Saturday, November 5, 2011

Bilakah mula dan akhir takbir Hari2 Haji?

Bilakah bermula takbir muqayyad Eid Adha dan bilakah ia berakhir? Takbir muqayyad adalah takbir yang dibaca selepas setiap solat fardhu. Adapun takbir mutlak yang tidak terkait dengan solat adalah dari awal Zulhijjah. Para fuqaha berselisih pendapat dalam masalah ini. Terdapat tiga pendapat yang masyhur:

[Pendapat Pertama] :Ia bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah).

Ini adalah pendapat : Umar, Ali, Ibnu Abbas, Ibnu Masu'd, Jabir, A'mmar, Zuhri, Makhul, Sufyan, Ahmad dan Abu Tsaur. Ibnu Qudamah telah menghikayatkan Ijma' sahabat dalam hal ini.

 قيل لأحمد رحمه الله : بأي حديث  تذهب إلى أن التكبير من صلاة الفجر يوم عرفة إلى آخر أيام التشريق ؟
فقال : بالإجماع , عمر وعلي وابن عباس وابن مسعود

Berkata Ibnu Qudamah rhm : (( Dikatakan kepada Ahmad : Apakah dalilmu bahawa takbir dari solat Fajar Hari Arafah hingga akhir hari Tasyriq? Beliau menjawab : " Dengan ijma' , Umar, Ali, Ibnu Abbas dan Ibnu Masu'd ".)) [ Mughny : 3/289 ]
Ini juga fatwa yang diamalkan dalam mazhab Hanafi yang dipelopori Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan dua murid besar Imam Abu Hanifah.[ al-Lubab fi Syarhil Kitab : 1/118 ]

[Pendapat Kedua] : Ia bermula dari Zuhur hari Nahar ( 10 Zulhijjah ) sehingga Subuh akhir hari Tasyriq(13 Zulhijjah ).

Ini pula adalah pendapat yang masyhur dikalangan mazhab Syafiey, mazhab Maliki, dan mazhab Ata'a bin Abi Rabah. [ Majmu' Nawawi : 5/39, Mudawwanah al-Kubra : 1/249 ]

Faidah : 

Terdapat pendapat lain yang tidak masyhur dalam mazhab Syafiey sebagaimana yang disebutkan Nawawi rhm dlm Majmu'nya, iaitu :
1) seperti pendapat pertama, iaitu dari Subuh Hari Arafah hingga akhir hari Tasyriq
2) selepas solat Maghrib hingga akhir hari Tasyriq ( qiyas dengan takbir Eidul Fitri )

Penulis dapati pendapat terakhir ini diamalkan sebahagian daerah diMalaysia. Maklumat ini mungkin menjawab kemusykilan apakah sandaran amalan itu.

[Pendapat Ketiga] : Ia bermula dengan solat Zohor hari Arafah dan berakhir ketika Asar Hari Nahar.

Ini pendapat Abu Hanifah rhm sendiri yang merupakan satu qaul dalam mazhab Hanafi. Ia tidak diamalkan dalam mazhab.
[ al-Lubab fi Syarhil Kitab : 1/118 ]

Tarjih

 Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalany rhm : " Tidak sabit mana2 hadith tentangnya dari Nabi, dan yang paling sahih yang warid dari sahabat adalah pendapat Ali, Ibnu Masu'd bahawa ia bermula dari Subuh Hari Arafah sehingga akhir hari2 Mina ( Tasyriq). Ia dikeluarkan oleh Ibnul Munzir dan lain2 wallahu a'lam. [Fathul Bari : 2/462]
 
Berkata Imam Nawawy rhm : " Segolongan pentahqiq mazhab [Syafiey] dikalangan mutaqqidimin dan mutakhirin memilih bahawa ia bermula sejak Subuh Hari Arafah dan berakhir Asar akhir hari Tasyriq. Ia dipilih oleh Ibnul Munzir, Bayhaqi, dan selain mereka dikalangan imam2 mazhab kami yang menggabungkan antara fiqh dan hadith dan inilah yang aku pilih.  [ Majmu'  Syarh Muhadzzab: 5/39 ]

Dan beliau berkata : " Pendapat yang mengatakan ia bermula dari Subuh Hari Arafah hingga akhir hari Tasyriq adalah yang rajih dikalangan segolongan ahli mazhab kami, dan inilah yang diamalkan dinegara2 [Islam]. "  [ Syarah Muslim oleh Nawawi : 6/256 hadith 890 ]


Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah rhm : " Pendapat yang paling sohih berkaitan takbir menurut jumhur salaf dan fuqaha dari kalangan sahabat dan para imam adalah bertakbir dari Fajar Hari Arafah hingga akhir Hari Tasyriq selepas setiap Solat. Dan disyariatkan untuk setiap orang menjaharkan takbirnya ketika keluar solat E'id dan ini adalah dengan kesepakatan Imam2 yang empat. "[Majmu' Fatawa : 24/220 ]

[ Penulis : Kesepakatan yang dimaksudkan beliau adalah tentang menjaharkan takbir ketika keluar solat E'id ]

Fatwa Al-Lajnah Ad-Da`imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta`
(( Disyari’atkan pada hari Raya ‘Idul Adh-ha Takbir Muthlaq dan Takbir Muqayyad. Adapun Takbir Muthlaq dilakukan pada semua waktu (setiap saat) sejak masuknya bulan Dzulhijjah sampai akhir hari Tasyriq. Adapun Takbir Muqayyad, dilakukan setiap selesai shalat fardhu, dimulai sejak shalat shubuh hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) hingga shalat ‘Ashr hari Tasyriq yang terakhir.

Disyari’atkannya takbir tersebut telah ditunjukkan oleh ijma’ dan perbuatan para shahabat radhiyallahu ‘anhum.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم))

Fatwa no. 10.777
Ketua : ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz
Wakil Ketua : ‘Abdurrazzaq ‘Afifi
Anggota : ‘Abdullah bin Ghudayyan

Wallahu A'lam