Monday, April 25, 2011

Pandangan Status Ibu Bapa Nabi SAW : Satu penelitian (2)


 JAWABAN

Rasulullah SAW adalah seorang yang dipilih Allah untuk menyampaikan dari Allah. Kita semua tahu bahawa tugas baginda adalah tableegh dan bayan, beliau seorang yang paling fasih, diberikan jawamiu'l kalim. Lawan darinya adalah penyampaian yang tidak jelas lagi samar2, apalagi mengelirukan orang.

Kami hampir tidak percaya  ada seorang muslim akan mengatakan bahawa :

1) lafaz dari mulut Nabi SAW tidak boleh dijadikan sandaran hukum. 
Maka lafaz siapa lagikah yang dijadikan hukum?
2) Nabi SAW menggunakan teknik sengaja mengeluarkan lafaz yang memiliki erti kesamaran  untuk menjaga hati orang.

Lazim kata2 ini lebih buruk dari yang pertama. Ini lazimnya menuduh Nabi SAW  :
a) sengaja berbohong dalam khabar ghaib
b) takut kepada manusia, tidak takut kepada Allah wal i'yadzu billah!
Yang diketahui menekuni teknik kesamaran ini adalah puak Syiah dengan ' taqiyyah ' mereka.

Kita tidak pernah mendengar bahawa bolehnya berbohong untuk maslahat dakwah.  Bahkan beliau tidak berbohong walau pun baginda dihunus dengan sebilah pedang oleh musuh. Beliau tidak perlu berbohong untuk diterima dakwahnya. Tugas Nabi hanya menyampaikan. Jika tsabit walau sekali dalam sirah sudah cukup mencacatkan risalahnya.  

Rasulullah SAW tidak mengucapkan melainkan al-haq, dalam keadaan redha dan marah. Sebab itu baginda mengizinkan sahabat menulis apa juga yang keluar dari mulut baginda yang mulia. 

اكتب فو الذي نفسي بيده ما خرج منه إلا حق
  (( Tulislah!, Demi yang jiwaku ditangannya, tidaklah yang keluar darinya ( beliau mengisyaratkan kepada mulutnya) melainkan kebenaran. ))

Hadith dari Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a dlm Sunan Abu Daud dan Darimy, disohihkan  syaikh Albany] 

Beliau adalah al-Ameen dalam Jahiliyyah, beliau jugalah al-Ameen dalam Islam.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى
(( Tidaklah beliau berkata2 dengan hawa nafsu, ia hanyalah wahyu yang wahyukan )) [an-Najm : 3-4]

Walaupun kita akur bahawa seorang muslim boleh berbohong kerana darurat, untuk menyelamatkan nyawa, walaupun mengucapkan kata2 kekufuran, ia tidak berlaku kepada Rasulullah SAW.

Jika menjaga perasaan seseorang amat kritikal dalam manhaj dakwah Rasulullah SAW, beliau dapat sahaja mengelak dari menjawab soalan lelaki itu. Ini tentu lebih ringan dari menjawab dengan kebenaran kemudian terpaksa berbohong sesudahnya. Siapa sahaja dapat berhujjah guna akal-akalan. Bahkan jika seorang gemar berkhayal, jika teknik taqiyyah dibolehkan, boleh sahaja awal2 lagi Nabi SAW menjawab : " Sesungguhnya bapamu disyurga ", ini tentu lebih menyenangkan hati beliau!

Kami tidak menafikan berhikmah dalam berdakwah, menimbang maslahat dan mafsadah, tetapi sehingga membolehkan bertaqiyyah tentang khabar ghaib? Sehingga dalam mengkhabarkan seorang itu ahli neraka atau bukan?!  Jabatan perlu memikirkan jawaban yang lebih berasas.

Yang paling menunjukkan kelemahan dakwaan Jabatan ini, jika diterima perkara a) hingga d) sebagai maslahat, maka ia memestikan bahawa telah benar bahawa Rasulullah SAW memanggil sahabat itu dan berkata : " Sesungguhnya bapaku dan bapamu dineraka " sebagaimana dalam Sohih Muslim.

Berkata Abul Abbas al-Qurtuby [ w 656H ]  pengarang al-Mufhim mensyarahkan hadith Muslim ini : 
« قوله عليه الصلاة والسلام « إن أبي وأباك في النّار » جبرٌ للرجل ممّا أصابه وأحاله على التّأسّي 
 
حتّى تهون عليه مصيبته بأبيه » المفهم 1 / 46

(( Kata2 baginda SAW : " Sesungguhnya bapaku dan bapamu dineraka " adalah sebagai pemujuk lelaki itu dari musibah yang menimpanya, dan menunjuk beliau agar bertauladan dengan baginda ( yang sama keadaan bapanya ) sehingga ringan atasnya musibah kerana ( khabar ) bapanya. ))

Maka semestinya khabar itu benar untuk mencapai tujuan, secara riwayat dan makna, Jika ternyata  ia hanya teknik berbohong yang licik, apakah perasaan sahabat itu bila mengetahuinya?! Perhatikan bagaimana hujjah Jabatan terbalik atas diri mereka sendiri secara mereka tidak sedari!

Dan lebih bahaya lagi apabila kaedah ini dibenarkan dalam khabar2 syariat, bilamanakah yang Nabi berkata benar, bilamanakah yang baginda sedang menggunakan ' teknik kesamaran '? Bukankah ini menimbulkan keraguan kepada riwayat, kepada syariat? 

Semoga pihak Jabatan merenung kembali hujjah2 ini, kepada Allah sahaja diserahkan segala urusan.




No comments:

Post a Comment