Tuesday, May 13, 2014

Siapa boleh baca tulisan tangan Syaikhul Islam Ibnu Taimiah?:

1) Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir :

" Syaikh Abu Abdillah bin Rusyaiq al-Maghribi [749H], penyalin kitab2 syaikh kami al-Allamah Ibnu Taimiah, seorang yang paling ahli membaca tu
lisan tangan syaikh daripadanya ( Syaikh sendiri )!, jika ada tulisan yang payah syaikh membacanya, Abu Abdillah ini akan mengeluarkan ( bacaannya ), beliau seorang yang cepat menulis,la ba'sa bihi, seorang yang beragama dan ahli ibadah, banyak tilawah, bagus solatnya, mempunyai ahli keluarga dan hutang, semoga Allah merahmati dan mengampunkannya Ameen . " [ al-Bidayah : 18/510 ]

- قال الحافظ ابن كثير:

(( أبو عبدالله بن رُشَيْق المغربي : كاتب مصنّفات شيخنا العلامة ابن تيمية ، كان أبصر بخط الشيخ منه (!) ، إذا عزب شيء منه على الشيخ استخرجه
أبو عبد الله هذا ، وكان سريع الكتابة ، لا بأس به ديّنًا عابدًا ، كثير التلاوة ، حَسن الصلاة ، له عيال وعليه ديون ، رحمه الله وغفر له آمين )) انتهى
.اهـ البداية والنهاية (18/ 510)

2) Berkata Syaikh Hammad al-Ansari pentahqiq banyak kitab2 manuskrip lama :

" Kami pernah berkumpul bersama Syaikh Ibnul Qasim, kami berjumlah 40 orang di tempat yang namanya al-Mughaidir- berdekatan Riyadh- maka kami mengambil sebahgian fatwa2 Syaikhul Islam Ibnu Taimiah untuk cuba membacanya, dan ia dengan khat tulisan tangan Syaikhul Islam, tidak mampu kami menyambung bacaan itu disebabkan sukarnya membaca khatnya, kami telah mencuba selama 4 hari untuk membacanya."

2- قال الشيخ حماد الأنصاري:
اجتمعنا مرة مع الشيخ ابن قاسم، ونحن أربعون رجلا، في مكان اسمه المُغيدر - وهو قرب الرياض - فأخذنا بعض فتاوى شيخ الإسلام ابن تيمية نقرأ فيها، وكانت بخط شيخ الإسلام، فما استطعنا مواصلة القراءة بسبب صعوبة قراءة خطه، وأخذنا على ذلك أربعة أيام نحاول قراءته.اهـ المجموع في سيرة العلامة حماد الأنصاري (2/ 633)

Gambar yang dikatakan khat Ibnu Taimiah, diakhirnya boleh dibaca : "  wallahu a'lam . Ditulis oleh Ahmad ibn Taimiah.

و الله أعلم , كتبه أحمد ابن تيمية

No comments:

Post a Comment