Friday, June 29, 2018

Solat di gereja

Berkata Imam al-Bukhari dalam Kitab Solat :

باب الصلاة في البيعة
Bab Solat dalam Tempat Ibadat Nasara,
Berkata Umar semoga Allah rida kepadanya: " Kami tidak masuk gereja2 kamu kerana patung2 yang ada dan gambar2. "
Adalah Ibnu Abbas solat di biara2 melainkan biara2 yang ada patung2.
Dengan sanadnya dari Aisyah :
(( Sesungguhnya Ummu Salamah telah menceritakan kepada Rasulullah tentang gereja yang beliau lihat di bumi Habsyah yang bernama ' Mariah ', beliau menceritakan kepada baginda gambar2 yang beliau lihat di dalamnya, maka Rasulullah bersabda :
" Mereka itu kaum yang bila mati seorang hamba yang solih dikalangan mereka, atau lelaki yang solih, mereka akan membina atas kuburnya sebuah masjid, dan buat gambar2 itu di dalamnya, mereka itu seburuk2 manusia di sisi Allah! " )).
Berkata al-Hafiz al-Asqalani dalam syarahnya :
و مطابقته للترجمة من قوله : (( بنوا على قبره مسجدا)) ، فإن فيه إشارة إلى نهي المسلم عن أن يصلي في الكنيسة فيتخذها بصلاته مسجدا. و الله أعلم.
" Kesesuaian matan hadith ini dengan tajuk Bab dari sabdanya : " mereka akan bina atas kuburnya sebuah masjid " , adalah satu isyarat bahawa dilarang seorang Muslim solat di dalam gereja, lalu dia menjadikan gereja itu sebuah masjid dengan solatnya. "

No comments:

Post a Comment