Wednesday, April 13, 2011

Ketahuilah bahwa Rafidhah berkata bapa2 Nabi SAW beriman ...

Berkata FakruRazy rhm dlm tafsirnya :
(( [Masalah Keempat]

Syiah berkata : Sesungguhnya tidak seorang pun bapa2 dan datuk2 Rasul a'laihis solatu was salam yang kafir, dan mereka meningkari dikatakan bahawa bapa Ibrahim adalah kafir, dan mereka menyebutkan bahawa Aazar adalah paman Ibrahim a'lahis salam. Dia bukanlah bapanya. Dan mereka berhujjah utk kata2 mereka dengan beberapa wajah : )) [Tafsir Fakhru Razy :24/173]

Penulis sempat melihat beberapa rujukan Syiah Rafidah :

Berkata Ulama Syi'ah yg digelar mereka al-Mufid al-Baghdady[ 336-413H ] :
الشيخ المفيد - أوائل المقالات - رقم الصفحة : ( 45/46 )

- وإتفقت الإمامية على أن آباء رسول الله (ص) من لدن آدم إلى عبد الله بن عبد المطلب مؤمنون بالله - عز وجل - موحدون له ، وإحتجوا في ذلك بالقرآن والأخبار ، قال الله - عز وجل : الذي يراك حين تقوم * وتقلبك في الساجدين ، قال رسول الله (ص) : لم يزل ينقلني من أصلاب الطاهرين ، إلى أرحام المطهرات حتى أخرجني في عالمكم هذا ، وأجمعوا على أن عمه أبا طالب - رحمه الله - مات مؤمناً ، وأن آمنة بنت وهب كانت على التوحيد ، وأنها تحشر في جملة المؤمنين ، وخالفهم على هذا القول جميع الفرق ممن سميناه بدء.


(( Dan puak al-Imamiyah ( Syiah Rafidhah ) telah sepakat bahawa bapa2 Rasulullah SAW sejak Adam hingga Abdullah bin Abdul Muttalib beriman kepada Allah A'zza wa Jalla, mentauhidkanNya, dan mereka berhujjah untuk yg demikian dengan al-Quran dan khabar2, Allah A'zza wa Jalla berfirman : " Yang melihatmu ketika engkau berdiri, dan bolak-balikmu bersama orang2 yang sujud. " Berkata Rasulullah SAW : " Allah sentiasa memindahkanku dari sulbi lelaki yang suci kepada rahim2 yang suci, sehingga Dia keluarkanku dalam alam kamu ini

Dan mereka telah Ijma' bahawa paman beliau Abu Talib rahimahullah mati beriman, dan bahawa Aminah Binti Wahb adalah diatas tauhid, dikumpulkan bersama orang2 mukminun, dan semua puak yang kami sebutkan  nama2 mereka pada awal ini telah menyalahi mereka dalam kata2 ini. )).

Dalam kitab yang sama Syaikh al-Mufid ini telah mengkafirkan semua orang yang menginkari imam2 Syiah dan tidak taat kepada mereka. Beliau  juga berkata bahawa mereka berhak dikekalkan dalam api neraka!

Penulis akan menangguhkan pembahasan tentang ibu-bapa Rasulullah SAW dan Abu Talib dlm artikel lain insya Allah. Tulisan ini  hanya menyambung posting tentang kekafiran bapa Nabi Ibrahim a.s.

SYUBHAT2 SYIAH TENTANG KEIMANAN NENEK MOYANG NABI

Sebelum kita meneliti dalil2 mereka, perlu kita faham dasar aqidah Imamiyah. Beriman kepada para Imam Syiah yang dua belas adalah rukun iman mereka, dan imam2 mereka semuanya dari keturunan ahlul bait, dari keturunan imam pertama mereka Ali bin Abi Talib dan Fatimah r.a .Mereka mendakwa semua imam2 ini dipilih Allah, setiap mereka diwasiatkan oleh imam sebelum mereka, oleh itu mereka dianggap sebagai wakil Allah diatas muka bumi ini berstatus seperti Nabi SAW yang maksum lagi paling suci nasab keturunannya.

