Friday, June 29, 2018

Hadith Solat Rombongan Najran dalam masjid Nabi

Hadith Solat Rombongan Najran dalam masjid Nabi : "Munqati' , Daif ": Ibnu Rajab [736-795H ]
Setelah mensyarahkan hadith2 larangan solat di kuburan, laknat Allah atas Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur orang2 solih sebagai masjid dan membuat gambar2 mereka di dalamnya, Imam Ibnu Rajab berkata :
و كفى بذلك ذماً للكنائس المصور فيها، و أنها بيوت ينزل على أهلها الغضب و السخط، فلا ينبغي للمسلم أن يصلي فيها.
" ... dan cukuplah dengan yang demikian sebagai celaan terhadap gereja2 yang di buat gambar2 di dalamnya, bahawa ia adalah rumah2 yang turun atas ahlinya kemurkaan dan kebencian, maka tidak seyogia bagi seorang Muslim solat di dalamnya. "
Beliau berkata lagi setelah menukilkan kalam Towus, seorang kibar tabien bahawa tidak berkumpulnya rumah rahmah disisi rumah azab :
فكما أنهم لا يمكنون من فعل عباداتهم في المساجد، فكذا لا ينبغي للمسلمين أن يصلوا صلواتهم في معابد الكفار التي هي موضع كفرهم.
" maka sebagaimana mereka tidak dibenarkan melakukan ibadat2 mereka dalam masjid2, maka demikian juga tidak seyogia bagi kaum Muslimin melakukan solat2 mereka di dalam rumah2 ibadat kaum kuffar yang merupakan tempat kekufuran mereka. "
Kemudian Ibnu Rajab menjawab jika ada orang yang berdalil dengan hadith dari Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Ja'far bin Zubair tentang solat rombongan Najran di masjid Nabawi :
هذا منقطع ضعيف، لا يحتج بمثله...
" di katakan : Ini munqati' ( terputus sanad ) dan daif, tidak boleh dibuat hujjah dengan sepertinya..."

No comments:

Post a Comment