Friday, December 10, 2010

Benarkah Imam Syafiey tukar fatwa untuk kesesuaian orang ramai

Benarkah Imam Syafiey tukar fatwa untuk kesesuaian orang ramai

Terdapat dua perkara utama disini :

1) Perubahan fatwa
2) Sebab perubahan fatwa

Adapun perubahan fatwa maka benar, Imam Syafiey rahimahullah telah mengubah banyak fatwanya. Pada mulanya beliau menetap di Iraq dan mengajar disana. Fatwa2nya di Iraq direkodkan oleh murid2nya. Bahkan beliau sendiri telah menulis beberapa buah kitab disana. Kemudian beliau telah berpindah keMesir, dan dalam perjalanannya beliau telah ke Mekah. Di Mekah beliau telah bertemu dengan ulama2nya dan perawi2 hadith hingga kemudian beliau menarik balik banyak fatwa2nya yang dikenali sekarang sebagai Mazhab Baru ( المذهب الجديد ) . Ketika itu tidak dikenal hal ini sebagai mazhab Iraq atau mazhab Mesir.

Tentang sebab perubahan fatwa, terdapat dakwaan disana sini lebih2 lagi dikalangan mereka2 yang terpengaruh dengan manhaj memudahkan agama ( منهج التيسير ) bahawa Imam Syafiey telah mengubah fatwa kerana menyesuaikan hukum dan fatwanya dengan keadaan orang2 diMesir. Maka fatwa2 di Iraq sesuai dengan orang2 diIraq, fatwa2 di Mesir kerana sesuai dengan orang2 di Mesir. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut tahqeeq inilah yang diperolehi :

1) Imam Syafi'ey telah memerintahkan agar tidak diriwayatkan lagi kitab2nya di Iraq. Beliau berkata menurut riwayat Imam Zarkasy :
((   ليس في حلٍّ من روى عني القديم ))
"Tidak aku halalkan orang yang ( masih ) meriwayatkan  mazhab lama dariku ". [ al-Bahrul Muhit  : 4/584 ].

Jika sebab perubahan fatwa adalah perubahan tempat, mengapa disuruh padam fatwa2 lama.? Biarkan sahaja fatwa2 Iraq khusus untuk di Iraq.

2) Murid2 Imam Syafiey di Iraq tidak mengeluarkan fatwa Imam mereka dengan fatwa2 Iraq, tetapi dengan fatwa2 baru di Mesir.

3) Tidak seorangpun dikalangan ulama2 mahzab Syafiey yang menjadikan sebab perubahan fatwa kerana berbeza tempat.  Mereka seperti Imam Nawawy tentu lebih mengetahui tentang mazhab mereka. Jika ada ulama Syafieyah yang memilih pendapat Imam Syafiey yang lama, mereka tidak menisbahkannya kepada Imam mereka, tetapi kerana pada mereka ia lebih kuat dalilnya.

4) Ulama2 besar mazhab Syafiey telah berkata secara jelas bahawa tidak boleh mentaqlid Imam Syafiey pada mazhab qadeemnya walaupun seorang itu dari Iraq.

5) Kitab induk yang dikarang Imam Syafiey diMesir adalah kitab 'al-Umm'. Tetapi semua ulama mazhab beliau membolehkan pengikut mazhab Syafiey diseluruh dunia menggunakannya. Berkata Imam Nawawy rhm 
: (( ليس للمفتي ولا للعامي المنتسب إلى مذهب الشافعي رحمه الله في مسألةِ القولين أو الوجهين أن يعمل بما شاء منهما بغير نظر بل عليه في القولين العمل بآخرهما ))

" Tidak boleh bagi seorang mufti atau awam yang bermazhab Syafiey rahimahullah beramal dengan mana2 yang dia kehendaki jika terdapat dua pendapat atau wajah dengan tanpa nazhor, bahkan wajib dia beramal dengan qaul yang terakhir "  [ Majmu' : 1/68 ]

Beliau tidak membeza2kan samada dia orang Iraq atau bukan.

