Friday, May 25, 2018

Antara Lailatul Qadar dan Yaumul Furqan.


Lailatul qadar adalah malam nuzulul Quran sebagaimana nas Surah al-Qadar, ia dalam bulan Ramadan pada satu malam dari sepuluh malam terakhirnya, dari 21 hingga 30.
Adapun Yaumul Furqan yang disebut dalam surah al-Anfaal, adalah hari Allah bezakan antara al-haq dan batil antara dua kumpulan, al-Jam'aan, kumpulan Muslimin dan kumpulan Musyrikin. Ia berlaku pada siang 17 Ramadan, hari Jumaat tahun 2 Hijrah perang Badar.
Ada yang sangka yaumul Furqan 17 Ramadan ini malam nuzulul Quran, kerana Allah berfirman :
إن كنتم آمنتم يالله و ما أنزلناعلى عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان...
(( Jika kamu beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba kami, pada yaumul Furqan, hari dua kumpulan bertemu.. ))
Padahal kalimat : " Apa yang kami turunkan ", bukan semestinya turun al-Quran, bukan semesti permulaan turun al-Quran, atau keseluruhan al-Quran. Berbeza dengan ayat :
إنا أنزلناه في ليلة القدر...
(( Sesungguhnya kami telah turunkannya ( al-Quran ) pada malam al-Qadar. ))
Maka apakah tafsiran " apa yang Kami turunkan kepada hamba kami pada yaumul Furqan " ?
Jawabnya : Tafsir secara ma'thur adalah riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim dengan sanadnya dari Muqatil bin Hayyan w 150H : :
" و ما أنزلت على محمد صلى الله عليه و سلم في القسمة"
(( Apa yang diturunkan kepada Muhammad tentang al-Qismah, ( pembahagian harta rampasan perang ( al-Anfaal ). ))
Ini dikutip oleh Ibnu Kathir. dalam tafsirnya.
Ini bertepatan dengan awal ayat yang menerangkan cara pembahagian harta rampasan perang kepada 5 bahagian.
Adapun Abul Hayyan ( w 745H ) dalam Tafsir Bahrul Muhit nya berkata :
و المنزل : الآيات, والملائكة و النصر, و ختم بصفة القدرة لأن الله تعالى أدال المؤمنين على قلتهم على الكافرين على كثرتهم ذلك اليوم.
(( dan yang diturunkan : tanda2, malaikat, serta kemenangan. Allah akhiri ( ayat itu ) dengan sifat QudrahNya kerana Allah Ta'ala telah memenangkan orang2 beriman dengan sedikitnya mereka atas orang kafirin dengan ramainya mereka pada hari itu. ))

No comments:

Post a Comment