Tuesday, May 13, 2014

Jika tertambah rakaat kelima

Jika anda tertambah rakaat kelima kemudian ingat , jangan malu2 turun balik duduk . Jika sengaja teruskan batal solat , sebab sengaja tambah rukun dalam solat membatalkannya.

Berkata Imam Nawawi rahimahullah : (( Bila dia berdiri untuk rakaat kelima dalam solat yang memiliki empat rakaat dalam keadaan lupa, kemudian teringat sebelum beri salam, hendaklah dia kembali duduk dan sujud sahwi dan salam, sa
mada dia teringat ketika berdiri dalam rakaat kelima itu atau ketika rukunya atau ketika sujudnya. )) [ Raudah al-Tolibin : 1/412]

إذا قام إلى خامسة في رباعية ناسياً, ثم تذكر قبل السلام, فعليه أن يعود إلى الجلوس, و يسجد للسهو, و يسلم سواء تذكر في قيام الخامسة أو ركوعها أو سجودها


Diharapkan pihak masjid tidak mendepankan seorang menjadi imam jika belum belajar permasalahan seperti ini. Walaupun sekadar imam ' part-time '. Ramai imam yang sangka tidak boleh duduk balik seperti jika terlupa duduk tasyahud awal.
Orang mati terputus amalannya, maka jangan beristighathah kepadanya...

Imam Muslim mengeluarkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Rafi' dari Abdur Razaq dari Ma'mar dari Hammam bin Munabbih dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda :




(( لا يتمنى أحدكم الموت ولا يدعُ من قبل أن يأتيه ، إنه إذا مات أحدكم انقطع عمله وإنه لا يزيد المؤمن عمره إلا خيراً ))
 
(( Jangan seorang dari kamu bercita2 untuk mati, dan jangan memintanya sebelum ia datang kepadanya, kerana bila seorang kamu mati, TERPUTUSLAH amalnnya, dan tidaklah umur seorang mukmin menambah baginya melainkan kebaikan. ))

[Muslim : Kitab Zikr, Doa, Taubat dan Istighfar: 2682 ]



Mintalah dan bertawakkallah hanya kepada Yang Maha Hidup yang tidak mati.
Siapa boleh baca tulisan tangan Syaikhul Islam Ibnu Taimiah?:

1) Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir :

" Syaikh Abu Abdillah bin Rusyaiq al-Maghribi [749H], penyalin kitab2 syaikh kami al-Allamah Ibnu Taimiah, seorang yang paling ahli membaca tu
lisan tangan syaikh daripadanya ( Syaikh sendiri )!, jika ada tulisan yang payah syaikh membacanya, Abu Abdillah ini akan mengeluarkan ( bacaannya ), beliau seorang yang cepat menulis,la ba'sa bihi, seorang yang beragama dan ahli ibadah, banyak tilawah, bagus solatnya, mempunyai ahli keluarga dan hutang, semoga Allah merahmati dan mengampunkannya Ameen . " [ al-Bidayah : 18/510 ]

- قال الحافظ ابن كثير:

(( أبو عبدالله بن رُشَيْق المغربي : كاتب مصنّفات شيخنا العلامة ابن تيمية ، كان أبصر بخط الشيخ منه (!) ، إذا عزب شيء منه على الشيخ استخرجه
أبو عبد الله هذا ، وكان سريع الكتابة ، لا بأس به ديّنًا عابدًا ، كثير التلاوة ، حَسن الصلاة ، له عيال وعليه ديون ، رحمه الله وغفر له آمين )) انتهى
.اهـ البداية والنهاية (18/ 510)

2) Berkata Syaikh Hammad al-Ansari pentahqiq banyak kitab2 manuskrip lama :

" Kami pernah berkumpul bersama Syaikh Ibnul Qasim, kami berjumlah 40 orang di tempat yang namanya al-Mughaidir- berdekatan Riyadh- maka kami mengambil sebahgian fatwa2 Syaikhul Islam Ibnu Taimiah untuk cuba membacanya, dan ia dengan khat tulisan tangan Syaikhul Islam, tidak mampu kami menyambung bacaan itu disebabkan sukarnya membaca khatnya, kami telah mencuba selama 4 hari untuk membacanya."

2- قال الشيخ حماد الأنصاري:
اجتمعنا مرة مع الشيخ ابن قاسم، ونحن أربعون رجلا، في مكان اسمه المُغيدر - وهو قرب الرياض - فأخذنا بعض فتاوى شيخ الإسلام ابن تيمية نقرأ فيها، وكانت بخط شيخ الإسلام، فما استطعنا مواصلة القراءة بسبب صعوبة قراءة خطه، وأخذنا على ذلك أربعة أيام نحاول قراءته.اهـ المجموع في سيرة العلامة حماد الأنصاري (2/ 633)

Gambar yang dikatakan khat Ibnu Taimiah, diakhirnya boleh dibaca : "  wallahu a'lam . Ditulis oleh Ahmad ibn Taimiah.