Sebenarnya tujuan dakwaan ini adalah me'liberal'kan agama, boleh sahaja diubah hukum Allah dan RasulNya walaupun bertolak belakang dengan dalil yang jelas, yang penting maslahat, keadaan telah berubah, tempat berubah, hukum fiqh tidak boleh jumud, mesti hidup dan dinamik. Jangan hanya tumpukan kepada fiqh textual, lihat 'instrument' fiqh yang lain, agama ini mudah, yang susah dinafikan dari syariat, lihat Imam Syafiey ...

Jika ada orang yang tergoda dengan kata2 lunak dan ' intelek ' ini, sebenarnya mereka jahil bahawa fatwa2 Imam Syafiey di Mesir dibina atas Usul Fiqh yang lebih keras dari yang di Iraq. Di Iraq usul beliau lebih memudahkan, adapun usul di Mesir tidak mengambil kira Masalih Mursalah, U'rf adat kebiasaan, tetapi yang diambil adalah berpegang kepada zahir nas dan berhati2 ( الاحتياط ).
                                       
Mazhab Baru ( Mesir )

Mazhab lama ( Iraq ) 

Haram
Makruh menggunakan bekas emas dan perak
a)
Tidak boleh,mesti buka khuf dan basuh kaki
Boleh menyapu khuf yang berlubang jika masih boleh dipakai untuk berjalan atasnya
b)
Tidak dimaafkan,  solat tidak sah
Lupa baca Fatehah : gugur kewajiban, solat tetap sah
c)
Wajib
Tidak wajib basuh bekas jilatan anjing
d)
Tidak sah
Lupa tertib ketika berwudu : sah
e)
Batal
Tidur dalam solat : tidak batal wudhu
f)
Tidak boleh bernikah selama2nya sampailah datang berita kematian suaminya secara yakin
Wanita yang hilang suaminya tidak diketahui masih hidup atau tidak ( مفقود ) : Tunggu selama empat tahun kemudian beri'ddah iddah wafat ( tambah 4 bulan 10 hari )
g)



Maka apakah sebab perubahan fatwa Imam Syafiey ?
Jawabannya ada didalam kata2 murid beliau yang sendiri kemudian menjadi Imam Mujtahid, Imam Ahmad bin Hanbal rhm. Beliau ditanya tentang kitab yang di Iraq lebih disukai beliau atau kitab2 di Mesir? Beliau menjawab :
عليك بالكتب التي وضعها بمصر، فإنه وضع هذه الكتب بالعراق ولم يحكمها، ثم رجع إلى مصر فأحكم ذلك

" Hendaklah engkau dengan kitab2 yang ditulis di Mesir, kerana kitab2 yang di Iraq ini beliau tulis tetapi belum ditekuni, kemudian bila beliau kembali ke Mesir beliau telah menekuni dan memperkemaskannya. "
مناقب الإمام الشافعي للبيهقي 1/263

Jika sebabnya adalah meraikan orang Mesir tentu telah beliau sebutkan. Imam Ahmad adalah orang Iraq. Jadi sebabnya adalah penelitian usul ijtihad " ihkam " dan penekunan dalil bukan ikut selera tempat dan manusia.  Inilah yang layak bagi seorang Imam yang digelar sebagai ' Naasir as-Sunnah ', Pejuang memenangkan as-Sunnah.

Yang demikian juga tidak bermakna seorang faqih tidak boleh mengubah fatwanya kerana perubahan tempat dan masa, namun ini dalam masalah tertentu sahaja, dengan syarat2 tertentu , iaitu masalah2 yang berdasarkan u'rf, maslahat dan mengangkat kesusahan ( رفع الحرج ) . Adapun masalah2 yang berdasarkan dalil2 syariey yang sohih, ia tidak berubah dan kekal lagi sesuai untuk semua tempat dan masa.

Wallahu a'lam

Diambil tulisan ini dari Syaikh Alawy bin Abdil Qaadir as-Saqqaf.

