Thursday, October 6, 2011

Solat Zohor jika tertinggal solat Juma'at

Soalan

Salam ustaz, Saya ingin bertanya, adakah dalil syara' bagi org yg tertinggal solat Jumaat dikehendaki mengerjakan solat jumaat juga bukan solat zuhur? Terimakasih

Jawaban (ringkas) :

Wa a'laikumussalam warahmatullah. 

Siapa yg tertinggal solat Jumaat bersama Imam secara total ( Imam telah beri salam ) hendaklah solat zohor. Ini adalah pendapat ulama salaf termasuk keempat mazhab yg masyhur.

Imam Ibnu Hazm pula mewajibkan org diatas tetap solat 2 rakaat Juma'at. Beliau berkata semua orang termasuk wanita wajib solat Jumaat walaupun sendirian. Tidak boleh solat Zohor. Maka lebih2 lagi org yg disepakati wajib berjumaat, iaitu org lelaki, baligh, muqim..

Dalil beliau adalah umum ayat surah Jumu'ah: (( Wahai org2 yg beriman, bila diserukan utk solat hari Juma'at bersegeralah utk zikrullah dan tinggalkan jual beli...))

Beliau mendakwa solat asal hari Jumaat adalah solat Jumaat dgn ayat ini, maka siapa terlepas Jumaat berjamaah hendaklah solat Jumaat juga dikiyaskan dgn solat2 lain yg terlepas.

Jawaban terhadap hujjah Ibn Hazm:

Telah sabit dari Ibnu Masu'd r.a beliau berkata :(( ومن فاتته الركعتان فليصل أربعاً ))

 " Siapa yang terlepas dua rakaat itu hendaklah solat empat rakaat." Tidak diketahui khilaf ttg masalah ini dikalangan para sahabat.  [ Dishohihkan Albany dlm Ajwibah Nafiah ]

Ia juga sesuai dgn mafhum hadith yg sohih :

" Siapa yg dapat satu rakaat dari solat, maka dia mendapat solat itu " [ Muttafaqun a'laihi dari Abu Hurairah]

Hadith yg khusus tentang solat Jumaat pula :
((من أدرك ركعة من الجمعة فقد أدرك الجمعة  ))

" Siapa yg dapat satu rakaat solat Jumaat, maka dia mendapat solat Jumaat" [Hakim dan Baihaqy dll disohihkan Albany] 
Dalam lafaz lain, " hendaklah dia tambah satu rakaat lagi kepadanya "

Maka siapa yg tertinggal solat Jumaat, tidak dapat solat tersebut, maka dituntut melaksanakan solat asalnya iaitu Zohor.

Dalil bahawa asal solat hari Jumaat adalah Zohor ialah :

1) Inilah solat lima waktu yg diperintahkan dlm peristiwa Isra' Mi'raj[ era Mekah ], kemudian ayat Surah Jum'ah adalah ayat yg diturunkan diera Madinah.

2) Dlm safar Nabi tidak pernah dinukilkan solat Jumaat, tapi Zohor 2 rakaat kerana qasar. Jika solat Jumaa'tlah asal, Nabi akan solat Jum'at.

3) Wanita tidak wajib solat Jum'aat. Dalilnya : (( الجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ ، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌ  ))
 " Jum'at adalah haq yang wajib atas setiap muslim berjamaah, melainkan empat : hamba, wanita, anak2 org yg sakit )) [ Abu Daud ]

Hadith ini disohihkan sanadnya oleh Nawawy, Ibnu Rajab, Ibnu Katheer.

Ibnul Munzir rhm berkata : (( Dan  mereka ijma' bahawa wanita tidak wajib solat Jum'at))

Saya katakan: Jika wanita tidak solat Jumaat, bermakna mereka wajib solat Zohor. Tiada siapa kata wanita tidak solat langsung.

Imam Son'any rhm telah mengatakan ulama telah Ijma' bahawa siapa terlepas solat Jumaat hendaklah solat Zohor, ia adalah badal(ganti)nya.

