Sunday, January 3, 2016

Another Liberal poison : " Fiqh is human, but Syaria is divine"

Another Liberal poison : " Fiqh is human, but Syaria is divine"

This is another attempt to liberate themselves from the Quran and the Sunnah guided by the understanding of the people of knowledge regardless of whether they were from the times of the sahabat and tabien and those who follow their footsteps who came after them.

They then come up with their desires changing the laws of the Quran and the Sunnah such as the Faraid and hudud laws, especially the apostate and woman laws, hiding behind methodologies such as the Maqasid Syariah and Qawaid Fiqhiyah which they have been trying to promote themselves as experts in the field. 

Suddenly laws of the Syaria are like the traffic lights where the objective behind them is maslahat, so they say it is stupid to still abide by them when one is driving an emergency ambulance.
No more necessity in following the scholars, they are only human, their understanding is not divine, their understanding can never be complete...

We say, isn't the command to ask the people of knowledge, divine? ...
فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون...
Are they to be asked and not to be followed ?

Isn't among the signs of calamity the death of the people of knowledge? And then people will make ignorants as their leaders, ask them and they will issue fatwas without knowledge?

If fiqh is human, what is the difference between asking the people of knowledge and the people of ignorance? Why ask them in the first place?

So we say yes, Fiqh is human, a Faqih may make mistakes, but if you are not one, there is a divine command for you to ask him and follow, the mistake will be forgiven. For a faqih speaks with knowledge, knowledge is from the Book of Allah and the Sunnah with the understanding of the sahabat and the pious predecessors.

" MEREKA ITU PENSYAFAAT KAMI DISISI ALLAH " ( Alangkah samanya hari ini dengan semalam )

" MEREKA ITU PENSYAFAAT KAMI DISISI ALLAH "

Berkata ar-Razi [ 549H - 606H ] dalam tafsirnya tentang firman Allah :

و يعبدون من دون الله ما لا يضرهم و لا ينفعهم, و يقولون هؤلاء شفعاؤنا عند الله..
(( Dan mereka menyembah selain Allah sesuatu yang tidak memudaratkan mereka dan tidak memanfaatkan mereka, dan mereka berkata : " mereka itu pensyafaat2 kami disisi Allah! " )) [ Yunus : 18 ]

و رابعها : أنهم وضعوا هذه الأصنام و الأوثان على صور أنبيائهم و أكابرهم، و زعموا أنهم متى اشتغلوا بعبادة هذه التماثيل فإن أولئك الأكابر يكونون شفعاء لهم عند الله تعالى،

" Dan yang keempatnya : Mereka membuat berhala dan patung2 ini menurut bentuk nabi2 dan tokoh2 mereka, lalu mereka mendakwa bilamana mereka mengerjakan peribadatan kepada patung2 ini, maka tokoh2 ini akan menjadi pensyafaat untuk mereka disisi Allah Ta'ala. "

ونظيره في هذا الزمان اشتغال كثير من الخلق بتعظيم قبور الأكابر على اعتقادهم أنهم إذا عظموا قبورهم فإنهم يكونون لهم شفعاء عند الله

" Dan contoh sepertinya pada zaman ini, perbuatan ramai orang mengagungkan kubur tokoh2 mereka, dengan iktikad bahawa bila mereka mengagungkan kubur2 mereka, mereka akan menjadi pensyafaat2 untuk mereka disisi Allah. "

*****

Alangkah samanya hari ini dengan semalam, sama2 mendakwa mereka seru nama2 orang2 mati itu tetapi yang berkuasa hanya Allah, yang mereka harapkan hanyalah syafaat, zaman sekarang mereka kata mereka hanya mengambil berkat, ada yang kata ini hanyalah tawassul dengan kemuliaan mereka, seru nama itu majaz dsbg...nanti Allah juga yang kabulkan hajat mereka...

Sama2 dakwa mereka tahu bahawa permintaan syafaat mereka, permintaan berkat mereka, tawassul mereka itu diizinkan Allah, mendekatkan mereka kepada Allah, mencapai hajat, tiada salahnya, yang penting beriman kepada Rububiyah Allah..

Maka katakan kepada mereka apa yang Allah perintahkan agar dikatakan kepada mereka :

قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

(( Katakan: Apakah kamu ingin memberitahu Allah sesuatu yang Dia tidak tahu dilangit dan dibumi? Maha suci Dia dan Maha tinggi Dia dari apa yang mereka SYIRIKKAN. ))

Wishing all my MUSLIM friends ( only ) : A merry Christmas!? "

Wishing all my MUSLIM friends ( only ) : A merry Christmas!? "

Siapa yang membolehkan sambutan hari raya selain 2 hari raya, jika kita kaji hujjah mereka, akan membolehkan sambutan hari kelahiran Rasulullah. Siapa yang membolehkan sambutan hari kelahiran Rasulullah, akan membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi Isa ( Krismas). Ini Nabi, ini Nabi.. ..

