Monday, December 19, 2011

Muktazilah tidak Menginkari Azab Kubur?




Bab KeTiga belas : “ Pembahasan Tentang Azab Kubur

231- ( Semoga Allah melindungi kita darinya ). Dan Muktazilah telah menginkari azab kubur. Telah diriwayatkan dari Nabi صلى الله عبيه و سلم dari jalan yang banyak. Dan telah diriwayatkan dari sahabat2nya semoga Allah redha kepada mereka semuanya. Tidak diriwayatkan dari seorangpun dari mereka bahawa ada yang meningkarinya atau menafikan atau menolaknya. Maka wajiblah ia adalah ijma' dari sahabat2 Nabi صلى الله عبيه و سلم.

[ Rujukan : al-Ibanah a'n Usul Diyanah, tahqiq Dr Fauqiyah Mahmud, Tesis Universiti Ain Syams Cairo : mukasurat : 247]



" Kata-kata Mereka Tentang Azab Kubur"

Dan mereka berselisih tentang azab kubur :

  1. Maka ada diantara mereka yang menafikannya, mereka adalah Muktazilah dan Khawarij.
  2. Ada diantara mereka yang menetapkannya, dan mereka adalah kebanyakan Ahli Islam
  3. Ada diantara mereka yang mendakwa bahawa Allah memberi nikmat kepada ruh-ruh dan mengazabnya, adapun jasad-jasad yang didalam kubur, maka yang demikian itu tidak mengenai mereka ketika mereka dalam kubur.
[ Rujukan : Maqalat Al-Islamiyin oleh Al-Asy'ari tahqiq Muhammad Muyhiddin Abdul Hamid, Makatabah Al-Asriyah : 2/ 116 ]

Menurut sejarah, Imam Asy'ary sangat mahir tentang Muktazilah setelah bersama mereka selama lebih kurang 40 tahun. Apakah beliau juga termasuk mereka yang sengaja menabur fitnah atas Muktazilah demi meredhokan Khalifah2 Abasiyah?

Saturday, November 5, 2011

Bilakah mula dan akhir takbir Hari2 Haji?

Bilakah bermula takbir muqayyad Eid Adha dan bilakah ia berakhir? Takbir muqayyad adalah takbir yang dibaca selepas setiap solat fardhu. Adapun takbir mutlak yang tidak terkait dengan solat adalah dari awal Zulhijjah. Para fuqaha berselisih pendapat dalam masalah ini. Terdapat tiga pendapat yang masyhur:

[Pendapat Pertama] :Ia bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah).

Ini adalah pendapat : Umar, Ali, Ibnu Abbas, Ibnu Masu'd, Jabir, A'mmar, Zuhri, Makhul, Sufyan, Ahmad dan Abu Tsaur. Ibnu Qudamah telah menghikayatkan Ijma' sahabat dalam hal ini.

 قيل لأحمد رحمه الله : بأي حديث  تذهب إلى أن التكبير من صلاة الفجر يوم عرفة إلى آخر أيام التشريق ؟
فقال : بالإجماع , عمر وعلي وابن عباس وابن مسعود

Berkata Ibnu Qudamah rhm : (( Dikatakan kepada Ahmad : Apakah dalilmu bahawa takbir dari solat Fajar Hari Arafah hingga akhir hari Tasyriq? Beliau menjawab : " Dengan ijma' , Umar, Ali, Ibnu Abbas dan Ibnu Masu'd ".)) [ Mughny : 3/289 ]
Ini juga fatwa yang diamalkan dalam mazhab Hanafi yang dipelopori Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan dua murid besar Imam Abu Hanifah.[ al-Lubab fi Syarhil Kitab : 1/118 ]

[Pendapat Kedua] : Ia bermula dari Zuhur hari Nahar ( 10 Zulhijjah ) sehingga Subuh akhir hari Tasyriq(13 Zulhijjah ).

Ini pula adalah pendapat yang masyhur dikalangan mazhab Syafiey, mazhab Maliki, dan mazhab Ata'a bin Abi Rabah. [ Majmu' Nawawi : 5/39, Mudawwanah al-Kubra : 1/249 ]

Faidah : 

Terdapat pendapat lain yang tidak masyhur dalam mazhab Syafiey sebagaimana yang disebutkan Nawawi rhm dlm Majmu'nya, iaitu :
1) seperti pendapat pertama, iaitu dari Subuh Hari Arafah hingga akhir hari Tasyriq
2) selepas solat Maghrib hingga akhir hari Tasyriq ( qiyas dengan takbir Eidul Fitri )

Penulis dapati pendapat terakhir ini diamalkan sebahagian daerah diMalaysia. Maklumat ini mungkin menjawab kemusykilan apakah sandaran amalan itu.

[Pendapat Ketiga] : Ia bermula dengan solat Zohor hari Arafah dan berakhir ketika Asar Hari Nahar.

Ini pendapat Abu Hanifah rhm sendiri yang merupakan satu qaul dalam mazhab Hanafi. Ia tidak diamalkan dalam mazhab.
[ al-Lubab fi Syarhil Kitab : 1/118 ]

Tarjih

 Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalany rhm : " Tidak sabit mana2 hadith tentangnya dari Nabi, dan yang paling sahih yang warid dari sahabat adalah pendapat Ali, Ibnu Masu'd bahawa ia bermula dari Subuh Hari Arafah sehingga akhir hari2 Mina ( Tasyriq). Ia dikeluarkan oleh Ibnul Munzir dan lain2 wallahu a'lam. [Fathul Bari : 2/462]
 
Berkata Imam Nawawy rhm : " Segolongan pentahqiq mazhab [Syafiey] dikalangan mutaqqidimin dan mutakhirin memilih bahawa ia bermula sejak Subuh Hari Arafah dan berakhir Asar akhir hari Tasyriq. Ia dipilih oleh Ibnul Munzir, Bayhaqi, dan selain mereka dikalangan imam2 mazhab kami yang menggabungkan antara fiqh dan hadith dan inilah yang aku pilih.  [ Majmu'  Syarh Muhadzzab: 5/39 ]

Dan beliau berkata : " Pendapat yang mengatakan ia bermula dari Subuh Hari Arafah hingga akhir hari Tasyriq adalah yang rajih dikalangan segolongan ahli mazhab kami, dan inilah yang diamalkan dinegara2 [Islam]. "  [ Syarah Muslim oleh Nawawi : 6/256 hadith 890 ]


Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah rhm : " Pendapat yang paling sohih berkaitan takbir menurut jumhur salaf dan fuqaha dari kalangan sahabat dan para imam adalah bertakbir dari Fajar Hari Arafah hingga akhir Hari Tasyriq selepas setiap Solat. Dan disyariatkan untuk setiap orang menjaharkan takbirnya ketika keluar solat E'id dan ini adalah dengan kesepakatan Imam2 yang empat. "[Majmu' Fatawa : 24/220 ]

[ Penulis : Kesepakatan yang dimaksudkan beliau adalah tentang menjaharkan takbir ketika keluar solat E'id ]

Fatwa Al-Lajnah Ad-Da`imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta`
(( Disyari’atkan pada hari Raya ‘Idul Adh-ha Takbir Muthlaq dan Takbir Muqayyad. Adapun Takbir Muthlaq dilakukan pada semua waktu (setiap saat) sejak masuknya bulan Dzulhijjah sampai akhir hari Tasyriq. Adapun Takbir Muqayyad, dilakukan setiap selesai shalat fardhu, dimulai sejak shalat shubuh hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) hingga shalat ‘Ashr hari Tasyriq yang terakhir.