Adapun Ibnu Hazm semoga Allah merahmati beliau tidak terima kesahihan nas2 dan Ijma' ini, beliau mewajibkan semua orang termasuk wanita dan musafir solat Jumaat. Dgn demikian Ibnu Hazm telah menyalahi ijma' dan nas dgn pendapatnya. Semoga beliau diberi pahala atas ijtihadnya.
Wallahu a'lam

45 comments:

  1. Jazakallah khir. Semoga ustaz diberi kemudahan utk terus menulis di blog ini.

    ReplyDelete
  2. Shalat Jumat Di Tempat Kerja
    Syaikh Muqbil
     
    Pertanyaan: Apakah dibolehkan untuk melaksanakan shalat Jumat di tempat kerja dan khutbah dilakukan oleh salah seorang yang kerja di tempat itu?
     
    Jawaban: Jika mereka sulit untuk melaksanakan shalat Jumat di mesjid, maka mereka sebaiknya menentukan/mencari tempat khusus yang dapat digunakan (secara terus-menerus/konstan) sebagai mesjid sehingga mereka bisa shalat di sana. Tetapi jika mereka sulit untuk mendapatkan tempat tersebut, maka mereka dapat shalat di tempat kerja mereka, dan hal ini tidaklah mengapa karena tidak ada dalil yang pasti yang mengatakan bahwa shalat Jumat tidak sah kecuali bila dilaksanakan secara berjamaah atau di dalam sebuah mesjid.
     
    Sumber: Diterjemahkan dari http://www.fatwaislam.com/fis/index.cfm?scn=fd&ID=225

    Kategori: Shalat Sumber: http://fatwa-ulama.com

    ReplyDelete
  3. A'kum Ustaz, jika saya masbooq pada solat maghrib, saya masok ke dalam shaf pada rakaat pertama tetapi imam telah selesai membaca Al Fatehah. Adakah saya perlu menambah satu lagi rakaat setelah makmum lain memberi salam kerana saya tidak dapat fatehah yang pertama? Saya berpegang pada mahzab yang menyatakan tidak perlu membaca fatehah jika imam menjaharkan bacaan fatehahnya & diam dan dengar ketika imam membaca surah dari al quran.
    Jazakallah

    ReplyDelete
  4. Wa a'laikumussalam

    (Masbooq)Tidak perlu menambah satu rakaat kerana masih dapat ruku' bersama imam. Kewajiban Fatehah gugur bila dapat ruku'. Ini adalah pendapat jumhur termasuk imam2 yg empat dan ia adalah amalan sahabat, seperti Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar, Ibnuz Zubair, Zaid bin Tsabit, Abu Bakar as-Siddiq, riwayat2 sahabat ini dibawa oleh Syaikh Albany dan beliau mensahihkannya.

    Imam Malik mengatakan ia adalah amalan ahli Madinah.

    Dalilnya hadith Abu Hurairah: " إذا جئتم إلى الصلاة ونحن سجود فاسجدوا ولا تعدوها شيئا ، ومن أدرك الركعة فقد أدرك الصلاة "

    (( Jika kamu masuk solat sedang kami sujud, maka jangann kira ia sesuatu, siapa yg mendapat satu rakaat maka dia telah mendapat solat itu ))

    [ Abu Daud ]

    Dalil lain adalah hadith Abu Bakrah r.a bahawa seorang yg masuk masjid mendapati Nabi dan sahabat sedang ruku' lalu beliau pun ruku' dibelakang saf, kemudian berjalan dlm keadaan ruku' masuk kedlm saf.[ Bukhary ]

    Nabi tidak memerintahkan beliau menambah satu rakaat.

    Adapun Imam Bukhary berpendapat wajib membaca Fatihah setiap rakaat atas Imam dan makmum sehingga beliau mewajibkan makmum mesti dapat berdiri bersama Imam untuk mendapat raka'at. jika tidak mesti tambah satu rakaat kerana tidak membaca Fatehah.

