Monday, April 25, 2011

Pandangan Status Ibu Bapa Nabi SAW : Satu penelitian (3)

Berkata Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama :
"
 

"
JAWABAN

Tidak diketahui bagaimana bahagian Penyelidikan Jabatan boleh pasti mana satu riwayat ini adalah dengan makna, mana yang dengan lafaz? Namun biasanya perawi yang lebih mantap hafalannyalah yang akan diambil riwayatnya. Telah dibentangkan bahawa riwayat Muslim adalah yang paling sohih. Didalamnya terdapat lafaz : (( Sesungguhnya bapaku dan bapamu didalam neraka.))

Perlu kita ketahui bahawa asal riwayat adalah dengan lafaz. Kemudian pula jika ia adalah  riwayat dengan makna, bukankah maknanya seharusnya tidak berubah? Jika lafaznya sangat berbeza, samada ia bukan hadith yang sama atau salah satu darinya adalah kesilapan. Apabila tidak boleh dijama'kan, maka jalannya adalah tarjeeh.
Telah dibentangkan dalam bahagian pertama siri tulisan ini bahawa riwayat Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas bin Malik r.a dalam sohih Muslim adalah yang paling bagus sanadnya. Kemudian pula Imam Muslim terkenal sebagai sangat teliti dalam penulisan sanad dan matan didalam kitabnya. Sehinggakan para ulama memilih riwayat Sohih Muslim berbanding riwayat Sohih Bukhary apabila meriwayatkan hadith2 ' muttafaq a'laihi . Ini diketahui oleh para penuntut ilmu hadith. Imam Muslim sering mengatakan contohnya : " Dan lafaz sekian sekian tidak terdapat dalam riwayat fulan." " Dan yang ini adalah riwayat Fulan.." " Terdapat dalam hadith Fulan tambahan dan kekurangan kata2..." Ini antara sebab Imam Muslim membawa pelbagai jalur untuk satu riwayat hadith semata2 kerana perbezaan lafaz, yang terkadang tidak merubah makna.

Perkara kedua, terdapat dua permasalahan dalam riwayat Sa'ad bin Abi Waqqas dalam Musnad al-Bazzar dan Mu'jam Imam Tabarany  :

1) Riwayat ini dikatakan sanadnya rijal yang sohih sedangkan ia berpenyakit ( ma'lul )
2) Riwayat ini bukan hadith yang sama, tetapi kisah yang berlainan
RIWAYAT IBRAHIM BIN SA'AD DARI ZUHRY

Penulis akan meringkaskan pembahasan sanad ini :

TAKHREEJNYA

Riwayat ini dikeluarkan dalam kitab2 ini :
1) Mu'jam Kabir Tabarany 
2) Musnad al-Bazzar
3) Abu Nu'aim dalam ' Marifah as-Sahabah'
4) Ibnus Sunni dalam ' Amal yaum wa lailah '
5) ad-Diyaa' al-Maqdisiy dalam 'al-Mukhatarah '
6) Daraqutny dalam ' al-Garaib wal Afrad '
7) al-Bayhaqy dalam ' Dalail an-Nubuwwah '
Kesemuanya dari jalur2 pelbagai yang bertemu kepada Ibrahim bin Sa'ad dari Zuhry dari A'mir bi Sa'ad dari bapanya Sa'ad bin Abi Waqqas r.a (1)


Berkata Daraqutny rhm dalam al-Afrad : " Ibrahim bin Sa'ad bersendirian ( tafarrada ) dengannya dari Zuhry darinya."

Sanadnya pula bersambung. Kesemua mereka diatas memang adalah rijal sohihain.  Ia bererti rijal (perawi)nya adalah yang digunapakai oleh Imam Bukhary dan Muslim dalam kitab sohih mereka. Namun apakah riwayat ini sohih?

RIWAYAT MA'MAR DARI ZUHRY 

Hadith Sa'ad bin Abi Waqqas r.a ini juga dikeluarkan oleh Abdur Razaq as-Son'aany rhm dalam Musannafnya [ no 19687 ].

Sanadnya adalah sanad yang masyhur juga adalah rijal sohihain dari : Ma'mar bin Rasyid dari Zuhry bahawa (( Sesungguhnya telah datang seorang A'raby kepada Rasulullah ..)) seperti riwayat diatas.

