Sunday, January 3, 2016

KHATIB YANG DIBAKAR KERANA ENGGAN MEMBACA CACIAN TERHADAP SAHABAT DALAM SURAT SYAH IRAN ( dikhabarkan oleh Imam al-Mulla Ali al-Qaari : wafat 1014H )


Imam Ali Qaari berasal dari Herat di Afghanistan, Herat merupakan sebahagian dari Iran sebelum ini, beliau seorang pemuda 14 tahun ketika puak Safawi menjarah Iran lalu membunuh Ahli Sunnah.

Beliau mengkhabarkan kisah menyayat hati yang beliau saksikan sebelum beliau berhijrah ke Mekah : " ...beliau ( guru beliau Mui'nuddin bin al-Hafiz Zainuddin) orang pertama yang gugur syahid dijalan Allah dalam hari2 kekuasaan Rafidah, yang demikian itu bila berkuasa Sultan mereka yang diberi nama Syah Ismail, dan beliau telah berkuasa atas kerajaan Iraq setelah banyak perbicaraan dan banyaknya peperangan dan pembunuhan, beliau telah mengutus surat ke Khurasan yang Iisinya menyebutkan kemenangannya, beliau tulis di akhir surat itu caci maki terhadap sebahagian sahabat dari kalangan kibar dan tokoh.

Adalah al-Hafiz tersebut seorang khatib di masjid Jami' Herat yang masyhur, lalu beliau memerintahnya agar dibaca di atas mimbar secara imla' dihadapan ulama, masyaikh dan umara', antara mereka A'llamah al-Wali Syaikhul Islam al-Harawi, cucu al-Muhaqqiq ar-Rabbani Maulana Sa'ad ad-Deen al-Taftazani. Apabila sang khatib sampai ke perenggan cacian, beliau pindah darinya sebagai menjaga adab, maka anjing2 Rafidah menjadi ta'assub lalu berkata : " Engkau telah tinggalkan maksud terbesar darinya, ulang bacaannya secara sempurna! "

Sang khatib diam ketika itu, lalu Syaikhul Islam mengisyarat kepada beliau agar membaca apa yang tertulis ditangannya, kerana tiada dosa ketika dipaksa, beliau enggan mencaci dan bertegas memilih azimah dari mengambil rukhsah yang hina, lalu mereka menurunkannya dan membunuhnya lalu membakarnya. "

Kisah ini dari kitab beliau : ( شم العوارض في ذم الروافض )
http://elibrary.mediu.edu.my/books/SDL0384.pdf
_______


Selain pembunuhan ulama sunnah, beliau juga mengkhabarkan bagaimana puak Safawi membunuh orang yang berwudu dengan membasuh kaki di Iran, ( Syiah hanya mengusap kaki ketika berwudu ) begitu juga bid'ah2 yang beliau lihat mereka lakukan ketika tawaf dan solat di Masjidil Haram.

Allahul Musta'an

No comments:

Post a Comment