Sebab itu mereka mendakwa bahawa Imamah ini hanya ditangan mereka, manusia dari keturunan lain tidak sesuci dan semulia mereka. Jika kita faham dasar ini, mereka terpaksa membuktikan semua bapa2 Imam yang akhirnya bertemu kepada bapa Ali dan Fatimah suci dan beriman juga. Masalah bagi mereka adalah nas2 yang menerangkan bahawa bapa Ali r,a, iaitu Abu Talib mati kafir, begitu juga bapa kepada bapa Fatimah, r.a iaitu ibu bapa Rasulullah SAW, kemudian datuk mereka Abdul Muttalib, dan akhir sekali bapa Nabi Ibrahim.

Oleh itu mereka terpaksa menolak atau mentakwil semua nas2 ini, jika mereka gagal menolak kekufuran walau seorang sahaja dalam silsilah nasab ini, maka robohlah aqidah Imamiah mereka.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rhm : (( Kemudian, termasuk kejahilan Rafidah, mereka mengagungkan nasab anbiya', bapa2 dan anak2 mereka, tetapi mencacatkan isteri2 mereka., semuanya kerana asabiyah dan mengikut hawa nafsu, mereka mengagungkan Fatimah, al-Hasan dan al-Husain tetapi mencaci Aisyah Ummul Mukminun, maka mereka berkata, atau berkata orang2 yang berkata diantara mereka, bahawa Aazar bapa Ibrahim adalah orang beriman, kedua ibu bapa Nabi SAW adalah beriman, supaya mereka tidak berkata (jika ) seorang Nabi bapanya kafir, maka mungkin anaknya juga kafir, maka tiada kelebihan dengan nasab keturunan semata2. )) [ Minhajus Sunnah : 2 / 349 ]

Dan beliau berkata lagi  (( Jika seorang  itu tidak jadi mudarat kerana bapanya kafir, maka begitu juga  tidaklah Nabi kita dan Nabi Ibrahim, tidak juga Ali jadi mudarat kerana bapa2 mereka kafir. )). [ 2/376].

Dalil mereka sebenarnya tidak berganjak dari sekedar syubhat2 yang lemah, qeel wa qaal, samada tafsiran yg syaz, atau riwayat yg lemah lagi palsu. Semua ini dihiasi dengan emosi cinta ahlul bait dan Nabi.

SYUBHAT PERTAMA

Firman Allah Ta'ala : (( Bertawakallah kepada al-Azeez ar-Raheem, yang melihatmu ketika engkau berdiri, dan bolak-balik bersama orang2 yang sujud )) [ as-Syua'ara :216-219 ]

Mereka berkata bahawa Ibnu Abbas telah mentafsirkan (( bolak-balikmu bersama orang2 yang sujud)) ertinya : berpindah-pindah dari seorang yang sujud kepada seorang yang sujud, yakni orang yang beriman kepada orang yang beriman. Maka ini dalil bahawa semua nenek moyang Nabi orang2 yg beriman.

Jawaban

Imam Ibnu Jarir at-Tabary telah meriwayatkan tafsiran ulama salaf tentang ayat ini sebagai berikut :

1) Yang melihat bolak balikmu dalam solatmu, ketika engkau berdiri, ketika engkau ruku' dan ketika engkau sujud. Beliau meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas. r.a dan I'krimah. Satu lagi sanad dari I'krimah dengan tambahan : (( ketika duduk )).

2) Yang melihatmu ketika engkau berbolak-balik bersama orang2 yang solat, dan penglihatanmu kepada mereka dibelakangmu sebagaimana engkau melihat mereka dihadapanmu. Beliau riwayatkan dengan tiga sanad dari Mujahid.

3) Yang melihatmu bergerak2 bersama orang2 yang solat, diri dan duduk bersama mereka. Diriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas, Qatadah dan Ibnu Zaid.

4) Yang melihatmu dalam urusanmu bersama manusia. Dengan sanadnya dari al-Hasan.

5) Yang melihatmu dalam berbolak balik dalam urusan2 dirimu, seperti para Anbiya sebelummu. Orang2 yang sujud mengikut mereka adalah para Anbiya'. Ini adalah tafsiran Sae'ed.

Perhatikan tafsiran yang dinukilkan dari Ibnu Abbas oleh Imam at-Tabary rhm.

