Tuesday, March 22, 2011

Imam Syafiey : " Maka Allah menasabkan Ibrahim kepada bapanya sedangkan bapanya kafir.."



Ar-Rabie' bin Sulaiman mengkhabarkan kepada kami, dia berkata : Berkata  as-Syafiey r.a :

(( Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman : " Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, ...". Dan Allah A'zza wa Jalla berfirman : " Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar ..."

Maka Allah menasabkan Ibrahim kepada bapanya sedangkan beliau kafir, dan  menasabkan anak Nuh kepada bapanya, Nuh, sedangkan anaknya kafir...)).

 Kata2 dari Imam Syafiey ini kita dapati dalam kitab yang tidak asing lagi al-Umm, Kitab al-Faraidh, Bab al-Mawarith : 5/160. 

PELAJARAN2 PENTING DARI DAKWAH NABI IBRAHIM

Bagi siapa yang membaca al-Quran, tentu tidak tersembunyi dari mereka bahawa kisah dakwah Nabi Ibrahim kepada bapanya berulang2 dibeberapa tempat didalam al-Quran. Maksud dari kisah yang penuh pelajaran ini adalah :


1) Kesesatan manusia disebabkan taqlid buta

2) Rahmat Allah kerana mengutuskan dikalangan setiap umat Rasul yang mengajak mereka kepada Tauhid dan meninggalkan syirik

3) Kesungguhan para anbiya' mendakwah setiap kaumnya tanpa memilih kasih, termasuk ahli keluarga mereka sendiri

4) Uslub dakwah yang penuh hikmah dan lembut namun tegas menerangkan kebenaran, membatalkan kebatilan

5) Hidayah dan Taufiq adalah ditangan Allah, para Rasul manusia biasa yang hanya menurut perintah Rabbnya utk menegakkan hujjah Allah atas manusia

6) Nasab keturunan seseorang kepada seorang yang dekat kepada Allah tidak memberi faedah jika Allah tidak takdirkan agar dia diberi hidayat Allah, dan Allah lebih mengetahui siapa yang berhak diberi petunjuk. Tidaklah Allah menzalimi hamba2Nya tetapi merekalah menzalimi diri mereka sendiri. Merekalah yang memilih menolak kebenaran yg dibawa para rasul.

7) Orang yang mati dalam syirik tempatnya dineraka kekal selama2nya, dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak bermanfaat bagi mereka syafaat orang yang memberi syafaat. Haram hukumnya meminta pengampunan untuk mereka. Ini kerana Allah yang Maha Agung tidak akan mengampunkan dosa orang yang mati mensyirikanNya.


Inilah ringkas fawaaid ayat2 ini, dan ia amat banyak didalam al-Quran, ia jelas menunjukkan kepentingan Tauhid dan bahaya syirik. 


AYAT2 AL-QURAN DAN KISAH NABI IBRAHIM DAN BAPANYA
 

Adapun berkaitan dengan bapa Ibrahim kita dapati Al-Quran telah merakamkan kisah dakwah Nabi Ibrahim mengajak bapanya meninggalkan syirik dan agar mentauhidkan Allah dienam surah. Surah2 tersebut adalah :
1) al-An'aam
2) Maryam. Terdapat 5 tempat disini Nabi Ibrahim memanggil bapanya dengan panggilan hormat dan kasih sayang : Ya Abati ! " Wahai bapaku !
3) al-Anbiya'
4) as-Syua'ara'
5) as-Saffaat
6) az-Zukhruf


Al-Quran  menyebutkan nama bapanya dalam satu surah, iaitu dalam surah al-An'aam : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar ... Namun semua surah tersebut merujukkan beliau sebagai bapa Ibrahim. (( و إذ قال إبراهيم لأبيه...  ))

Dalam surah Taubah pula menyebutkan tentang larangan meminta ampun untuk bapa beliau.

(( وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلاَّ عَن مَّوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ ))
(( Dan tidaklah permintaan ampun Ibrahim untuk bapanya  melainkan kerana janji beliau janjikan kepadanya, apabila telah jelas bagi beliau ( Ibrahim ) bahawa bapanya adalah musuh Allah, beliaupun berlepas diri darinya...)) [ at-Taubah : 114]

Dalam surah Mumtahanah, Allah memuji Nabi Ibrahim dan menjadikan beliau contoh yang baik kecuali pada kata2 beliau kepada bapanya : ((  إلا قولَ إبراهيم لأبيه لأستغفرنّ لك ))
 (( ...kecuali kata2 Ibrahim kepada bapanya : aku pasti akan minta pengampunan untukmu ))

Oleh itu para ulama Tafsir dari kalangan salaf sepakat mengatakan bahawa lafaz (( أبيه )) menunjuk kepada bapa Ibrahim. Bahkan tidak diketahui terdapat khilaf tentang hal ini dikalangan salaf . Namun disana terdapat pembahasan dikalangan salaf tentang nama beliau, akan dibentangkan insya nanti Allah, tetapi tiada ulama salaf yg diketahui bahawa beliau bukan bapanya.

