Thursday, October 6, 2011

Solat Zohor jika tertinggal solat Juma'at

Soalan

Salam ustaz, Saya ingin bertanya, adakah dalil syara' bagi org yg tertinggal solat Jumaat dikehendaki mengerjakan solat jumaat juga bukan solat zuhur? Terimakasih

Jawaban (ringkas) :

Wa a'laikumussalam warahmatullah. 

Siapa yg tertinggal solat Jumaat bersama Imam secara total ( Imam telah beri salam ) hendaklah solat zohor. Ini adalah pendapat ulama salaf termasuk keempat mazhab yg masyhur.

Imam Ibnu Hazm pula mewajibkan org diatas tetap solat 2 rakaat Juma'at. Beliau berkata semua orang termasuk wanita wajib solat Jumaat walaupun sendirian. Tidak boleh solat Zohor. Maka lebih2 lagi org yg disepakati wajib berjumaat, iaitu org lelaki, baligh, muqim..

Dalil beliau adalah umum ayat surah Jumu'ah: (( Wahai org2 yg beriman, bila diserukan utk solat hari Juma'at bersegeralah utk zikrullah dan tinggalkan jual beli...))

Beliau mendakwa solat asal hari Jumaat adalah solat Jumaat dgn ayat ini, maka siapa terlepas Jumaat berjamaah hendaklah solat Jumaat juga dikiyaskan dgn solat2 lain yg terlepas.

Jawaban terhadap hujjah Ibn Hazm:

Telah sabit dari Ibnu Masu'd r.a beliau berkata :(( ومن فاتته الركعتان فليصل أربعاً ))

 " Siapa yang terlepas dua rakaat itu hendaklah solat empat rakaat." Tidak diketahui khilaf ttg masalah ini dikalangan para sahabat.  [ Dishohihkan Albany dlm Ajwibah Nafiah ]

Ia juga sesuai dgn mafhum hadith yg sohih :

" Siapa yg dapat satu rakaat dari solat, maka dia mendapat solat itu " [ Muttafaqun a'laihi dari Abu Hurairah]

Hadith yg khusus tentang solat Jumaat pula :
((من أدرك ركعة من الجمعة فقد أدرك الجمعة  ))

" Siapa yg dapat satu rakaat solat Jumaat, maka dia mendapat solat Jumaat" [Hakim dan Baihaqy dll disohihkan Albany] 
Dalam lafaz lain, " hendaklah dia tambah satu rakaat lagi kepadanya "

Maka siapa yg tertinggal solat Jumaat, tidak dapat solat tersebut, maka dituntut melaksanakan solat asalnya iaitu Zohor.

Dalil bahawa asal solat hari Jumaat adalah Zohor ialah :

1) Inilah solat lima waktu yg diperintahkan dlm peristiwa Isra' Mi'raj[ era Mekah ], kemudian ayat Surah Jum'ah adalah ayat yg diturunkan diera Madinah.

2) Dlm safar Nabi tidak pernah dinukilkan solat Jumaat, tapi Zohor 2 rakaat kerana qasar. Jika solat Jumaa'tlah asal, Nabi akan solat Jum'at.

3) Wanita tidak wajib solat Jum'aat. Dalilnya : (( الجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ ، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌ  ))
 " Jum'at adalah haq yang wajib atas setiap muslim berjamaah, melainkan empat : hamba, wanita, anak2 org yg sakit )) [ Abu Daud ]

Hadith ini disohihkan sanadnya oleh Nawawy, Ibnu Rajab, Ibnu Katheer.

Ibnul Munzir rhm berkata : (( Dan  mereka ijma' bahawa wanita tidak wajib solat Jum'at))

Saya katakan: Jika wanita tidak solat Jumaat, bermakna mereka wajib solat Zohor. Tiada siapa kata wanita tidak solat langsung.

Imam Son'any rhm telah mengatakan ulama telah Ijma' bahawa siapa terlepas solat Jumaat hendaklah solat Zohor, ia adalah badal(ganti)nya.

Adapun Ibnu Hazm semoga Allah merahmati beliau tidak terima kesahihan nas2 dan Ijma' ini, beliau mewajibkan semua orang termasuk wanita dan musafir solat Jumaat. Dgn demikian Ibnu Hazm telah menyalahi ijma' dan nas dgn pendapatnya. Semoga beliau diberi pahala atas ijtihadnya.
Wallahu a'lam