Pilihan Imam Tabary :

Beliau berkata :
" Pendapat yang paling kuat dalam tafsirannya adalah pendapat mereka yang berkata bahawa tafsirnya adalah : Dan yang melihat bolak-balikmu bersama orang2 yang sujud dalam solat mereka bersamamu, ketika engkau berdiri bersama mereka, ruku' dan sujud. Ini kerana yang demikian adalah yang zahir dari maknanya."

Beliau kemudian menyanggah pendapat yang mengatakan bahawa " bersama manusia ", sebagai jauh dari kefahaman ayat, sebab tidak yang difahami dari kata2 seseorang " Fulan bersama orang2 yang sujud " bahawa dia bersama orang-ramai, tetapi mereka akan faham bahawa dia bersama kaum yang sujud, dan makna sujud diketahui ( yakni solat ).

Perhatian :  Imam at-Tabary tidak menyebut langsung tafsiran yang digunakan Syiah, bahawa Ibnu Abbas r.a berkata : :((   من ساجد إلى ساجد )) "dari seorang yang sujud kepada seorang yg sujud."

 Saya ( penulis ) katakan, terdapat riwayat bahawa setelah dimansukhkan kewajiban solat tahajjud, Nabi SAW telah berpindah dari rumah seorang sahabat kerumah sahabat lain untuk memeriksa apakah mereka solat tahajjud diwaktu malam. Ini ada disebutkan didalam tafsir Fakhrur Razy. [ 11/173]. Ini kemungkinan makna dari seorang yang sujud kepada seorang yang sujud, iaitu sahabat2 yang solat tahajjud.

SYUBHAT KEDUA

" Allah sentiasa memindahkanku dari sulbi lelaki yang suci kepada rahim2 yang suci, sehingga Dia keluarkanku dalam alam kamu ini

Jawaban

Al-Quran mengatakan bapanya kafir, musuh Allah, hadith Anas dalam sohih al-Bukhary mengatakan beliau akan dicampakkan dalam neraka, mereka mengatakan tidak. Tidak wajar dari sudut ilmiyah menolak zahir al-Quran dan soreeh hadith dengan sebuah hadith yang samar2.

Hadith diatas jika tsabit sekalipun tidak mengatakan bahawa bapa Nabi Ibrahim tidak kafir, ia  hanya khabar tentang kesucian nasab keturunannya. Kekufuran dan kejahatan nenek moyang tidak mencacatkan seorang, setiap orang ditanya tentang amalannya sendiri, dan tidaklah seorang menanggung dosa orang lain.
((  و لا تزر وازرة وزر أخرى ))

Kemudian mereka mendatang syubhat bahawa kalimat ( أصلاب الطاهرين ) ertinya suci dari kekafiran. Berdalilkan Firman Allah Ta'ala : (( ... إنما المشركون نَجَس )) [ Taubah :  ] ((Orang2 musyrikin itu najis.)) Seolah2 suci hanya ada satu makna, iaitu suci dari syirik! Sedangkan maknanya dalam bahasa juga adalah suci dari najis kekotoran yang zahir. Apabila dikaitkan dengan nasab keturunan, maka makna yang munasabah adalah suci dari kekotoran zina. 

Sebagai faedah, puak Syiah menganggap orang2 kafir sebagai najis, zahir dan batin, apabila bersalaman dengan mereka wajib bersuci dengan air jika tangan basah kerana peluh dan sebagainya, jika tidak basah cukup cuci dengan menyapu ditembok tanah. [ al-Muqni'ah karangan Syaikh Mufid, m/s 71 ]. 

Berkata Ali al-Qari [ w 1014H] menolak hujjah ini, (( ..apa yang beliau ( Suyuty ) sebutkan tertolak dengan apa yang kami telah sampaikan, dan bahawa maksud hadith  adalah sebagaimana yang warid dari wajah yang pelbagai :)) [ Adillah Mu'taqad Abi Hanifah al-A'zham fi Abawai al-Rasul : 114 ]

Kemudian beliau membawa riwayat2 yg terdapat dalam Dalail Nubuwwah Imam Bayhaqy[1/ 174] dari Anas dan Ibnu Abbas yang mana didalamnya terdapat :


فلم يُصِبْنِي شَيئ مِن عُهْرِ الجاهلية, خَرَجْتُ مِن نكاح وَ لَمْ أُخْرَجْ مِن سِفاح

 " ..dan tidak mengenaku sesuatu dari kekotoran Jahiliyyah, dan aku dikeluarkan dari pernikahan, aku tidak dikeluarkan dari perzinaan..."


