Tuesday, May 13, 2014

Wanita2 Sahabat Tidak Berikhtilat Walaupun Ketika Tawaf...

Berkata Imam al-Bukhari dengan sanadnya dari Ibnu Juraij bahawa dia berkata :

(( Ata' telah mengkhabarkan kepadaku - ketika Ibnu Hisyam ( Amir Mekah ketika itu ) melarang wanita tawaf bersama lelaki- beliau berkata : " Bagaimana beliau melarang mereka sedang isteri2 Nabi telah tawaf bersama lelaki ?"

Aku ( Ibnu Juraij ) bertanya : " Apa
kah setelah ( turun ayat ) hijab atau sebelum ?

Jawab Ata' : " Ya, demi umurku, aku telah menyaksikannya setelah hijab."

Aku berkata : " Bagaimana mereka berikthtilat dengan orang2 lelaki? "

Berkata Ata' : " Mereka TIDAK BERIKHTILAT. Aisyah tawaf berpisah dari lelaki, beliau tidak berikhtilat dengan mereka. " ))

[Kitab Haji : 1618 ]

و قال لي عمرو بن علي حدثنا أبو عاصم قال ابن جريج : أخبرني عطاء – إذ منع ابن هشام
النساء الطواف مع الرجال – قال: كيف يمنعهن وقد طاف نساء النبي صلى الله عليه وسلم مع الرجال؟، قلت: أبعد الحجاب أو قبل؟، قال: أي لعمري لقد أدركته بعد الحجاب، قلت: كيف يخالطن الرجال؟، قال: لم يكن يخالطن، كانت عائشة رضي الله عنها تطوف حجرة من الرجال لا تخالطهم) .

No comments:

Post a Comment