    Pendapat ini disokong oleh Ibnu Hazm rhm.

    Namun mengikut Syaikh Albany rhm yg juga tidak mewajibkan makmum baca Fatehah seperti mazhab anta, beliau bersama jumhur dlm hal masbuq yg dapat ruku' bersama imam, bahawa dia mendapat rakaat. Beliau telah menjawab dalil Imam Bukhary.

    Ini ada dlm kitab beliau Irwa, beliau membahaskan masalah ini dlm 5 muka surat.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  5. Salam... maaf bertanya... Seseorang telah ketinggalan 1 rakaat dalam solat jumaat dan selepas iman memberi salam dia terus menambah 1 rakaat. Adakah sah solat jumaat atau perlu melakukan solat zohor.

    ReplyDelete
  6. Solat Jumaatnya sah akhi sebagaimana dlm artikel diatas. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. jika solat jumaat sempat duduk tahiat akhir je.kena tambah 2 rakaat atau 4 rakaat?

    ReplyDelete
  8. Afwan telah lama tidak menjenguk blog. Jika hanya sempat bersama imam dalam tahiyat akhir sahaja maka dia tidak mendapat solat Jumaat tersebut kerana tidak mendapat walau satu rakaatpun. Maka itu hendaklah dia menambah empat rakaat Zohor. Dalilnya : "من أدرك ركعة فقد أدرك الصلاة "

    Oleh kerana telah terlepas solat Jumaat, perintah solat Zohor kembali keatasnya. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  9. ustaz jika, saya ada penyakit kudis di kaki, saya malu hendak ke surau, bagaimana?

    ReplyDelete
  10. Akhi Muaz, selagi anda mampu pergi solat berjemaah bersama orang2 Islam yang lain, maka hendaklah kamu pergi.

    Malu kepada manusia bukan uzur. Tutup penyakit itu dengan sesuatu, tiada salahnya.

    ReplyDelete
  11. Ustaz, situasi saya pula waktu jumaat masuk masa technician sedang memasang aircond di rumah...hanya saya seorang dirumah masa tu...adakah saya dikira uzur yang dibenarkan ketika itu...

    ReplyDelete
  12. ustaz, situasi saya pula waktu jumaat masuk, tertapi saya solat zohor, macam mana hukum nya ustaz, sebab saya bekerja, mintak pencerahan dari ustaz..

    ReplyDelete
  13. ustaz, situasi saya pula waktu jumaat masuk, tertapi saya solat zohor, macam mana hukum nya ustaz, sebab saya bekerja, mintak pencerahan dari ustaz..

    ReplyDelete
  14. Solat Jumaat wajib secara ijma'. Solat Zohor hanya untuk wanita dan golongan yang ada uzur. Pekerjaan ada dua jenis, yang merupakan maslahat umum seperti bertugas sebagai pakar bedah dan penolongnya dihospital contohnya, ini diberikan uzur seperti orang sakit yang dirawatnya. Adapun kerja kerana maslahat mencari nafakah sendiri untuk ahli keluarga sendiri, ini bukan uzur meninggalkan solat Jumaat. Wajib anda bertaubat dan cari kerja lain, walaupun susah dan mungkin kurang pendapatannya. Ini dinamakan mata pencarian yang halal yang diberkahi berbanding dengan yang haram kerana menghalang dari melaksanakan perintah Allah.

    Semoga Allah mudahkan.

    ReplyDelete
  15. Technician masuk rumah bukan uzur, sebab di tangan anda sebagai tuan rumah menyuruhnya sambung kerja selepas solat Jumaat. Ini aqad upah mengupah, ia termasuk jual beli, terdapat nas diperintahkan agar dihentikan bila masuk waktu solat Jumaat. Allah berfirman : " Itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. "

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum ustaz ... adakah betul hukum sunnat muakkad jika sudah mengerjakan solat jumaat kemudian dya mengerjakan solat zuhur ...