Disyari’atkannya takbir tersebut telah ditunjukkan oleh ijma’ dan perbuatan para shahabat radhiyallahu ‘anhum.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم))

Fatwa no. 10.777
Ketua : ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz
Wakil Ketua : ‘Abdurrazzaq ‘Afifi
Anggota : ‘Abdullah bin Ghudayyan

Wallahu A'lam

Thursday, October 6, 2011

Solat Zohor jika tertinggal solat Juma'at

Soalan

Salam ustaz, Saya ingin bertanya, adakah dalil syara' bagi org yg tertinggal solat Jumaat dikehendaki mengerjakan solat jumaat juga bukan solat zuhur? Terimakasih

Jawaban (ringkas) :

Wa a'laikumussalam warahmatullah. 

Siapa yg tertinggal solat Jumaat bersama Imam secara total ( Imam telah beri salam ) hendaklah solat zohor. Ini adalah pendapat ulama salaf termasuk keempat mazhab yg masyhur.

Imam Ibnu Hazm pula mewajibkan org diatas tetap solat 2 rakaat Juma'at. Beliau berkata semua orang termasuk wanita wajib solat Jumaat walaupun sendirian. Tidak boleh solat Zohor. Maka lebih2 lagi org yg disepakati wajib berjumaat, iaitu org lelaki, baligh, muqim..

Dalil beliau adalah umum ayat surah Jumu'ah: (( Wahai org2 yg beriman, bila diserukan utk solat hari Juma'at bersegeralah utk zikrullah dan tinggalkan jual beli...))

Beliau mendakwa solat asal hari Jumaat adalah solat Jumaat dgn ayat ini, maka siapa terlepas Jumaat berjamaah hendaklah solat Jumaat juga dikiyaskan dgn solat2 lain yg terlepas.

Jawaban terhadap hujjah Ibn Hazm:

Telah sabit dari Ibnu Masu'd r.a beliau berkata :(( ومن فاتته الركعتان فليصل أربعاً ))

 " Siapa yang terlepas dua rakaat itu hendaklah solat empat rakaat." Tidak diketahui khilaf ttg masalah ini dikalangan para sahabat.  [ Dishohihkan Albany dlm Ajwibah Nafiah ]

Ia juga sesuai dgn mafhum hadith yg sohih :

" Siapa yg dapat satu rakaat dari solat, maka dia mendapat solat itu " [ Muttafaqun a'laihi dari Abu Hurairah]

Hadith yg khusus tentang solat Jumaat pula :
((من أدرك ركعة من الجمعة فقد أدرك الجمعة  ))

" Siapa yg dapat satu rakaat solat Jumaat, maka dia mendapat solat Jumaat" [Hakim dan Baihaqy dll disohihkan Albany] 
Dalam lafaz lain, " hendaklah dia tambah satu rakaat lagi kepadanya "

Maka siapa yg tertinggal solat Jumaat, tidak dapat solat tersebut, maka dituntut melaksanakan solat asalnya iaitu Zohor.

Dalil bahawa asal solat hari Jumaat adalah Zohor ialah :

1) Inilah solat lima waktu yg diperintahkan dlm peristiwa Isra' Mi'raj[ era Mekah ], kemudian ayat Surah Jum'ah adalah ayat yg diturunkan diera Madinah.

2) Dlm safar Nabi tidak pernah dinukilkan solat Jumaat, tapi Zohor 2 rakaat kerana qasar. Jika solat Jumaa'tlah asal, Nabi akan solat Jum'at.

3) Wanita tidak wajib solat Jum'aat. Dalilnya : (( الجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ ، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌ  ))
 " Jum'at adalah haq yang wajib atas setiap muslim berjamaah, melainkan empat : hamba, wanita, anak2 org yg sakit )) [ Abu Daud ]

Hadith ini disohihkan sanadnya oleh Nawawy, Ibnu Rajab, Ibnu Katheer.

Ibnul Munzir rhm berkata : (( Dan  mereka ijma' bahawa wanita tidak wajib solat Jum'at))

Saya katakan: Jika wanita tidak solat Jumaat, bermakna mereka wajib solat Zohor. Tiada siapa kata wanita tidak solat langsung.

Imam Son'any rhm telah mengatakan ulama telah Ijma' bahawa siapa terlepas solat Jumaat hendaklah solat Zohor, ia adalah badal(ganti)nya.

Adapun Ibnu Hazm semoga Allah merahmati beliau tidak terima kesahihan nas2 dan Ijma' ini, beliau mewajibkan semua orang termasuk wanita dan musafir solat Jumaat. Dgn demikian Ibnu Hazm telah menyalahi ijma' dan nas dgn pendapatnya. Semoga beliau diberi pahala atas ijtihadnya.
Wallahu a'lam

Wednesday, May 4, 2011

Pandangan Status Ibu Bapa Nabi SAW : Satu penelitian (4)

Telah diterangkan bahawa asal kalimat 'Abi' bapa dalam bahasa. Ini diistilahkan sebagai makna haqiqi. Makna datuk dan bapa saudara hanyalah secara majaz. Dan syarat majaz hendaklah terdapat qarinah untuk pendengar ( المخاطَب )yang dapat difahami yang memalingnya dari makna haqiqi. Ini disepakati ulama bahasa. Hal inilah yang difahami oleh penafsir hadith. 

Imam Syafiey memahami dengan jelas hal ini, Imam Tabary memahaminya, Imam Bahyaqy rhm memahaminya, Imam Qurtuby memahaminya , Imam Nawawy, memahaminya, begitu juga Ibnu Kastir dll. Penulis juga telah menerangkan sebelum ini bahawa selain puak Rafidhah, demikianlah yang difahami oleh ulama2 ahlus sunnah apabila mentafsirkan lafaz ' Abi ' dalam al-Quran tentang bapa Nabi Ibrahim a.s. 
Kami tidak tahu siapa yang tidak jelas disini, para pentafsir hadith atau pihak Jabatan?


Seperkara yang diperhatikan, pihak Jabatan telah mengatakan bahawa lafaz ' Abi ' juga boleh bermakna datuk, namun apakah mereka mengatakan bahawa datuk baginda, Abdul Muttalib, dalam neraka?

Tidak syak lagi bahawa takweel2an tanpa dalil adalah satu jenayah keatas nas2 al-Quran dan Hadith. Ini menjadikan wahyu sesuatu yang tidak jelas maknanya, penuh kekeliruan, bahawa yang zahir tidak dimaksudkan, ada makna batin, ada rahsianya, tanpa apa2 dalil dan kaedah yang dapat diikuti.



JAWABAN

1) Zahir hadith ini tidak bertentangan dengan nas-nas al-Quran diatas. Telah diterangkan bahawa tafsiran ayat dalam surah Syu'ara' yang dibawa oleh Jabatan diatas adalah tafsiran Syiah Rafidhah. Penulis telah terangkan bagaimana Imam Fakhrurazy rhm telah menukilkannya dari mereka dan membantahnya. ( lihat link yg diberikan diatas ).

Adapun Imam Tabary tidak mentafsirkan demikian. Tafsiran beliau adalah : " Pendapat yang paling kuat dalam tafsirannya adalah pendapat mereka yang berkata bahawa tafsirnya adalah : Dan yang melihat bolak-balikmu bersama orang2 yang sujud dalam solat mereka bersamamu, ketika engkau berdiri bersama mereka, ruku' dan sujud. Ini kerana yang demikian adalah yang zahir dari maknanya."