Berkata Syaikh Masyhur al-Salman ketika mentahqeeq hadith ini : " ia memiliki syawahid yang menyampaikan insya Allah Ta'ala kedarajat hasan." Beliau kemudian membawa hadith Ali bin Abi Talib r.a . Az-Zahaby rhm mengatakan ia munqati' ( terputus ) tetapi maknanya sohih. Ia juga diriwayatkan dari hadith Aisyah dan Abu Hurairah. Semua riwayat2 ini walaupun lemah belaka, namun ia masih boleh diangkat derajatnya.

Menurut qaedah, hendaklah dikompromikan riwayat2 ini, bukan diambil satu dan dibuang yang lain. Sebab itu kita dapati tiada seorangpun yang menjadikannya dalil bahawa bapa Nabi Ibrahim beriman melainkan Rafidhah.

Oleh itu berkata Imam Bayhaqy rhm [ 384-458H]  :
" وأمرُهم لا يقدح في نسب رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛ لأن أنكحة الكفار صحيحة ، ألا تراهم يسلمون مع زوجاتهم ، فلا يلزمهم تجديد العقد ، ولا مفارقتهن ؛ إذ كان مثله يجوز في الإسلام وبالله التوفيق " انتهى

(( Dan kekufuran mereka tidak mencacatkan nasab keturunan Rasulullah SAW, kerana pernikahan orang2 kafir adalah sah, tidakkah engkau lihat mereka masuk Islam bersama isteri2 mereka, maka tidak wajib mereka memperbaharui akad nikah mereka, tidak pula wajib bercerai dengan mereka, kerana sepertinya dibolehkan dalam Islam. Dengan Allah at-Taufiq. )) [ Dalail : 1/193 ]

Diambil perhatian bahawa Imam Bayhaqy rhm sendiri telah meriwayatkan hadith2 ini dalam Dalail Nubuwwahnya. 

Mentakweelkan sulbi yang tidak suci sebagai najis, sehingga menajiskan anak keturunannya tidak terdapat contohnya dalam syariat.  Syariat telah menghalalkan orang2 Islam bernikah dengan wanita ahlul Kitab yang najis i'tiqadnya. Jika mereka benar2 najis badan dan rahimnya, tentu tidak akan dibenarkan pernikahan ini.
Allah berfirman : 

(( و المُحْصناتُ مِنَ الذينَ أُوتُوا الكِتابَ مِن قَبلِكُم  )) 
(( ...dan (dihalalkan untuk kamu ) wanita2 yang suci dari kalangan mereka yang diberikan kitab sebelum kamu...))[ al-Maidah : 5 ]

SYUBHAT KETIGA

Puak Syiah juga cuba bersandar disebalik sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa Aazar bukan nama bapa Nabi Ibrahim a.s. Mereka mengatakan bahawa dalam bahasa Arab boleh saja dipanggil bapa tetapi yang dimaksudkan adalah paman.

Jawaban

Telah diterangkan bahawa sebenarnya tiada salaf yang mengatakan bahawa bapa Ibrahim tidak kafir, mereka hanya khilaf tentang nama bapa Ibrahim, bukan kekufurannya.

Telah dinukilkan jawaban Fakhru Razy rhm bahawa takweel ini hanya diperlukan jika terdapat dalil yang jelas bahawa nama beliau bukan Aazar, sedangkan al-Quran telah jelas menamakannya Aazar dalam surah al-Ana'am. Demikianlah kata Imam as-Syafiey rhm dalam al-Umm. 

Menambah bantahan terhadap syubhat puak Syiah iaitu Allah telah memasukkan Nabi Ismail sebagai bapa Nabi Ya'qub a.s dalam surah al-Baqarah, sedangkan beliau adalah paman Nabi Ya'qub.

أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاء إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُواْ نَعْبُدُ إِلَـهَكَ وَإِلَـهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَـهاً وَاحِداً وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (133)
(( Apakah kamu menjadi saksi ketika Ya'qub didatangi maut, ketika dia berkata kepada anak2n ya apakah yang kamu akan sembah setelah ku,?

