Tuesday, May 13, 2014

NAK TAHU ILMU LADUNNI YANG BETUL2 DARI ALLAH?

Jawaban : Tidak lain melainkan al-Quran dan Sunnah yang sohih...

Berkata al-Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Madarij al-Salikin : 3/432 :

" Ilmu Ladunni : Ia adalah ilmu yang telah tegak dalil yang sahih bahawa ia datang dari sisi Allah melalui lidah para rasulNya.

' Ilmu ladunni ' lain, hanya dari ( من لدن ) insan itu sendiri, darinya ia muncul dan kepadanya ia kembali.
...

Maka seorang yang berkata : ' Ini ilmu ladunni ' terhadap sesuatu yang TIDAK diketahui ia dari sisi Allah, tiada dalil dari Allah bahawa ia dariNya , maka dia pendusta, pendusta atas Allah, dan dia antara seorang yang paling zalim dari orang yang zalim, antara yang paling dusta dari orang2 yang berdusta.
"

فالعلم اللدني : ما قام الدليل الصحيح عليه أنه جاء من عند الله على لسان رسله.


و ما عداه، فلدني من لدن نفس الإنسان.. منه بدا و إليه يعود...

فالقائل : إن هذا "علم لدني" لما لا يعلم أنه من عند الله، و لا قام عليه برهان من الله أنه من عنده : كاذب مفتر على الله، و هو من أظلم الظالمين، و أكذب الكاذبين.
[ نقلا من: المصادر العامة للتلقي عند الصوفية : 452 ]

No comments:

Post a Comment