Dan ini adalah tafsir yang beliau riwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. Pihak Jabatan perlu mendatangkan alasan ilmiah kenapa diambil tafsiran yang marjuh, ditinggalkan tafsiran yang rajih. Maka secara ilmiahnya, hendaklah disesuaikan hadith yang sohih dengan tafsiran al-Quran, bukan dilaga2kan.
Firman Allah Ta'ala : (( فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلا يَتَسَاءَلُونَ ))
(( Apabila ditiup sangka-kala maka tiadalah lagi nasab keturunan diantara mereka dan tidak pula mereka saling tanya bertanya )) [ al-Mu'minun : 101 ]

Maka kita katakan, sebagaimana yang dikatakan al-Imam Nawawy rhm :
" Bab menerangkan bahawa siapa yang mati dalam keadaan kafir maka dia didalam neraka, dan dia tidak mendapat syafaat, tidak pula bermanfaat baginya kekerabatan orang yang dekat (kepada Allah)."

Kekufuran ibu bapa tidak mencacatkan kemuliaan seseorang, begitu juga sebaliknya, seorang tidak memikul dosa orang lain, ini diulang dalam al-Quran berkali2 menjadikannya sebagai qaedah dan aqidah. Ini sesuai dengan yang difirmankan al-Quran tentang Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh a.s. Allah Ta'ala mengeluarkan yang hidup dari yang mati, mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Allah mengeluarkan seorang mukmin dari seorang kafir, mengeluarkan kafir dari mukmin. Sesiapa yang mahu dapat melihat kesesuaian zahir hadith dengan nas2 al-Quran. Ia tidak bertentangan dengan nas. Ia hanya mungkin bertentangan dengan emosi atau salah -faham sebahagian orang.


JAWABAN

1- Ini adalah kesimpulan yang jauh dari tepat. Kesimpulan dari menolak hadith2 sahih tidak akan menatijahkan melainkan kebatilan. Mengatakan bahawa semua Ahlu Fatrah tidak diazab tidak disokong oleh dalil. Hatta Imam Suyuty rhm yang menjadi rujukan Jabatan menolak hal demikian. Beliau telah berkata : " Tidak, bahkan ia adalah khas bagi siapa yang tidak sampai padanya dakwah seorang Nabi langsung, sebagaimana sebaliknya siapa yang sampai padanya dakwah mana2 Nabi terdahulu kemudian kekal atas kekufurannya maka dia didalam neraka secara qati'ey, dan tiada perselisihan dalam hal ini. " [ Masalik Imam Suyuty ]

Isunya bukan samada seseorang itu Ahlu Fatrah atau tidak, tetapi apakah telah sampai kepadanya dakwah atau tidak. Maka seorang yang ingin menghukumkan Fulan dan fulan dari ahlu Fatrah telah didatangi dakwah kepadanya atau tidak, perlu kepada dalil khas.

2- Apabila telah datang dalil khas bahawa Fulan dari Ahlu Fatrah dalam neraka, maka ini menunjukkan bahawa beliau ini secara khusus telah sampai dakwah kepadanya tetapi terus atas kekufurannya.

3- Telah terjadi kesepakatan ummat, bahawa wajib beriman dan menerima khabar yang sohih tentang sebahagian orang2 tertentu berada disyurga atau neraka, tidak pula disyaratkan bahawa kita tahu apakah telah sampai dakwah kepada mereka atau tidak.

4- Kemudian pula, paling banyak hujjah Jabatan ini hanyalah menetapkan bahawa ibu-bapa Nabi dalam kesyirikan seperti umum orang lain, namun mereka Ahlu Fatrah, yang berada dalam zaman Jahiliyah. TKami katakan, : tetapi Ahlu Fatrah tidak diketahui apakah keadaan setiap dari mereka dihari kiamat kelak! Tiada hujjah disini sama sekali bagi siapa yang faham.

5- Nas2 al-Quran tidak menafikan bahawa ibu-bapa Nabi SAW diazab dalam neraka.  Maka bagaimana dilaga2kan dengan hadith? Ayat2 diatas berbentuk umum, sedangkan hadith Anas berbentuk khusus. Mengikut manhaj ilmy, tiada pertentangan antara umum dengan khusus.

TAHQIQ : KEADAAN AHLU FATRAH

Ahlul Fatrah adalah mereka yang hidup dizaman antara dua Nabi. Tidak diutuskan kepada mereka Nabi pertama, dan tidak pula mereka sempat bertemu Nabi kedua. [ Jamul Jawami' Imam Subky : 1/63 ].
Imam al-Alusy berkata bahawa para ahli tafsir telah Ijma' bahawa Fatrah adalah zaman terputusnya antara dua rasul. [ Ruhul Ma'any : 6/103 ].

Dari definisi ini kita dapati bahawa mereka adalah orang2 yang hidup dizaman ini, ia tidak bermakna mereka semestinya beriman atau tidak, ada disatu daerah atau tidak. Apabila al-Quran mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW diutuskan kepada ahlul Fatrah, ertinya zaman mereka, maka benarlah tidak datang kepada mereka sebelum baginda seorang Rasul, tetapi tidak bermakna mereka belum mendengar tentang seorang Nabi yang terdahulu.

Maka Ahlu Fatrah dapat dibahagikan kepada 3 golongan :

1) Ada yang telah mendengar tentang khabar Nabi sebelumnya, bahawa dia mengajak kepada Tauhid walaupun tidak mengetahui syariatnya secara detail.
a) Dikalangan mereka sampai kepadanya dakwah ada golongan yang bertauhid dan tidak syirik.Hukum mereka adalah beriman.
b) Ada pula yang sampai kepadanya dakwah tetapi merubah dan telah syirik. Hukum mereka adalah kafir.

2) Ada yang tidak mendengar langsung tentang mana2 Nabipun.
Golongan ini diperselisihkan oleh ulama, menurut pendapat para ulama pentahqiq, seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar rhm, beliau telah berkata :
أنهم يُمتحنون في الآخرة بأن ترفع لهم نار ، فمن دخلها : كانت عليه برداً وسلاماً ، ومن أَبَى : عُذِّب ، أخرجه البزار من حديث أنس ، وأبي سعيد ، وأخرجه الطبراني من حديث معاذ بن جبل ، وقد صحت مسألة الامتحان في حق المجنون ، ومن مات في الفترة من طرق صحيحة ، وحكى البيهقي في " كتاب الاعتقاد " أنه المذهب الصحيح . "
(( … Mereka akan diuji diakhirat dimana akan diangkat kepada mereka api neraka, siapa memasukinya, api itu akan sejuk dan selamat untuknya, siapa yang enggan akan diazab. Ia dikeluarkan oleh al-Bazzar dari hadith Anas, Abu Sa'eed. At-Tabarany mengeluarkannya dari hadith Mua'dz bin Jabal, dan masalah ujian Ahlul Fatrah telah sah ( hadithnya ) bagi orang gila dan orang yang mati dalam zaman Fatrah dari jalur2 yang sohih. Al-Bayhaqy telah mengatakan dalam " Kitab al-I'tqad " bahawa ia adalah mazhab yang sohih. )) [ Fathul Bary 3/246 ].

Demikian juga kata2 Imam Ibnu Katheer dalam Tafsirnya " Dan tidaklah kami mengazab sebelum kami utuskan seorang Rasul " [ Isra : 17 ]

Maka kita tidak seharusnya berkata mereka yang tidak sampai dakwah kepada mereka diazab atau tidak. Kita katakan mereka akan diuji dihari kiamat, ada yang lulus ada yang gagal.