6 comments:

  1. Assalamualaikum ust,

    sy ingin minta pndngn ust dlm masalah dan keraguan yg sy hadapi skrg di tpt kerja. Di tpt kerja sy, mereka akan menganjurkn 'Christmas Xchange Gift' sesama pekerja pd 24 dec ini slps waktu kerja. tk kira beragama kristian ataupun tidak. harga hadiah yg harus kami beli adalah sebnyk $5 seorang. skrg ini nama teman yg harus kita hadiahkn telah pon diberikn. sy harus membelikn hadiah utk supervisor sy. bila ditnye kpd pekerja senior muslimah di sana sama ada kita boleh terlibat atau tidak kerana ia ada kaitan dgn 'krismas', mereka menjwb libatkn diri sahaja semata-mata utk mengeratkn silaturrahim.

    sy tidak tahu skrg sbgi seorang muslim, bolehkah sy libatkn diri semata-mata utk silaturrahim? ape harus sy lakukan? jikalau tidak boleh dr sudut Hukum Islam, apa harus sy katakn kpd supervisor sy yg merancang 'session' ini? sdgkn senior islam yg lain akan libatkn diri.

    smge diberikn Hidayah dan 'InayahNya dlm masalah ini, insya'Allah.

    T.kasih

    ReplyDelete
  2. Wa a'laikumussalam,

    Haram ikut serta dalam urusan keagamaan seperti itu. Terangkan kepada mereka ini adalah hukum Islam yang kita belajar.. Katakan bukan kita enggan berbuat baik dgn mereka, jika ia tiada kaitan dengan agama kita akan turut serta. Minta mereka tolerate pandangan kita. Kita cakap : " sorry we don't celebrate ."

    Bagi staf senior yg muslim, katakan bahawa MUIS mengharamkan sambutan velentine's day tentu akan mengharamkan Krismas, hujjahnya sama, perayaan batil, tiada apa sebab utk menunjukkan kegembiraan kerana hari itu. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Saya boleh membantah pendapat anda dalam tulisan ini dari berbagai-bagai sudut. Anda tidak mengkaji pemikiran Imam as-Syafi'e dengan wajah yang menyeluruh, termasuk apa pegangannya terhadap kaedah uruf ( adat dan kebiasaan sesebuah masyarakat ). Seluruh mujtahid Islam tidak dapat lepas daripada menilai sesuatu masalah yang terkait dengan keadaan dan suasana tempat di mana mereka tinggal. Ilmu pengetahuan mereka, sebagai manusia biasa, amat dibatasi oleh pengetahuan mereka terhadap keadaan dan suasana tempat tinggal mereka. Itulah sebabnya mengapa anda melihat dalam semisal contoh, para mujtahidin yang tinggal di Arab Saudi mengeluarkan ijtihad yang berbeza daripada para mujtahidin yang tinggal di Mesir atau para mujtahidin di Madinah mengeluarkan pendapat yang berbeza daripada pendapat mujtahidin di Iraq.

    Tentang kenyataan anda bahawa memikirkan faktor perubahan tempat dan suasana dalam mempelbagaikan ijtihad adalah tanda mengikuti agama secara bermudah-mudah, maka kenyataan anda ini sangatlah tidak tepat dan tidak menggambarkan kaedah yang betul untuk memahaminya. Apakah anda tidak mengetahui bahawa Islam ini agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan semua peringkat zaman, maka pastinya ada ijtihad dan fatwa yang boleh berubah bergantung kepada kedudukan tempat, masa, serta persekitaran semasa.

    Tentang persoalan apakah yang patut digolongkan dalam lingkungan masalah yang boleh berubah kerana faktor suasana dan keadaan masyarakat setempat, maka inilah topik yang harus menjadi sasaran kajian dalam ilmu fiqh dan usul fiqh.

    ReplyDelete
  4. Jika Al-Akh ingin bantah tulisan saya, silakan bantah point by point. Saya sedia bincang.

    ReplyDelete