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Wa a'laikumussalam wa rahmatullah,

    Tidak diajarkan oleh Rasulullah mahupun sahabat dan tabie'n mengerjakan solat Zuhur setelah solat Jumaat. Solat Jumaat itu telah mengganti solat Zuhur. Yang ada hanya solat sunat ba'diyah samada dua rakaat atau empat rakaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz mcm mane niat solat sunat ba'diyah?

      Delete
    2. Ustaz mcm mane niat solat sunat ba'diyah?

      Delete
    3. Ustaz mcm mane niat solat sunat ba'diyah?

      Delete
  19. Lintaskan keinginan dalam hati solat ba'diyah itu, sebagaimana kita niat solat fardu setiap hari dalam hati.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. ustadz saya ketiduran jadi tidak solat jumat, apakah bisa d ganti solat dzuhur ?

    ReplyDelete
  22. Benar, Wajib diganti dengan empat rakaat Zuhur.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih ustaz krna beri pencerahan..terima kasih ya Allah

    ReplyDelete
  24. Terima kasih ustaz krna beri pencerahan..terima kasih ya Allah

    ReplyDelete
  25. Assalamu'alaikum, saya ada 1 soalan ustaz, kenapa setiap kali saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat saya akan semput. sudah 3 kali saya tidak dapat solat. dulunya saya dapat solat biasanya di saff 1,2@3 sejak 2 bulan ini saya hanya mendengarkan kuthbah di dalam kereta dan ketika mendengarkan kuthbah saja saya sudah semput lalu saya terus pulang...ada apa sebenarnya ya?.

    ReplyDelete
  26. ustad saya xde kenderaan untuk ke masjid untuk solat jumaat...masjid plaak semua jauh2..jadi saya x ke masjid hari itu,.,macamm mana ye ustad??

    ReplyDelete
  27. Salam ustaz..saya dpat 1 peluang kerja dengan gaji yg agak baik.tetapi masalah nya tidak dibenarkn keluar solat jumaat.bolehkah saya gantikn dengan zuhur?

    ReplyDelete
  28. Jika tiada kenderaan sendiri, naik kenderaan orang lain, jika perlu dibayyar, ia termasuk nafakah wajib atas diri sendiri. Jika seorang kesana kemari tentu boleh diatur untuk sesuatu yang wajib.

    Jika tidak mampu ongkosnya, maka wajib berjalan kaki jika mampu walaupun dari Jurong ke Changi contohnya selagi belum sampai had musafir, demikian kata ulama seperti Imam Nawawi. Hendaklah memohon zakat atau sedekah.

    ReplyDelete
  29. Allah telah berfirman selepas memerintahkan orang2 beriman keluar solat Jumaat dan tinggalkan jual beli, : " Katakan, apa yang disisi Allah lebih besar dari permainan dan jual beli, dan Allah sebaik2 pemberi rezeki. "

    Hendaklah dia mencari kerja yang membolehkannya keluar solat Jumaat. Kerja bukan uzur. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  30. Ustaz, kalau seseorang itu dah solat jumaat, dia tidak perlu solat zohor lagi kan ? Kalau dia buat jugak solat zohor dikira macam mana ?

    ReplyDelete
  31. Assalamu'alaikum Ustaz,

    Saya ditugaskan untuk menghantar orang ke lapangan terbang dan tugas menghantar yg diamanahkan kepada saya ini tiada pengganti. Bermaksud tiada sesiapa yg boleh mengambil alih dan menggantikan tugas saya. Demi mengelakkan orang yg dihantar terlepas penerbangan dan mengalami kerugian, saya terpaksa akur dgn tugas yg diamanahkan. Dalam situasi yg dihadapi oleh saya ini, apakah saya dibolehkan untuk menggantikan solat Jumaat dgn solat Zuhur? Terima kasih Ustaz

    ReplyDelete
  32. Seseorang yang sengaja solat fardu Zohor selepas menunaikan fardu Jumaat ertinya dia telah sengaja menyalahi sunnah Nabi, mengada2kan dalam agama, ia adalah bid'ah, Nabi telah melarang bid'ah, amalan bid'ahnya (solat Zuhur nya) tertolak.

