ibadah2 khusus dengan tanpa dalil. Perhatikan bahawa yang dikhususkan dalam bulan Muharram ini adalah puasanya bukan semua ibadah.

6) Disyariatkan agar berpuasa dalam bulan Muharram dengan niat beramal dengan hadith Nabi ini secara khusus. Ia adalah puasa sunnat mutlak yang terbaik. Ulama ada membahaskan apakah ia juga lebih afdhal dari puasa 6 dalam bulan Syawwal dan puasa Arafah yang pahalanya menghapuskan dosa 2 tahun?

Imam Ibnu Rajab rhm  mengatakan dalam " Lataif Ma'arif " bahawa maksud hadith ini adalah puasa sunnat yang mutlak yang tidak terkait dengan puasa wajib ( Ramadan ) atau puasa lain yang memiliki nas menerangkan fadilat yang khusus tentangnya. Maka puasa sunnat mutlak dalam bulan Muharram lebih afdhal dari berpuasa dalam bulan2 lain. Ia lebih afdhal hatta dari  bulan Sya'ban yang mana terdapat hadith yang sohih bahawa (( Rasulullah SAW biasa puasa bulan Sya'aban keseluruhannya melainkan sedikit )) .

7) Zahir hadith menunjukkan bahawa adalah disunatkan memperbanyakkan berpuasa hari2 dalam bulan Muharram bahkan keseluruhannya. Berkata Syaikh al-Bulaihid ini adalah pendapat jumhur ulama. Dikalangan masyaikh kontemporari yang berpendapat demikian adalah Syaikh Abdul Aziz bin Baz rhm. Nabi SAW tidak mengkhususkan fadilat puasa ini kepada sebahgian bulan. Syaikh ibn Uthaimeen rhm pula berpendapat yang disunnatkan adalah berpuasa kebanyakannya bukan semuanya. Sandaran beliau adalah hadith bahawa (( Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sunat sebulan penuh kecuali bulan Ramadan )). [ Muslim ] Namun beliau menginkari mereka yang berkata orang yang berpuasa seluruh Muharram adalah mubtadi'. Pandangan ana pembahasan masalah ini seharusnya sama seperti pembahasan puasa 1-9 Dzil-Hijjah dimana terdapat galakan umum dan penafian perbuatan Nabi SAW. 

8) Bulan Muharram adalah nama yang dikenali oleh orang2 Islam. Nabi SAW tidak menyentuh tentang bilakah bulan Muharram, iaitu selepas bulan Zul-Hijjah, beliau juga tidak mengubah namanya tetapi mentaqreerkannya. Beliau hanya menyentuh tentang seseuatu yang belum diketahui oleh sahabat, iaitu kelebihan berpuasa dalamnya. Terdapat pembahasan apakah nama " al-Muharram " ini telah wujud pada zaman Jahiliyyah atau baru dinamakan dalam zaman Islam. Dikatakan bahawa nama jahiliyyahnya adalah " Safar Awal ". Bahkan dikatakan bahawa Muharram adalah satu2nya nama bulan yang timbul dizaman Islam.  Demikian disebut oleh Suyuty dll. Syaikh Bakr bin Zaid rhm telah mentarjihkan bahawa ia adalah namanya dari zaman Jahiliyyah lagi  sebagaimana terdapat sebutannya oleh Nabi dalam khubah Haji Wada'. Penukaran namanya akan mengakibatkan kekeliruan kepada orang2 Arab yang datang dari jauh. [ Mu'jam Manahi Lafziyah : 341].

9) Solat sunat yang paling afdhal adalah qiyamul-lail. Imam Nawawy menguatkan keumuman hadith ini iaitu ia lebih utama dari solat siang walaupun solat rawatib. Ibnu Rajab rhm pula mengatakan yang dimaksudkan disini adalah selain solat rawatib ( qabliyah dan ba'diyah ) yang mengiringi solat Fardu, seperti dalam masalah puasa. Iaitu solat tahajjjud dan witir. Dan kelebihan ini tidak khusus kepada bulan Muharram. Keistimewaan solat malam amat banyak sekali, terdapat kitab2 yang ditulis khas tentangnya.