DALIL2 BAHWA AHLI JAHILIYAH BUKAN AHLUL FATRAH YANG DIMAAFKAN

Orang2 Arab dizaman Jahiliyah sebelum diutuskan Nabi Muhammad SAW telah menerima dakwah, samada dakwah Nabi Ibrahim a.s atau Nabi I'sa a.s. Al-Quran penuh dengan kisah2 kekufuran mereka, mereka mengkufuri hari kebangkitan, menisbahkan anak2 kepada Allah Subhanahu, mensyirikkan Allah dengan bentuk yang pelbagai...
1) Berkata Imam Al-Bayhaqy selepas mengeluarkan hadith " أبي وأباك في النار "
(( Bapaku dan bapamu didalam neraka ))

((وكيف لا يكون أبواه وجدُّه بهذه الصفة في الآخرة ، وكانوا يعبدون الوثن حتى ماتوا ، ولم يدينوا دين عيسى ابن مريم عليه السلام )) انتهى .
(( Bagaimana ibu-bapa dan datuk baginda tidak dengan keadaan ini diakhirat, mereka dahulu menyembah patung hingga mereka mati, dan mereka tidak beragama dengan agama I'sa ibnu Maryam a'laihissalam. )) [Dalailun Nubuwwah ( 1/192,193 )]

2) Beliau berkata lagi dalam Sunan al-Kubra ( 190 : 7 ) :
وأبواه كانا مشركين, بدليل ما أخبرنا

(( Dan kedua ibu bapanya adalah musyrik, dengan dalil apa yang dikhabarkan kepada kepada kami …)) kemudian beliau membawa hadith Anas : “ Bapaku dan bapamu dineraka. “

3) Berkata Imam Nawawy dalam syarahnya :

وفيه أنَّ من مات على الكفر فهو في النَّار لا تنفعه شفاعة قرابة المقرَّبين ، وفيه أن من مات في الفترة على ما كانت عليه العرب من عبادة الأوثان فهو في النَّار ، وليس في هذا مؤاخذة قبل بلوغ الدَّعوة ، فإنَّ هؤلاء قد بلغتهم دعوة إبراهيم صلى الله عليه وغيره من الأنبياء صلوات الله عليهم وسلمه . انتهى
 “ .. dan terdapat dalamnya bahawa siapa yang meninggal dunia dalam zaman “ fatrah “ diatas apa yang diamalkan orang Arab dari penyembahan berhala, maka dia didalam neraka. Dan ini bukan menghukum sebelum sampainya dakwah, kerana sesungguhnya dakwah yang telahpun sampai kepada mereka adalah dakwah (Nabi ) Ibrahim dan selainnya dari Anbiya selawat Allah dan salamNya atas mereka. “ [ Kitabul Iman : hadith 203 ]

4) Berkata Imam Ibnu Katheer rhm dalam Sirah Rasul :

قال في (سيرة الرسول وذكر أيامه.. ) : " وإخباره صلى الله عليه وسلم عن أبويه وجده عبد المطلب بأنهم من أهل النار لا ينافي الحديث الوارد من طرق متعددة أن أهل الفترة والأطفال والمجانين والصم يمتحنون في العرصات يوم القيامة. لأنه سيكون منهم من يجيب، ومنهم من لا يجيب، فيكون هؤلاء-أي الذين أخبر عنهم النبي- من جملة من لا يجيب، فلا منافاة، ولله الحمد والمنة " انتهى .

(( Dan pengkhabaran baginda SAW bahawa ibu-bapa dan datuknya Abdul Mutallib adalah ahli neraka tidak menafikan hadith yang warid dari jalur yang pelbagai bahawa Ahlul Fatrah, anak2 kecil, orang2 gila dan orang2 bisu akan diuji dihari kiamat, kerana ada diantara mereka yang akan taat, ada yang tidak, maka mereka iaitu yang dikhabarkan Nabi termasuk yang tidak taat, maka tiada percangahan, bagi Allah segala puji. ))

DALIL IBU NABI SAW TIDAK BERIMAN

5) Imam Muslim (976) meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah katanya :

زار النبي صلى الله عليه وسلم قبر أمه فبكى وأبكى من حوله، فقال استأذنت ربي في أن أستغفر لها فلم يؤذن لي واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي فزوروا القبور فإنها تذكر الموت.

(( Nabi SAW telah menziarahi kubur ibunya lalu baginda menangis sehingga orang2 kelilingnya turut menangis, maka beliau bersabda : " Aku telah meminta izin Tuhanku agar aku boleh meminta ampun untuk ibuku tetapi Dia tidak mengizinkan untukku. Aku juga telah meminta izinNya agar aku dapat menziarahi kuburnya lalu Dia mengizinkan untukku. Maka ziarahilah kubur, kerana ia mengingatkan mati. " ))

6) Berkata Imam Nawawy rhm : (( Hadith ini terdapat larangan meminta ampun untuk orang-orang kafir )).

Penulis terbaca bahawa terdapat golongan yang secara wewenang menolak hadith Muslim diatas lalu mengatakan dengan tanpa ilmu bahawa : " Jika ibu Nabi benar2 kafir, tentu sekali Nabi tidak akan diizinkan Allah Ta'ala untuk menziarahi kuburnya.

Maka kami katakan, inilah kesan seorang yang hanya bersandar kepada qeel wal qaal dan taqlid, jika beliau meluangkan masa membaca keseluruhan hadith ini tentu dia tidak berkata sebarangan. Imam Nawawy rhm yang menjadi rujukan pengikut mazhab Syafiey setelah beliau bahkan menjadikan ia dalil : " Dibolehkan menziarahi orang2 musyrikin ketika hidup dan kubur2 mereka selepas kematian mereka.."

Beliau kemudian menukilkan kata Qadi Iyadh yang bermazhab Maliki rhm :

قال القاضي عياض رحمه الله : سبب زيارته قبرها أنه قصد قوة الموعظة والذكرى بمشاهدة قبرها ؛ ويؤيده قوله صلى الله عليه وسلم في آخر الحديث : فزوروا القبور ؛ فإنها تذكركم الموت "

Sebab baginda menziarahi kubur (ibu)nya adalah baginda inginkan kekuatan maui'zah dan peringatan melihat kuburnya, ini dikuatkan sabdanya dihujung hadith: " Dan ziarahilah kubur, kerana ia mengingati akhirat." [ Syarah Muslim oleh Nawawy ]

Demikianlah yang difahami para ulama hadith, namun yang dilarang adalah beristighfar untuk orang kafir.

7) Dan beliau berkata lagi :
بكاؤه صلى الله عليه وسلم على ما فاتها من إدراك أيامه والإيمان به

Tangisan baginda SAW adalah mengenangkan tertinggalnya ibunya bertemu zamannya dan terlepasnya dari beriman kepadanya “

DALIL KEKUFURAN QURAISH SECARA AMNYA

8) Imam al-Hakim telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Ummu Hani' Binti Abu Talib r.a bahawa Rasulullah SAW teah bersabda :

" فضَّل الله قريشاً بسبع خصال، فضلهم بأنهم عبدوا الله عشر سنين، لا يعبد الله إلا قريش، وفضلهم بأنهم نصرهم يوم الفيل وهم مشركون .."
(( Allah telah memuliakan Quraish dengan tujuh perkara : mereka telah menyembah Allah selama sepuluh tahun, tiada orang yang menyembah Allah melainkan Quraish, dan Allah telah menolong mereka dalam peristiwa Gajah sedangkan mereka masih musyrik... )) [ Mustadrak Hakim, Kitab Tafsir : 3/396, beliau berkata sanadnya sohih, dihasankan oleh al-Iraqy. Rujuk Albany dlm Silsilah Sohihah 1944 ]

9) Imam Muslim mengeluarkan hadith I'yaadh Bin Himar al-Mujaasyi'ey r.a, satu hadith Qudsi :

" إني خلقت عبادي حنفاء كلهم، وإنهم أتتهم الشياطين فاجتالتهم عن دينهم، وحرمت عليهم ما أحللت لهم، وأمرتهم أن يشركوا بي ما لم أنزل به سلطاناً، وإن الله نظر إلى أهل الأرض فمقتهم عربهم وعجمهم إلا بقايا من أهل الكتاب .."
(( Sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba2ku hunafa semuanya, tetapi datang syaitan2 kepada mereka lalu menyesatkan mereka dari agama mereka, dan merekapun mengharamkan apa yang telah aku halalkan, mengajak mereka agar mensyirikkanku yang tidak aku turunkan keterangan padanya,. Dan sesungguhnya Allah telah melihat penduduk bumi, lalu memurkai mereka, Arab dan A'jamnya, melainkan saki-baki dari Ahlul Kitab... )) [ Muslim : Kitab Jannah ...no 2865 ]
Syarah Imam Nawawy rhm : “ Yang dimaksudkan dengan kemurkaan dan penglihatan ini adalah apa yang sebelum pengutusan Rasulullah SAW, dan yang dimaksudkan dengan saki-baki Ahlul Kitab adalah : mereka yang kekal bertamassuk dengan agama mereka yang haq tanpa merubahnya.