IMAM TABARY MENTAFSIRKAN ' AAZAR '
 Imamul Mufasirin Ibnu Jarir at-Tabary[w: 310H ], menyebutkan khilaf ulama tentang makna Aazar lalu membawa 3 pendapat :
1) Aazar adalah nama bapa Ibrahim : beliau nukilkan dengan sanadnya dari Suddy dan Muhammad bin Ishaq
2) Aazar adalah nama beliau, begitu juga adalah Taarih, seperti Ya'qub dan Israail. Ertinya beliau mempunyai dua nama. beliau nukilkan dari Sa'id bin Abdil Aziz
3) Aazar bukan nama bapa Ibrahim, tetapi nama berhala. Ia dinukilkan dari Mujahid dengan 3 sanad. terdapat kelemahan pada sanad2nya.Ia juga dinukilkan dari Suddy.


Maka maksud ayat adalah, : (( Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya, : " Apakah engkau menjadikan Aazar, berhala2 sebagai tuhan2 yang disembah ?" ))

4) Aazar adalah panggilan cacian, sifat bapanya. Maka maksud ayat : (( Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya , siSesat, " Apakah engkau menjadikan berhala2 sebagai tuhan2 yang disembah ?"))

Kemudian beliau membentangkan wajah2 i'rab dan qiraatnya. Diakhirnya Imam at-Tabary berkata : 
 (( Jika tiada wajah yang betul melainkan salah satu dari dua wajah ini, maka pendapat yang lebih tepat pada kebenaran padaku adalah pendapat mereka yang berkata : ia adalah nama bapanya. Kerana Allah Ta'ala zikruhu telah mengkhabarkan bahawa beliau adalah bapanya, dan inilah pendapat ahli limu yang terpelihara, bukan pendapat yang satu lagi yang mana orangnya mendakwa ia adalah sifat ( kepada bapanya ). ))

  Beliau kemudian menjawab syubhat : (( Jika ada yang mengatakan : Sesungguhnya ahli nasab hanyasanya menasabkan Ibrahim kepada Taarih, bagaimana Aazar adalah nama beliau, sedangkan yang diketahui namanya adalah Taarih?

Dikatakan : " Tidak mustahil beliau memiliki dua nama, sebagaimana ramai orang dizaman kita ini, begitu juga ramai orang dizaman dahulu, dan boleh sahaja ia adalah laqab ( gelaran ) yang digelarkan untuknya."

Ini adalah pendapat yg dipilih Imam Ibnu Katsir rhm, beliau berkata : 

(( و هذا الذي قاله جيد قوي, و الله أعلم ))

(( Dan apa yang beliau katakan ini adalah bagus lagi kuat. wallahu a'lam.))

Imam al-Qurtuby dalam tafsirnya juga menyebutkan beberapa pendapat tentang nama bapa Ibrahim, tetapi tidak satupun menyebut bahawa beliau adalah pamannya. [ Ahkamul Quran : 8/435 ]

Begitu juga Imam Ibnul Jauzy rhm , beliau menyebutkan 4 pendapat tentang Aazar, tiada satupun pendapat bahawa beliau adalah paman atau pengasuhnya. [ Zadul Maseer ]

Begitu juga Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya, al-Baghawy dalam tafsir beliau.

Yang penulis ketahui menurut kajian yang terbatas, FakhrurRazy [w: 604H ] dalam tafsir beliau ' Mafatiihul Ghaib' telah menyebutkan satu pendapat mentakweelkan kalimat " bapanya " sebagai pamannya. Beliau memulakan dengan berkata :
 [ Masalah Ketiga ]
 (( Zahir ayat ini menunjukkan bahawa nama bapa Ibrahim adalah Aazar, sebahagian mereka mengatakan namanya Taarih, berkata az-Zajjaj : " Tiada khilaf dikalangan ahli nasab bahawa namanya adalah Taarih, orang2 mulhid telah menjadikan hal ini sebagai mencacatkan al-Quran, mereka berkata nasab ini salah, tidak betul. 