    ReplyDelete
  33. Wa alaikumussalam.
    Kewajipan solat Jumaat sesuatu yang berat, ada nasnya dalam al-Quran dan as-Sunnah, tidak diberikan keringanan meninggalkannya melainkan dengan keadaan yang darurat atau hampir darurat. Pelanggan itu boleh saja diuruskan menaiki kenderaan lain ke Airport. Tiada di sana sesuatu yang tiada pengganti, jika ditakdirkan seorang menghadapi kecemasan, kemalangan semoga Allah memelihara kita, pasti majikan akan pandai berusaha mencari penyelesaian. و الله اعلم.

    ReplyDelete
  34. Assalamu'alaikum Ustaz,

    jika saya terpaksa tinggalkan solat jumaat disebabkan kerja adakah saya kena gantikan dengan solat zohor

    ReplyDelete
  35. Wa alaikumussalam,
    Wajib tinggalkan kerja untuk keluar solat Jumaat. Hanya tugas tertentu yang diberitahu uzur untuk tidak solat Jumaat, seperti doktor dan jururawat emergency. Siapa yang tinggalkan solat Jumaat kerana uzur, wajib menggantikan dengan Solat Zuhur.

    ReplyDelete
  36. Wa alaikumussalam,
    Wajib tinggalkan kerja untuk keluar solat Jumaat. Hanya tugas tertentu yang diberitahu uzur untuk tidak solat Jumaat, seperti doktor dan jururawat emergency. Siapa yang tinggalkan solat Jumaat kerana uzur, wajib menggantikan dengan Solat Zuhur.

    ReplyDelete
  37. Saya tinggal di tempat yg suraunya tiada solat jumaat. Bolehkah saya dan rakan2 solat zohor berjemaah di surau?

    ReplyDelete
  38. Wajib hadir solat Jumaat bersama kaum Muslimin. Itu sunnah. Tidak pernah di Medinah sahabat solat sendirian2 di surau2 mereka. Mereka susah payah datang solat bersama kaum Muslim di masjid Nabi. Jika mereka tidak solat di surau, tetapi di masjid, kita solat di masjid. Jika mereka solat di surau, kita ikut solat bersama mereka.

    Menurut ulama tidak sah Jumaat solat sendirian, menyalahi kaum Muslimin lain.

    ReplyDelete
  39. Assalamu'alaikum Ustaz.

    Saya bekerja sebagai maintenance dan kene jaga dan monitor pump. Saya pula kerja sendirian pada shift yang diberi. Cuma hari ini sahaja saya tidak dapat untuk ke masjid untuk solat jumaat. Bagaimana pula dengan situasi begini? Haruskah saya ganti dengan solat zuhur biasa? Terima kasih

    ReplyDelete
  40. Ya Ustaz,

    Saya bekerja sebagai pegawai bomba di balai bomba. Jika bertugas ada hari Jumaat, saya tidak dpt pergi ke masjid untuk Solat Jumaat. Ingin pencerahan dari Ustaz.

    ReplyDelete
  41. “ Imam Ibnu Hazm pula mewajibkan org diatas tetap solat 2 rakaat Juma'at. Beliau berkata semua orang termasuk wanita wajib solat Jumaat walaupun sendirian. ” ustaz saya nak tanya, wanita pun wajib solat jumaat ke ? tak pernah ada pun perempuan solat jumaat selama ni.. sahih ke tak ?

    ReplyDelete
  42. Wanita tidak wajib solat Jamaah lima waktu dan solat Jumaat. Tiada khilaf dalam masalah ini kecuali pendapat Imam Ibnu Hazm yang syadz menyalahi sahabat dan tabien sebelumnya.

    ReplyDelete