Sekali lagi satu nas bahawa ahli Jahiliyah bukan Ahlu Fatrah yang dimaafkan, mereka ahli syirik yang Allah lihat mereka dengan kemurkaan yang amat sangat.

10) Imam Muslim juga mengeluarkan hadith Aisyah r.a beliau berkata : “ Aku berkata Ya Rasululah! Ibnu Jud'an dahulu dizaman Jahiliyah selalu bersilatur rahim dan memberi orang2 miskin makan, apakah yang demikian itu memberinya apa2 manfaat? “
Baginda menjawab ;
قال:" لا ينفعه، إنه لم يقل يوماً: رب اغفر لي خطيئتي يوم الدين ".
Tidak memanfaatkannya, kerana sesungguhnya dia tidak pernah berkata pada satu hari ( dari hidupnya ) :” Wahai Tuhanku, ampunkan aku dosa2ku dihari kiamat. “ [ Muslim : Kitabul Iman no 214 ]

Berkata Nawawy rhm : “ ...Adalah Ibnu Jud'aan dari Bani Tamim Bin Murrah, kerabat Aisyah r.a, beliau termasuk pembesar Quraish, nama beliau adalah Abdullah. “

Jika dakwah seorang Nabi beliau belum sampai kepada beliau, beliau tidak akan diazab, amalan solihnya akan memberi manfaatkannya dihari kiamat kelak, kerana Allah tidak mengazab seseorang sehinggalah diutuskan kepada mereka Rasul. Demikianlah keadaan bapa Sahabat yang dikhabarkan Rasulullah SAW didalam neraka. Beliau telah mati sebelum dizaman Fatrah, demikian juga bapa Rasulullah SAW dalam hadith Anas tersebut, apakah dosa mereka jika belum sampai dakwah seorang Nabi kepada mereka?

11) Berkata Imam al-Bukhary rhm : " Bab Jika seorang Musyrik berkata ketika hampir mati La Ilaha Illa Allah ..." kemudian beliau mengeluarkan hadith dari Musayyab r.a , bapa Saeed bin Musayyab :
باب إذا قال المشرك عند الموت : لا إله إلا الله :
لما حضرت أبا طالب الوفاة، جاءه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدعنده أبا جهل و عبد الله بن أبي أمية بن المغيرة، فقال : " أي عم !، قل لا إله إلا الله ، كلمة أشهد لك بها عند الله " فقال أبو جهل وعبد الله بن أبي أمية : أترغب عن ملة عبد المطلب؟ ، فلم يزل رسول الله يعرضها عليه و يعيدانه بتلك المقالة ، حتى قال أبو طالب آخر ما كلمهم: على ملة عبد المطلب ، و أبى أن يقول : لا إله إلا الله.

قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لأستغفرن لك ما لم أنه عنه " فأنرل الله : (( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ )) . وأنزل الله في أبي طالب فقال لرسول الله: (( إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ ))

(( Apabila Abu Tolib sedang sakit tenat, Nabi SAW masuk menziarahinya dan dapati bersamanya Abu Jahal dan Abdullah Bin Abi Umayyah bin al-Mughirah maka beliau bersabda : “ Wahai pamanku! Ucapkan La Ilaha Illa Allahu, satu kalimat yang aku akan bersaksi dengannya untukmu disisi Allah.” Maka berkata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah : Wahai Abu Talib, apakah engkau meninggalkan agama Abdul Muttalib? Maka Rasulullah terus menerus mengajaknya , sedang mereka berdua terus memujuknya dengan kata2 tersebut sehingga akhir yang Abu Talib katakan kepada mereka : Diatas agama Abdul Muttalib, beliau enggan mengucapkan ' La ilaha Illa Allah '

Maka bersada Nabi SAW : “ Aku pasti akan minta ampun untukmu selagi mana aku tidak dilarang darinya.” Lalu turunlah : “ Tidaklah boleh bagi Nabi dan orang2 yang beriman beristighfar untuk orang2 musyrikin walaupun mereka kaum kerabat mereka setelah jelas bagi mereka bahawa mereka adalah penghuni neraka Jaheem.” Dan turunlah ayat : “ Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayat kepada siapa yang engkau cintai...)) [ Bukhary : Kitab Tafsir 4772 dan Muslim Kitabul Iman 24]

Berkata Imam Nawawy dalam syarahnya :
Bab : Dalil sahnya Islam siapa yang dihadapi maut selagi belum naza', dan kemansukhan beristighfar untuk orang2 musyrikin, serta dalil bahawa siapa yang mati dalam syirik adalah ahli neraka Jaheem, tiada apa wasilah yang dapat menyelamatkannya dari yang demikian.

Berkata al-Allamah Ali al-Qary rhm : “ Ini adalah dalil bahawa Abdul Muttalib, mati atas kesyirikan dengan tanpa syak..” [ Adillah Mu'taqad Abi Hanifah m/s 99 ] .

Ia dalil bahawa agama beliau bukan berdasar kalimat Tauhid yang merupakan kunci Islam. Anak2nya pula secara tabi'ey adalah pentaqlid agama nenek moyang, termasuk Abu Talib. Ini adalah hadith yang menjadi duri besar dalam kerongkongan puak Syiah dan sebahagian Sufi bahawa kesemua bapa2 Nabi SAW beriman.

Penulis tidak rasa pihak Jabatan sanggup menolak semua hadith2 diatas semata2 kerana dakwaan hambar bahawa ia bersalahan dengan ayat al-Quran tentang Ahlul Fatrah. Samada Al-Quran salah atau Rasulullah SAW yang berbohong, atau para perawinya yang berbohong mendustakan hadith2 ini.

Oleh itu tiada pilihan bagi seorang yang insaf melainkan menggunakan manhaj ilmiah yang disepakati, iaitu tidak dilaga2kan dalil2 ini secara takalluf, tetapi menjadikan dalil2 ini mentafsirkan sebahgian yang lain, siapa lagi yang lebih memahami tafsir al-Quran dari Rasulullah SAW? Tentu bukan Imam Suyuty rhm, yang telah menyalahi sekian ramai ulama sebelum beliau dari golongan yang lebih faham agama ini dari beliau.

