Tuesday, May 13, 2014

Hikayat Kata2 Kaum Ahli Iibadat ( Nussak )

 Abul Hasan Al-Asy'ari rahimahullah berkata :

(( Hikayat Kata2 Kaum Ahli Iibadat ( Nussak )

Dalam ummat ini terdapat satu kaum yang ahli ibadat yang mendakwa : " Boleh ( jaiz ) bagi Allah masuk (hulul )
didalam jisim2", maka apabila mereka melihat sesuatu yang mereka anggap cantik, mereka berkata : " Kami tidak tahu, barangkali ia Tuhan kami! "

Ada dikalangan mereka yang berkata bahawa : " All
ah itu boleh dilihat di dunia menurut kadar amalan2 seseorang, siapa yang amalannya lebih baik, dia akan melihat Tuhannya lebih cantik."

Ada pula yang membolehkan bagi Allah berpelukan bahu, bersentuhan dan duduk bersama didunia, mereka membolehkan berserta itu - maha suci Allah dari kata2 mereka - kita memegang Allah.

Ada yang mendakwa bahawa : " Allah mempunyai anggota badan, berbahagian2, berdaging dan berdarah dalam bentuk rupa insan, Dia mempunyai apa yang dipunyai insan dari anggota badan - maha suci Rabb kami dari demikian setinggi2nya.

Ada dikalangan puak Sufi seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Syua'ib; beliau mendakwa : " Allah suka dan gembira dengan ketaatan awliya'Nya, bersedih dan dukacita ketika mereka bermaksiat kepadaNya. ))

[ Maqalat al-Islamiyyin oleh Abul Hasan Al-Asy'ari : 1/288 ]


حكاية قول قوم من النساك

وفى الامة قوم ينتحلون النسك يزعمون انه جائز على الله سبحانه الحلول في الاجسام واذا رأوا شيئا يستحسنونه قالوا لا ندرى لعله ربنا
ومنهم من يقول انه يرى الله سبحانه في الدنيا على قدر الاعمال فمن كان عمله احسن رأى معبوده احسن
ومنهم من يجوز على الله سبحانه المعانقة والملامسة المجالسة في الدنيا وجوزوا مع ذلك على الله- تعالى عن قولهم- ان نلمسه
ومنهم من يزعم ان الله سبحانه ذو اعضاء وجوارح وابعاض لحم ودم على صورة الانسان, له ما للانسان من الجوارح- تعالى ربنا عن ذلك علوا كبيرا -
وكان في الصوفية رجل يعرف بابى شعيب يزعم ان الله يسر ويفرح بطاعة اوليائه ويغنم ويحزن اذا عصوه

No comments:

Post a Comment