Sunday, January 3, 2016

Wishing all my MUSLIM friends ( only ) : A merry Christmas!? "

Wishing all my MUSLIM friends ( only ) : A merry Christmas!? "

Siapa yang membolehkan sambutan hari raya selain 2 hari raya, jika kita kaji hujjah mereka, akan membolehkan sambutan hari kelahiran Rasulullah. Siapa yang membolehkan sambutan hari kelahiran Rasulullah, akan membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi Isa ( Krismas). Ini Nabi, ini Nabi.. ..

Walau bagaimanapun, siapa yang membolehkan sambutan Krismas, tetap menurut kaidah mereka tidak sepatutnya membolehkan ucap selamat Krismas kepada orang Nasrani.

 Kenapa?

Sebab orang Nasrani tidak menyambut hari kelahiran Isa sebagai seorang Nabi , tetapi mereka menyambut hari kelahiran agama mereka, hari kelahiran Tuhan atau anak Tuhan.

Menurut kaidah, mereka hanya boleh ucap selamat Krismas kepada orang yang memuliakan Nabi Isa tetapi tidak menganggap ketuhanannya.

Jika mereka ucap selamat kepada orang Nasrani, ia satu pengiktirafan aqidah kufur yg mereka anuti, walaupun tidak berniat demikian.

Haram bagi mereka berkata contohnya : " Wishing all my Christian friends a Merry Christmas. "

Mereka hanya boleh berkata : " Wishing all my Muslim friends : A Merry Christmas! "

Ikut kaidah mereka, merekalah yang sepatutnya menyambut Krismas, baca kisah maulid Nabi Isa yang lebih ajaib dari maulid Nabi Muhammad, menyanyikan pujian2 kesyukuran sempena kelahiran ini, merayakannya melebihi perayaan yang disambut orang2 Nasrani.

No comments:

Post a Comment