Walau bagaimanapun, siapa yang membolehkan sambutan Krismas, tetap menurut kaidah mereka tidak sepatutnya membolehkan ucap selamat Krismas kepada orang Nasrani.

 Kenapa?

Sebab orang Nasrani tidak menyambut hari kelahiran Isa sebagai seorang Nabi , tetapi mereka menyambut hari kelahiran agama mereka, hari kelahiran Tuhan atau anak Tuhan.

Menurut kaidah, mereka hanya boleh ucap selamat Krismas kepada orang yang memuliakan Nabi Isa tetapi tidak menganggap ketuhanannya.

Jika mereka ucap selamat kepada orang Nasrani, ia satu pengiktirafan aqidah kufur yg mereka anuti, walaupun tidak berniat demikian.

Haram bagi mereka berkata contohnya : " Wishing all my Christian friends a Merry Christmas. "

Mereka hanya boleh berkata : " Wishing all my Muslim friends : A Merry Christmas! "

Ikut kaidah mereka, merekalah yang sepatutnya menyambut Krismas, baca kisah maulid Nabi Isa yang lebih ajaib dari maulid Nabi Muhammad, menyanyikan pujian2 kesyukuran sempena kelahiran ini, merayakannya melebihi perayaan yang disambut orang2 Nasrani.

KHATIB YANG DIBAKAR KERANA ENGGAN MEMBACA CACIAN TERHADAP SAHABAT DALAM SURAT SYAH IRAN ( dikhabarkan oleh Imam al-Mulla Ali al-Qaari : wafat 1014H )


Imam Ali Qaari berasal dari Herat di Afghanistan, Herat merupakan sebahagian dari Iran sebelum ini, beliau seorang pemuda 14 tahun ketika puak Safawi menjarah Iran lalu membunuh Ahli Sunnah.

Beliau mengkhabarkan kisah menyayat hati yang beliau saksikan sebelum beliau berhijrah ke Mekah : " ...beliau ( guru beliau Mui'nuddin bin al-Hafiz Zainuddin) orang pertama yang gugur syahid dijalan Allah dalam hari2 kekuasaan Rafidah, yang demikian itu bila berkuasa Sultan mereka yang diberi nama Syah Ismail, dan beliau telah berkuasa atas kerajaan Iraq setelah banyak perbicaraan dan banyaknya peperangan dan pembunuhan, beliau telah mengutus surat ke Khurasan yang Iisinya menyebutkan kemenangannya, beliau tulis di akhir surat itu caci maki terhadap sebahagian sahabat dari kalangan kibar dan tokoh.

Adalah al-Hafiz tersebut seorang khatib di masjid Jami' Herat yang masyhur, lalu beliau memerintahnya agar dibaca di atas mimbar secara imla' dihadapan ulama, masyaikh dan umara', antara mereka A'llamah al-Wali Syaikhul Islam al-Harawi, cucu al-Muhaqqiq ar-Rabbani Maulana Sa'ad ad-Deen al-Taftazani. Apabila sang khatib sampai ke perenggan cacian, beliau pindah darinya sebagai menjaga adab, maka anjing2 Rafidah menjadi ta'assub lalu berkata : " Engkau telah tinggalkan maksud terbesar darinya, ulang bacaannya secara sempurna! "

Sang khatib diam ketika itu, lalu Syaikhul Islam mengisyarat kepada beliau agar membaca apa yang tertulis ditangannya, kerana tiada dosa ketika dipaksa, beliau enggan mencaci dan bertegas memilih azimah dari mengambil rukhsah yang hina, lalu mereka menurunkannya dan membunuhnya lalu membakarnya. "

Kisah ini dari kitab beliau : ( شم العوارض في ذم الروافض )
http://elibrary.mediu.edu.my/books/SDL0384.pdf
_______


Selain pembunuhan ulama sunnah, beliau juga mengkhabarkan bagaimana puak Safawi membunuh orang yang berwudu dengan membasuh kaki di Iran, ( Syiah hanya mengusap kaki ketika berwudu ) begitu juga bid'ah2 yang beliau lihat mereka lakukan ketika tawaf dan solat di Masjidil Haram.

Allahul Musta'an