Mereka berkata : Kami menyembah tuhanmu dan tuhan bapa2mu Ibrahim, Ismail dan Ishaq, tuhan yang satu, dan kami kepadaNya menyerah diri. ))

Saya katakan : Hairan sungguh kefahaman mereka, seorang itukan tidak mempunyai lebih dari seorang bapa, maka tentulah ini qarinah  bahawa yang lain bukan bapa Nabi Ya'qub a.s. 

Kemudian pula mereka semua telah maklum nasab Nabi Ya'qub a.s iaitu anak Nabi Ishaq bin Ibrahim.  Maka Nabi Ismail bin Ibrahim jelas adalah paman beliau. Maka dimasukkan Ismail a.s adalah secara taghleeb sebagai pangkat bapa2. Tidak akan timbul kekeliruan disini.

Berbeza sungguh dengan ayat2 yang mengkisahkan bapa Nabi Ibrahim, beliau tidak disebutkan bersama sekumpulan bapa2, bahkan secara sendiri (mufrad ).

Dan tiada seorang yang tahu bahawa sebutan ' bapanya ' dan ' wahai bapaku' adalah paman atau datuk kerana tiada wujud qarinah. Tiada seorang yang tahu bahawa Nabi Ibrahim sedang berkata2 dengan selain bapanya. Ia khabar ghaib. Sedangkan al-Quran adalah kalamullah, yang sangat fasih lagi jelas bayannya, mengatakan bapa tetapi memaksudkan paman membawa kepada kekeliruan ( al-labs).

Kita tidak nafikan bahawa boleh bagi seseorang berkata kepada seseorang, ' aku telah berjumpa bapaku Fulan ( disebut namanya ) ' apabila orang yang mendengar kenal bahawa Fulan itu adalah pamannya. Masalahnya apabila beliau berkata kepada orang yang tidak kenal itu adalah pamannya, tentu dia akan menyangka Fulan benar adalah bapanya. Apalagi jika dia berkata : " Aku telah berjumpa bapaku " tanpa menyebut namanya, dan tanpa qarinah menunjuk sebaliknya. 

Jika kita membenarkan takweel seperti ini, kita juga terpaksa membenarkan takweel ini :
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ
(( Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada bapanya : wahai bapaku !...)) [ Yusuf : 4 ]

 Apakah boleh ditakweel : 'Wahai pamanku ' ?!

 Begitu juga selain ini dari ayat2 yang terdapat lafaz ' bapa'.

Selanjutnya bila diamati ayat dalam surah al-Baqarah diatas, pelajaran yang boleh diambil menunjukkan bahawa Nabi Ya'qub a.s tidak berlelah mendakwahi anak2nya, mengingatkan mereka kepentingan Tauhid, mewasiatkan mereka. Jika nasab keturunanan telah memadai, jika beliau boleh mensyafaatkan mereka tanpa mereka sendiri beramal, hal ini  tentu tidak perlu. 

Dan yang lebih wajar dijadikan pelajaran adalah ayat selepas itu :

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ وَلاَ تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ (134

(( Itulah umat yang telah lalu, bagi mereka apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu apa yang kamu usahakan. dan tidaklah kamu akan ditanya tentang apa yang mereka kerjakan  ))

Ayat ini menolak dakwaan Bani Israil yang bepaut kepada nasab mereka dari keturunan anbiya, dan bagaimana mereka mengagungkan Nabi Ya'qub dan Nabi Ibrahim, bapa2 Bani Israil. Ayat ini menerangkan bahawa kemuliaan bapa seseorang tidak menjamin kemuliaan dirinya sendiri. Jika benar tentu kedua2 anak Nabi Adam; Qabil dan Habil termasuk orang yang bertaqwa kerana kesucian bapa mereka. Tiadalah hingga  seorang dari mereka menumpahkan darah pertama diatas muka bumi ini.

Tiadalah pula Nabi Nuh, seorang Nabi Allah dari benihnya yang suci melahirkan anak yang kafir, atau najis mengikut kata2 Syiah. Beliau seharusnya telah beriman, membantu bapanya yang susah payah berdakwah hampir seribu tahun, bukan akhirnya menyombong ingin menyelamatkan dirinya dari azab Allah hingga ditenggelamkan. Apakah beliau juga bukan anak sulbinya? Atau mungkin anak saudara?! 

 Wallahu waliyyut taufiq


1 comment: