Tuesday, November 12, 2013

Berdoa kepada selain Allah ada tiga keadaan

Berdoa kepada selain Allah ada tiga keadaan :

Berkata Ibnu Taimiah semoga Allah merahmati beliau :

PERTAMA :

Meminta kepada selain Allah yang telah meninggal dunia atau ghaib , tidak kira samada dia dari golongan Nabi atau orang Salih atau bukan, maka seorang itu berkata : " Wahai Sidi Fulan tolonglah aku!"  atau : "Aku minta perlindungan dengan mu! " atau : " Aku minta pertolongan dengan mu! " atau : " Tolonglah aku atas musuh ku!"  dan seumpamanya, maka inilah syirik kepada Allah.

Seorang yang beristighatsah kepada makhluk mungkin syaitan memenuhi hajatnya atau sebahagian hajatnya, dan mungkin syaitan datang menyerupai bentuk orang yang diseru lalu dia menyangka bahawa itu satu karamah orang yang diseru sedangkan ia sebenarnya syaitan yang masuk ke dalamnya dan menipunya apabila dia telah mensyirikkan Allah.

Yang lebih parah dari itu bila dia berkata : " Ampunkan aku, berilah aku taubat!" sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang-orang musyrik yang jahil.

Dan yang lebih parah apabila dia sujud kepada kuburnya dan solat menghadapnya.... Dan lebih parah dari itu bila dia menganggap bersafar ke kuburnya sejenis haji....

KEDUA :

Bila dikatakan kepada seorang yang telah mati atau ghaib, samada dari golongan Anbiya atau Solihin atau selain mereka : " Doakan lah kepada Allah untukku! ".. Tidak akan ragu seorang yang alim bahawa ini tidak dibenarkan, ia satu bida'ah yang tidak dilakukan oleh salaf umat ini... Maka tidak boleh meminta dari orang mati sesuatu apa pun, tidak diminta kepadanya agar mendoakan untuknya atau apa jua permintaan, tidak boleh mengadukan kepadanya apa juga musibah dunia atau agama, walaupun boleh mengadukan kepadanya yang demikian itu ketika dia masih hidup, kerana ketika dia hidup ia tidak membawa kepada syirik, adapun ini membawa kepada syirik.

KETIGA :

Dia berkata : " Aku memohon kepadamu ( Ya Allah ) dengan Fulan, atau" Dengan Jah Fulan disisi mu!  " atau seumpamanya, yang telah diterangkan bahawa ia dilarang oleh Abu Hanifah dan Abu Yusuf serta selain mereka, bahawa ini tidak terkenal di kalangan sahabat, bahkan mereka telah meninggalkannya dan bertawassul dengan doa al-Abbas dan selain beliau.

دعاء غير الله على ثلاث مراتب ..

قال ابن تيمية رحمه الله:
إحداها: أن يدعو غير الله وهو ميت أو غائب، سواء كان من الأنبياء والصالحين أو من غيرهم، فيقول: يا سيدي فلان أغثني، أو أنا أستجير بك، أو أستغيث بك، أو انصرني على عدوي، ونحو ذلك، فهذا هو الشرك بالله . والمستغيث بالمخلوقات قد يقضي الشيطان حاجته أو بعضها، وقد يتمثل له في صورة الذي استغاث به، فيظن أن ذلك كرامة لمن استغاث به، وإنما هو شيطان دخله وأغواه لما أشرك بالله . . .
وأعظم من ذلك أن يقول: اغفر لي وتب علي، كما يفعله طائفة من جهال المشركين .
وأعظم من ذلك أن يسجد لقبره ويصلي إليه . . . وأعظم من ذلك أن يرى السفر إليه من جنس الحج . . .

الثانية: أن يُقال للميت أو الغائب من الأنبياء و الصالحين: ادع الله لي . . . فهذا لا يستريب عالم أنه غير جائز، وأنه من البدع التي لم يفعلها أحد من سلف الأمة . . . فلا يجوز أن يسأل الميت شيئاً: لا يطلب منه أن يدعو الله له ولا غير ذلك، ولا يجوز أن يشكي إليه شيء من مصائب الدنيا والدين، ولو جاز أن يشكي إليه ذلك في حياته، فإن ذلك في حياته لا يفضي إلى الشرك وهذا يفضي إلى الشرك . . .

الثالثة: أن يٌقال: أسألك بفلان، أو بجاه فلان عندك، ونحو ذلك، الذي تقدم عن أبي حنيفة وأبي يوسف وغيرهما أنه منهي عنه .وأن هذا ليس مشهوراً عن الصحابة، بل عدلوا عنه إلى التوسل بدعاء العباس وغيره .
(الفتاوى 1/ 350- 356) .