IJMA'

Imam al-Qarafy rhm [w: 684H ] telah berkata :
فائدة: حكاية الخلاف في أنه عليه الصلاة والسلام كان متعبداً قبل نبوته بشرع من قبله يجب أن يكون مخصوصاً بالفروع دون الأصول، فإن قواعد العقائد كان الناس في الجاهلية مكلفين بها إجماعاً، ولذلك انعقد الإجماع على أن موتاهم في النار يعذبون على كفرهم، ولولا التكليف لما عذبوا، فهو عليه الصلاة والسلام متعبد بشرع من قبله –بفتح الباء- بمعنى مكلف، هذا لا مرية فيه، إنما الخلاف في الفروع خاصة، فعموم إطلاق العلماء مخصوص بالإجماع، انتهى كلامه.
Faedah : Hendaklah dikhususkan hikayat khilaf apakah Nabi SAW telah beribadat dengan syariat sebelum beliau sebelum kenabiannya pada cabang agama bukan usul(aqidah). Ini kerana manusia dizaman Jahiliah dibebankan dengan prinsip2 aqidah secara Ijma'. Oleh itu telah terjadi ijma' bahawa orang2 yang mati dikalangan mereka dalam neraka, diazab kerana kekufuran mereka, jika bukan kerana takleef ( kewajiban ) ini tentu mereka tidak diazab. Maka Nabi SAW ditaklifkan dengan syariat sebelum beliau, ini tiada ragu2 padanya, hanyasanya khilaf itu pada cabang sahaja, maka umum kata2 ulama dikhususkan dengan ijma. “ [ Syarh Tanqeehul Fusul : m/s 296 ]

Penulis katakan : ini juga satu dalil bahawa dakwah Nabi terdahulu telah sampai kepada orang2 Quraish. Mereka telah mengenal dasar2 tauhid, namun hanya segilintir yang diberikan hidayat untuk menyalahi arus syirik Jahiliyah, Nabi SAW adalah antara kumpulan itu, Abu Bakar juga dikatakan tidak pernah sujud kepada berhala, disana ada beberapa kisah orang2 Jahiliyah yang berusaha mentauhidkan Allah, seperti Waraqah Bin Naufal, Qus bin Saa'idah dan Zaid bin Amru bin Nufail. Khabar2 mereka boleh didapati dalam Bidayah wan Nihayah oleh ibnu Katsir Juz2.

12) Adapun Zaid bin A'mru Bin Nufail, kisah beliau diriwayatkan oleh Imam al-Bukhary dalam Sohihnya. Dengan sanandnya dari Abdullah bin Umar r.anhuma :
" أن النبي صلى الله عليه وسلم لقي زيد بن عمرو بن نفيل بأسفل بلدح ، قبل أن ينزل على النبي صلى الله عليه وسلم الوحي ، فقُدِمَت إلى النبي صلى الله عليه وسلم سفرة ، فأبى أن يأكل منها ، ثم قال زيد : إني لست آكل مما تذبحون على أنصابكم ، ولا آكل إلا ما ذكر اسم الله عليه ، وأنّ زيد بن عمرو كان يعيب على قريش ذبائحهم ، ويقول : الشاة خلقها الله ، وأنزل لها من السماء الماء ، وأنبت لها من الأرض ، ثم تذبحونها على غير اسم الله ، إنكارا لذلك وإعظاما له". 
 
(( Sesungguhnya Nabi SAW bertemu Zaid Bin A'mru Bin Nufail dihujung Baldah ( berhampran Tan'eem ) sebelum wahyu turun kepada Nabi SAW, lalu dihidangkan makanan kepada Nabi tetapi beliau enggan memakannya, kemudian Zaid berkata : Aku tidak makan yang kamu sembelih dengan nama berhala2 kamu, aku tidak makan kecuali yang kamu sebut nama Allah atasnya.” Dan adalah Zaid bin A'mru mencela penyembelihan Quraish, beliau berkata : Kambing Allah yang ciptakan, Dia yang ,menurunkan hujan dari langit untuknya, Dia yang menumbuhkan tumbuhan atas bumi, kemudian kamu menyembelihnya dengan selain nama Allah?! Menginkari yang demikian.)) [ Sohih al-Bukhary : Kitab Manaqib al-Ansar : 3826 ]

Kata2 berani ini adalah hujjah atas orang2 Quraish, sekaligus hujjah bahawa telah sampai kepada mereka sisa dari agama Nabi Ibrahim.

Berkata A'llamah Ali bin Sultan al-Qariy rhm [ 1014H ] yang mensyarahkan dalil2 aqidah Imam Abu Hanifah rhm bahawa ibu bapa Rasulullah SAW mati atas kekufuran:
وأما الإجماع فقد اتفق السلف والخلف من الصحابة والتابعين والأئمة الأربعة وسائر المجتهدين على ذلك، من غير إظهار خلافٍ لما هُنالك. والخلاف من اللاحق لا يقدح في الإجماع السابق، سواء يكون من جنس المخالف أو صنف الموافق
Adapun Ijma', maka telah sepakat salaf dan khalaf dari kalangan sahabat, tabien dan imam2 empat serta seluruh ulama mujtahid atas yang demikian, dengan tanpa menzahirkan khilaf tentangnya. Khilaf yang baru timbul tidak menjejas Ijma' yang telah berlalu, samada ia datang dari jenis yang menentang atau dari golongan yang bersetuju. “ [ Adillah I'tiqad Abi Hanifah fi Abawai ar-Rasul m/s 84 ]

Wallahu A'lam


Monday, April 25, 2011

Pandangan Status Ibu Bapa Nabi SAW : Satu penelitian (3)

Berkata Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama :
"
 

"
JAWABAN

Tidak diketahui bagaimana bahagian Penyelidikan Jabatan boleh pasti mana satu riwayat ini adalah dengan makna, mana yang dengan lafaz? Namun biasanya perawi yang lebih mantap hafalannyalah yang akan diambil riwayatnya. Telah dibentangkan bahawa riwayat Muslim adalah yang paling sohih. Didalamnya terdapat lafaz : (( Sesungguhnya bapaku dan bapamu didalam neraka.))

Perlu kita ketahui bahawa asal riwayat adalah dengan lafaz. Kemudian pula jika ia adalah  riwayat dengan makna, bukankah maknanya seharusnya tidak berubah? Jika lafaznya sangat berbeza, samada ia bukan hadith yang sama atau salah satu darinya adalah kesilapan. Apabila tidak boleh dijama'kan, maka jalannya adalah tarjeeh.
Telah dibentangkan dalam bahagian pertama siri tulisan ini bahawa riwayat Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas bin Malik r.a dalam sohih Muslim adalah yang paling bagus sanadnya. Kemudian pula Imam Muslim terkenal sebagai sangat teliti dalam penulisan sanad dan matan didalam kitabnya. Sehinggakan para ulama memilih riwayat Sohih Muslim berbanding riwayat Sohih Bukhary apabila meriwayatkan hadith2 ' muttafaq a'laihi . Ini diketahui oleh para penuntut ilmu hadith. Imam Muslim sering mengatakan contohnya : " Dan lafaz sekian sekian tidak terdapat dalam riwayat fulan." " Dan yang ini adalah riwayat Fulan.." " Terdapat dalam hadith Fulan tambahan dan kekurangan kata2..." Ini antara sebab Imam Muslim membawa pelbagai jalur untuk satu riwayat hadith semata2 kerana perbezaan lafaz, yang terkadang tidak merubah makna.

Perkara kedua, terdapat dua permasalahan dalam riwayat Sa'ad bin Abi Waqqas dalam Musnad al-Bazzar dan Mu'jam Imam Tabarany  :

1) Riwayat ini dikatakan sanadnya rijal yang sohih sedangkan ia berpenyakit ( ma'lul )
2) Riwayat ini bukan hadith yang sama, tetapi kisah yang berlainan
RIWAYAT IBRAHIM BIN SA'AD DARI ZUHRY

Penulis akan meringkaskan pembahasan sanad ini :

TAKHREEJNYA

Riwayat ini dikeluarkan dalam kitab2 ini :
1) Mu'jam Kabir Tabarany 
2) Musnad al-Bazzar
3) Abu Nu'aim dalam ' Marifah as-Sahabah'
4) Ibnus Sunni dalam ' Amal yaum wa lailah '
5) ad-Diyaa' al-Maqdisiy dalam 'al-Mukhatarah '
6) Daraqutny dalam ' al-Garaib wal Afrad '
7) al-Bayhaqy dalam ' Dalail an-Nubuwwah '
Kesemuanya dari jalur2 pelbagai yang bertemu kepada Ibrahim bin Sa'ad dari Zuhry dari A'mir bi Sa'ad dari bapanya Sa'ad bin Abi Waqqas r.a (1)


Berkata Daraqutny rhm dalam al-Afrad : " Ibrahim bin Sa'ad bersendirian ( tafarrada ) dengannya dari Zuhry darinya."