و الله أعلم , كتبه أحمد ابن تيمية
Hikayat Kata2 Kaum Ahli Iibadat ( Nussak )

 Abul Hasan Al-Asy'ari rahimahullah berkata :

(( Hikayat Kata2 Kaum Ahli Iibadat ( Nussak )

Dalam ummat ini terdapat satu kaum yang ahli ibadat yang mendakwa : " Boleh ( jaiz ) bagi Allah masuk (hulul )
didalam jisim2", maka apabila mereka melihat sesuatu yang mereka anggap cantik, mereka berkata : " Kami tidak tahu, barangkali ia Tuhan kami! "

Ada dikalangan mereka yang berkata bahawa : " All
ah itu boleh dilihat di dunia menurut kadar amalan2 seseorang, siapa yang amalannya lebih baik, dia akan melihat Tuhannya lebih cantik."

Ada pula yang membolehkan bagi Allah berpelukan bahu, bersentuhan dan duduk bersama didunia, mereka membolehkan berserta itu - maha suci Allah dari kata2 mereka - kita memegang Allah.

Ada yang mendakwa bahawa : " Allah mempunyai anggota badan, berbahagian2, berdaging dan berdarah dalam bentuk rupa insan, Dia mempunyai apa yang dipunyai insan dari anggota badan - maha suci Rabb kami dari demikian setinggi2nya.

Ada dikalangan puak Sufi seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Syua'ib; beliau mendakwa : " Allah suka dan gembira dengan ketaatan awliya'Nya, bersedih dan dukacita ketika mereka bermaksiat kepadaNya. ))

[ Maqalat al-Islamiyyin oleh Abul Hasan Al-Asy'ari : 1/288 ]


حكاية قول قوم من النساك

وفى الامة قوم ينتحلون النسك يزعمون انه جائز على الله سبحانه الحلول في الاجسام واذا رأوا شيئا يستحسنونه قالوا لا ندرى لعله ربنا
ومنهم من يقول انه يرى الله سبحانه في الدنيا على قدر الاعمال فمن كان عمله احسن رأى معبوده احسن
ومنهم من يجوز على الله سبحانه المعانقة والملامسة المجالسة في الدنيا وجوزوا مع ذلك على الله- تعالى عن قولهم- ان نلمسه
ومنهم من يزعم ان الله سبحانه ذو اعضاء وجوارح وابعاض لحم ودم على صورة الانسان, له ما للانسان من الجوارح- تعالى ربنا عن ذلك علوا كبيرا -
وكان في الصوفية رجل يعرف بابى شعيب يزعم ان الله يسر ويفرح بطاعة اوليائه ويغنم ويحزن اذا عصوه
Wanita2 Sahabat Tidak Berikhtilat Walaupun Ketika Tawaf...

Berkata Imam al-Bukhari dengan sanadnya dari Ibnu Juraij bahawa dia berkata :

(( Ata' telah mengkhabarkan kepadaku - ketika Ibnu Hisyam ( Amir Mekah ketika itu ) melarang wanita tawaf bersama lelaki- beliau berkata : " Bagaimana beliau melarang mereka sedang isteri2 Nabi telah tawaf bersama lelaki ?"

Aku ( Ibnu Juraij ) bertanya : " Apa
kah setelah ( turun ayat ) hijab atau sebelum ?

Jawab Ata' : " Ya, demi umurku, aku telah menyaksikannya setelah hijab."

Aku berkata : " Bagaimana mereka berikthtilat dengan orang2 lelaki? "

Berkata Ata' : " Mereka TIDAK BERIKHTILAT. Aisyah tawaf berpisah dari lelaki, beliau tidak berikhtilat dengan mereka. " ))

[Kitab Haji : 1618 ]

و قال لي عمرو بن علي حدثنا أبو عاصم قال ابن جريج : أخبرني عطاء – إذ منع ابن هشام
النساء الطواف مع الرجال – قال: كيف يمنعهن وقد طاف نساء النبي صلى الله عليه وسلم مع الرجال؟، قلت: أبعد الحجاب أو قبل؟، قال: أي لعمري لقد أدركته بعد الحجاب، قلت: كيف يخالطن الرجال؟، قال: لم يكن يخالطن، كانت عائشة رضي الله عنها تطوف حجرة من الرجال لا تخالطهم) .
NAK TAHU ILMU LADUNNI YANG BETUL2 DARI ALLAH?

Jawaban : Tidak lain melainkan al-Quran dan Sunnah yang sohih...

Berkata al-Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Madarij al-Salikin : 3/432 :

" Ilmu Ladunni : Ia adalah ilmu yang telah tegak dalil yang sahih bahawa ia datang dari sisi Allah melalui lidah para rasulNya.

' Ilmu ladunni ' lain, hanya dari ( من لدن ) insan itu sendiri, darinya ia muncul dan kepadanya ia kembali.
...

Maka seorang yang berkata : ' Ini ilmu ladunni ' terhadap sesuatu yang TIDAK diketahui ia dari sisi Allah, tiada dalil dari Allah bahawa ia dariNya , maka dia pendusta, pendusta atas Allah, dan dia antara seorang yang paling zalim dari orang yang zalim, antara yang paling dusta dari orang2 yang berdusta.
"

فالعلم اللدني : ما قام الدليل الصحيح عليه أنه جاء من عند الله على لسان رسله.


و ما عداه، فلدني من لدن نفس الإنسان.. منه بدا و إليه يعود...

فالقائل : إن هذا "علم لدني" لما لا يعلم أنه من عند الله، و لا قام عليه برهان من الله أنه من عنده : كاذب مفتر على الله، و هو من أظلم الظالمين، و أكذب الكاذبين.
[ نقلا من: المصادر العامة للتلقي عند الصوفية : 452 ]