Bab KeTiga belas : “
Pembahasan Tentang Azab Kubur “
231-
( Semoga Allah melindungi kita darinya ). Dan Muktazilah telah
menginkari azab kubur. Telah diriwayatkan dari Nabi صلى
الله عبيه و سلم dari
jalan yang banyak. Dan telah diriwayatkan dari sahabat2nya semoga
Allah redha kepada mereka semuanya. Tidak diriwayatkan dari
seorangpun dari mereka bahawa ada yang meningkarinya atau menafikan
atau menolaknya. Maka wajiblah ia adalah ijma' dari sahabat2 Nabi صلى
الله عبيه و سلم.
[ Rujukan : al-Ibanah a'n Usul Diyanah, tahqiq Dr Fauqiyah Mahmud, Tesis Universiti Ain Syams Cairo : mukasurat : 247]
" Kata-kata Mereka
Tentang Azab Kubur"
Dan
mereka berselisih tentang azab kubur :
- Maka ada diantara mereka yang menafikannya, mereka adalah Muktazilah dan Khawarij.
- Ada diantara mereka yang menetapkannya, dan mereka adalah kebanyakan Ahli Islam
- Ada diantara mereka yang mendakwa bahawa Allah memberi nikmat kepada ruh-ruh dan mengazabnya, adapun jasad-jasad yang didalam kubur, maka yang demikian itu tidak mengenai mereka ketika mereka dalam kubur.
[
Rujukan : Maqalat Al-Islamiyin oleh Al-Asy'ari tahqiq Muhammad
Muyhiddin Abdul Hamid, Makatabah Al-Asriyah : 2/ 116 ]
Menurut sejarah, Imam Asy'ary sangat mahir tentang Muktazilah setelah bersama mereka selama lebih kurang 40 tahun. Apakah beliau juga termasuk mereka yang sengaja menabur fitnah atas Muktazilah demi meredhokan Khalifah2 Abasiyah?
Post diatas sebagai komentar terhadap sebahagian kata2 didalam video ini.
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=sE1KZoSfUto&feature=player_embedded