Maka jelas kita dapati hadith Ma'mar ini mursal. Terputus sanadnya antara Zuhry dan Rasulullah SAW. Zuhry meriwayatkan langsung dari Rasulullah SAW sedangkan beliau adalah seorang  dari tobaqah kedua Tabien pertengahan yang mana riwayat2 mursal beliau sangat lemah.
Disini kita dapat lihat bahawa kedua2 murid Zuhry; Ibrahim bin Sa'ad dan Ma'mar bin Rasyid telah bercanggah dalam riwayat. Seorang meriwayat secara mausul ( bersambung ) seorang lagi secara mursal ( terputus ).

Bila kita lihat kata2 ulama Jarh wa Ta'deel kita dapati Ma'mar lebih mantap dari Ibrahim dalam riwayat mereka dari Zuhry, walaupun kedua2 mereka tsiqah.

NUKILAN TENTANG MA'MAR DARI ZUHRY

قال الدوري عن ابن معين: "أثبت الناس في الزهري مالك ومعمر ثم عد جماعة
Berkata a-Duury dari Ibnu Ma'een rhm : " Orang yang paling mantap dari Zuhry ialah Malik, Ma'mar dan beliau menyenaraikan segolongan perawi "  [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 4/125 ]

وقال ابن أبي خيثمة عن ابن معين: "معمر أثبت في الزهري من ابن عيينة
Berkata Ibnu Abi Khaitsamah dari Ibnu Ma'een : " Ma'mar lebih mantap riwayatnya dari Zuhry berbanding Ibnu U'yaynah. " [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 4/125 ]

وقال عثمان الدارمي: "قلت لابن معين: معمر أحب اليك في الزهري أو ابن عيينة أو صالح بن كيسان أو يونس؟ فقال في كل ذلك معمر
Berkata Uthaman ad-Darimy: " Aku berkata kepada Ibnu Ma'een: Ma'mar lebih engkau sukai riwayatnya dari Zuhry atau Ibnu U'yaynah atau Solih bin Kaisan atau Yunus? Beliau menjawab: Dalam semuanya Ma'mar " [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 4/125 ]


Penulis katakan, kesemua perawi diatas murid2 Zuhry; Sufyan bin Uyaynah, Solih bin Kaisan dan Yunus bin Yazid al-Aily adalah perawi sohihain, namun riwayat Ma'mar dari Zuhry lebih unggul .

NUKILAN TENTANG IBRAHIM BIN SA'AD DARI ZUHRY
 
 قال فيه صالح جزرة: "حديثه عن الزهري ليس بذاك لأنه كان صغيرا حين سمع من الزهري
Berkata Solih bin Jazarah rhm : " Hadith beliau dari Zuhry tidak begitu, kerana beliau masih kecil ketika mendengar dari Zuhry." [Tahdzeeb at-Tahdzeeb : 1/66 ]


* Penulis katakan : Umur Ibrahim ketika Zuhry meninggal dunia hanya lebih kurang 17 tahun. Beliau dilahirkan tahun 108H sedangkan Zuhry wafat tahun 125H.
  وقال الذهبي: "ليس هو في الزهري بذاك التثبت  
Berkata Zahaby : " Tidaklah beliau dari Zuhry begitu mantap "  [ Man tukullima Fihi wahuwa Tsiqah ]

HADITH SA'AD BIN ABI WAQQAS MURSAL

Dengan itu yang mahfuz terpelihara adalah riwayat Ma'mar bahawa ia adalah mursal, ia termasuk hadith lemah. Adapun riwayat Ibrahim yang ingin dijadikan hujjah oleh para ikhwah diJabatan adalah munkar, atau syadz kerana menyalahi Ma'mar.

Ibnu Abi Hatim telah bertanya bapa beliau ( Abu Hatim rhm ) tentang hadith Sa'ad bin Abi Waqqas r.a ini : 
(( ...riwayat mursal yang lebih tepat (asybah ).)) [ I'lal Ahadith : Masalah no 2263, 5/692-693].


Demikian juga jawaban Imam Daruqtny rhm apabila ditanya tentang riwayat ini, bahawa yang benar ia adalah mursal. [  al-Ilal : 4/334 ].

Nah, dihadapan kita terdapat dua imam i'lal, Abu Hatim( 240-327H) dan Daraqutny( 306-385H) sepakat mencacatkan riwayat ini.