Ulama telah memiliki dua kedudukan dalam hal ini :

[Maqam Pertama ] Sesungguhnya nama bapa Ibrahim adalah Aazar,  adapun kata2 mereka bahawa ahli nasab telah ijma' namanya adalah Taarih, maka kami katakan :  Ini lemah, ijma' itu hanya hasil dari taqlid sebahagian mereka kepada sebahgian yang lain, akhirnya Ijma' ini kembali kepada pendapat satu dua orang, seperti Wahb dan Ka'ab dan selain mereka.


Mungkin pula (pendapat) itu bersandarkan kepada apa yang mereka dapati dari khabar2 Yahudi dan Nasara, tiada nilainya yang demikian berhadapan dengan ayat yang jelas dari al-Quran. ))

Beliau kemudian mendebatkan pendapat kedua yang mengatakan bahawa Aazar bukan nama bapa Ibrahim, dan wajah2 takwilannya. Diakhirnya, pada wajah yang keempat beliau berkata :

 [ Wajah Keempat ] : Nama bapa Ibrahim adalah Taarih, dan Aazar pula adalah paman beliau, dan paman mungkin dinamakan dengan lafaz bapa, seperti yang Allah Ta'ala hikayatkan dari anak2 Ya'qub bahawa mereka berkata : " Kami menyembah tuhanmu, dan tuhan bapa2mu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq tuhan yang satu..." telah maklum bahawa Ismail adalah paman (bukan bapa ) Ya'qub. Mereka telah menamakan beliau bapa, demikianlah disini.


Ketahuilah, takwilan yang dipaksa2 (takalluf2) ini, hanya boleh dipakai apabila adanya dalil yang jelas bahawa nama bapa Ibrahim bukan Aazar, dan dalil tiada wujudnya samasekali ! Maka apakah hajat yang mendesak kita kepada takweel2 ini?  Dan dalil yang menunjukkan kesahihan pendapat bahawa ia adalah sebagaimana yang ditunjukkan zahir ayat ini adalah, orang2 Yahudi, Nasrani dan Musyrikin amat bersemangat untuk mendustakan ar-Rasul alaihis solatu was salaam dan menunjukkan kebencian mereka terhadapnya, jika nasab (dalam al-Quran ) ini dusta, secara adatnya mereka tidak akan diamkan dari mendustakannya, oleh kerana mereka tidak mendustakannya, tahulah kita bahawa ia adalah nasab yang sohih. Wallhu a'lam. ))


Berkata Syaikh Rasyid Redha :

(( Telah diterangkan sebelum ini bahawa menyebut lafaz أب  sebagai paman adalah majaz, tidak boleh dalam bahasa melainkan dengan qarinah yang menghalangnya dari makna yang diingini adalah sebenarnya sedangkan konteks ayat itu menunjukkan secara spesifik yang dimaksudkan adalah makna sebenar...)) [ Tafsir al-Manar ]

HUJJAH PEMUTUS ( الحجة القاطعة )

Berkata Syaikh Ahmad Syakir rhm :

والحجة القاطعة في نفي التأويلات التي زعموها في كلمة " آزر " وفي إبطال ما سموه قراءات تخرج باللفظ عن أنه علم لوالد إبراهيم ، الحديث الصحيح الصريح في البخاري –  . 
Dan hujjah pemutus menafikan takwilan2 yang mereka dakwakan pada kalimat " Aazar " dan membatalkan apa yang mereka namakan qiraat yang mengeluarkan lafaznya dari nama untuk bapa Ibrahim ( pen. samada patung, sifat celaan atau paman ), adalah hadith yang sohih lagi soreeh didalam al-Bukhary :
 dari Abu Hurairah r.a dari Nabi beliau bersabda : " Ibrahim bertemu bapanya Aazar dihari qiyamat, dan diatas wajah Aazar terdapat kehitaman dan debu, maka berkata Ibrahim kepadanya : Bukankah aku telah katakan kepadamu, jangan menyalahi aku,? Berkata bapanya : Hari ini aku tidak menyalahimu. Maka berkata Ibrahim : Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah berjanji padaku tidak akan memalukanku dihari mereka dibangkitkan, maka apakah malu yang lebih hina dari bapaku yang dijauhkan ( dari rahmat )?

Maka Allah berfirman : Sesungguhnya aku telah mengharamkan syurga dari orang2 kafir. Kemudian dikatakan : Wahai Ibrahim, apakah dibawah dua kakimu? Maka beliau melihat dan mendapati tiba2 ia adalah seekor  ذِيخ (hyena jantan )yang berlumuran darah. Maka diambil kaki2nya lalu dicampakkan kedalam api neraka. ))
Saya katakan, hadith Abu Hurairah diatas diriwayatkan Imam al-Bukhary ditiga tempat didalam Sahihnya, satu dikitab al-Anbiya 3350, dua lagi dikitab Tafsir Surah Syua'ara, Bab " Jangan engkau hinaku dihari mereka dibangkitkan " 4768, 4769.