Sanadnya pula bersambung. Kesemua mereka diatas memang adalah rijal sohihain.  Ia bererti rijal (perawi)nya adalah yang digunapakai oleh Imam Bukhary dan Muslim dalam kitab sohih mereka. Namun apakah riwayat ini sohih?

RIWAYAT MA'MAR DARI ZUHRY 

Hadith Sa'ad bin Abi Waqqas r.a ini juga dikeluarkan oleh Abdur Razaq as-Son'aany rhm dalam Musannafnya [ no 19687 ].

Sanadnya adalah sanad yang masyhur juga adalah rijal sohihain dari : Ma'mar bin Rasyid dari Zuhry bahawa (( Sesungguhnya telah datang seorang A'raby kepada Rasulullah ..)) seperti riwayat diatas.

Maka jelas kita dapati hadith Ma'mar ini mursal. Terputus sanadnya antara Zuhry dan Rasulullah SAW. Zuhry meriwayatkan langsung dari Rasulullah SAW sedangkan beliau adalah seorang  dari tobaqah kedua Tabien pertengahan yang mana riwayat2 mursal beliau sangat lemah.
Disini kita dapat lihat bahawa kedua2 murid Zuhry; Ibrahim bin Sa'ad dan Ma'mar bin Rasyid telah bercanggah dalam riwayat. Seorang meriwayat secara mausul ( bersambung ) seorang lagi secara mursal ( terputus ).

Bila kita lihat kata2 ulama Jarh wa Ta'deel kita dapati Ma'mar lebih mantap dari Ibrahim dalam riwayat mereka dari Zuhry, walaupun kedua2 mereka tsiqah.

NUKILAN TENTANG MA'MAR DARI ZUHRY

قال الدوري عن ابن معين: "أثبت الناس في الزهري مالك ومعمر ثم عد جماعة
Berkata a-Duury dari Ibnu Ma'een rhm : " Orang yang paling mantap dari Zuhry ialah Malik, Ma'mar dan beliau menyenaraikan segolongan perawi "  [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 4/125 ]

وقال ابن أبي خيثمة عن ابن معين: "معمر أثبت في الزهري من ابن عيينة
Berkata Ibnu Abi Khaitsamah dari Ibnu Ma'een : " Ma'mar lebih mantap riwayatnya dari Zuhry berbanding Ibnu U'yaynah. " [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 4/125 ]

وقال عثمان الدارمي: "قلت لابن معين: معمر أحب اليك في الزهري أو ابن عيينة أو صالح بن كيسان أو يونس؟ فقال في كل ذلك معمر
Berkata Uthaman ad-Darimy: " Aku berkata kepada Ibnu Ma'een: Ma'mar lebih engkau sukai riwayatnya dari Zuhry atau Ibnu U'yaynah atau Solih bin Kaisan atau Yunus? Beliau menjawab: Dalam semuanya Ma'mar " [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 4/125 ]


Penulis katakan, kesemua perawi diatas murid2 Zuhry; Sufyan bin Uyaynah, Solih bin Kaisan dan Yunus bin Yazid al-Aily adalah perawi sohihain, namun riwayat Ma'mar dari Zuhry lebih unggul .

NUKILAN TENTANG IBRAHIM BIN SA'AD DARI ZUHRY
 
 قال فيه صالح جزرة: "حديثه عن الزهري ليس بذاك لأنه كان صغيرا حين سمع من الزهري
Berkata Solih bin Jazarah rhm : " Hadith beliau dari Zuhry tidak begitu, kerana beliau masih kecil ketika mendengar dari Zuhry." [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 1/66 ]


* Penulis katakan : Umur Ibrahim ketika Zuhry meninggal dunia hanya lebih kurang 17 tahun. Beliau dilahirkan tahun 108H sedangkan Zuhry wafat tahun 125H.
  وقال الذهبي: "ليس هو في الزهري بذاك التثبت  
Berkata Zahaby : " Tidaklah beliau dari Zuhry begitu mantap "  [ Man tukullima Fihi wahuwa Tsiqah ]

HADITH SA'AD BIN ABI WAQQAS MURSAL

Dengan itu yang mahfuz terpelihara adalah riwayat Ma'mar bahawa ia adalah mursal, ia termasuk hadith lemah. Adapun riwayat Ibrahim yang ingin dijadikan hujjah oleh para ikhwah diJabatan adalah munkar, atau syadz kerana menyalahi Ma'mar.

Ibnu Abi Hatim telah bertanya bapa beliau ( Abu Hatim rhm ) tentang hadith Sa'ad bin Abi Waqqas r.a ini : 
(( ...riwayat mursal yang lebih tepat (asybah ).)) [ I'lal Ahadith : Masalah no 2263, 5/692-693].


Demikian juga jawaban Imam Daruqtny rhm apabila ditanya tentang riwayat ini, bahawa yang benar ia adalah mursal. [  al-Ilal : 4/334 ].

Nah, dihadapan kita terdapat dua imam i'lal, Abu Hatim( 240-327H) dan Daraqutny( 306-385H) sepakat mencacatkan riwayat ini.


Begitu juga kata Syaikh Ishaq al-Huweiny, murid Syaikh Albany. Adapun Syaikh Albany rhm, beliau sependapat dengan sebahagian ulama seperti  ad-Diyaa al-Maqdisy, al-Busiry dan Suyuty rhm mensahihkannya. 

MURSAL ZUHRY

Mursal Zuhry dikira sebagai riwayat mu'dhol ( مُعضَل ) terputusnya sekurang2nya dua perawi, diatas  beliau bukan hanya seorang sahabat.


قال يحيى القطان : ( مرسل الزهري شر من مرسل غيره ؛ لأنه حافظ ، وكلما يقدر أن يسمي سمى ؛ وإنما يترك من لا يستجيز أن يسميه
شرح علل الترمذي ) لابن رجب 1 / 284

Berkata Yahya al-Qattan rhm : (( Riwayat2 Zuhry yang mursal adalah lebih buruk dari mursal orang lain, kerana beliau seorang Hafiz, setiap kali beliau mampu menamakan ( gurunya) beliau akan namakan, hanysanya beliau tinggalkan guru yang beliau tidak sanggup menamakannya ( kerana sangat lemahnya ). "


Dan memang Imam Zuhry ada meriwayatkan dari perawi lemah.

Berkata Imam Syafiey rhm :

إرسال الزهري، ليس بشئ لانا نجده يروي عن سليمان بن أرقم

" Mursal Zuhry lemah, kerana kami dapati beliau meriwayatkan dari Sulaiman bin Arqam. " [
Siyar A'lam al-Nubala' : 5/ 338-339 ]


Berkata al-Hafiz dalam at-Taqreeb, Sulaiman bin Arqam al-Basry adalah perawi lemah. 

JAWABAN KEDUA ( KISAH BERBEZA )

Menta'leelkan riwayat perlu dipastikan bahawa riwayat2 ini saling bercanggahan. Terdapat qarinah bahawa kedua kedua riwayat ini berlaku berasingan...