10) Apakah disunatkan solat sepanjang malam atau makruh? Didalam hal ini terdapat larangan Nabi SAW dari terus menerus solat malam dan tidak tidur, iaitu hadith sahabat yang bersumpah tidak mahu tidur untuk solat selamanya setiap malam. Diakhirnya Nabi SAW bersabda : (( Siapa yang berpaling dari sunnahku maka dia bukan dariku. )) Hadith yang masyhur muttafaq a'laihi. Bahkan Nabi SAW mengatakan bahawa beliau sendiri solat sebahagian malam dan tidur sebahagiannya. Ini juga adalah antara dalil bagi mereka yang memakruhkan puasa bulan Muharram keseluruhannya. Namun hujjah ini dapat dijawab bahawa yang dilarang adalah solat sepanjang malam secara berterusan kerana ingin berlebih2an dalam agama sebagaimana yang terdapat dalam awal hadithnya. Ia bagi mereka yang tidak kuat beristiqamah lalu memberatkan hingga akhirnya meninggalkan solat malam atau kemudian meninggalkan kewajiban2 pada siang hari. Rasulullah SAW telah bersabda : (( ...dan apabila seseorang solat sendirian, hendaklah dia memanjangkan sesuka hatinya )) [ Muttafaq a'laihi diambil dari risalah Qiam Ramadhan oleh Albany. ] Terdapat juga dalil bahawa bahawa zahirnya Rasulullah SAW telah menghidupkan seluruh 10 malam2 terakhir Ramadhan. Syaikh Albany rhm berkata dalam risalah itu bahawa seorang insan tidak seharusnya menghidupkan malam keseluruhannya melainkan kadang2 sahaja. 

Bagi mereka yang membaca biografi sahabat dan salaf akan mendapati riwayat2 sebahagian mereka telah menghidupkan seluruh malam bertahun2 lamanya, mereka solat Subuh dengan wudhu Isya', antaranya Uthman bin Affan dalam kitab Hilyah Abu Nuaim, dikalangan tabien contohnya Abu Hanifah dan Saied bin Jubair.  Husnuz Zhon kepada mereka adalah mereka bukan sengaja menyalahi sunnah Nabi SAW dalam bab ini tetapi memahami bahawa ia kembali kepada kekuatan masing2 individu selagi tidak memudaratkan. Mereka juga tidak menjadikan perbuatan mereka sesuatu ikutan untuk orang ramai. Ia dilakukan dirumah bukan dimasjid. Terdapat hadith2 umum bahawa " Beribadahlah menurut apa yang kamu kuat, sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. " Adapun qiyas puasa dengan solat, ia boleh dijawab bahawa jika disunatkan solat sunat setiap malam, maka begitu juga disunatkan puasa setiap hari melainkan puasa 'dahr', iaitu sepanjang tahun. Terdapat hadith sohih : (( Tidak berpuasa seorang yang puasa sepanjang tahun ))  Ini juga masalah diperselisihkan oleh ulama. Disini bukan tempat pembahasannya. Namun seperti kata Imam ad-Zahaby rhm selepas meriwayatkan ibadah sebahagian salaf yang luarbiasa ini : " Namun sebaik2 petunjuk adalah petunjuk Nabi SAW ".
Adapun kebanyakan kita pada zaman ini jika mampupun hanya mengamalkannya sekali sekala yang insya Allah terkeluar dari bahaya melampau2 dalam agama..

Ini ringkas fawaid hadith ini, pelajaran utamanya jelas, agar mengkhususkan puasa dibulan Muharram sebanyak2nya mengikut kemampuan seseorang untuk merebut pahalanya. Terdapat juga galakan agar berpuasa pada hari kesepuluhnya iatu hari Aasyura' didalam hadith lain. Hal ini rasanya maklum diketahui ramai. Adapun ibadah2 lain secara khusus, seperti memberi sedekah mengagihkan bubur asyura' atau doa awal akhir tahun, menyapu kepala anak yatim, umrah khusus, ceramah peringatan Hijrah dbsg, para pentahqiq seperti Ibnu Taimiah rhm telah berkata bahawa beliau tidak bertemu hadith yang boleh dijadikan pegangan. Tiada perintah dari Nabi SAW mahupun perbuatan atau taqreer. Maka adalah sunnah  tarkiyyah meninggalkan amalan2 ini dalam konteks mengiktiqadkan kononnya ada kelebihannya yg khusus dalam bulan Muharram yang mulia ini. Agama ini telah sempurna, tiada perkara yang baik yang mendekatkan diri seseorang kepada Allah melainkan pasti telah disampaikan oleh baginda.

Bagi mereka yang mengambil berat men'tasfiyah' amalan2nya inilah peluang yang dinanti2kan. Jadilah kita orang2 yg jujur bila berkata :
((  لو كان خيراً ما سبقونا إليه ))

(( Jika ia adalah baik tentu mereka tidak akan mendahului kami melakukannya ))

Wallahu Waliyyu at-Taufiq