Dikeduanya dengan lafaz (( Ibrahim melihat)), satu lagi (( bertemu - bapanya)).

Ini adalah nas dari Nabi SAW bahawa Aazar adalah bapanya. Beliau ( Ahmad Syakir ) berkata lagi :


 ،  فهذا النص يدل على أنه اسمه العلم ، وهو لا يحتمل التأويل ولا التحريف
ووجه الحجة فيه : أن هذا النبي الذي جاءنا بالقرآن من عند الله فصدقناه وآمنا أنه لا ينطق عن الهوى" هو الذي أخبر أن آزر أبو إبراهيم ، وذكره باسمه العلم في حديثه الصحيح ، وهو المبين الله بسنته ، فما خالفها من التأويل أو التفسير باطل

(( Maka nas ini menunjukkan ia adalah namanya yg benar, ini tidak mengandungi kemungkinan takweel mahupun tahreef ( penyelewengan makna ).


Dan wajah hujjahnya adalah : Sesungguhnya Nabi ini datang kepada kita dengan al-Quran dari sisi Allah maka kita telah membenarkannya, dan kita telah beriman bahawa beliau tidak berkata dengan hawa nafsunya, bahawa beliaulah yang mengkhabarkan bahawa Aazar adalah bapa Ibrahim, menyebut namanya dalam hadithnya yang sohih, dan ia adalah penjelas Allah dengan sunnahnya. Maka apa2 takweel atau tafsir yang menyalahinya adalah batil. ))
http://www.islam-qa.com/ar/ref/161823/%D8%A2%D8%B2%D8%B1

KAJIAN BAHASA - PERUBAHAN TAARIH KEPADA AAZAR

Disana terdapat kajian dari ahli2 bahasa bahawa adalah satu kemungkinan nama Taarih berasal dari Aazar. Berkata Syaikh Soleh al-Munajjid dari Dr Abdur Raheem al-Hindi bahawa setelah perubahan zaman dan terjemahan hal ini berlaku.

Didalam kitab Taurat namanya adalah 'Teerah' (تيرح). Kemudian dlm terjemahan Greeknya adalah 'Tharaa' ثرّا , dengan huruf ha' dibuang. Dlm ilmu saraf ia digantikan dgn alif dihadapan, menjadi 'Aathar' آثر, kemudian Aazar ( آزر ).

Contoh perubahan nama2 kuno ini adalah pada nama 'I'esa' (عيسى ). Asalnya dalam bahasa Arab adalah Yasyuu' (  يشوع )', kemudian a'in pindah ke hadapan dan wau berganti ya', maka jadilah I'esya. Syin kemudian bertukar kepada huruf Sin, menjadi I'esa (عيسى ).

KESIMPULAN
 
Bahas ini menunjukkan bahawa tidak terdapat tafsir yang boleh dipegang bahawa bapa Nabi Ibrahim bukan penyembah berhala, beliau menolak dakwah anaknya, dan akhirnya mati dalam kesyirikan. Tempat beliau adalah dineraka, beliau diubah oleh Allah dihari kiamat menjadi bentuk haiwan yang dicampakkan kedalam neraka. Ini adalah aqidah ahlus Sunnah wal Jama'ah dari kalangan salafus solih, tidak terdapat mana2 nukilan mereka mengatakan sebaliknya. Sedangkan diketahui bahawa manhaj mereka adalah berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ini juga tidak menyebabkan keaiban dan menyakiti Nabi Ibrahim a'laihissalam, bahkan ia adalah aqidah yang penuh pelajaran kepada manusia yang ingin memikirkan.  Ia adalah peringatan agar tidak bersandar kepada persahabatan dan hubungan kekerabatan. Berbeza dengan ahlul bid'ah, golongan Syi'ah Rafidhah, yg mendewa2kan keturunan membabi buta. Hanya mereka yang menolak al-Quran dan hadith2 yang sohih, sehingga mentakweelkan bapa menjadi paman atau bapa tiri atau datuk sebelah ibu. Yang malangnya ini juga diikuti oleh sebahagian puak Sufi. Pendapat ini disebutkan oleh FakhruRazy dan beliau telah menolak syubhat mereka. Semoga penulis diberi kesempatan membentangkannya. Demikianlah, barangsiapa yang Allah tidak jadikan cahaya nur untuknya maka tiadalah dia cahaya nur..

Wallahu a'lam