1) Kita dapati bahawa yang meriwayatkan hadith ini adalah sahabat yang berbeza, pertama Anas bin Malik r.a dalam Sohih Muslim, kedua Sa'ad bin Abi Waqqas r.a dalam Tabrany dll. 
2) Kandungan kisah pula tidak menyebut nama lelaki yang bertanya tentang bapanya sehingga kita boleh putuskan bahawa ia adalah kisah yang sama. 
3) Anas r.a menyebutkan " datang seorang lelaki...", riwayat Sa'ad :" datang seorang A'raby ( badwi )."

Bukankah kemungkinan bahawa beliau adalah lelaki yang berbeza? Jika demikian bukankah mungkin jawaban Rasulullah SAW juga berbeza?

ANDAIAN KISAHNYA ADALAH SAMA


Jika diandaikan ia adalah kisah yang sama, tetap tidak terdapat dalam riwayat Sa'ad bahawa Nabi SAW meningkari bahawa bapa baginda juga dalam neraka. Anas r.a pula telah menyebutnya. Mengapa pula Jabatan wewenang menginkari yang tidak diingkari Rasulullah SAW?

Secara ilmiah juga ini boleh dianggap sebagai tambahan ilmu (  زيادة علم ) dari Anas. Maka bila tiada percangahan, ia wajib diterima. Begitu juga diterima tambahan riwayat Sa'ad r.a " Setiap kali engkau melalui kubur seorang kafir, beritahu dia bahawa dia dineraka. "


Namun yang rajih secara ilmiah, Allah juga yang  maha mengetahui, riwayat Sa'ad lemah kerana mursal dari Zuhry, maka tinggal kita dengan riwayat Anas dalam Sohih Muslim.


Wallahu Waliyyu at-Taufiq

__________
(1)
أخرجه الطبراني في "المعجم الكبير" (1/145/326)، - ومن طريقه أبونعيم في "معرفة الصحابة" (1/139) -، والبزار في "مسنده" (1/64-65-كشف)، وابن السني في "عمل اليوم والليلة" (رقم:596- مع عجالة الراغب المتمني)، - ومن طريقه الضياءُ المقدسيُّ في "الأحاديث المختارة" (3/204) -، والدارقطني في "الغرائب الأفراد" (1/128-أطرافه)، والبيهقي في "دلائل النبوة" (1/191-192)، وقاضي المارستان في "مشيخته" (رقم: 254) من طرق عن إبراهيم بن سعد، عن الزهري به. هكذا موصولاً



Pandangan Status Ibu Bapa Nabi SAW : Satu penelitian (2)


 JAWABAN

Rasulullah SAW adalah seorang yang dipilih Allah untuk menyampaikan dari Allah. Kita semua tahu bahawa tugas baginda adalah tableegh dan bayan, beliau seorang yang paling fasih, diberikan jawamiu'l kalim. Lawan darinya adalah penyampaian yang tidak jelas lagi samar2, apalagi mengelirukan orang.

Kami hampir tidak percaya  ada seorang muslim akan mengatakan bahawa :

1) lafaz dari mulut Nabi SAW tidak boleh dijadikan sandaran hukum. 
Maka lafaz siapa lagikah yang dijadikan hukum?
2) Nabi SAW menggunakan teknik sengaja mengeluarkan lafaz yang memiliki erti kesamaran  untuk menjaga hati orang.

Lazim kata2 ini lebih buruk dari yang pertama. Ini lazimnya menuduh Nabi SAW  :
a) sengaja berbohong dalam khabar ghaib
b) takut kepada manusia, tidak takut kepada Allah wal i'yadzu billah!
Yang diketahui menekuni teknik kesamaran ini adalah puak Syiah dengan ' taqiyyah ' mereka.

Kita tidak pernah mendengar bahawa bolehnya berbohong untuk maslahat dakwah.  Bahkan beliau tidak berbohong walau pun baginda dihunus dengan sebilah pedang oleh musuh. Beliau tidak perlu berbohong untuk diterima dakwahnya. Tugas Nabi hanya menyampaikan. Jika tsabit walau sekali dalam sirah sudah cukup mencacatkan risalahnya.  

Rasulullah SAW tidak mengucapkan melainkan al-haq, dalam keadaan redha dan marah. Sebab itu baginda mengizinkan sahabat menulis apa juga yang keluar dari mulut baginda yang mulia. 

اكتب فو الذي نفسي بيده ما خرج منه إلا حق
  (( Tulislah!, Demi yang jiwaku ditangannya, tidaklah yang keluar darinya ( beliau mengisyaratkan kepada mulutnya) melainkan kebenaran. ))

Hadith dari Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a dlm Sunan Abu Daud dan Darimy, disohihkan  syaikh Albany] 

Beliau adalah al-Ameen dalam Jahiliyyah, beliau jugalah al-Ameen dalam Islam.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى
(( Tidaklah beliau berkata2 dengan hawa nafsu, ia hanyalah wahyu yang wahyukan )) [an-Najm : 3-4]

Walaupun kita akur bahawa seorang muslim boleh berbohong kerana darurat, untuk menyelamatkan nyawa, walaupun mengucapkan kata2 kekufuran, ia tidak berlaku kepada Rasulullah SAW.

Jika menjaga perasaan seseorang amat kritikal dalam manhaj dakwah Rasulullah SAW, beliau dapat sahaja mengelak dari menjawab soalan lelaki itu. Ini tentu lebih ringan dari menjawab dengan kebenaran kemudian terpaksa berbohong sesudahnya. Siapa sahaja dapat berhujjah guna akal-akalan. Bahkan jika seorang gemar berkhayal, jika teknik taqiyyah dibolehkan, boleh sahaja awal2 lagi Nabi SAW menjawab : " Sesungguhnya bapamu disyurga ", ini tentu lebih menyenangkan hati beliau!

Kami tidak menafikan berhikmah dalam berdakwah, menimbang maslahat dan mafsadah, tetapi sehingga membolehkan bertaqiyyah tentang khabar ghaib? Sehingga dalam mengkhabarkan seorang itu ahli neraka atau bukan?!  Jabatan perlu memikirkan jawaban yang lebih berasas.

Yang paling menunjukkan kelemahan dakwaan Jabatan ini, jika diterima perkara a) hingga d) sebagai maslahat, maka ia memestikan bahawa telah benar bahawa Rasulullah SAW memanggil sahabat itu dan berkata : " Sesungguhnya bapaku dan bapamu dineraka " sebagaimana dalam Sohih Muslim.

Berkata Abul Abbas al-Qurtuby [ w 656H ]  pengarang al-Mufhim mensyarahkan hadith Muslim ini : 
« قوله عليه الصلاة والسلام « إن أبي وأباك في النّار » جبرٌ للرجل ممّا أصابه وأحاله على التّأسّي 
 
حتّى تهون عليه مصيبته بأبيه » المفهم 1 / 46

(( Kata2 baginda SAW : " Sesungguhnya bapaku dan bapamu dineraka " adalah sebagai pemujuk lelaki itu dari musibah yang menimpanya, dan menunjuk beliau agar bertauladan dengan baginda ( yang sama keadaan bapanya ) sehingga ringan atasnya musibah kerana ( khabar ) bapanya. ))

Maka semestinya khabar itu benar untuk mencapai tujuan, secara riwayat dan makna, Jika ternyata  ia hanya teknik berbohong yang licik, apakah perasaan sahabat itu bila mengetahuinya?! Perhatikan bagaimana hujjah Jabatan terbalik atas diri mereka sendiri secara mereka tidak sedari!

Dan lebih bahaya lagi apabila kaedah ini dibenarkan dalam khabar2 syariat, bilamanakah yang Nabi berkata benar, bilamanakah yang baginda sedang menggunakan ' teknik kesamaran '? Bukankah ini menimbulkan keraguan kepada riwayat, kepada syariat? 

Semoga pihak Jabatan merenung kembali hujjah2 ini, kepada Allah sahaja diserahkan segala urusan.