Begitu juga kata Syaikh Ishaq al-Huweiny, murid Syaikh Albany. Adapun Syaikh Albany rhm, beliau sependapat dengan sebahagian ulama seperti  ad-Diyaa al-Maqdisy, al-Busiry dan Suyuty rhm mensahihkannya. 

MURSAL ZUHRY

Mursal Zuhry dikira sebagai riwayat mu'dhol ( مُعضَل ) terputusnya sekurang2nya dua perawi, diatas  beliau bukan hanya seorang sahabat.


قال يحيى القطان : ( مرسل الزهري شر من مرسل غيره ؛ لأنه حافظ ، وكلما يقدر أن يسمي سمى ؛ وإنما يترك من لا يستجيز أن يسميه
شرح علل الترمذي ) لابن رجب 1 / 284

Berkata Yahya al-Qattan rhm : (( Riwayat2 Zuhry yang mursal adalah lebih buruk dari mursal orang lain, kerana beliau seorang Hafiz, setiap kali beliau mampu menamakan ( gurunya) beliau akan namakan, hanysanya beliau tinggalkan guru yang beliau tidak sanggup menamakannya ( kerana sangat lemahnya ). "


Dan memang Imam Zuhry ada meriwayatkan dari perawi lemah.

Berkata Imam Syafiey rhm :

إرسال الزهري، ليس بشئ لانا نجده يروي عن سليمان بن أرقم

" Mursal Zuhry lemah, kerana kami dapati beliau meriwayatkan dari Sulaiman bin Arqam. " [
Siyar A'lam al-Nubala' : 5/ 338-339 ]


Berkata al-Hafiz dalam at-Taqreeb, Sulaiman bin Arqam al-Basry adalah perawi lemah. 

JAWABAN KEDUA ( KISAH BERBEZA )

Menta'leelkan riwayat perlu dipastikan bahawa riwayat2 ini saling bercanggahan. Terdapat qarinah bahawa kedua kedua riwayat ini berlaku berasingan...

1) Kita dapati bahawa yang meriwayatkan hadith ini adalah sahabat yang berbeza, pertama Anas bin Malik r.a dalam Sohih Muslim, kedua Sa'ad bin Abi Waqqas r.a dalam Tabrany dll. 
2) Kandungan kisah pula tidak menyebut nama lelaki yang bertanya tentang bapanya sehingga kita boleh putuskan bahawa ia adalah kisah yang sama. 
3) Anas r.a menyebutkan " datang seorang lelaki...", riwayat Sa'ad :" datang seorang A'raby ( badwi )."

Bukankah kemungkinan bahawa beliau adalah lelaki yang berbeza? Jika demikian bukankah mungkin jawaban Rasulullah SAW juga berbeza?

ANDAIAN KISAHNYA ADALAH SAMA


Jika diandaikan ia adalah kisah yang sama, tetap tidak terdapat dalam riwayat Sa'ad bahawa Nabi SAW meningkari bahawa bapa baginda juga dalam neraka. Anas r.a pula telah menyebutnya. Mengapa pula Jabatan wewenang menginkari yang tidak diingkari Rasulullah SAW?

Secara ilmiah juga ini boleh dianggap sebagai tambahan ilmu (  زيادة علم ) dari Anas. Maka bila tiada percangahan, ia wajib diterima. Begitu juga diterima tambahan riwayat Sa'ad r.a " Setiap kali engkau melalui kubur seorang kafir, beritahu dia bahawa dia dineraka. "


Namun yang rajih secara ilmiah, Allah juga yang  maha mengetahui, riwayat Sa'ad lemah kerana mursal dari Zuhry, maka tinggal kita dengan riwayat Anas dalam Sohih Muslim.


Wallahu Waliyyu at-Taufiq

__________
(1)
أخرجه الطبراني في "المعجم الكبير" (1/145/326)، - ومن طريقه أبونعيم في "معرفة الصحابة" (1/139) -، والبزار في "مسنده" (1/64-65-كشف)، وابن السني في "عمل اليوم والليلة" (رقم:596- مع عجالة الراغب المتمني)، - ومن طريقه الضياءُ المقدسيُّ في "الأحاديث المختارة" (3/204) -، والدارقطني في "الغرائب الأفراد" (1/128-أطرافه)، والبيهقي في "دلائل النبوة" (1/191-192)، وقاضي المارستان في "مشيخته" (رقم: 254) من طرق عن إبراهيم بن سعد، عن الزهري به. هكذا موصولاً



No comments:

Post a Comment